Day 4 started dengan baik but halfway thru something happened and I'm quite frustrated with it but moved on lepas sesi bergembira di sana-sini. Lepas breakfast terus gerak ke IKM untuk another 2 match yang I'm supposedly to play.
KKLW vs MARA
Lepas sesi patah hati, I terus malas nak amik gambar dah. Yang itu I cerita later eh. So I malas nak tunggu lama-lama kat dewan tu. Habis je semua match terus I followed Didi with Puan Zainon and her daughter jalan-jalan around Perlis. Need something to ceriakan hati. First stop ialah Gua Kelam. Cantik sangat kat sana tapi gua tutup la pulak. So tengok kat luar aje lah.
Pelancong, peserta veteran dan anak peserta veteran. Peserta veteran tu actually penasihat team congkak
From Gua Kelam, we went to Padang Besar. I ni teringin sangat nak pegi Padang Besar sebab popular sangat kan tapi bila dah sampai tu tengok tak de la apa sangat pun. Macam kat Rantau Panjang la. Semua nak sangat pegi sana tapi bila I pegi biasa-biasa je. Just gerai-gerai aje pun. Tapi ada la jugak benda yang best kat sana. Or rather murah la. We had our lunch there at one of the stall. I had nasi ayam yang sangat sedap ayamnya. Didi had meehon soup and she said she was traumatized by the sweet soup. Hahaha...... Trauma ye Didi....
Dalam pada I kata tak de apa yang menarik kat sana tapi banyak jugak I beli. Agak-agak kalau menarik entah lagi banyak I memborong kot. Hahaha..... I beli wind chime, cashew nuts, pistachio, kacang tumbuk, a skirt for me and a blouse for Jannah. From there jalan-jalan kat Kuala Perlis tapi tak keluar from kereta pun. Just lalu aje and then balik hotel. Borak-borak with Didi atas katil memang best. She was the first one tempat I mengadu. I'm not angry with what happened. Just sedih. Hmmmm.......
Tengah syok-syok borak Apis called. He's on the way so bersiap-siap packing all my stuff. Rasa tak sampai hati pulak nak tinggalkan Didi sorang kat sana tapi nak buat macam mana. Tiket pun dah dibeli. Hopefully she'll be ok je lah. Thanks for having me over Dids.
First stop Apis bawak pegi pasar malam. Nak tergelak I tengok pasar malam tu. Ni pasar malam ke gerai jual makanan? Macam tak sesuai je nak panggil pasar malam. Kecik sangat. Ada a few gerai aje pun and semua just jual makanan like putu bambu, apam balik, ayam goreng etc. I bought beehon soup and the soup was thai soup. Rasa dia macam air masak je tapi bila dah letak beehon yang ditambah dengan segala perasa termasuk la garam semua tu baru lah sedap. Macam tu pulak stylenya. Perisa letak dalam meehon and not in the soup. I beli laksa jugak and although it's not the famous laksa Kuala Perlis tapi serious sedap sangat. Even laksa Teluk Kecai pun tak sedap macam tu. Oh in fact I rasa laksa Teluk Kecai tu tak sedap mana pun.
Then balik rumah Apis, makan-makan and berehat. He went out to pick Ina from work and later kitorang makan lagi. Sempat la I tidur-tidur ayam while waiting for time. Edwin bought our ticket to Putrajaya at 11pm and since rumah Apis dekat aje 10 something baru gerak. Hai kalau stay lama sikit boleh jalan-jalan ke Langkawi ke mana ke. Ina kata kalau naik feri ke Langkawi dari jeti Kuala Perlis lebih dekat dari jeti kat Kedah nun. Laaaaa ye ke. Rugi betul. Dah la I ni tek pernah ke Langkawi lagi. Camni kena datang Perlis lagi la. Tapi nak duduk dalam bas lama-lama yang tak larat tu.
Sedih pulak nak tinggalkan Apis. So far dia la yang tinggal jauh sekali from us. Thalha pun jauh but not for long. Habis belajar nanti balik la semula. Apis ni entah bila la boleh nak pindah duduk dekat sikit. Kalau I dari Putrajaya pun tak larat nak travel sampai Perlis, imagine him kena drive from Perlis to Kuantan kalau nak balik. Jauh gila. Nak naik flight tak de pulak flight direct dari sana ke Kuantan. I mean Air Asia la. Kalau MAS tu ada tapi mahal la. Thanks to both of them especially Apis yang dah jadi part time driver je hantar I ke sana-sini.
Masa sampai kat Terminal Kangar tu, Edwin, Leen, Ana and Kak Zana dah ada. Since bas tak sampai lagi Apis bawak ke karnival apa ntah kat belakang tu tapi tak jalan lama pun sebab bas dah sampai. Imagine my surprise bila naik bas and tengok my seat like this.
What kind of seating la ni. Buat I trauma je. What if I tercampak ke depan? Sape la yang design this kind of seating ni????
Mengerikan ok. Dah la tak de penghadang kat depan tu. Seat belt pun tak de. Kalau driver tu tekan emergency brake, memang confirm I akan tercampak ke depan. Stress je I duduk kat seat tu. Stress sebab takut tercampak. Arm rest pun dah patah. So tambah la stress I. Nak pegang apa pun tak de. Aircond super cold pulak tu. Next time selain bantal, I nak bawak blanket la kalau kena travel naik bas jauh-jauh. Hahaha.... Over tak? Tapi serious sejuk ok. Dah la tak boleh nak adjust aircond tu sebab centralized kat atas. Not like the normal one yang kita boleh tutup kalau tak nak aircond. Ada orang tu konon-konon kebal la naik bas pakai quarter pant. Hah merasa la hampir beku. Hahaha.....
Selagi tak lena selagi tu la tak tenang hati I. Risau tercampak aje. Hahaha..... Budak kat depan tu pulak asyik la mengigau. Mana nak tahan sejuk lagi. Hai macam-macam. Hehehe..... Bas berhenti sekali for toilet break and sampai kat Hentian Duta around 4am. Then ke Puduraya, Puchong and finally sampai kat Putrajaya exactly at 6am. Alhamdulillah selamat sampai. Lega hati I. Ifnot rasa takut aje. Serious beb. Dah la macam-macam kes pasal bas ni kan. Lega sangat bila sampai tu.
Rehan picked me from Putrajaya Sentral and terus hantar I balik rumah. Penatnya la badan ni. So itulah saje cerita MAKSPEN I. Actually majlis penutup adalah pada hari Sabtu malam tapi I tak sempat la nak tunggu until then sebab ada event lain yang menunggu I on Sunday which is today la kan. Tu nanti la cerita. Penat betul buat entry MAKSPEN ni. Tu belum buat entry luahan hati lagi tu. Mesti emosi je sambil menaip tu nanti. Hehehe.....
Oh tidak esok dah Isnin. Hoh cepatnya la masa berlalu. Kenapa la tak de orang nak declare esok cuti. Kalau cuti kan best. Malas betul nak pegi keje lately. Apa nak jadi la dengan I ni. Hahaha.....
No comments:
Post a Comment