Friday, June 17, 2011

Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya (cewahhh!!)

So, Nora Elena ended as expected. Happy ending gitu. Lepas ni follow Stanza Cinta la pulak. Tadi pegi MPH cari novel Stanza Cinta and Ombak Rindu tapi both tak de stok. Novel Kasih Yang Suci pulak melambak-lambak ok. Agak-agak bila drama Nora Elena ni dah habis, ramai lagi ke yang nak beli novel tu eh? For those yang tak baca novel tu lagi, try la baca. Although ada banyak yang berbeza between novel and drama but for me both ada kekuatan sendiri and both best.

Cakap pasal reading novel ni kan, in my family, semua suka baca novel ok. Lelaki and perempuan. Tapi Bang Long punya genre agak berat sikit la. He's into Tom Clancy, Dan Brown semua tu. Takat Dan Brown boleh lagi la I nak baca tapi Tom Clancy is too heavy for me. Pasal konspirasi, perang-perang, presidency semua tu. Malas la nak fikir-fikir benda macam tu. Kalau dulu I ok je dengan semua genre tapi sekarang ni a bit selective sikit la.

Nowadays I'm into novel cintan-cintun sikit. Hahaha.... Kalau novelist Melayu memang ramai. Kalau English I suka Judith McNaught (sape je yang tak suka her novel kan), Sidney Sheldon, Julie Garwood, Nora Roberts, Danielle Steel and few more. Tapi I suka jugak bibliograpy termasuk la based on true story semua tu. And ada jugak la yang bukan genre cintan-cintun ni yang I baca like The Kite Runner and A Thousand Splendid Sun. Both by Khaled Hosseini. I suggest you all baca his novel sebab best sangat. It's about humanity, life and macam-macam la. Macam Jodi Piccoult punya novel jugak la. Kalau sci-fi or chic-lit ni I kureng sikit. Masa remaja-remaja dulu je I baca sci-fi ni. Horror pun I tak suka although pernah je baca novel Stephen King and few more. So, despite popular gila sampai buat movie bagai, I mengaku I la orang yang tak pernah baca novel Twilight Saga ke, Harry Porter ke or even the Lords of The Rings series. Tak kuasa nak berimaginasi bagai dengan segala khayalan tu. Hahaha.....

Percaya tak kalau I kata I baca buku A Samad Said when I was merely 13. It was Salina. I guess the novel is quite heavy for a tween to understand but I was matured way beyond my age then. Semangat betul. Dah la tebal. Oh I can still remember one particular book I read when I was 10. It was Dekat Di Sayang, Jauh Di Kenang by Khadijah Hashim. In fact I rasa Khadijah Hashim was one of the earlier writer yang I kenal and berminat nak baca hasil karya dia. Adibah Amin pun salah sorang darinya. Besides A Samad Said, I also read Shahnon Ahmad, Usman Awang and Keris Mas book. Dulu I memang gila membaca. Asal nampak je buku, semua I belasah. Langsung tak memilih.

As I mentioned earlier, adik-beradik I semua memang suka membaca novel ni. Tapi setakat novel je la. Kalau buku pelajaran tok sah cakap la. Memang tak baca. Eh I pun sama je. Hahaha..... Tapi selain dari buku pelajaran, I baca macam-macam artikel and buku lain so my general knowledge adalah way much better than them. I really hope they would at least read newspaper la. Eh tapi newspaper sekarang tak boleh percaya sangat. Banyak propa je lebih. I sekarang baca paper tak lebih sekadar baca gossip artis aje sebab at least I know most of that gossip is true. Hahahaha.......

Reading ni selain menambah ilmu pengetahuan, boleh mengasah skill menulis jugak. So masa sekolah dulu I was one of kesayangan cikgu in both language sebab boleh menulis dengan baik. Tapi sekarang dah tak la. Dah tumpul. Hahaha..... Nak tulis minit pun punyalah bercinta ok. Now that I don't read as much and as eager as I used to, I noticed that banyak benda yang I tak tau. So I kind of ketinggalan zaman la jugak sekarang. Hahaha..... Mood nak membaca sekarang more to novel-novel aje. Newspaper and magazine dah kurang hence tak banyak benda yang I tau. Lagipun time is limited compared to dulu-dulu sebab banyak benda kena buat sekarang so I guess itu adalah penyebab kenapa I kurang membaca sekarang. Tapi tu alasan semata-mata kan. Kalau nak seribu daya kannnn...... Hehehe.....

My previous boss memang gila membaca novel jugak. Siap melanggan novels every month ok. My current boss pun rajin membaca jugak tapi dia cakap dia tak pernah baca novel langsung. Not even a page ok. In fact bukan dia sorang je. Ada a few jugak orang lelaki yang I kenal yang tak suka baca novel. Ke adik-beradik lelaki I je yang suka novel ni? Hmmmm.....

Apa-apapun, kita kena la rajin membaca. Kalau rajin baca buku-buku ilmu lagi bagus. I have to improve myself in that department la. I mengaku I ni kalau bab-bab ilmu ni lemah je nak baca. Baca satu dua ayat dah bosan. Baik ilmu dunia mahupun ilmu agama. Hehehe...... Kadang-kadang tu bila rasa keinsafan timbul I memang beli la buku-buku agama ni tapi beli je lah. Pastu simpan buat pekasam. Hish apa nak jadi la I ni kan. Hmmm.....

Anyway, like the title say, Bangsa Membaca, Bangsa Barjaya. So jom kita budayakan tabiat membaca ni.

2 comments:

1na said...

Ehem ... Ehem ...

(sambil angkat tangan kanan)

I ler yg beli novel Kasih Yang Suci lepas abis citer Nora Elena.

Ehem... Ehem...

Punya baca sampai nak pi qadha hajat kecik pun malas...

(>.<)

pst... boleh la kita tukar2 novel... i pun ada gak hehehehehe

Eny Yusof said...

Kak Ina,

Saya pinjam novel tu from library and ulang baca sampai lunyai ok. Definitely kena beli sendiri lepas ni. Hehehe....

As for both novel tu, still dalam pencarian sebab semua book store tak de stok.