Sunday, June 19, 2011

Blended Orange Cake

Since realizing that my weight has skyrocketed again, I feel like putting my baking on hold. Tapi baru beberapa hari, tangan ni dah terasa gatal aje macam nak buat sesuatu. So, googled around and found one simple recipe. Sangat senang nak buat. Actually dah lama nak try buat kek oren ni tapi Mak punya resepi tu adalah sangat susah nak buat. Well at least to me la. Tapi rasa memang serious sedap. So far hanya Mak and Jannah aje yang buat kek oren kalau kat rumah. Jannah tu punya la otai siap buat dengan tangan lagi. Sesia je Mak beli Kenwood beribu. Hehehe....

Anyway, I got the recipe here. Tapi I tak ikut sangat la. I baca kat ruangan komen tu and ikut la mana yang menyenangkan. Tapi kalau tengok her cake and mine, memang macam langit dengan bumi la. Hahaha.... I ni bab-bab memotong memang fail ye. Main belasah je potong. Tak de nya nak seni-seni ni. Hehehe.... Tak pe lah nanti masuk perut jugak kan. Lagipun kawan-kawan biasa je yang nak makan pun. Kot esok nak impressed kan bakal suami ke, bakal mak mertua ke baru la I cari tutor ajar camne nak potong kek kasi cantik. Kannnn......

My first ever orange cake

Recipe ni punya la senang pakai blender je ok. Since my blender tu dah lama bertapa memang sesuai la kalau nak bagi dia kerja sikit. Blender ni Bang Long yang hadiahkan masa I mula-mula pindah rumah sekarang. Baru sekali dua je guna. Dulu tu I guna blend cili kot so takut la nanti ada bau atau rasa kat kek I ni so I blend kopi dulu kasi hilang bau and rasa. Trick ni I baca somewhere online. Hasilnya memang tak de bau and rasa langsung ok. Not that the blender berbau tapi saje la kan. Precaution gitu.

Kasi blend itu coffee dulu

Bahan-bahan yang diperlukan

Ingredients for this cake adalah sangat senang. I guna 1 biji oren, 3 biji telur, 1/2 cup melted butter, 1/2 cup cooking oil, 2 cup flour sifted with 1 tbs baking powder and 1 cup castor sugar. Senang je kan. Sekali buat boleh terus hafal resepi ni.

I used the whole orange. Just potong kecik-kecik and buang yang putih kat tengah tu. And of course la biji dia sekali kan.

Just put the orange, sugar, melted butter, oil and eggs dalam blender

Blend until smooth ok

Pour into mixing bowl

Add flour bit by bit

Mixed until smooth, pour into greased baking tin and bake at 130-140 degrees for 40 minutes or until cooked

Yikes merekah la pulak

Emmmm..... not bad

Patut la every time I buat kek merekah. Rupa-rupanya kena pakai api bawah aje la. Gitu rupanya. I mengadu la kat Mak tadi pasal kek I yang asyik merekah aje. Ok tak pe next time kita try guna api bawah aje. So my verdict, kek ni sedap la jugak. Tapi tak leh challenge la orange cake Mak. Not too sweet and moist. Just the way I want it to be.

I cuma nak baking aje and bukan nak makan sangat pun. So esok ada la yang dapat merasa my first ever orange cake. I dapat rasa one slice pun dah ok dah. Puan Y, Puan I and Puan A, sila datang amik cake at my room ok. Hopefully you'll like it. Sebarang komen adalah dialu-alukan. Thank you.

p/s : Suhu oven and tempoh baking to I ikut my oven. Different oven different temperature and baking time so pandai-pandai la you all agak-agak ok. Oh I'm sure you all lagi terer kan. Hehehe....

12 comments:

Anis Rafie said...

oh patutlah kek aku pun merekah selama ni.. rupanya kena pakai api bawah je ek.. hehehehe.. :)

Eny Yusof said...

Anis,

Ada org guna api atas bawah tp ok je. Depends la kot. Tp mak aku mmg guna api bawah je. So pasni kita try guna api bawah and tgk merekah jugak ke tidak.

Anonymous said...

sedap je tgk kek u..da la tgh puasa ni. Eny, oren tu nk kene blend dengan kulit2 sekali ke? then u pakai oven elektrik ke gas? rumah i ni oven gas, i xreti nk gune ang agak suhu tu.

Eny Yusof said...

Dian,

So far semua yg dah merasa kata sedap. So memang sedap and boleh la u cuba buat.

Oren tu I blend dengan kulit sekali. Just buang biji aje. Don't worry, tak pahit pun.

As for the oven, I guna oven elektrik tp I rasa mana2 oven pun, suhu tetap sama kot. Cuba la refer pada yg pakar.

mamamya said...

wow! kek ni mmg fofular di kalangan blogger2 otai masak memasak =)

tapi kan eny, tang merekah tu la sedap..garing2 moist2..lgpun baru nampak seksi dedah2 auww! kata homemade...

nampaknya ada org dah berjangkit penyakit baking addiction, simptom semua dah sama dah tu...jaga2 haaa... ;P

Eny Yusof said...

Lin,

Betul jugak tu. Tang merekah tu la sedap. Or rather kerak kek ni memang sedap especially time panas2la.

Hahaha....penyakit baking tu. Memang punnnn. Ni sape la yang menyebarkan penyakit ni eh...

Anis Rafie said...

eny.. the cake is super sedaplah.. minus the oily part.. kalau aku kot tak mo bubuh minyak bole double portion kan butter tak? anyway.. cake tu adalah terbaek.. sbb sgt rasa ke'orange'an dia.. thanks eny.. :)

Eny Yusof said...

Anis,

Thanks for your compliment. Menjadi jugak my orange cake eh.

Bab berminyak tu I kind of agree jugak. Kalau ikut resepi asal guna minyak je tapi mine half butter half oil. Maybe next time kita guna butter aje.

Tahnks again Anis. Berbaloi rasa bila kawan-kawan suka. -Grinning ear to ear-

1na said...

Tak sampai pun. Puan 'Abjad' pun tak keluar hahahahahahha

Ko pakai oven cap apa? brp kapasiti?

Eny Yusof said...

Kak Ina,

Saya merajuk ngan org tkt 7. Last time bawak cookies tak mo pun rasa. Hahaha.....

Pasal oven tu nanti saya cek balik. Ala oven cinonet aje. Pow mak punya. Hahaha.....

KI said...

beb, kek kalau buat dalam loaf type of pan ni kan.. biasanya mmg merekah.. sebab kawasan dia nak expand tu the side tu kurang, so dia kena expand ke atas. aku nak rasa...

Eny Yusof said...

Klynn,

The last sentence would be "aku rasa" or "aku NAK rasa"? If NAK then I would have reason/excuse to bake this cake again. Hehehe...