Lately I've been hearing rumours about our new building. Mula-mula dengar rasa macam kelakar. Lama-lama rasa macam geram pulak. Orang kita ni suka sangat percaya dengan benda-benda mistik ni kan. Rumours tu makin lama makin melalut-lalut pulak tu. Sape la yang memulakan rumours tu agaknya eh. Dan biasalah rumours ni lama-lama makin banyak la tokok tambah dia kan. Macam permainan apa tu, telefon karat eh? Yang sorang baca message and bisik kat kawan sebelah. Orang sebelah bisik kat sebelah lagi and berterusan sampai habis team tu. Last-last message tu mesti jadi lain.
Ada pihak suka menyebarkan rumours, and ada pihak pulak mendengar and terima ajelah apa yang dia dengar tu. Cuba lah siasat sikit. Ini percaya je bulat-bulat. Kalau benda betul tu satu hal la jugak. Ini benda merepek yang tak pasal-pasal membuatkan ramai takut nak pindah. So now let me cleared the rumours tu. And those yang baca ni and dah tau cerita sebenar, please spread it to kawan-kawan eh. Jangan spread benda yang tak betul sudah.
Rumours yang tersebar mengatakan bahawa level 16 dikosongkan untuk makhluk halus yang mendiami tempat itu sebelum ini. Tambahan pada rumours ni ialah ada perjanjian antara kontraktor and makluk asal tu and makluk-makhluk tu minta level 16 dikhaskan untuk diorang. Ewah..ewah... pandai pulak diorang nak demand-demand eh. Dah la minta level 16. Apsal tak mintak level 13? Barulah mistik sikit. Tak pun level 4 ke kan. Ini level 16. Setau I no 16 tak de kaitan dengan mistik-mistik ni.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan ok cik-cik jugak yang membaca blog ini, bangunan baru kat 4G8 tu ada 32 tingkat. Tinggi tu. Untuk memudahkan pergerakan kakitangan kat sana, ada 12 lif yang disediakan. 12 lif ni dibahagikan kepada 2 zon iaitu low zone and high zone. Low zone covers from ground floor up to level 15. For high zone, lif akan shoot direct dari ground floor straight to level 17 hingga level 32. Kalau orang kat level 1-15 nak ke level 17-32, they have to turun to ground floor dulu and tukar amik high zone lift. Agak menyusahkan jugak lah kan tapi that is how they design the lift.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan ok cik-cik jugak yang membaca blog ini, bangunan baru kat 4G8 tu ada 32 tingkat. Tinggi tu. Untuk memudahkan pergerakan kakitangan kat sana, ada 12 lif yang disediakan. 12 lif ni dibahagikan kepada 2 zon iaitu low zone and high zone. Low zone covers from ground floor up to level 15. For high zone, lif akan shoot direct dari ground floor straight to level 17 hingga level 32. Kalau orang kat level 1-15 nak ke level 17-32, they have to turun to ground floor dulu and tukar amik high zone lift. Agak menyusahkan jugak lah kan tapi that is how they design the lift.
Memandangkan ada 2 zon lif, satu level telah dikhaskan sebagai mekanikal level untuk operasi lif tersebut. Dan level yang terpilih ialah level 16 sebab terletak di tengah-tengah. Thats why kalau anda-anda semua melawat ke sana, semua level ada label and telah dilengkapkan dengan peralatan yang sepatutnya tapi level 16 tu tak de pape pun. Nothing mystical about it ok. It's just a mechanical level yang akan menempatkan machine to operate the lift.
Ingat, level 16 ialah MECHANICAL level ok. Not MYSTICAL. And since ada machinery kat sana, those yang bekerja di level 15 dan 17 mesti akan terdengar jugak lah bunyi-bunyian from the machine. Ingat, itu adalah bunyi machine or enjin untuk lif ye. Bukan bunyi misteri. Sedangkan rumah I yang level atas sekali pun ada macam-macam bunyi, inikan level yang dah sah-sah kat atas or bawah tu ada mesin yang besar kan. Confirmla macam-macam bunyi akan kedengaran. Itupun kalau the contractor tidak menggunakan pengedap bunyi la. Kalau dia guna, then selamat la those in level 15 and 17 from having to endure the bunyi-bunyian. And even kalau ada bunyi pun I rasa very minimal la kan. Takkan la macam kat kilang pulak bisingnya.
So itulah saje penjelasan from us in admin yang directly terlibat dengan pembinaan bangunan tersebut dari mula. Tiada level misteri ok. Thanks to Puan Yanti for the info. So lepas ni kalau ada terdengar pasal rumours on level 16 tu, pandai-pandai la you all jelaskan ye. Nak lagi detail, boleh berhubung terus dengan Puan Yanti. Dia ada detailed floor plan for the whole building. So setiap inci bangunan tu dalam tangan dia lah.
So ingat ye, level 16 is MECHANICAL level and not MYSTICAL level. Thank you.
2 comments:
wahhh..office baru dah siap ye? balik Malaysia I nak mintak balik ke KKLW semula boleh?hehe...
Dian,
Oh boleh provided ada kekosongan la kan. Masuk balik admin jom.
Post a Comment