Sunday, November 28, 2010

Exhausted but I likeeee

Phewwww.... what a full and tiring weekend. Sekelip mata je abis 2 hari. Tak puas rehat. Eh bukan tak puas tapi tak sempat nak rehat langsung. So busy going here and there. I have never been to MAHA before. Pastu teringat Mak Ndak suka kat pokok-pokok ni so ajak la Mak Ndak pegi. So hari Sabtu pukul 8am dah keluar pegi rumah Mak Ndak kat Sg. Besi dulu. Breakfast kat sana pastu terus gerak ke MAHA. Athirah my 9 y.o cousin pun tag along. Nak tau kami tersekat dalam the worst traffic jammed ever. Almost 2 jam untuk jarak tak sampai 3 km. Naik mengantuk ok.   

Semenjak my pokok cili menjadi dan berbuah dengan lebatnya, I terus bersemangat nak tanam pokok lagi. So I plan to look for pokok limau kasturi. Mak Ndak pulak nak beli macam-macam pokok. Hai entah muat atau tidak la my cute Savvy tu. Mula-mula usha-usha dulu. Range harga antara setiap penjual adalah berbeza. Pastu ada yang pokok dia cantik and ada yang tak berapa nak cantik. Puas pusing area pokok we went to area FAMA pulak. Ada macam-macam buah tapi we didn't bought any except for some sliced fruit. I beli alamak apa pulak la nama buah tu. Dia macam honey dew tapi warna oren. Tsk lupa la pulak. Tapi memang tak sedap langsung yang gerai tu jual. Tawar.     

Later ke gerai-gerai yang jual barang-barang hiasan and pakaian. Sempat la rembat kain sepasang. Hehehe.... Pastu lepak kat gerai minum air kelapa yang super best. Athirah makan nasi ayam. Time pun dah around lunch time tapi perut dah kembung minum air je so tak lapar la. Hari punya lah panas. Since I pakai sandal, kaki rasa terbakar. Bahang macam kena benda panas aje. Tapi masa kat tempat pokok-pokok tak la rasa panas macam tu. Lepas makan went back to that area pokok-pokok. 

My first purchase adalah 3 pasu pokok bonsai. I nak letak kat office. Orang kata bagus letak pokok hidup kat office ni. Then I bought pokok limau kasturi and limau purut. And 3 biji pasu untuk pokok-pokok limau itu. Mak Ndak memborong sakan. Ada pokok orchid, tongkat ali, dokong, limau nipis, limau kasturi, lemon dan macam-macam pokok buah lagi. Siap beli seguni treated soils. Since beli banyak, diorang kata ada disediakan perkhidmatan motor roda tiga untuk angkut pokok dengan barayan RM2. Bila tanya kat kaunter urus setia diorang kata kena tunggu lama sebab queue panjang. Queue panjang konon. I tengok motor tu semua tersadai aje tak de sape nak bawak. Kalau queue panjang mesti la sibuk kan. Non-stop la dia gerak bukan dok tersadai aje. What ever lah....

Since kami malas nak tunggu, Mak Ndak mintak tolong ngan gerai tempat dia borong pokok tu untuk tolong angkat pokok and soils tu. Mak aih jauh ok kami jalan. Dah la panas terik. I pun kena mengangkut all my purchases. Naik sengal tangan ni. Konon-konon nak letak barang pastu nak continue jalan lagi. Tapi bila dah sampai kat kereta, semua pun dah super penat. So we decided to just go back aje. Memang tak larat dah. My Savvy tu dah macam hutan belantara kejap. Penuh dengan segala mak nenek pokok. Hahaha....

Since Mak Ndak tak pernah sampai my house lagi so I bawak la diorang to my place. Lepas solat Zohor and Asar baru keluar makan kat Taman Warisan. It was then that Mak Ndak decided nak pegi kat rumah dia kat Nilai Impian and ajak I sekali. So ke sana la kami. By the time sampai sana dah malam pun. Since kepenatan, tak buat apa pun beside lepak-lepak and melayan Athirah. Kalau ikut I nak tido aje but Athirah ajak main all kind of games and showing me all her stuffs. Buku la, sijil la, cards la, eh macam-macam la. Penat-penat pun kena lah layan. Bukan selalu kan. So tengah malam dok main puzzle la, lego la, ntah apa lagi ntah. Paling haru, dah penat-penat tu tak boleh gak nak tido sampai pagi. Biasalah bila berubah tempat tido ni.    

Pastu hari ni right after Subuh Athirah ajak sambung main. Aduhai budak ini. Banyaknya energy kamu..... Lepas breakfast tolong Mak Ndak mengerjakan kawasan keliling rumah dia yang humang ai punyalah luas. Boleh main futsal, badmintaon, roundes, eh semualah. Semangat ok nak tanam pokok-pokok baru. Around noon barulah balik semula ke Sg, Besi. Lepas lunch balik rumah Mak Ndak jap. Sambung main games lagi ngan Athirah. Kalau boleh semua benda dia nak ajak main. Tapi I nak kena balik. Banyak keja nak buat kat rumah. Mak Ndak pun nak ke hospital melawat Pak Ndak. He's warded sebab baru lepas keluarkan besi dari kaki dia yang patah tu.

Left her house around 3.30pm. Lepas solat Asar I jadi gardener jap. Pindahkan pokok limau tu ke dalam pasu. Mudah-mudahan semua pokok tu akan hidup dengan segar dan sihat dan menghasilkan buah yang banyak. Amin.... Right after berkebun Sal pulak ajak keluar makan so ke Alamanda la pulak. Makan-makan, pastu shopping sikit. And then balik. Pergh penat betul la weekend ni. Tapi best. Mak Ndak dah buat banyak plan ni so nampak gayanya I'll be spending more time with her la after this. Syoknyeeeee.

Alamak esok dah keje. Ada banyak keje urgent pulak tu. Dah la I won't be in the office in the morning sebab nak sambung buat penilaian lagi. Duh! How and when la my works nak selesai ni......

No comments: