Monday, July 14, 2008

Mintak sedekah?

Weekend yang begitu padat. I spend RM450 in 2 days buying stuff for my new home… errr… and other stuff for myself too but still tak banyak ok. Banyak untuk rumah lagi. And because of one particular stupid phone, I lost RM150 ok. Begini ceritanya…

I planned to share the mover fees with Radin since both of us staying at P9 and moving to P18. Lagipun barang I bukan la banyak mana pun. So on Saturday, after Subuh I terus bersiap untuk pindah barang. Siap makan nasi lagi for breakfast, konon-konon untuk energy la tu. Plannya dalam kul 8 but then dah dekal kul 9 si Radin ni tak call pun I. So I call her. And you know what; she’s already kat P18 pon. Been calling and smsing me since morning but didn’t get any response from me. The mover siap cakap maybe I tido lagi. Radin know me, I’m a morning person, pagi-pagi dah bangun so she keep trying to call me with no avail. So terpaksa la gerak dulu. End up I kena bayar RM150 just to angkat a few stuff of mine. Grrr… I memang dah lama nak beli phone baru tapi kan tengah kepokaian di situ so sabaaar je lah. Lepas angkat barang I terus kemas rumah coz later on tak de la teruk sangat kan.


Not-yet-assemble IKEA wardrobe and shoe rack, new tikar bought at Pekan Rabu, lappy thingy *bag and stuff*, printer, weightscale, hairdryer etc etc. Shooting target masa kat Maktab Polis pun ada lagi ok

Deuter haversack and trolley bag full with clothes *padahal baju I sikit aje*, document bag tu ada macam-macam paper, notes, certs, bantal kekabu beli kat UUM aritu, and boxes of toilettries *terlindung dengan bantal tu*

IKEA rack yang penuh dengan boxes. Dalam ada novels and books and notes sepanjang 6 bulan kat DPA, stuff yang kawan bagi ie gift, souvenir dan yang sewaktu dengannya, and korean cds yang berlambak tu. Cushion tu ingat nak letak dalam kereta tapi belum jumpa cover yang cantik lagi so duduklah ia dengan amannya di rak itu

IKEA chest. Berat gila tau. Ni I pasang sendiri ok tapi macam dah rosak drawer dia. Ada ke patut IKEA guna plywood aje as the materials for the drawer. Sudah tentu tak tahan lama kan. Cis punya IKEA! Dah la mahal melampau. Jangan ingat IKEA punya barang sume bagus ok. Tapi tak serik lagi.... masih peminat IKEA... hehehe

Shoe rack IKEA juga. Actually beli ni untuk letak kasut housemates yang berlambak-lambak tu. So lepas ni akan lengang la sedikit rak ni kerna I don't really have lots of shoes. Later on baru nak start collecting shoes. *Yanti si penggila kasut mungkin boleh membantu untuk itu... akan tatapi no stilletoes ok Yanti*


Then Ija, my ex-colleague masa kat Guardian dulu ajak I hang out with her on Sunday. Mula-mula plan nak ke IKEA tapi dua-dua tak tau jalan. Then she told me about car boot sales kat Shah Alam. Punya la gigih nak ke sana, I call Ruzi, asking for direction to Shah Alam. Then lepas Asar I terus gerak. Plannya nak sleep over at Ija house that night so that we can keluar awal pagi. As per Ija’s info, the place kena pegi awal-awal kalo tak susah nak parking. What ever la kan as long as I dapat stuff for my new home, I’m on it.

We had siakap 3 rasa for our dinner. Sedap tapi ikan besar beb untuk makan 5 orang punya saiz. Begitu gigih nak habiskan. Dah la agak pricey tapi tak pe, tercapai hajat nak makan siakap 3 rasa tu. *dah lama tau I teringin tapi tak de geng nak makan*

Ija yang kecil aje bersama ikan yang besar tapi dah tinggal separuh

Me. We had ikan siakap 3 rasa, tomyam campur and kerabu mangga. Makan tanpa rasa bersalah and terus terlupa that I'm supposed to be on diet kan...

On the way back singgah ada satu kedai yang jual perkakasan rumah tu. Stuff that I bought:-

Waste paper basket : 3 (1 for each room)
Garbage bin : 1 (for my kitchen)
Pail + gayung : 2 set (1 for each bathroom)
Fork and spoon : 5 set kot (tak ingat)
Papan pemotong : 1 *Kaler hijau lagi tau*
Bekas plastic : 5 (for food preparation la ni kononnya)

For all that, I only paid RM56 so sangat berbaloi. I like! At the so called car boot sales tu *sangat besar kawasannya and begitu banyak umat manusia ok* I tak de beli apa sangat pon coz macam nak kene jimat sket. I only bought padlock and bunga kering. I suka bangat kat bunga kering tu. Sangat cantik and murah ok. I bought for my mom dulu. Next time baru for my new home. Nak beli dengan standee dia sekali. Barulah cun kan. Eeeee tak sabarnya. Agak banyak yang I berkenan tapi kena beli yang penting dulu. Setakat hiasan ni later on lah kan.

Cantik kan bunga-bunga ni. Rasa macam nak beli sume and letak kat setiap ceruk rumah tu. Wah tak sabar ni. Nantikan kemunculanku lagi ye tokey bunga


Kat TESCO Extra, I bought macam-macam ok. Everything untuk rumah baru tu *handwash, wall clock, kain pengelap, hose… eh macam-macam lagi lah termasuk sudip untuk menggoreng ok. Gilos la... dapur pun tak de lagi* Yang kelakarnya, I siap beli Olay Total Effect lagi. I selalu terjebak dengan belian yang tetiba ni tau. Benci la. Susah benar nak control. Padahal I tak pernah pun pakai that cream. Cuma pagi tu I rasa my face sangat kasar *macam kertas pasir ok* so nak try la Olay ni. Harap-harap berkesan la kan sebab sangat ramai yang dah pakai and cakap ok. Padahal berlambak je cream muka kat rumah tu. Tak luak pon. Yang Skinfood hari tu pun baru pakai sikit je. Beli mahal-mahal pastu buat koleksi aje. Kata nak insaf tapi masih lagi ni malakukan amalan pembelian songsang ni... errr... belian songsang? Apa tu? Ngeee.... Ish bukan senang nak kawal nafsu membeli ni tau tapi at least I beli tu aje so kira ok la kan. Kalau ikut kan lagi macam-macam nak beli tapi control…control….

I balik dengan barang penuh dalam boot and at the backseat. Kira berbaloi la I pegi Shah Alam. Singgah rumah baru dulu untuk letak barang yang dibeli then baru balik P9. Letih daa tapi puas. Hmmm… baru 13 haribulan tapi gaji dah licin licau ok. Sekarang ni bergantung hidup pada balance carried forward yang makin menipis tu. Waaaaa….. rasa macam nak duk tepi jalan and mintak sedekah je sebab I baca dalam paper, pemintak sedekah ni kaya-kaya tau. Dah la tak yah susah-susah. Tadah je tangan tu. Siap dapat ribu-ribu lagi sebulan.

Anyone nak join me mintak sedekah?

1 comment:

swit@kon said...

hehehe

eny eny,

aku penggila stilettoes and pumps..
eh tak..aku suka ape2 yang berbentuk yang dipanggil kasut! hahaha kalau aku 5 tingkat tu pun tak muat :P

soalan lagi :
bila ni nak buat house warming??