Tuesday, July 27, 2010

Saya sedang berkursus

Hari ni sampai hari Khamis saya berkursus; ToT mySPATA. Sistem baru untuk menguruskan aset tak alih yang dibangunkan oleh MAMPU dan JKR. Kursus dengan orang JKR ni best. Tak de nak banyak songeh protokol. Padahal IR-IR yang bagi lecture tu. Training dibuat di USIM, Nilai. 1st I drive untuk berkursus ni. Selalu minta driver hantar je. Tapi memandangkan tempatnya tak sejauh mana dan tiada masalah parking maka saya rela la memandu ke sana.

Selaras dengan nama sistem yang begitu Roman sangat tu (nasib baik bukan SPARTA ke, SPARTAN ke, SPARTACUS ke) maka banyak la istilah-istilah lain yang begitu Roman bunyinya. Contohnya piPATA dan peDATA. Ada lagi a few yang lain. Kenapa la pelik sangat bunyinya wahai IR-IR sekalian? Nasib baik tak de PAPITA atau PUSPANITA kan. Hehehe...

Pengisian agak berat, maklumlah pasal aset tak alih yang merangkumi bangunan, tanah dan infrastruktur. Terasa macam orang JKR sangat. Tapi yang bestnya, diorang ni tak kedekut ilmu. Banyak knowledge sharing mengenai benda-benda general yang tak mungkin kita nak amik tau pun selama ni. Oh general in term of pembinaan la ye.

Esok start tutorial sistem. Dah attend ToT ni pasni kena la jadi trainers eh. Nak train camne kalau I pun masih tak berapa nak paham sangat. Banyak sangat teknikal termnya. Ni patut panggil orang khidmat teknikal ni baru betul. Pelan, build up semua tu mesti la diorang dah pro kan. Tanya I memang satu pun tak tau la. Harap-harap sesi tutorial esok akan membawa lebih kefahaman.

      Training dalam lab. Suasana yang agak suram ditambah dengan topik yang heavy menyebabkan kelopak mata pun terasa heavy semacam. Lantas.....

Membawa kepada kefahaman yang melampau. Hehehe.... over tau dia ni. Dah la datang lambat, lagi mau terlelap-lelap.... 

No comments: