Friday, July 30, 2010

Erk baju apa camni ni?

Esok saya ada satu lagi event fun run. Tadi Edwin pegi amik running vest. Last time masa Siemens Dream Run saya dapat T-shirt aje. For those yang joint acara larian yang betul, dapat running vest a.k.a singlet. So I thought same la for this event.

Jenama hebat. Reebok lagi tau.

Tapiiiiii.... tengok la ni. Ni singlet ni. I nak T-shirt. Alahai.....

Full version. Alahai malunya nak pakai. Walaupun pakai inner tapi macam segan aje. 

Yang peliknya, lelaki punya ok pulak. Lelaki dapat sleeveless. Bukan singlet tapi sleeveless. Macam t-shirt biasa cuma tak de lengan je. Warna putih merah and ada tulis Men's Health something something. Perempuan punya tulis Shape Run. Even kat rumah yang I sorang-sorang aje pun I tak pakai singlet. Ini pulak nak pakai depan beribu-ribu orang. Segannya lah. Masa print out confirmation email tu I tengok running vest I saiz L. Told Edwin kalau T-shirt, saiz L tu besar for me and asked him to change it kalau boleh. Tapi bila dah singlet ni, saiz L macam ok-ok je. Yelah nak kena pakai 2 lapis kan.  

My running bip. 

Oh sangat suka dengan running bip itu kerana ianya purple in colour. I like! Siap ada full name lagi ok. Senang orang nak ngorat. Hehehe ke situ pulak eh. Rasa macam bangga pulak membawa nama penuh sambil berlari ni. Tapi entah larat entah tidak esok tu. Bukan dekat-dekat tu.

My name and kebetulan ada my birth year lagi. Oooh sangat suka.... Eh ke sebab my IC start dengan 78 eh?

Di belakang bip itu ada emergency contact number in case anything happen to me. Bagus betul lah.

The distance I'll be running. And walking for sure. Hehehe....

I really really like this. My full name. And purple background. If only they would give purple t-shirt too. And purple goodies bag. Kan best. 

So this would be the closing event for this month. Next month dah puasa so kena la stop kejap. Continue balik after raya la kot. Tu pun kalau ada event lagi. Dan sudah tentunya yang ada fun run category. Tak pun jarak not more than 5km. Dah plan nak start jogging gak after raya. Tapi plan la baru. Entah buat entah tidak tu. I ni biasalah... planning baik punya. Implementation memang fail selalu. Tak pe, niat tu yang penting kan. 

Doakan semoga semuanya berjalan dengan baik esok ye. Kepada kawan-kawan yang turut serta dalam event ni, see you there. Majulah sukan untuk kesihatan. Hehehe...  

It runs in the family it seems

Saya adalah seorang yang sangat patuh kepada peraturan dan sangat detail. Sangat sangat hingga ke tahap annoying pada sesetengah orang. Recently I got to know about 2 more family member yang sama macam saya jugak.

Kawan-kawan yang dah kenal saya memang dah tau betapa obediencenya saya. Saya dan peraturan tidak boleh dipisahkan. Hehehe....  Mungkin sebab cara saya dibesarkan kot. Walaupun Abah saya adalah seorang tentera tetapi Mak saya adalah lebih tentera dari Abah saya. Abah is more lenient but not Mak. Mak saya ada peraturan untuk setiap benda. How to talk, how to sit, how to walk, how to eat, how to munch food, how to everythinglah. Sebab ada terlalu banyak sangat peraturan yang perlu dipatuhi, maka jadilah saya orang yang sangat patuh kepada semua jenis peraturan. Saya ingatkan saya sorang aje rupa-rupanya tidak.

Baru-baru ni sambil berborak-borak dengan Siti (my sister yang baru masuk UPNM), she said something yang sangat mengejutkan saya. She said she like UPNM so much sebab ada banyak peraturan dan peraturannya adalah sangat ketat. Barulah semua orang berdisplin sikit. See.... it runs in the family ok. Cumanya saya tak la sampai tahap suka sebab ada peraturan yang ketat. Saya suka peraturan sebab orang akan lebih berdisplin dan at least ada clear guideline of what to do and what not to do. Well my youngest sister pun sama. That is why she like to join activity-activity berunsur ketenteraan ni. Masa kecik-kecik dulu dia nak jadi cikgu tapi bila dah besar ni dia cakap dia nak masuk JPA3. Selalu pegi training ala-ala tentera ni. Tapi I rasa instead of masuk JPA3, lebih baik dia jadi real army kan. 

Itu bab peraturan. Ini bab detail-detail pulak. Saya adalah sangat detail dan mata saya sangat tajam. Ini bukan saya yang kata tapi kawan-kawan yang kata. Kalau saya nak tau pasal sesuatu tu, saya akan tanya banyak kali sampai saya puas hati. Kalau boleh saya nak exact detail on everything. Contoh la kan, kalau tengok cerita. Saya akan tanya setiap benda kat orang yang tengok sama dengan saya. Ni sape, tu sape, kenapa jadi macam ni, mula-mula dia macam mana, macam-macamlah. Padahal kadang-kadang orang yang tengok tu pun sama je dengan saya, baru nak start tengok. Ni yang selalu jadi mangsa adalah adik-adik saya. Diorang selalu bengang dengan saya kalau saya tanya pasal cerita kat TV. 

Contoh lain kalau saya tanya adik-adik saya pasal sesuatu kejadian. Tak kisah lah kejadian ape. Kalau boleh saya nak tau setiap patah perkataan yang keluar dari mulut orang-orang yang berkaitan. Tension betul adik-adik saya kalau bab ni. Saya akan tanya soalan yang sama berulang kali sampai saya puas hati. Contohnya, "Abah kata apa?", "Yelah macam mana Abah kata?", " Tak, takkan Abah kata macam tu je. Mula-mula Abah kata apa?", "Pastu?", "Sape yang kata dulu" dan lain-lain lagi. Ye.. ye saya tau saya sangat annoying tapi saya pun sangat annoyed kalau saya tak tau benda-benda secara detailed. Rasa tak puas hati sangat.

Semalam saya telefon Adah, my niece. When she came down here 2 weeks ago, Mak bought her a set of panties and I was the one who choose it. So I called to ask whether panties tu ok ke tak. She said ok tapi selalu terselit at her bum. She told me to buy another size and ran to her mom to ask the correct size. She asked me what size that I bought her and I said 5-6 years punya saiz. She kept asking me what size it was sebab Ummi dia kata she should be wearing saiz XL and I pulak dok kata saiz 5-6 years. How do I know saiz 5-6 years to adalah saiz apa. Dah banyak kali cakap tu so I said ok aje lah. Yang kelakar tu, she said asyik terselit aje that she cannot do her homework. Wah budak-budak sekarang punya excuse, sangat over ok. And this are the conversation that follows but on another stuff.

"Cik Ngah kat mana ni?"
"Kat umah"
"Cik Ngah buat apa tu?" 
"Tak de buat apa. Duduk-duduk kat kerusi je."
"Yelah Cik Ngah buat apa tu?"
"Tak de buat apa. Baring-baring je kat kerusi ni ha..."
"Kerusi mana yang Cik Ngah duduk? Yang kat tepi tingkap tu ke kat mana?" (I got 2 sets of sofa that faced each other; satu dekat tingkap and satu dekat dengan dining table)
"Kerusi yang dekat dengan meja makan ni."
"Oh. Bla...bla...bla..."

See, like I said, it runs in the family nampaknya. My niece pun sangat detail kalau bertanya. Nasib baik dia tak tanya pakai baju apa semua tu. Tapi each time pun memang dia sangat detail kalau bertanya. Pasal braces I ni pun semua dia nak tau. Bila fikir-fikir balik, kelakar pulak. Agak-agak diorang ni will be the same or lebih dari I eh?       

Thursday, July 29, 2010

I'm now a certified trainer


Siap ada pentauliahan tuuu. Tak tahan betul. Sangat berat responsibilities given. Have to train peoples on how to use the system and have to start using it too. Lots and lots of hard work ni. Dah la I got another system yang juga sedang dalam proses implementation. Jalan serentak la; my SPATA for aset tak alih and SPA for aset alih. Ala bila lah I boleh buat keja lain pulak ni.... too long already doing the same thing. Teringin nak ke tempat lain pulak. Like HR ke... (hint hint pada orang PSM yang membaca blog ini... hehehe) 

Anyway, hari ini just like yesterday, the 3 of us pakai baju same colour. Sehati sejiwa betul. Yesterday pakai biru. Hari ni pulak pakai hijau. I didn't took any photos of us yesterday sebab ingatkan kebetulan je. Sekali hari ni pun kebetulan jugak.   

Ini Wati, my staff. She wore green.

This is me. I wore green too. Tudung tak berapa nak jadi. Komot aje.

 And this is En. Afnan. He also wore green. See kami sangat sehati sejiwa ok. KKLW sangat tau... hehehe...

"Ei 2 kali. Melampau ni". Thats what he said seeing yet another photo of him sleeping. Hahaha... tu lah sape suh tido. So to do him justice kerana tidak tido hari ini maka berikut adalah gambar dengan senyuman yang manis. Bukan gambar muka tido lagi. Hehehe....

"Ni amik la gambar dengan I Ni..." Yelah... yelah... tapi kenapa I nampak separuh je. Tak leh jadi ni...

Ok from different angle. 

And dengan Wati pulak. Kenapa dalam semua gambar muka I yang paling besar ni? Ada exercise muka bagi tak nampak tembam tak eh?

Dengan itu maka berakhirlah kursus ToT mySPATA kali ini. Next week kita gi kursus lain pulak eh. Nak cukupkan quota kursus 7 hari tu. Lagipun last year I tak pegi satu kursus pun. Dok harapkan yang bengkel buat Arahan Kewangan LKW tu je diconvert sebagai kursus. So tahun ni kena pulun gi kursus. Ntah bila la dapat merasa nak gi kursus luar negara pulak.  

Lepas kursus tadi I gi bank. Wah pertama kali bawak keluar duit bernilai berpuluh-puluh ribu. Cuak jugak la. Half of it transfer masuk ke ASB. Half of it transfer masuk Tabung Haji. Pasni bolehlah merancang nak gi umrah and haji kan. Insya Allah.... mudah-mudahan dipermudahkan. 

Wooo banyaknya duit... Never in my life pegang duit banyak ni. As in I'm the owner la. Kalau takat bukan duit I tu lebih dari ni I dah pegang. 

Hai bila lah nak dapat pegang duit banyak ni lagi... kan best if all this money boleh dibelanjakan. Ada banyak je stuff on my wish list tu. Hehehe....

Wednesday, July 28, 2010

ToT mySPATA Day 2


Hari kedua berkursus saya lebih semangat. Maybe sebab ada hands-on tutorial kot. Kena setting location semua tu so tengok printed Google Map la, baca pelan la. Excited betul. Eh I memang selalu excited manjang kan. Hehehe.... Ada buat pembahagian kumpulan and tak pasal-pasal I kena jadi leader. Semua kumpulan kena pilih nama after buah-buahan. I pilih kiwi. Maybe masih terpengaruh dengan kesedapan kiwi last weekend kot. 


See that white line? I lukis guna liquid paper. Rasa sangat kagum dengan diri sendiri kerana macam pro je I buat. Gigih tau. Dah la tak de ruler semua tu. I macam tak percaya je I boleh buat cantik macam tu sebab I dengan lukisan walaupun sekadar garis-menggaris aje ni memang lah fail. So tu pasal I rasa sangat kagum dengan diri sendiri hari ni. Ye..ye... I memang over. So what... hehe..


Close up. Pening jugak nak decide the sequence ok. Tapi bila dah dapat the skill tu macam best la. Mula-mula dia bagi simple map tapi lepas tu much complicated ones. This one yang a bit complicated sebab ada banyak block. Mula-mula tulis guna pencil aje sebab asyik la bertukar. Seronok buat benda ni sebab tak pernah buat and dah lama tak main lukis-lukis ni. Cuba dah kena apply system esok. Mau jemu tengok benda alah ni.

 
Ini pulak untuk penentuan ruang. Jenuh jugak nak decide which one to go first, nak ikut arah jam, lawan dia or ikut style apa and mana yang nak diconsider sebagai ruang and mana yang tak. Ini pelan masa beginner.


Close up sket. Seronok jugak main dengan pelan ni sebab baru tau pasal service compartment, riser semua tu. Esok nak apply this thing at the new building setinggi 32 tingkat tu camnelah eh. Pening...pening....


Much complicated plan. Ada banyak lagi yang lebih complicated sampaikan satu level boleh ada more than 100 ruang. Siap kena buat zoning semua. Eh korang mesti tak paham dan bosan kan. Ok lah tukar topic lain.


"Ni, you jangan amik gambar I tido tau." Ok. Hehehe.... ok la sangat kan. Mula-mula memang I tak mo amik pun tapi tak tahan seh tengok dia ni tido. Macam nak terjatuh je dari kerusi tu. Lebih teruk dari semalam ok. To be honest I macam geram je tengok orang tido-tido time kursus ni. Ye lah kadang-kadang the topic was too dry or heavy sampai tak terjangkau dek akal hingga otak tak dapat lagi nak concentrate lantas membuat mata tu macam susah je nak buka tapi sikit-sikit jadi la. Sian kat penceramah dok mengajar tu ha. Hehehe... jangan marah noooo En. Afnan. 

During tea time, I duduk semeja dengan someone from Jabatan Parit dan Pembentungan (eh betul ke nama ni? I main hentam aje teka). Dah tua macam my boss la jugak. So I saja la ringan-ringan mulut tanya pasal pembentungan ni. Was it like yang kita biasa tengok dalam citer omputih tu. He said yes. And dia pun bukak la cerita pasal sewage semua tu. Ada orang mati, ada anaconda besar gila (eee ni yang buat I takut tengok lubang sewage ni), ada macam-macam la. Tapi orang mati and anaconda la yang paling banyak sekali. 

Seronok borak dengan Encik ni. Tapi tak tanya pulak apa nama dia. Dia adalah sangat tidak kedekut ilmu. I like! Banyak belajar benda baru hari ni. Kawan-kawan yang kata I banyak tau sebab rajin membaca, FYI.... sebenarnya I tak la rajin membaca sangat pun selain dari novel-novel romantik and a few magazines. Tapi I learnt a lot from peoples like this. Ntah sape-sape yang tetiba je bukak cerita best about things that I don't know or have any chances to know if not because of them. We never knew what we might learn from strangers, right. So ramah-ramahkan lah diri anda. Oh ini adalah peringatan untuk diri sendiri sebenarnya sebab I ni pun boleh tahan berat mulut jugak kadang-kadang tu.

Kalau ikut hati lama lagi I boleh borak dengan Encik tu tapi kesian pulak staf I. Dah la tumpang I. Nanti lewat pulak dia balik so terpaksa la I mengundur diri. Agak-agak esok belajar pasal apa lah pulak eh. 

Tuesday, July 27, 2010

Saya sedang berkursus

Hari ni sampai hari Khamis saya berkursus; ToT mySPATA. Sistem baru untuk menguruskan aset tak alih yang dibangunkan oleh MAMPU dan JKR. Kursus dengan orang JKR ni best. Tak de nak banyak songeh protokol. Padahal IR-IR yang bagi lecture tu. Training dibuat di USIM, Nilai. 1st I drive untuk berkursus ni. Selalu minta driver hantar je. Tapi memandangkan tempatnya tak sejauh mana dan tiada masalah parking maka saya rela la memandu ke sana.

Selaras dengan nama sistem yang begitu Roman sangat tu (nasib baik bukan SPARTA ke, SPARTAN ke, SPARTACUS ke) maka banyak la istilah-istilah lain yang begitu Roman bunyinya. Contohnya piPATA dan peDATA. Ada lagi a few yang lain. Kenapa la pelik sangat bunyinya wahai IR-IR sekalian? Nasib baik tak de PAPITA atau PUSPANITA kan. Hehehe...

Pengisian agak berat, maklumlah pasal aset tak alih yang merangkumi bangunan, tanah dan infrastruktur. Terasa macam orang JKR sangat. Tapi yang bestnya, diorang ni tak kedekut ilmu. Banyak knowledge sharing mengenai benda-benda general yang tak mungkin kita nak amik tau pun selama ni. Oh general in term of pembinaan la ye.

Esok start tutorial sistem. Dah attend ToT ni pasni kena la jadi trainers eh. Nak train camne kalau I pun masih tak berapa nak paham sangat. Banyak sangat teknikal termnya. Ni patut panggil orang khidmat teknikal ni baru betul. Pelan, build up semua tu mesti la diorang dah pro kan. Tanya I memang satu pun tak tau la. Harap-harap sesi tutorial esok akan membawa lebih kefahaman.

      Training dalam lab. Suasana yang agak suram ditambah dengan topik yang heavy menyebabkan kelopak mata pun terasa heavy semacam. Lantas.....

Membawa kepada kefahaman yang melampau. Hehehe.... over tau dia ni. Dah la datang lambat, lagi mau terlelap-lelap.... 

Monday, July 26, 2010

I listen to him every night

He is my current obsession now; So Ji Sub. I listened to him singing this song almost every night. Although the drama of that song was out in 2002 2004 but who cares. The song is nice, the drama is also nice albeit very sad well except for the ending part where he died. The drama title; Sorry I Love You. Please enjoy the song although you don't understand any of it. I've checked the lyrics and translation; sangat sedih dan mendalam maksudnya. Sayu hati mendengarnya and sangat feeling sedihnya. Padahal tak paham pun. Hahaha...  I even bought the original set ok. Gigih tak? Addicted sebenarnya. Hehehe...

Anyway enjoy the song ok. 



Jacobs Walk of Life 2010

Yeay another achievement

Yet another successful event; Jacob’s Walk of Life 2010. Not having any friends to tag along and never been there before does not stop me from going. Semangat berkobar-kobar tu. I called a driver to ask for direction and memorize it. Registration started from 6am till 7.30am. Push off from home around 6.10am, stop for fuel and straight aje ikut direction given by the driver. From Putrajaya until Kepong I ok; ikut je signboard tapi sampai Kepong I dah macam lost sikit sebab tak nampak any signboard yang boleh membantu dah. So I asked for direction from a taxi driver. Alhamdulillah selamat sampai sana around 7.10am. Orang dah ramai, parking pun dah tak de. I memang tak pernah sampai sana, so ikut je flow traffic. Alhamdulillah ada ruang sikit untuk I park berdekatan dengan tapak event.

Orang dah mula ramai

During registration dapat T-shirt and paper bracelet. Mula-mula tu I pakai aje baju 2 lapis tapi bila nampak ada changing room I terus tukar. Tak pasal kena patah balik ke kereta. Simpan baju and amik beg so sebelum event bermula so I dah jalan lebih kurang 1km lah jugak. Masa I tengah sibuk-sibuk nak tukar baju semua tu, I sempat la dengar ucapan-ucapan by the VVIPs. Someone was so pelat in his Bahasa Melayu. I thought orang Cina ke apa rupanya omputih ok. Big boss Jacobs kot. (Google check : Mr. Dieter Schulz, GM Kraft Msia & Spore). Hebat dia ni. One thing yang I ingat; “sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”. Coming from foreigner ok, so I sangat kagum mendengarnya.

Bersedia untuk bermula

Saya pun tak sabar nak mula

Omputih yang terer berbahasa Melayu. Sebelah tu yang bertudung coklat adalah Timbalan Menteri.
Kick-off around 7.45am camtu kot. The crowd was so ramai; beribu-ribu lemon ok. I was alone je all the time. Not that I care cuma macam bosan jugak bila sorang sebab diam aje. Kalau ada geng boleh jugak berborak-borak. The distance adalah sejauh 5km. Berpeluh sakan jugaklah I berjalan pagi tu.

Punyalah ramai participants. Beribu-ribu...

Sorang pun sorang lah. Layannn....

Sepanjang-panjang jalan tu penuh dengan orang

Saya yang masih ceria... Eh sape kat sebelah tu? Nak jugak menyelit...

Kat belakang saya pun raaaamai lagi. Saya ni kira dok kat tengah la.
The paper bracelet
Ok dah hampir sampai finishing line. I'm still good

Kat finishing line boleh claim goodies bag by giving the paper bracelet. Inside the goodies bag ada 2 boxes of Jacobs biscuit, 2pc of Zespri Kiwi, 1 boxes of Anlene milk and Spritzer mineral water. All the sponsors ada buka booth dekat padang sekali dengan pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan and Fitness First. Selain jualan, Jacobs juga ada buat biscuits giveaway tapi dia buka dan edar la, bukan dapat sekotak-sekotak. Sapa lapar boleh terus amik makan. I amik few pieces of Jacobs Weetameal. Zespri pun ada buat kiwi giveaway, 2 potong each; greenish a bit sour whilst yellowish a bit sweet. Anlene bagi susu tapi cupnya sangat la kecik. I beratur untuk kiwi tu 3 kali. Sengal-sengal gigi I makan kiwi. For Anlene milk pun I beratur 2-3 kali untuk kiwi and milk giveaways tu.
Beratur...

beratur.....

dan terus beratur.....

 
Zespri kiwi yang sangat sedap. sanggup beratur berkali-kali demi untuk ini.

Bila dah bertenang semua I pun pegi la buat pemeriksaan kesihatan. The result adalah sangat menghampakan. Sape yang kata I kurus selama ni korang adalah salah ok. My BMI adalah 23. I tak tau la betul ke tidak diorang kira sebab kalo I kira guna calculator baru 21.++ je . So the nurse cakap my weight adalah maximum weight. Can’t afford to gain more, kena loose more ada la. My blood pressure adalah borderline (yang ni I dah lama tau cuma setiap kali dengar setiap kali tu rasa sedih…. sedih ke? sort of la sebab bahaya tu…). My pulse pun 100++ which is in danger zone. Sepatutnya kena below 100. Pulse kalau tinggi sangat takut nanti jantung boleh jammed and kena stroke. Nauzubillah….. So after this selain jaga berat, kena jaga makan dan jaga perasaan jugak. Ni asyik stress aje… mana tak blood pressure tu borderline. In fact since I’m 26 or 27 kot I dah kat borderline ni. Ingatkan sebab masa tu stress. Rupanya stresss tu sampai sekarang tak hilang-hilang eh.
Ceria sebelum mendapat khabar tak berapa nak ceria

Oh misi kenapa lagi bagi saya khabar kurang gembira ituuuu....

Lepas buat check up I makan kiwi lagi pastu baru balik. Mak ai jem punya teruk dekat sejam I tersangkut kat dalam FRIM tu. Bila dah dapat keluar tersalah jalan pulak. Masa pegi tak jauh mana tapi bila balik lalu Damansara-Kelana Jaya-Puchong punyalah jauh. More than 100km ok. Dah la penat. Rasa mcam nak terlelap-lelap aje. Balik tu terus rushing nak gi kenduri pulak.

Kereta-kereta di depan saya

Dan kereta-kereta di belakang saya...

Seronok betul joint benda berpeluh-peluh ni. Tapi penat sikit la lepas tu. Maybe sebab baru nak mula kot. Macam masa mula-mula skip dinner dululah. Lapar je manjang. Maybe bila dah selalu nanti tak la penat sangat dah. Lepas ni saya dah ada target benda baru yang nak saya beli; blodd pressure monitor. Saya ada je duit nak beli gadget-gadget lain yang sometimes I hardly use pun tapi benda-benda untuk kesihatan ni tak pernah yang kisah. So instead of beli kasut jogging yang setengah ribu harganya tu, baik lah saya beli BPM yang harganya around RM300-RM400 tu. Lagi bagus. At least boleh jugak monitor my blood pressure and the heart pulse.

Jom kawan-kawan joint ramai-ramai!

Kepada kawan-kawan yang rasa berminat nak join benda-benda macam ni bagilah tau. Ada jugak geng saya nanti. Tak de la saya sorang-sorang je. Ok!