Monday, January 16, 2012

The happier times before falling sick

Ada banyak lagi cerita tahun lepas yang terpending so mari la kita rewind sikit cerita-cerita itu. I balik Kuantan on the last week of 2011 sebab nak menguruskan pasal Akak pulak. Tapi yang tu next entry la eh. Kasi special sikit. On the same time, dapat tau yang Dik Man masuk asrama. Alahai sedih la pulak sebab tak dapat hantar dia. Yes I know he's barely 15 minutes away from home but you know me la kan, mesti nak get involve in everything. Yang I kata sampai je Kuantan malam-malam terus keluar tu sebab pegi beli barang Dik Man and hantar kat hostel dia. Ye la terkejut tergempar je masuk hostel so banyak la barang tak sempat nak beli.

On the way back tu biasa la sembang-sembang dengan Abah kan. Tetibe Abah cakap Ayum ada bagitau yang I tak suka sebenarnya Dik Man masuk asrama. I memang mengaku la kan. Abah kata sapa tak sedih nak berpisah dengan anak tapi demi kebaikan jugak. Lagipun perjalanan Dik Man ke poli tu bahaya, banyak lori besar and anak kawan Abah selalu je accident kat situ. I nak menangis masa sembang-sembang tu tapi tahan aje. Air mata dah bertakung-takung dah. Hahaha..... Ok la the first few days tu I admit I memang sedih sebab Dik Man masuk asrama. Bila dia balik kejap and I hantar dia ke depan pintu pun I dah rasa sebak-sebak. Padahal hari-hari je jumpa pun. Hehehe..... Tapi I rasa betul la cakap Abah tu. Untuk kebaikan dia jugak. And nanti akan ada perpisahan yang lebih jauh and lagi berat untuk Mak Abah. Tu nanti lagi sedih kan.

Yang kelakar tu, Jumaat malam I dah jumpa Dik Man kat hostel kan. Then Sabtu pagi dia balik rumah kejap. Masa dia nak balik tu la I sebak-sebak. Padahal tengah hari tu kitorang keluar sama. Bila fikirkan balik entah pape je kan. Over je. Hehehe..... So Saturday noon tu I keluar dengan Akak, Adah and Angah. Dik Man dah tunggu kat town. Nak beli barang-barang for Akak and Dik Man and nak belanja makan ayam penyet.

Nabila, Dik Bila, Bella and finally Angah

Akak and Dik Man. Suddenly Dik Man looks so grown up

Me and Adah yang tak sabar nak makan ayam penyet

Over tau Adah ni. Tak padan dengan berat, nak feeling-feeling Korea pulak. Hahaha.....

Mujur le Pak Man rajin nak melayan

Suka la tuuuu.....

Eeee ayam penyet kat Megamall tu tak sedap langsung. Jauh beza dengan yang I selalu makan kat sini. Tak puas hati pulak belanja diorang makan tapi tak sedap. Tak pe next kita pegi makan sushi plak eh. Dok kat rumah tak buat apa sangat pun. Just kemaskan beg Akak je. Banyak barang nak kena bawak tapi cuma boleh bawak 2 beg aje. Mujur la I ni terer bab-bab packing-memacking ni. Hehehe......

The next day kami pegi tengok tapak rumah. Progress agak cepat la jugak. Maybe sebelum puasa nanti dapat la pindah rumah baru. Insya Allah.... Rupa-rupanya bukan senang nak buat rumah ni eh. Macam-macam hal. Kesian Abah kena handle sorang-sorang. Assistant dah nak pegi jauh pulak tu. Hai nanti ada la yang kerinduan tuuuu....

Kat tapak rumah

Penghuni kongsi sedang merenung nasib diri.....

Pemantauan kawasan ke????

Lepas tengok tapak rumah kitorang ke bandar kejap. On the way back tu asyik la cakap nak makan durian la apa la. So Abah pun singgah la pegi beli buah. Tapi tak banyak yang ada so beli sikit aje. Jadi la kan nak merasa sorang sikit.

Gembira nak makan buah

Orang nak pegi training

Orang bakal pegi jauh

Yeay yeay Mak Abah beli buah!!!

Beli buah apa la tu????

Abah beli rambutan and durian

Ok jom balik

Balik rumah makan buah and lepak-lepak aje. Esok tu Akak nak pegi lapor diri and esok jugak I sakit teruk. Dah puas bersuka-suki sakit la pulak eh. Nasib badan la labuuuu.....

No comments: