Tuesday, January 10, 2012

The aftermath

Selepas sesi penuh kesakitan di hospital, masa untuk membaikpulih la pulak ye. Hari tu eksyen. Kata sehari je MC dah ok. Ok bukan la eksyen tapi dok la terfikir pasal office tu. Ye ye saya tau saya tak perlu memikirkan sangat pasal kerja ni. Tapi saya memang macam ni. Risau aje kalau-kalau saya akan menyusahkan orang lain.

Anyway, since keluar hospital tu, saya rasa lemah dan tak bermaya. Maybe sebab dehydrated kot. Dah asyik ke toilet aje. At least kalau kat hospital ada drip kan. Dok hospital 4 hari tak tau berapa banyak botol air masuk badan ni guna IV drip. Bila dah keluar tu, nak kena suapkan sendiri air kat mulut so memang lambat sket la kan. Dah la makan bubur je. Mana la nak kenyang. Habis solid pun makan roti. Ok ada la few times makan nasi tapi tak banyak la. Makan pun penat tau. Entah apa yang dipenatkan tak tau la.

Sakit perut masih ada but not as bad macam masa mula-mula la. I can feel something moving inside. Contoh kan kalau nak passed gas ke. Nanti terasa-rasa benda bergerak dalam perut and sakit la bila rasa tu. Pastu ok. Kiranya I can feel my bowel movement la kot. Sakit macam cramp tapi bergerak sakit tu. Entah la tak reti nak describe.

I kan bertukar IV point sampai 3 kali. So tangan I ni still terasa sakitnya. First few days rasa sakit dan lenguh semacam. Sekarang cuma sakit kat area vein yang kena cucuk tu je lah. Kalau gerak lebih-lebih memang terasa sakitnya. Ingat lagi dulu masa warded sebab acute appendicitis tu. Drip kering berapa kali so lepas keluar hospital my vein bengkak teruk. Besar pulak tu. Orang kata masuk angin. Yang kali ni pun boleh terasa ketulan kat vein tu. Hai macam-macam. Masuk hospital sebab sakit perut tapi banyak pulak tempat lain yang kena tempiasnya.

Pastu my tongue rasa tebal semacam. Putih pulak tu. Padahal I gosok my tongue tapi still ada putih-putih tu. Mula-mula macam sakit tapi sekarang dah tak la cuma rasa tak selesa. Ada weird taste plak tu. Yuks. I'm on antibiotic kan. Nurses kat sana kata antibiotic I ni kuat-kuat. Masuk ikut IV drip pun still terasa-rasa kat tekak ni. Now that I makan yang pill types punya lagi la. Ada very strong aftertaste macam makan petai aje. I breath and swallow the bad and weird taste. Memang tak selesa. Mulut pun crack kat tepi. Tak boleh le nak nganga sangat. Tak bagi cakap banyak la tu. Or ketawa kuat-kuat. Hehehe.... Tapi nak makan sakit wooo.....

Tidur malam berpeluh-peluh walaupun fan full blast. I think my body is fighting the infection kot. Macam orang demam tu la. Lepas berpeluh-peluh baru la kebah. So tidurku tak lena you. Asyik terjaga aje tengah malam. Tak pelah. As long as boleh sembuh seperti sediakala kita sabar je lah kan. Ada orang lagi siksa. Lagi teruk sakitnya, lagi lama menanggungnya so setakat macam ni kena la redha. Lagipun kan sakit ni ujian Allah. Dan penghapus dosa. So harap-harap banyaklah dosa-dosa yang telah terampun sepanjang sakit ni.

Hari tu balik Kuantan, I drove myself. Alone plak tu. Merempit-rempit I kat highway tu. Hehehe.... Pastu after a long distance trip malam tu sempat lagi ke sana ke mari. Bak kata my siblings la. Kak Ngah tu mana tau penat. Hah sekarang amik nak. Semua benda memenatkan. Bang Long and Eman balik Kuantan semata-mata nak amik I balik. Kesian diorang. Terpaksa menyusahkan. Pastu dah sampai Putrajaya I dah tak larat. Letih gila. Perut pun sakit.

Tu le hari tu kata tak payah cuti lama-lama sebab masa tu tak terasa sakit or penat. So patutnya semalam dah start keje tapi tak larat sangat. Today pun dah siap iron baju mandi semua tapi pastu penat. Sorry boss. Ingat dah boleh masuk keje. Udah le time nak meeting besor kan. Tapi dengan berita terkini lagi sensasi rasanya I dah tak perlu memikirkan sangat pasal meeting besor tu. Kena fikir pasal meeting lain pulak. Tak tau la apa nasib masuk keje esok.

Masa nak balik hari tu I rasa tak sedap hati. Risau aje. Ye lah I ni kan dok sorang. Kot apa-apa jadi kan payah. So for the time being Mamat and Eman akan stay at my place. Tapi macam kesian la pulak. Rumah I bukan ada Astro ke, Streamyx ke. Komputer pun takat netbook cinonet ni hah. Mesti diorang bosan tahap cipan kan. Dah la tak masak untuk diorang. Apa punya kakak ni. Hehehe..... terima kasih la sebab sudi menemankan kakakmu yang banyak songeh ni ye.

Eh patutnya I kena habiskan antibiotic I by today. Tapi hari tu one whole day skip makan ubat. How eh? Makan semua terus today or makan je ikut aturan sampai habis? Yang pasti antibiotic ni kena habiskan. Berusahalah!!!

No comments: