Wednesday, January 18, 2012

Kenangan di bilik lama

Ni event lama. Masa cuti sekolah yang lepas and I was still kat department lama. Zakiah my SIL, Jannah and the kids datang bercuti at my place. Since I tak dapat nak bercuti, lepas balik keje barulah dapat bawak diorang jalan-jalan. Then one day I bawak la diorang datang office. Sajelah nak tunjukkan my new office. Rupa-rupanya tu la the first and the last time they came to that room. Went back during lunch hour and they stayed at the office from 2pm to 5 pm. Kebetulan petang tu macam busy la pulak. Banyak call masuk. Tapi sempat je layan tetamu istimewa ni.

Dik Manan yang super duper excited

Mulut comot ni

Boss baru eh

Eeeppp makan tangan mana tu??


Yang dua orang ni sibuk menulis

Nak oreo ni ke???

Always using his left hand. I rasa Dik Manan ni left-handed la

Suka sangat dia


Ustazah Zakiah sedang mengajar

Hai dok call sape tuuuu????

Kan dah kata, tak reti dok diam budak kecik ni

Yang si adik ligat menolak itu ini

Yang si kakak pulak tak habis-habis menulis

Ada orang tu dah datang office Cik Ngah dia terus tak nak jadi angkasawan dah. Nak keje macam Cik Ngah jugak. Nak keje dengan Datuk Perdana Menteri katanya. Bukan main cita-cita tu eh. Siap tulis memo kat I tu. Lupa pulak nak amik gambar the memo. Kepada : Cik Ngah. Daripada : Adah. Perkara : Ummi. Pastu abenda ntah yang dia tulis kat dalam tu.

Tengok gambar ni terasa rindu pulak kat budak-budak kecik tu. Kadang-kadang tu bila I balik selalu je diorang ni menaikkan amarah dengan perangai masing-masing tapi bila jauh-jauh rindu pulak. Mulut masing-masing dah macam orang tua. Esok Dik Manan dah boleh bercakap lagi la jenuh nak melayan kan.

Lepas ni tak boleh la nak datang lepak office Cik Ngah dah ye. Tunggu Cik Ngah naik pangkat sampai duduk dalam bilik sorang-sorang la dulu ye. Tapi entah bila la tu. Hehehe.....

Tuesday, January 17, 2012

There she goes.....

Sending this girl away for PLKN training

Tak pernah ada sorang pun dalam family I yang kena pegi PLKN sebelum ni so Akak adalah yang pertama. Akak ni dalam pada minat dengan kanak-kanak (sibuk nak jadi pengasuh) tapi dia jugak minat sangat bidang ketenteraan. Dulu masa mula-mula dia masuk syabab fatayat (kadet kat sekolah dia) asyik la berkawad sorang-sorang. So dia sangat gembira la dapat pegi PLKN. Abang-abang dia pulak risau sebab macam-macam cerita kita dengar pasal PLKN ni kan. Mula-mula I pun excited dia pegi PLKN tapi bila asyik dengar yang buruk-buruk ni risau la pulak. Hopefully Akak sentiasa dalam lindungan-Nya. Amin.


Dalam pada menahan sakit pagi tu, I usahakan jugak nak hantar Akak. I never want to miss moment like this. Selagi termampu I akan usahakan untuk teman diorang untuk benda-benda macam ni. Dah la hujan lebat gila. Kebasahan semua orang. Mak Abah stay dalam kereta je sebab tak de parking. Sesak pulak tu sebab ramai orang and hujan lebat menambahkan lagi kesesakan.

Masing-masing bawak payung besar gabak

Akak trying to squeeze in

No queuing at all so agak bersesak-sesak


It took quite some time for her to register sebab apparently tak de orang beratur. Semua main redah aje. Orang tak sabar kot sebab hujan, basah, sesak dan sebagainya. Tapi I rasa kalau beratur lagi cepat kan. I rasa urus setia kena make sure la kot next time tak jadi macam ni. Kata nak pegi training PLKN kan. So kena la ada disiplin dari awal-awal lagi.

Masa menunggu Akak tu, macam-macam ragam manusia I dapat tengok. Ada yang datang pakai formal habis. Wearing slack and long sleeve shirt macam nak register masuk uni aje. Ada yang datang pakai jeans and tshirt aje. Paling teruk pakai seluar track and tshirt macam kat rumah aje. With slipper. Agak-agak la kan. Hehehe..... Ada sorang tu datang with rambut yang sangat stylo. Ada macam corak-corak kat rambut tu. Selamat la kena cukur pastu eh. Hehehe.....

Akak kena ke Kem PLKN Pingiran Pelangi, Muadzam Shah

Sesi bersalam-salam

Laaaa ingatkan excited nak pegi tak sedih laaaa.....

Selesai register kena terus naik bas. So masuk kereta untuk sesi bersalam-salaman. Masa pesan-pesan tu suara Mak dah serak-serak. Despite tak sabar nak pegi tapi Akak ni cengeng jugak orangnya. I pun tumpang sedih sama. Apa-apapun she's still a baby to us kan. Risau jugak nak lepaskan.

Taking her stuff

Hujan lebat sangat so susah sikit nak hantar sampai ke bas

Boleh bawak satu beg besar aje so everything is in there. Kasut, baju, hanger, toiletries etc. Terer tak I? Hehehe.....

Driver tu kata macam artis pulak bawak beg gitu. Baru nak masuk AF ke atau kena tendang from there???

Tak sabar ke nak bergelar pelatih PLKN???

Babai Akak. Jaga diri baik-baik eh....

Hujan bertambah lebat so kena masuk dalam kereta

The bus is leaving. Again, jaga diri baik-baik ye Akak.....

The camp was one and half hour from our place. Jauh jugak lah. Tak boleh nak call so kena tunggu Akak je yang call. We did visit her after I was discharged from hospital tapi tak amik gambar. Was so weak to think about anything tapi nak jugak ikut pegi tengok Akak. She looks happy but missing the kids. Akak pesan suruh bawak tuala, kain batik, makanan and Dik Manan. Boleh??? Rindu la tu. Maklumlah dia kan pengasuh tak rasmi budak-budak tu so mesti la rindu kan.

Apa la kisah dia training tu eh. Nak call borak-borak macam selalu tak boleh. Kena tunggu lepas training la kot. Uih lamanya lagiiii...... Whatever it is, jaga diri baik-baik eh Akak. Just follow the rules and you'll be safe. Enjoy your time there and jangan lepaskan peluang to join every activity. Once in a lifetime experience tu kan. Mudah-mudahkan semuanya dipermudahkan dan Akak sentiasa dalam lindungan Allah. Amin.....

Dik Man dah masuk asrama. Akak pulak training PLKN for 3 months. Next ialah turn siapa pulak eh. Dah tau tapi nanti la kita reveal eh. Makin kosong la rumah Mak Abah. Mesti sunyi je kan. Anak berbelas-belas pun sudahnya berdua jugak. Ok tak la berdua but most of the time semua tak de and Abah akan tinggal sorang-sorang aje kat rumah. Kesian pulak...... Nak buat camne. Untuk kebaikan dan demi masa depan jugak kan. Bak kata Abah la.....

Monday, January 16, 2012

The happier times before falling sick

Ada banyak lagi cerita tahun lepas yang terpending so mari la kita rewind sikit cerita-cerita itu. I balik Kuantan on the last week of 2011 sebab nak menguruskan pasal Akak pulak. Tapi yang tu next entry la eh. Kasi special sikit. On the same time, dapat tau yang Dik Man masuk asrama. Alahai sedih la pulak sebab tak dapat hantar dia. Yes I know he's barely 15 minutes away from home but you know me la kan, mesti nak get involve in everything. Yang I kata sampai je Kuantan malam-malam terus keluar tu sebab pegi beli barang Dik Man and hantar kat hostel dia. Ye la terkejut tergempar je masuk hostel so banyak la barang tak sempat nak beli.

On the way back tu biasa la sembang-sembang dengan Abah kan. Tetibe Abah cakap Ayum ada bagitau yang I tak suka sebenarnya Dik Man masuk asrama. I memang mengaku la kan. Abah kata sapa tak sedih nak berpisah dengan anak tapi demi kebaikan jugak. Lagipun perjalanan Dik Man ke poli tu bahaya, banyak lori besar and anak kawan Abah selalu je accident kat situ. I nak menangis masa sembang-sembang tu tapi tahan aje. Air mata dah bertakung-takung dah. Hahaha..... Ok la the first few days tu I admit I memang sedih sebab Dik Man masuk asrama. Bila dia balik kejap and I hantar dia ke depan pintu pun I dah rasa sebak-sebak. Padahal hari-hari je jumpa pun. Hehehe..... Tapi I rasa betul la cakap Abah tu. Untuk kebaikan dia jugak. And nanti akan ada perpisahan yang lebih jauh and lagi berat untuk Mak Abah. Tu nanti lagi sedih kan.

Yang kelakar tu, Jumaat malam I dah jumpa Dik Man kat hostel kan. Then Sabtu pagi dia balik rumah kejap. Masa dia nak balik tu la I sebak-sebak. Padahal tengah hari tu kitorang keluar sama. Bila fikirkan balik entah pape je kan. Over je. Hehehe..... So Saturday noon tu I keluar dengan Akak, Adah and Angah. Dik Man dah tunggu kat town. Nak beli barang-barang for Akak and Dik Man and nak belanja makan ayam penyet.

Nabila, Dik Bila, Bella and finally Angah

Akak and Dik Man. Suddenly Dik Man looks so grown up

Me and Adah yang tak sabar nak makan ayam penyet

Over tau Adah ni. Tak padan dengan berat, nak feeling-feeling Korea pulak. Hahaha.....

Mujur le Pak Man rajin nak melayan

Suka la tuuuu.....

Eeee ayam penyet kat Megamall tu tak sedap langsung. Jauh beza dengan yang I selalu makan kat sini. Tak puas hati pulak belanja diorang makan tapi tak sedap. Tak pe next kita pegi makan sushi plak eh. Dok kat rumah tak buat apa sangat pun. Just kemaskan beg Akak je. Banyak barang nak kena bawak tapi cuma boleh bawak 2 beg aje. Mujur la I ni terer bab-bab packing-memacking ni. Hehehe......

The next day kami pegi tengok tapak rumah. Progress agak cepat la jugak. Maybe sebelum puasa nanti dapat la pindah rumah baru. Insya Allah.... Rupa-rupanya bukan senang nak buat rumah ni eh. Macam-macam hal. Kesian Abah kena handle sorang-sorang. Assistant dah nak pegi jauh pulak tu. Hai nanti ada la yang kerinduan tuuuu....

Kat tapak rumah

Penghuni kongsi sedang merenung nasib diri.....

Pemantauan kawasan ke????

Lepas tengok tapak rumah kitorang ke bandar kejap. On the way back tu asyik la cakap nak makan durian la apa la. So Abah pun singgah la pegi beli buah. Tapi tak banyak yang ada so beli sikit aje. Jadi la kan nak merasa sorang sikit.

Gembira nak makan buah

Orang nak pegi training

Orang bakal pegi jauh

Yeay yeay Mak Abah beli buah!!!

Beli buah apa la tu????

Abah beli rambutan and durian

Ok jom balik

Balik rumah makan buah and lepak-lepak aje. Esok tu Akak nak pegi lapor diri and esok jugak I sakit teruk. Dah puas bersuka-suki sakit la pulak eh. Nasib badan la labuuuu.....