Tuesday, December 14, 2010

Kecintaan Eny (its kecintaan and not percintaan ye)

Alhamdulillah managed to berpuasa semalam walaupun cabarannya bukan main. Hehehe.... Nak tau cabaran apa? Ok bukan la cabaran but dugaan kot. For one whole day I kept thinking about bread and butter pudding. Like seriously ok. Sangat-sangat terliur sampai I keep on googling for the recipe. Over je tau. I am so close of going to Carrefour and buying the ingredients after work but scrapped it due to more important task to be done. Tak pe lah nanti weekend masa my family datang I'll try to make it. Lagipun buat sekarang sape nak makan kan. Setakat I sorang, puasa pulak tu, memang akan membazir ajelah. Sabar-sabar. tak berapa hari aje lagi. Hehehe...

So for berbuka yesterday I had chicken chop (just panaskan balik aje), baked beans, potato wedges and lettuce and tomato with thousand island. Memang makan besar lah. Siang-siang perut pun flat aje, lepas berbuka mak ai. Sendiri mau ingat lah kan. Hehehe.... For desert siap makan ice-cream lagi tu. Baru je kata kalau puasa makan sikit. Sekali semalam memang terover the limit la. As for today, I ingat nak makan roti john ajelah. Kalau puasa tak makan nasi I ok je. Tapi kalau tak puasa memang tak tahan. Boleh menggeletar ok. Hehehe...

Kek batik dah lulus, lepas ni I nak try buat bread and butter pudding pulak. Pastu cari lagi desert-desert lain yang best. Hari tu I ada makan apple crumble yang sedap. Nak tau kat mana? Kat Pullman Putrajaya. Hehehe.... Memang tak pegi dah la kot, mahal gila. I ni bukanlah peminat apple. And kalau ikut takkan makan pun apple crumble tu. Tapi atas hasutan Puan D yang asyik cakap sedap...sedap... I pun nak try lah. Lagipun tak rugi mencuba benda baru kan. Sekali amik nak, terus terjatuh cinta. Siap amik second helping lagi. Tapi serious sedap the apple crumble kat sana. So mungkin boleh masukkan ke dalam list of desert I'm going to do. Cewah siap ada list pulak dah. Puan D dan Puan K, bila agaknya kita nak mulakan operasi memasak kita? Jom kita listkan apa benda yang kita nak buat. 

Nampaknya kecintaan I ada dua la sekarang ni; buat desert and menanam pokok. Oh speaking about pokok, tuaian pertama cili I telah dibuat pada minggu lepas. Amik bawak balik Kuantan. I tak makan pun tapi sape yang makan sume kata pedas gila. Sekarang ni pun banyak lagi kat pokok tu. Siap ada yang dah merah dah pun. Sape nak cili padi, angkat tangan. Hehehe.... Pokok halia I pulak telah mengeluarkan 3 tunas baru. Pokok limau kasturi pun dah mula berbunga. Alhamdulillah. Yang masih statik tanpa sebarang perubahan cumalah pokok limau purut aje. Kenapa agaknya ye. Tak pe nanti masa Abah datang boleh la kita bertanya pada yang pakar tu kan.

I ni kalau minat kat sesuatu tu, mesti nak completekan benda-benda yang berkaitan. Penting tak penting belakang kira. Hehehe.... Dulu masa mula-mula nak belajar baking, macam-macam I beli. Ni dah minat nak bertanam, macam-macam jugak benda berkaitan gardening yang I beli. Lepas ni nak cari satu rak khas nak susun my gardening stuff la. Kasi kemas sikit. Over betul. Pokok tak seberapa, tapi beli barang macam ada kebun besar gila. Hahaha...

Anyway, this coming weekend I nak buat trifle and bread and butter pudding. Kalau dah pandai nanti, ada banyak la sikit variety yang I boleh buat masa pot luck. Ni asyik-asyik buat trifle aje. Mesti staf-staf kat sini pun dah bosan kan. So ganbatte kudasai to myself. Nak tau jadi ke tidak, tunggu........

8 comments:

Unknown said...

amboi bukan main ko memasak nyer...

Eny Yusof said...

Dayah,

Hehehe.... saje lah kan mengisi masa lapang. Nak join ke? Jom la....

didi said...

Eny,

Buat bread & butter pudding adalah amat senang. Hari tu aku dah mengajar yantie (ceh, siap kecoh pulak tu).

All u need is bread, butter, gula, susu, cinnamon, telur. Kalau nak buat choclatey, campur choc chips atau bancuh susu dgn milo. Yum

Makan dengan vanilla custard.
Yum!!!

Eny Yusof said...

Didi,

Kau membuatkan keterliuran ku bersambung lagi. Hahaha..... Btw, nanti kita buat apple crumble dengan Klynn eh.

mamamya said...

hehe..apple crumble is the easiest dessert la beb..campak2 je and sesuai kalau nak hidang time ada party kat umah (cewah! 'party' tu x ingat cam party liar pulak haha)

just prepare apple filling masuk dalam tray, simpan dalam fridge then bila nak makan tabur crumble bakar and walla! satu rumah bau harum =)

selalu aku buat x ikut resepi pun, campak2 jek..buat inti tu letak epal dah potong kiub, masak dengan air sikit je, lemon juice, gula and cinnamon...

daym...terdrooling pulak atas keyboard nih..chet! =P

Eny Yusof said...

Lin,

Ada resepi tak masak pun apple tu. Just potong and letak dalam tray pastu tabur the crumbs and bakar. Ada yang kena masak dulu the apple. Which is which ni. Care to share your recipe? And pakai apple apa? Merah ke hijau? Thanks!

didi said...

Apple hijau, Eny.
(Didi menyampuk)
Bagi aku, better masak sikit supaya ianya mesra dgn gula, cinnamon & lemon juice itu.

Sila betulkan kalau saya salah ye, Master chef Lin

mamamya said...

yezza...kalau aku prefer masak kejap epal tu bagi dia bukan takat teman tp memang mesra bersama cinnamon gula dan jus lemon hehe...

epal hijau granny smith pun ok..sbb rasanya kt msia susah nak cari epal merah bramley or pink lady kan? yg byk royal gala,xbesh sgt kalau masak...

ada resepi dlm blog i...tp yg tu crumble aku campur cornflakes, ko xyah letak pun xpe...crumble tu aku prefer byk butter, nyums! kasi lemak2 rangup hehe..and masak inti epal tu agak2 la ikut taste sendiri nak manis ke masam ke gituuu...

and practice makes perfect, nnt dah byk kali buat sure ko pun main campak2 je eny hehe...