Tuesday, August 14, 2012

Bank oh bank.....

Semalam received call from finance department. Ada sorang staff dari another department telah dipotong gajinya and dimasukkan ke akaun ASB. Kenapa saya boleh terbabit sama dalam ini cerita? Kerana akaun ASB saya lah tu yang terlibat. Pelikkan macam mana boleh terjadi. 

Ever since kereta saya tu asyik la sakit, saya berangan-angan la nak beli kereta baru. Like I said previously, dari angan-angan datang kemahuan, dari kemahuan datang lah usaha. Jadi bagi merealisasikan angan-angan nak berkereta baru, saya telah mula potong gaji masuk terus dalam ASB since last month. Kalau nak harap diri sendiri simpan memang tidak lah kan. Jadi those yang asyik la suruh saya tukar kereta tu, sabar lah ye. Saya sedang berusaha la ni. 

Eh cerita kereta pulak yang masuk. Ok saya rasa, due to that potongan bulanan itu, telah berlaku la sedikit kekeliruan. Tapi yang menghairankan saya, staff form department lain tu tidak pernah request pun nak buat potongan gaji. Saya yang request and bila tengok penyata gaji, memang ada potongan tu. Lain la kalau dia request, saya pun request and tersilap masuk semua ke akaun saya. Pelik kan. 

Bagi menyelesaikan masalah ini, saya kena ke bank untuk update buku ASB saya and kalau betul la ada tambahan selain dari yang sepatutnya, saya kena keluarkan and bagi balik kat staff tu. Saya tak de masalah nak buat tu. Yang menjadi masalahnya ialah time-time ni la nak suruh saya ke bank. Semalam kan gaji. Raya pun just around the corner. So boleh bayangkan lah betapa sibuknya bank tu kan. 

Memang saya cuba elakkan ke bank time-time gaji ni. Bukan takat bank, ATM machine pun sama. Sebab tu saya selalu pastikan saya ada cash yang cukup sebelum hari gaji so that saya tak payah nak beratur panjang-panjang amik duit masa gaji. Lagipun saya selalu guna credit card aje kalau nak beli apa-apa. So semua transaction buat online je. Senang keje. Dapat gaji terus transfer untuk kereta and credit card. Even bayar bil air yang tak berapa ringgit tu pun saya guna online banking. So boleh bayangkan tak berapa beratnya hati saya ni bila orang suruh saya ke bank. Dah la bukan salah saya. Sheeessshhhh....

Saya boleh je suruh orang finance tu selesaikan sendiri tapi saya kesian la pulak kat staff yang terkena tu. Raya tak berapa hari lagi. Gaji dia pun tak besar mana. Potongan tu banyak pulak tu. Kalau nak buat secara official mesti makan masa. Agak-agak lepas raya la baru dia dapat kot. Dah la potongan tu for 2 bulan; Julai dan Ogos. Kesian la pulak kan. Tak beraya pulak dia nanti. So kenalah saya ke bank untuk selesaikan masalah ni. Sigh......

Of all time, masa ni la nak kena......   

No comments: