Wednesday, June 02, 2010

Cerita pasal diari la pulak

Sekarang ni malam-malam macam berbelah bagi je perasaan ni. Hampeh kan. Cerita sayang Cendana tu best tapi bila tengok kejap-kejap citer Korea Brilliant Legacy tu lama-lama macam best la pulak. So dah macam terbalik dah sekarang ni. Tengok citer Korea tapi time iklan tengok Sayang Cendana. Selalunya memang saya limitkan time tengok TV. Lepas habis citer Korea or citer Sayang Cendana tu, saya memang akan terus tutup TV. Iron baju, solat Isya' and baca novel sebelum tido. Tapi semalam dah terlajak pulak and lepas ni akan sentiasa terlajaklah nampak gayanya.

Right after citer Korea, ada cerita baru yang best kat TV8 tu. Semalam premier. Citer The Vampire's Diary.


Mula-mula macam takut aje nak tengok. Nak tengok... tak tengok, nak tengok... tak tengok... Last-last tengok ajelah. Tapi bila time seram-seram tu terus tukar channel lain jap. Hehehe.... Macam best jugak lah citer ni. Tadi dig out more kat internet and dah abis pun baca episode guide untuk Season 1. Memang best lah citer ni. So lepas ni memang akan terus tengok lah. And kenalah buat catatan sikit pastu tampal kat mana-mana. Kang takut terlupa pulak. Hehehe...

By the way, pelakon-pelakon dia boleh tahan la. Ada satu tu hensem tapi jahat lah pulak. Oh maybe sebab dia tak cukup macho macam hero kot. Yang belah kiri tu Damon. Dia lah yang macam jahat tu tapi lama-lama bak lah jugak. Yang belah kanan tu pulak Stefan. Dia la hero. Tak pasal-pasal akan tido lewat lepas ni. Hampeh punya TV. Hahaha... TV jugak yang disalahkan.


Alamak minggu depan kena outstation 4 hari. Tak dapat la nak tengok citer Korea tu. Tapi citer ni sempat la nak tengok. Kalo dok hotel boleh lagi nak tengok. Sekali dok dengan orang asli daaaa.... Memang tak lah kan. Entah-entah handphone pun tak de coverage. Hah baru tau. Tapi tak kisah la kan. Sekali sekala kena la rasa dok kat tempat terpencil ni. Tapi sekali sekala aje lah. Kalo selama-lamanya mau naik lemau beb.

1 comment:

swit@kon said...

eny, sila tengok habis2an.
yang ni best.
tambah plak hero hensem. feveret mak aku.
1