Wednesday, August 03, 2011

Ramadhan 1432H - Day 2

Hari kedua berpuasa tahun ni berjalan dengan lancar. Nothing much yang memenatkan sangat. Tadarus kat office tak start lagi. Next week baru start so for the time being baca sendiri-sendiri aje lah dulu. I missed Kak Mah. Every year I mesti bertadarus dengan dia. This year I dengan Hajar je lah. Kak Mah ni mengaji sedap sangat. Suka dengar kalau time dia mengaji. Lancar and macam berlagu-lagu.

Anyway, menu berbuka semalam sangatlah ala kadar. Mula-mula makan kuih lapis yang agak tawar. Then masa main course, I cuma dapat 2 ketul daging masak lemak (kecik pulak tu) and ikan goreng setengah bahagian kepala. Sayur dah licin. Macam sedih la pulak makan macam tu kan. Tapi tak pe, reason kita berpuasa pun sebab nak merasai keperitan orang yang tidak berkemampuan. At least ada jugak lauk. Yang kurang mampu tu entah-entah makan nasi dengan garam aje. Lagi la sedih kan. Bila dapat makanan macam tu, teringat pulak kat kawan-kawan yang update status kat FB makan sampai 5-6 lauk tapi still rasa macam tak berlauk. Agak-agak berapa jenis lauk baru kira ada lauk kalau macam tu eh? Hahaha.... No offence ye kawan-kawan.

My parents memang dah biasakan kitorang dari kecik makan 1-2 lauk aje. Sangat jarang la makan sampai 4-5 lauk ni. That's why I memang tak reti nak makan lauk beraneka jenis ni. Nasi dengan telur goreng or ikan bilis goreng pun dah ok for me. Bila lauk ala kadar, tendency untuk overeat tu kurang la sikit kan. Tapi kalau kat rumah, satu lauk pun memang makan banyak sebab sedap. Hehehe.... I rasa that's why la I can shed almost 5kg during last Ramadhan. Sebab I berbuka dekat masjid. Foods are limited so memang tak makan banyak sangat. The only time I over indulge myself with foods ialah bila balik Kuantan in which kejap aje pun.

In my current line of work, ada banyak majlis yang melibatkan makan-makan. Majlis tu termasuklah meeting ye. Food spread memang mewah la. 3-4 jenis lauk memang confirm ada. I start belajar makan banyak lauk masa join kerja sekarang la. Actually makan beraneka jenis lauk ni pun tak elok jugak kan. Tapi manusia ni biasalah, bila dah ada benda depan mata, mestilah nak makan semua kan. I pun sama je. Padahal tau tak elok. Ok let me share with you guys tentang amalan pemakanan ikut sunnah Rasulullah. 
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN 
  • Jangan makan DAGING bersama SUSU
  • Jangan makan IKAN bersama SUSU
  • Jangan makan AYAM bersama SUSU
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR
  • Jangan makan IKAN bersama SALAD
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU
Wah banyak jugak yang I selalu buat ni. Contoh paling ketara semalam la. Makan masak lemak daging dengan ikan goreng. Maybe lepas ni patut hafal benda ni and try not to buat kan. Kalau ikan dengan susu memang dari dulu I tak makan sebab Mak kata kalau makan ikan dengan susu boleh kena penyakit sopak. Tau tak penyakit sopak tu apa? Ala yang kulit bertukar jadi putih-putih tu la. Sopak bukan panau tau. Alamak ikan dengan salad pun selalu sebab I suka tuna sandwich. Sandwich mestilah ada salad kan. Ok lepas ni makan sandwich tak boleh letak salad la. Eh ada lagi tu. Buah dengan susu. Tak boleh la buat fruit cocktail lagi dah lepas ni. Susu dengan cuka pun tak boleh. Abis tu kalau kek yang ada buttermilk tu macam mana eh? Banyak jugak tak boleh ni.

Kemusykilan I kat sini ialah, kalau ikan, ayam dan daging tak boleh dimakan dengan susu, so kita tak boleh la guna susu untuk replace santan bila masak lemak kan. Kena guna santan jugak la maknanya kan. Doktor selalu je suggest suruh replace santan dengan susu untuk kurangkan kolesterol. Doktor-doktor sekalian, nampak gaya, selain belajar medic, kena belajar sikit la pasal amalan Rasulullah dan Al-Quran. Sebab macam banyak je contradict antara sunnah dan sains and lately sains pun dah ikut sunnah.

Contohnya dulu ye-ye je kat sekolah kita belajar kena makan hati untuk tambah darah. Kalau ikut sunnah, organ dalaman tak elok di makan. Now barulah sains kata tak elok makan hati sebab ada banyak urik acid. Sama jugak dengan makan buah. Kalau ikut sunnah kena makan buah dulu tapi kalau ikut sains kena makan buah kemudian. Now sains pun dah akur yang kita kena makan buah dulu sebab kalau kita makan buah kemudian, buah cepat dicerna so ianya akan rotten dalam perut dan menyebabkan kita bloated dan sebagainya lagi.

Ok now nak share pasal cara makan pulak.
  • Makan buah dulu baru makan nasi.
  • Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
  • Jangan sesekali tinggal makan malam. Siap yang meninggalkan makan malam, akan cepat dimamah usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
  • Jangan makan makanan darat dan laut bersekali.
Pasal makan buah tu dah jelas dah tadi kan. Tapi bab tidur tu ada sedikit susah juga nak diamalkan considering lunch hour cuma sejam. Bila masa pulak nak tidur lepas makan kan. Nak kena rembat dengan boss????? Hehehe..... Tak pe maybe bila cuti kita boleh la cuba amalkan. Alamak bab skipped dinner tu yang lemah tu. I kalau dah makan berat masa siang, malam tak makan sangat. Kalau ada pun light-light aje. Tak pun memang tak makan langsung. Oooooo patutlah kolesterol I pada tahap merbahaya. Ini puncanya..... errr selain dari selalu makan lemak tepu la kan. Hehehe...... Baiklah lepas ni kena la amik jugak dinner tapi light-light aje la kot macam roti, buah etc. Bab makanan darat dan laut tu, kena lah usahakan jugak. Jangan main sebat aje lenkali eh. Tapi kan, masak lemak ayam/daging, makan dengan sambal tumis udang memang layan kan. Dugaan tu....

So lepas ni kena la berhati-hati ketika memilih makanan. Kata nak jaga kesihatan kan. Bukan takat bersenam dan kurangkan makan berlebihan. Nak menentukan makanan apa nak dimakan pun kenalah teliti juga. So kawan-kawan, jangan makan banyak sangat lauk ye. Puasa membantu untuk kesihatan perut. Kalau dah campur semua sekali takut lain pulak yang jadi. Tak gitu? 

Kalau ada sape-sape nak share pasal amalan pemakanan yang baik, sila-silakan lah ye. Sharing is caring.... 

7 comments:

dian said...

alamak! smlm i punye menu ialah sambal tumis udang & ayam goreng rempah. Kan main selera lagi i makan!

Eny Yusof said...

Dian,

Tu la, combination of all yang tak boleh makan sekali tu memang sedap kan. Agak susah jugak nak tahan diri ni.

khairolin said...

rule dia senang je nak ingat eny:
basically kalau makan lauk, jgn minum susu immediately. sebab all these meat kan protein ke macam mana.. nanti bila cerna dengan susu, boleh jadi toxin or racun in our badan. simply, would you rendam ayam, ikan, udang or daging with milk?

same thing with buah. buah should be eaten or its own.. dia kan berasid. jadi kalau minum susu, jadilah macam susu masam dalam badan kita tu..

tapi kalau buat kek tu, i guess should be ok, sebab kita dah masak dia. so, it is not in it's original form yang sangat berasid tu..

lepas tu yang daging tak boleh dengan ikan.. simply macam kau punye second set of rule tulah, kalau darat tak boleh campur dengan laut. udang + ikan: same origin, boleh. ayam + daging: same origin. boleh.. ikan bilis + telur (dalam nasi lemak): tak same origin. patut tak boleh. but i guess, ikan bilis tu macam dah dua kali masak (ikan bilis direbus sbl dikering dan dijual), so not so bad kot.

alamak, panjang plak my 2 sen worth.

Eny Yusof said...

Klynn,

Thanks for the lenghty explanation. Maknanya air bandung, teh tarik, nescafe tarik or any thing latte tak boleh makan dengan lauk-pauk la kan.

And yang masak guna susu instead of santan tu. Boleh ke tak?

admin said...

teringat shepherd pie....sedapnya...

Eny Yusof said...

Along,

See the hand laaaa..... ehem...ter-riak la pulakkk..

k-lynn said...

eny, segan aku bila tersedar tulis dengan begitu panjang. when we meet boleh discus lebih panjang....