Tuesday, August 02, 2011

Ramadhan 1432H - Day 1

Alhamdulillah hari pertama Ramadhan tahun ini berlangsung dengan lancar. Tapi I perasan sesuatu la. Although I memang kerap berpuasa lately tapi puasa bulan Ramadhan ni rasa lain sikit. Selain dari perut yang lapar semacam walaupun bersahur, mata pun rasa mengantuk aje sebab tak cukup tidur. Padahal hari-hari biasa kalau berpuasa I akan bangun pukul 5.15am untuk bersahur and terus bersiap nak pergi keje. Even kalau tak makan pun I akan bangun pukul 5.15am jugak untuk minum air sambil termenung. Cuma kalau tak puasa je I bangun pukul 5.30am-5.45am. Tidur lebih kurang la. Paling lewat pukul 11pm. Dugaan berpuasa kah ini?

Tapi yang baiknya, bila bulan Ramadhan ni, keinginan untuk membuat amal ibadat tu lebih sikit la kot. Rajin pegi masjid untuk berterawih. Baca Quran pun rajin la jugak. Cuma belum sampai tahap bangun malam untuk bertahajud semua tu lagi la. Hopefully satu hari nanti rajin la bangun malam buat amal ibadat. Kalau tak bangun malam pun, maybe boleh start dengan solat-solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu tu. To be honest, I tak pernah pun buat both solat tu. Semalam masa kat masjid ada jugak terdetik nak buat. Insya Allah lepas ni akan cuba buang rasa malas nak buat solat-solat sunat ni. I rasa selain solat terawih setahun sekali tu, solat sunat lain yang I buat cuma solat hajat je la. Tu pun bila ada benda-benda penting like nak interview kerja or nak exam. Solat istikharah pun ada la sekali dua.

Orang kata solat-solat sunat ni penting sebab boleh la cover mana-mana lubang akibat dari ketidaksempurnaan dalam kita membuat yang fardhu tu. Betul sangat tu. Buat yang fardhu tu pun selalunya ala kadar asal buat. Nak cepat aje. Kusyuk tok sah cakaplah. Asyik la terfikir dan teringat itu ini sambil solat tu. Teruk betul. Hehehe...... Entah bila la dapat nak kusyuk sampai tak ingat hal-hal dunia ni masa solat eh. Tapi tu la, kena start la buat yang sunat-sunat ni jugak. Nak kata malas sebab godaan syaitan memang tak la kan. Mana de syaitan bulan Ramadhan ni. Syaitannya diri sendiri tu hah. Hehehe..... Asyik-asyik bagi alasan malas la, tak sempat la, nak cepat la dan 1001 alasan lain.

Baiklah lepas ni ayuh kita berusaha untuk melipat gandakan pahala kita sepanjang bulan Ramadhan ni ye. Jangan jadikan puasa kita tu sia-sia aje. Sekadar menahan lapar dan dahaga. Pahala kosong. Rugi je kan. Sama-sama kita saling ingat-mengingati.

Anyway, semalam seperti yang dirancang, I went to have my iftar at Masjid Putra. Kak Zah, my iftar partner tak dapat join sebab anak dia ada kat rumah. Dia datang untuk terawih aje. Tak pe lah sorang-sorang pun ok je sebab kat sana ramai je orang. Tapi dalam pada tu tercari-cari juga kalau ada yang kenal. Alhamdulillah ternampak isteri ex-staff kat my department dengan anak dia. Last year pun I berbuka dengan akak ni jugak. Kira kami 3 sekawan; I, Kak Zah and akak ni. Eh I tak ingat la nama dia. Or tak tau eh? Sebab I selalu panggil dia akak aje. Or isteri En. Ross. Nama anak dia I dah tanya dah semalam tapi macam segan pulak nak tanya nama akak tu. Hehehe.....

So mula-mula berbuka dengan kurma and kuih. Then proceed dengan solat Maghrib and barulah makan nasi. Lauk simple aje tapi sedap. Selesai terawih nampak Kak Zah so lepas solat witir we went for moreh. Selalunya I memang tak makan sangat moreh kecuali la beberapa kali tu. Tapi semalam bau bubur lambuk tu tak menahan. Memanggil-manggil aje. Memang sedap pun. Alhamdulillah, kenyang perut. Terima kasih la kepada yang menyediakan makanan tu. Mudah-mudahan dimurahkan lagi rezeki.

Kalau ikutkan solat kat Masjid Putra tu tak la lama mana sangat. Sebelum pukul 10 dah selesai tapi nak baliknya la yang lama. Bercinta I menunggu dalam kereta sebelum boleh keluar dari parking tu. Dah tu jalan pulak tutup sebab jem teruk so kena la ikut jalan jauh. Perjalanan yang tak la jauh mana pun amik masa half an hour tau. Hari-hari memang itu la masalahnya pun. Dari tahun lepas lagi. Orang yang datang lambat tu suka sangat parking kereta ikut suka. Tak pasal-pasal menyusahkan orang nak balik. Kalau dah tau parking bersepah tu, balik la awal kan supaya orang tak tertunggu-tunggu dia. Tak pun kalau dah tau nak stay sampai 20 rakaat, datang la awal. Jangan la parking tak tentu hala. Menyusahkan orang je tau. Syukurlah ni bulan Ramadhan so sabar tu ada lebih sikit. Tak terdengar pulak bunyi hon ke apa. Kalau tidak selamat la kan...

Ok dah lewat ni. Nak kena ke masjid. Selamat berbuka semua. Makan tu berpada-pada la ye. Jangan ikutkan sangat nafsu lapar tu. Sape-sape yang berbuka di Masjid Putra, jumpa di sana...sana.....

2 comments:

dian said...

Eny,

I pun tak bangun malam bertahajjud. tp yang i buat ialah i bgn utk sahur tu i msk ns & sementara tggu ns masak i sembahyang tahajjud & sunat yg lain. Sini imsak 5.15. so i bgn pkul 4.

Selamat beramal, Eny!

Eny Yusof said...

Dian,

Oh macam tu pun ok jugak kan. Tapi I bgn pukul 5.15am. By the time selesai sahur, dah nak masuk subuh dah pun. Kena bangun dalam 4.30am la kot kalau nak solat dulu. Kena kuatkan semangat nak bangun awal ni...