Thursday, April 08, 2010

Petang yang ceria

Hahaha.... ada benda kelakar berlaku kepada saya baru sekejap ni. Saya telah menjawab satu panggilan dari seorang pegawai Kementerian mana ntah, terlupa pulak saya. Maklumlah dah tua. Anyway, pegawai ini (lelaki) ingin bercakap dengan En. Nasrol. Saya pun bagitau beliau bahawa En. Nasrol sedang bercuti. Kemudian dia pun bertanya lagi dengan siapa dia boleh bercakap berhubung program ISO dan inovasi. Saya pun bagitau beliau hanya En. Nasrol dan seorang kerani sahaja yang terlibat. Dia agak terkejut tetapi dia memohon untuk bercakap dengan kerani tersebut. Saya pun bagilah nombor kerani tersebut kepada dia.

Tidak lama kemudian, dia menelefon saya semula kerana katanya tiada orang yang menjawab panggilan tersebut. Saya pun cubalah menyambungkan panggilan tersebut tetapi setelah beberapa kali mencuba, masih tidak berjaya. Agaknya telefon kerani itu telah rosak dan perlu diganti. Saya pun memanggil kerani itu supaya datang ke tempat saya dan menjawab panggilan tersebut di tempat saya sahaja.

Tau tak perkara pertama yang pegawai itu tanya pada kerani tersebut? Bukan pasal ISO atau inovasi ye tetapi pasal saya. Sempat kirim salam lagi. Hahaha…. nak buat kerja pun sempat lagi nak berkenalan ye. Kan saya dah kena gelak dengan kerani tersebut; seorang kakak pertengahan usia. Haish malunya saya.

Oh ini bukan kali pertama berlaku. Dulu masa saya kerja swasta, saya pernah jawab panggilan juga dan tiba-tiba ada seorang navy yang hendak berkenalan dengan saya. Saya rasa suara saya tidaklah jenis yang menggoda. Navy ini telah mendapatkan nombor telefon bimbit saya dari seorang mekanik yang saya tidak sangka sanggup memberikan kerjasama kerana mekanik ini sangatlah nerd.

Macam-macam hal. Rasa kelakar lah pulak. Pegawai ini sangat sopan bunyinya. Oh saya tidak bersalah dalam hal ini yeeee….. Saya tidak cuba menggoda mahupun mudah tergoda. Hahaha…. Ceria petang saya dengan incident-incident begini. Kurang sedikit tekanan yang dirasai.

2 comments:

Anonymous said...

wooooo....ini sudah bagus...ujg thn leh la mkn nasi myk....amin....hihihi....'aku ler'

Intan Yus said...

bagus le camtu..tu le kot maksud mimpi kena patuk ular..kot2 pegawai tu yg nak meminang.. hehehe..