Wednesday, April 28, 2010

Hospital yang bising

Just come back from visiting my staff’s husband kat HKL yang accident semalam. Conditionnya agak kritikal because he got some darah beku at his brain so they removed his skull to release the pressure. Sama-samalah kita berdoa semoga dia akan pulih seperti sediakala.

Anyway, bukan itu yang saya nak cerita tapi pasal psychiatric ward kat HKL tu. Since neurology ward yang kami pergi tadi tu share the same level as the psychiatric ward, the noise was unbelievably loud. Macam kat pasaraya ok. Terkejut kitorang. Nak tau apa yang loud sangat tu? Karaoke. Percaya tak? Ada karaoke kat hospital. Sedangkan nak hon kereta pun tak boleh inikan pulak nak buat bising. Tapi karaoke boleh la pulak. Tak ke pelik tu. Macam mana lah management HKL ni. Ok saya tau la karaoke tu untuk orang-orang bermasalah jiwa kat wad tu tapi kalau diorang tak providekan set karaoke tu, mesti tak denya pesakit-pesakit tu nak melalak kuat-kuat kan. Siap dengan speaker yang berdentam-dentum ok. Kalau iye pun, buat la bilik sound proof ke, speaker yang slow sket ke.

The sound was so loud, it can be heard form other building too. Saya tau coz masa nak balik tu kena berjalan sikit ke building lain and memang boleh dengar lah bunyi bising tu. Orang waras pun gila karaoke, orang kurang waras pun sama nampaknya. Dunia akhir zaman betul.

Tuesday, April 27, 2010

Mimpi best

Banyak nak cerita tapi busy sangat lah. Tapi ni ada satu cerita best yang nak kena cerita jugak. Hahaha…. Eh belum apa-apa dah tergelak besar eh.

Anyway, malam tadi saya mimpi sesuatu. Sebelum mimpi sesuatu tu, saya mimpi macam-macam dulu. Kena kejar dengan alien lah, ada bom yang hebat la and macam-macam lagi lah. Tiba-tiba….

Saya berada di suatu tempat yang ada pokok-pokok. Pastu ada ular. Alamak bahaya ni. Ular tu terus belit kaki saya. Saya pun cuba untuk tanggalkan ular tu. Lepas tertanggal tu dia datang lagi kat saya. Dia macam nak patuk saya tapi saya larikan tangan saya so tak kena. Ntah macam mana lepas elak-elak tu, kena patuk jugak kat tangan kanan ni.

Saya terus picit-picit tempat yang kena patuk tu untuk keluarkan bisa. Lepas tu tangan saya rasa kebas semacam. Saya pegang pergelangan tangan saya untuk elakkan bisa tu merebak. Pastu abis. Hehehe…. tu je.

Bila bangun saya teringat orang kata kalau mimpi kena patuk ular tu maknanya nak kawin tak lama lagi. Hahaha…. kelakar pulak. Saya? Nak kawin? Calon pun tak de lagi. Tapi bak kata diorang tadi, ntah-ntah ada orang yang dah usha dari dulu ke, atau orang mana ntah nak pinang kat rumah. Hmmm walaupun rasa macam tak aje tapi mana nak tau kan.

Rasa lawak betullah. Yang saya perasan mengenai ular tu ialah dia (wah dia! ingat ini orang ke?) tak panjang sangat pastu mata dia macam besar. Or bulat. Ntah tak ingat tapi saya ingat yang saya sangat perasankan mata ular tu masa dalam mimpi sebab macam lain aje mata dia.

Diorang kata kalau ular tu pendek maknanya jodoh ngan orang dekat. Hahaha…. sape lah tu eh. Tapi betul saya memang tak de apa-apa dengan sapa-sapa and tak de plak terperasan sesiapa yang mungkin tersuka kat saya. Hehehe…. lawak lah.

Dah tua bangka baru lah nak termimpi kena patuk ular. Hehehe…. Tapi saya tak la percaya sangat coz itu maybe mitos aje. Tapi dalam pada tak percaya tu, ntah kenapa macam ceria aje. Ceria yang macam nak tersengih-sengih tak tentu pasal tu. Hehehe….

Agak-agak korang macam mana?

Thursday, April 15, 2010

Saya dah balik

I’m back! Actually semalam lagi but I was so busy. And that busyness akan berlanjutan hingga ke minggu depan. Like my boss cakap lah; patutnya lepas meeting barulah pegi vacation sebab release stress. Sekarang dah stress sebab kena pulun buat paper untuk big meeting minggu depan. NAk buat camne, dah booking tiket awal.

Anyway, sangat best ok trip ke Sabah. Lagi best bila balik ada member treated me for a birthday dinner.

Stories on that later eh. Nak sambuang keje ni.

Tuesday, April 13, 2010

Saya dilahirkan pada tarikh ini 32 tahun dahulu

Hari ni genap umur saya 32 tahun. Wah terasa sangat tua apabila melihat angka itu. Tapi mengapa saya tidak merasakan bahawa saya adalah setua itu. Oh masalah ni. Masalah kerana tidak mengaku tua. Eh saya bukan tak mengaku cuma saya tidak dapat merasakan bahawa saya sudah 32 tahun. Macam tak percaya saje ye. Jiwa saya terasa seperti masih di awal 20-an sahaja. Rupanya dah di awal 30-an.

Setelah 32 tahun, bagaimanakah pencapaian hidup saya? Oh biasa-biasa saje. Tiada lah yang sangat memberansangkan. Tapi memberansangkan itu sangat subjektif. Mungkin saya rasa biasa tetapi orang lain merasakan sebaliknya. Mungkin juga saya merasakan sangat luar biasa tapi tidak pada mata orang lain.

Saya merasakan bahawa saya adalah orang yang cepat belajar. Fast learner gitu. Oh bukan saya terperasan sendiri naik lif sendiri tekan butang tetapi juga diakui oleh ramai orang. Terima kasih terima kasih. Tetapi saya juga adalah seorang yang sangat late bloomer. Maaflah saya tak tau nak terjemahkan late bloomer itu. Lambat berkembang kot. Minda saya sangat cepat berkembang tapi tidak yang lain.

Orang semua dah beranak-pinak tapi saya pula masih belum bertemu dengan pilihan hati. Orang kata saya terlalu memilih. Saya tak pasti tentang itu sebab kahwin ni bukan seperti membeli baju, kalau tak suka boleh buang. Kahwin ni komintmen sepanjang hayat. Memanglah kena memilih sikit supaya senang di kemudian hari. Sudah tentu saya tidak mahu zuriat saya kelak berbapakan lelaki yang tidak bertanggungjawab terutama sekali dalam bimbingan agama kan.

Walaupun saya tidak tahu sama ada perkahwinan itu adalah sesuatu yang saya mahukan dan baik untuk diri saya tetapi, saya telah mula berdoa supaya diberikan petunjuk. Ye saya mengaku saya saya memang lembab dalam bab-bab itu. Patutnya saya berdoa dari dulu lagi. Tak pelah, biarlah lambat tetapi yang penting ianya berhasil. Saya percaya jika ianya yang terbaik buat diri saya dan keluarga saya maka ianya akan dipermudahkan. Jika tidak, tidak mengapa kerana saya masih mepunyai keluarga yang menyayangi diri saya seadanya.

Walau bagaimanapun, saya merasakan bahawa diri saya adalah lebih baik berbanding dengan yang dahulu. Saya telah mula sedar tentang banyak perkara. Bukanlah saya tidak sedar selama ini tetapi saya kurang upaya untuk melawan atau menangkis godaan dan dugaan. Setiap hari saya berdoa supaya diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup yang kian sengit ini. Mudah-mudahan dipermudahkan juga dalam semua perkara.

Saya rasa lebih bertanggungjawab terhadap banyak perkara. Layanan saya kepada keluarga saya juga adalah jauh lebih baik dari dahulu. Keinginan untuk memperbaiki diri juga sangat membuak-buak. Saya harap ianya akan sentiasa membuak-buak sehingga ke akhir hayat.

Sempena dengan peningkatan usia saya ini, saya berdoa supaya diberikan kekuatan, kemudahan dan kesenangan untuk meneruskan kehidupan ini. Saya juga berdoa supaya saya menjadi seorang insan yang lebih baik dari dahulu dalam semua segi; agama, akademik, akhlak, amal ibadat dan sebagainya. Tolonglah doakan saya juga ye. Terima kasih.

Thursday, April 08, 2010

Petang yang ceria

Hahaha.... ada benda kelakar berlaku kepada saya baru sekejap ni. Saya telah menjawab satu panggilan dari seorang pegawai Kementerian mana ntah, terlupa pulak saya. Maklumlah dah tua. Anyway, pegawai ini (lelaki) ingin bercakap dengan En. Nasrol. Saya pun bagitau beliau bahawa En. Nasrol sedang bercuti. Kemudian dia pun bertanya lagi dengan siapa dia boleh bercakap berhubung program ISO dan inovasi. Saya pun bagitau beliau hanya En. Nasrol dan seorang kerani sahaja yang terlibat. Dia agak terkejut tetapi dia memohon untuk bercakap dengan kerani tersebut. Saya pun bagilah nombor kerani tersebut kepada dia.

Tidak lama kemudian, dia menelefon saya semula kerana katanya tiada orang yang menjawab panggilan tersebut. Saya pun cubalah menyambungkan panggilan tersebut tetapi setelah beberapa kali mencuba, masih tidak berjaya. Agaknya telefon kerani itu telah rosak dan perlu diganti. Saya pun memanggil kerani itu supaya datang ke tempat saya dan menjawab panggilan tersebut di tempat saya sahaja.

Tau tak perkara pertama yang pegawai itu tanya pada kerani tersebut? Bukan pasal ISO atau inovasi ye tetapi pasal saya. Sempat kirim salam lagi. Hahaha…. nak buat kerja pun sempat lagi nak berkenalan ye. Kan saya dah kena gelak dengan kerani tersebut; seorang kakak pertengahan usia. Haish malunya saya.

Oh ini bukan kali pertama berlaku. Dulu masa saya kerja swasta, saya pernah jawab panggilan juga dan tiba-tiba ada seorang navy yang hendak berkenalan dengan saya. Saya rasa suara saya tidaklah jenis yang menggoda. Navy ini telah mendapatkan nombor telefon bimbit saya dari seorang mekanik yang saya tidak sangka sanggup memberikan kerjasama kerana mekanik ini sangatlah nerd.

Macam-macam hal. Rasa kelakar lah pulak. Pegawai ini sangat sopan bunyinya. Oh saya tidak bersalah dalam hal ini yeeee….. Saya tidak cuba menggoda mahupun mudah tergoda. Hahaha…. Ceria petang saya dengan incident-incident begini. Kurang sedikit tekanan yang dirasai.

Keraian yang saya tidak dapat turut serta kerana saya nak pergi berjalan lagi

Someone important is here for one year already. Walaupun saya tidak faham kenapa perlu diraikan tetapi sebab tugas, saya pun terlibatlah sama dalam memastikan keraian esok berjalan dengan baik. Oh tugas saya tak susah, senang aje. Tempah kek. Dan satu lagi, buat ayat untuk banner. Sebenarnya buat ayat tu secara tak sengaja sebab saya asyik terdengar-dengar boss saya dan seorang kerani sedang merancang-rancang ayat yang hendak ditulis dan maaf saya katakana, bunyinya sungguh lah tidak sedap. Not that ayat saya sedap sangat. Saya amik ayat yang orang biasa buat aje.

Tentang tempahan kek pulak, saya dah tempah kek or brownies to be more specific. Exactly the same with the one we had for Mak’s birthday last year. Ni pun sama. Oleh sebab saya sibuk-sibuk nak bagi idea, last-last saya lah yang kena order. Hahaha padan muka. Menyibuk lagi keje orang. Tak pe saya tak kisah. Bukan susah sangat pun. Jadi saya membuatnya dengan hati yang gembira.

Tapiiiii, memandangkan saya akan bercuti esok, maka tidak dapatlah saya merasa brownies itu dan tidak dapatlah saya tengok banner itu tergantung. Tak pelah, bukannya saya tak boleh makan brownies guna duit sendiri kan. Banner pun entahkan sempat siap entahkan tidak. Dan bukannya orang tu taupun saya lah tu disebalik brownies and banner tu.

Yang penting……. yeeehaaa nak pergi bercuti lagi. Sempat tu dalam sibuk-sibuk nak buat meeting dan tahap kemuflisan yang melampau. Nampak gayanya, terpaksalah saya mengorek duit tabung haji saya. Hehehe….. mengada-ngada nak melancong tapi tak reti-reti nak menyimpan. Tak pe lepas ni saya akan cuba ganti balik apa yang saya dah korek-korek selama ni tu. Insya Allah….

Boleh lah saya anggap sebagai percutian sempena ulangtahun saya yang bakal menjelang minggu depan. Bestnya. Kali ni pergi berlima; Mak, Siti, Kak Sobir, Kak Fathin dan saya. Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan jua. Hmmm ini mengingatkan saya supaya segera mengemas barang-barang saya kerana saya masih belum menyiapkan hatta satu benda sekalipun untuk perjalanan ini.

2 orang sahabat baik saya (En. Afnan dan En. Nasrol) sekarang berada di Beijing. Juga dengan tujuan makan angin. Oleh kerana saya tak sekaya diorang lagi, maka saya berjalan-jalan di dalam Malaysia sajelah dulu. Insya Allah kalau ada rezeki lebih nanti, saya pun nak berjalan-jalan kat luar negara juga dan dimulai dengan umrah dulu. Harap-harap tercapai lah kan.

Saya sungguh tak sabar ni…. Penerbangan pergi adalah esok petang manakala penerbangan balik adalah pada hari Isnin malam. Saya belum pasti lagi sama ada saya nak bercuti pada hari Selasa atau tidak. Kalau rajin saya kerjalah. Kalau tak berapa nak rajin, saya cutilah. Mak, Siti dan kawan saya yang berdua tu akan bertolak balik pada hari itu juga. Jadi saya mungkin perlu bercuti untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Alasan yang sungguh baik. Hehehe....

Ke mana destinasi saya kali ni? Tungguuuuu…..

Wednesday, April 07, 2010

Dah sejuk sikit

Baru je semalam geram-geram hari ni dah kena belanja nasi lemak. Hehehe.... Eh tapi bukanlah kena belanja sebab semalam but sebab lain. And no, it's not me alone but the whole department ok. Oh well begitulah kehidupan di sini. Bila geram tu, geraaaam sangat but with this one particular person, lama mana sangat lah boleh geram. Pagi geram petang dah boleh bergurau balik. Ni tadi dah lembut hati kang mana tau sakit hati balik. Hehehe..... But it's good lah kan. Kadang-kadang kalau geram aje manjang, susah lah nak surut. Tapi kalau panas sejuk panas sejuk then stabillah sikit. Tak gitu?

Tuesday, April 06, 2010

Cemerlang tu apa sebenarnya ye?

Sebenarnya ada baaaanyaaak gila kerja tapi macam ada satu peristiwa yang mengguris hati sikit hari ni. Macam terngiang-ngiang aje kat telinga ni and hati pun rasa sedih aje. Actually nothing sangat pun or maybe it was meant just for a jokes but it hurts. Deeply.

Hari ni kan ada monthly assembly. So ada this one new award yang telah diperkenalkan; Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan. Alah orang lain dah lama buat, kitorang aje yang baru nak start. Saya sentap bukanlah sebab saya tak dicalonkan ataupun tak menang. Ish jauh sekali. Saya sentap sebab statement seseorang regarding this award.

This one particular people told me that there’s this pegawai yang telah dicalonkan and I ok not I alone but many others yang tau that this pegawai adalah seorang yang pemalas. Ok maybe pemalas to us la but not to that one particular people obviously kan. Kalau tak tak de la dapat pencalonan betul tak. Pemalas ni banyak kategorinya; lepas tangan, datang lewat, berat tulang dalam hal-hal event semua tu dan banyak lah lagi. To me dia memenuhi semua kategori tu. Tapi dia datang dengan package aircond 10 kuasa kuda siap turbo lagi jadinya mungkin sebab itu dia disukai. Ntah saya pun tak tau dan tak kuasa nak amik tau.

Yang membuat saya sangat sentap ialah statement from this one particular people ni. Yesterday this one particular people ni bagitau I suruh buat one of my big meeting at Langkawi. Ops terbagi hints pulak. So I pun telah bertanya pada beberapa pihak yang patut dan responsenya macam susah sikit nak buat sebab sekarang kan penjimatan semua tu. Hmm saya pun setuju sangat dengar response tu. Lagipun dah last-last minutes baru nak buat kat sana agak payah jugak nak buat. It’s not impossible but be sensible la sket kan. Jadinya this one particular people told me that if I can manage to hold the big meeting at Langkawi, I can get that cemerlang award too.

That statement is way too much for me to accept la. Ok like I said maybe it was meant for a joke but not to me. Not at this time. My reply; “Saya tak kisah pun. Bukannya sebab saya tak dapat buat mesyuarat kat Langkawi tu maknanya kerja saya tak bagus”. That one particular person agaknya realise this/her mistake took it back by saying, “Eh tidak lah begitu”. But the damaged has been done. And I don’t think this one particular person realise what comes from his/her mouth tu selalunya biasa mengguris hati orang. Are you judging my work by that one thing? Hah baru saya tau. Selama ni saya bertungkus-lumus tolong cover macam-macam tapi because I don’t have one big aircond with 10 horsepower maka saya dianggap tidak cemerlang?

Sebenarnya saya tak heran pun kalau tak dianggap cemerlang. Tapi to compare my performance with just that one unfulfilled request is so unfair to me. Sebenarnya saya ada juga merancang untuk membuat mesyuarat itu di Langkawi. Maybe not this coming one but the latter one la tapi bila dengar statement itu saya rasa macam malas ah nak buat kat Langkawi. Lagipun kita ni nak bermesyuarat. Bukannya nak ke KILIM Geoforest tu. To be honest, I have never set my foot at Langkawi yet tapi I tidaklah kebulur sangat nak ke sana. Insya Allah kalau ada rezeki lebih, sampai la i kat sana nanti dengan kawan-kawan ataupun family. Kalau dapat pergi free pun best jugak tapi tak la sampai kebulur macam tu sekali.

Adakah ini mentality penjawat awam sekarang? Hmm apa kata saya buat mesyuarat saya ni kat London ke, Paris ke. Mesti lagi best kan. Tentu dan-dan itu juga nama saya naik selama berbulan-bulan sebagai pegawai paaaaaaaling cemerlang. Kan. Tapi saya tak mau buat keja lain tau. Saya nak jadi urus setia mesyuarat aje. Kalau audit datang ke apa ke, jangan suruh saya jawab lagi ok. Event-event semua tu jangan suruh saya jadi usherette ke apa ke tau. Jangan suruh saya buat soalan untuk PTK 48 lagi tau. Jangan suruh saya buat apa pun tau supaya saya boleh concentrate untuk menjayakan mesyuarat saya ni round the world. Sebut aje nak buat kat mana-mana memang saya buat punya. No hal lah.

Lately I’m starting to feel frustrated with everything lah. Ada je benda yang tak kena. And what stressed me out is that I’m helpless. Nothings I can do to change any of those frustrating things. Sigh…. a very long one. Maybe I think too much kot. Ntah la but seriously kalaulah boleh berhenti kerja. Kan best. Eh tak de ke jutawan nak kawin dengan I ni. Boleh lah I dok umah bergossip aja dengan datin-datin semua. Ok-ok I dah start melalut ni. Tanda minda makin serabut. Back to work lah.

p/s: Orang yang dicalonkan tu tak menang pun but my instinct told me, he’ll got it during APC nanti. Only time will tell.

Monday, April 05, 2010

Hari Lawak Sedunia

Last Saturday, ada satu perkara yang teramat lawak berlaku. Eh bukan satu tapi dua. Rasa nak pecah perut tergelak. And after that one super duper funny incident, banyak lah lagi perkara-perkara lawak lain yang berlaku maka saya dengan penuh sukacitanya mengisytiharkan hari tersebut sebagai Hari Lawak Sedunia.

Incident pertama berlaku petang tu. Normally I don’t sleep during daytime tapi kerana sedikit bosan, I ingat nak lie down sekejap. Instead of lying down at my own bed, I used the guest room bed. Not long after I heard dentuman yang kuat. My room door memang macam tu kalau terlupa letak penyendal. Nothing unusual about that until later on. Tengah sedap-sedap baring, Shikin call suruh teman dia cari laptop kat Mines. I said ok and went to my room untuk bersiap. Sekali pulas-pulas the knob tak boleh bukak. Alamak terkunci lah pulak. Dah la I letak kunci tu kat dalam my room. Masalah ni. I try all kind of things tapi still tak boleh jugak. I try tu langgar dengan bahu just like orang dalam TV selalu buat tu tapi hampeh. Keras gila pintu tu or bahu I ni yang lembut sangat. Hahaha…. Pastu I tendang pulak. Habis cracked pintu I tapi hampeh tak terbukak jugak. Huish peluh ketiak dah ni. Shikin dah la on the way. Since I tak solat Asar lagi, I solat dulu, dan doa mintak dipermudahkanlah.

Lepas solat Shikin pun sampai. Told her that I was in big trouble sebab pintu bilik terkunci and I don’t have anything to wear. Terus dia offer nak panjat the balcony yang adjoined with balcony of my room tu. Agak bahaya actually because kalau jatuh memang tiada maaf bagimulah. Right before dia nak panjat tu, I asked her; “Eh takkan lah ko nak panjat dengan jeans tu beb”. Her reply; “Aah eh. Ok lah tukar seluar jom”. Since tak de seluar lain yang boleh dipakai selain dari the one I wore, terpaksalah kan. Dah la I wore ¾ pants aje. Nak tak nak kenalah kan. Nasib baik ada kain batik so I tukar pakai kain and she wore my ¾ pants. Pakai tudung tapi pakai ¾ pants Tak ke lawak tu. I macam nak amik gambar tapi sangatlah inappropriate considering the situation I’m in. Berjaya panjat tapi the grill was locked la pulak. I thought that’s the end of it lah sebab semua kunci and besi I gave her to try memang tak dapat. Last resort I gave her the small screwdriver to try. Alhamdulillah berjaya. Lepas tu gelak memang tak hengat dunia lah. Satu sebab berjaya bukak satu sebab sorang pakai kain batik cincai-cincai and sorang lagi pulak pakai ¾ pants with tudung. Hahaha….. It took quite sometimes jugak before the laugh subsided.

Later ke Mines and ada banyak lawak kat sana jugak but not as funny as another big one kat LCCT. Went there to pick up Shikin’s friend from Sabah. Since kami berdua asyik gelak terbahak-bahak aje, Shikin accidentally tossed the parking coins right after taking it from the machine. Tercampak ke celah mana ntah. Circumstances has it that kereta itu belong to a mechanic yang repair Shikin’s car so both memang tak biasa sangat lah dengan kereta tu. It’s a Wira by the way. Mine punya lampu right on top of cermin kat atas tu so I raba-raba kat situ but found nothing. Told her kereta tu tak de lampu lah. So both amik handphone masing-masing and cuba menyuluh. Dah la gelap-gelita the surrounding. Memang tak jumpa lah kan. Puas menyuluh sana-sini and korek the celah-celah tapi tak nampak ape pun. What do you expect from handphone backlight kan. Sekali Shikin pandang atas tengok ada je lampu kat bumbung tu. It was right in the middle. Memang pecah gelak kat situ jugak lah kan. Yelah takkan kereta mechanic tak de lampu kan. Dah la lampu jenis yang bulat and terang tu. Macam lampu kat rumah aje. Haish boleh pengsan tergelak aje that day tau.

Kerana terlalu banyak gelak, I find it difficult to fall asleep that night. Terlalu ceria sampai ke tengah malam. Gila betul. Ada-ada je kitorang ni.

Birthday Abah and Nabila

Right after balik dari Kuching trip, I sambung cuti and went back to Kuantan sebab Selasa 2nd Februari tu birthday Abah yang ke 58 tahun. Left Putrajaya around noon and sampai petang tu. On the way dapat tau Pak Chik (adik Mak) dah on the way ke Kuantan sebab dia nak mengubat orang. Pak Chik I ni pandai mengubat orang but let’s not dwelled too much on that because I pun tak tau sangat pasal benda-benda ni.

That evening, lepas jemput Akak and Ayum from school, bawak bebudak kecik tu ke kedai beli mainan. Kecoh jadiknya. Told them to choose one thing only so Dik Bila pilih pink doodle, Adah pilih pink whiteboard and marker while Meera pilih playdoh. Masing-masing dah pilih benda yang diorang suka tapi balik gaduh nak yang orang lain punya jugak. Sabor jelah bebudak ni.

Anyway, at night while rumah I dikunjungi oleh orang yang nak berubat tu, I keluar pegi beli sate. Tak beli kek sebab nak beli esok sekali dengan Dik Bila. Later singgah untuk mengambil seseorang. Pastu adalah drama sikit yang berlaku but I guess I’m not ready to talk about it yet. Sangat personal, not to me but to the whole family. Walaupun I ni kuat melenting tapi I don’t shout at others so macam rugi pulak. Patut I sembur aje kat manusia-manusia hampas tu.

Majlis bermula agak lewat sebab sangat la lambatnya nak selesai berubat. Jadiknya terkeluar lah perangai hodoh orang tua tak sedar diri ni. I merajuk. I ni kuat betul merajuk. Bila merajuk tak mo makan. Puaslah Mak semua pujuk barulah keluar bilik. Tapi memang tak makan pun. Duduk aje kat depan tu. Kang kecik pulak hati my Pak Chik kan. Tunjuk muka jap pastu tido. Geram sebab beria I balik dari Putrajaya, penat tak hilang lagi dah rushing buat itu ini pastu macam kena tunggu lama nak celebrate. I bukan megungkit tapi geram. Sometimes our plan doesn’t go out as planned sebab adanya benda-benda adhoc ni. Bukannya I tak tau tapi kalau ngan family ni angin I lain sikit. Cepat je nak merajuk. Tak pun melenting. Hai apalah nak jadi. Nasib ngan family je. Kot buat kat orang memang tak berkawan lah I. Jadi kera sumbang aje. Hahaha….

Tomorrow tu birthday Dik Bila yang ke 2. Plannya nak bawak dia pegi beli hadiah sebab tak sempat nak beli before tu. And since ada tragedy yang melanda, I accompanied someone from my family to make a police report. Alang-alang nak keluar tu angkut la semua budak tu sekali kecuali Adah sebab dia sekolah. Siti pun ikut jugak. Ingatkan buat police report ni kejap aje rupanya berjam-jam ok. I teman buat report whilst Siti and the kids tunggu kat kereta yang dipark di tengah panas itu. Lepas 2 jam lebih tak siap-siap lagi, I’ve to excuse myself. Masa tu tengah sesi siasatan dengan Pegawai Penyiasat. Since I tidak diperlukan so boleh la pi tengok budak-budak tu.

Masya Allah masa I sampai kat kereta tu tengok masing-masing dah kepanasan and merengek kelaparan. Kesian betul. Bersalah pulak rasanya. So sebagai upahnya, bawak diorang makan McD kat Telok Chempedak. Makan-makan pastu pegi shopping. Sebelum balik tu sempat la pegi booked cake kat Secret Recipe; picked Chocolate Indulgence. Yummeh. Balik terus ke rumah my sister in-law yang cuma selang serumah aje from ours. Plannya nak buat laksa for the night. Lepas siap semua barulah buat makan-makan.

Thalha spoiled the surprise we have for Abah sebab dia terlepas cakap about the gift we’re going to give. Ish geram betul. As for Dik Bila, she got bajulah yang banyak sekali. Adah and Meera muka kelat aje sebab tak dapat hadiah. Padahal I dah belikan dah mainan untuk setiap orang semalamnya tu. Next time setiap birthday kena bagi hadiah kat semua lah ni. Growing up we didn’t celebrate birthday pun and yet we never complaint nor merajuk. We understand then that our family bukanlah yang jenis senang ni and pemberian hadiah was never practiced. Bila dah besar-besar and ada duit sendiri ni barulah kitorang start celebrate birthday. So memang tak heran sangat dengan hadiah ni. Yang penting ada makan-makan. Tapi bila dah start buat, once tak buat adalah yang merajuk tu. Hehehe….

I sambung cuti sampai weekend tu. Awal tahun dah asyik bercuti aje. Sebab tu mood keje agak mandom aje. Syok bercuti. Ala sementara boleh, esok bila keje dah start melimpah-ruah dan bertubi-tubi datang, memang bye-bye la nak cuti ni kan.

Kek yang super sedap dan laksa buatan sendiri. Eh bukan I la, adik ipar I yang buat.

Abah dapat jam baru. Wah bukan main excited lagi.

Nabila yang comel.  Dapat baju banyak so keluarkan makanan dalam goody bag and letak semua baju kat dalam tu. Wah pandainya! Anak sedara sapalah ni? Hihi...


Photos @ Kuching

Tong ini lebih besar dari beg akademi fantasia tu ok

Mak dan kawan-kawan yang teruja sebab dah lama tak jumpa

Welcome to Serikin.... Mari kita mulakan ekspedisi mengexplore semua gerai-gerai ye. It's freaking hot there sebab dah dekat dengan Garisan Khatulistiwa

Some of the stuff sold there. Memang banyak yang best-best dan murah-murah

Belambak-lambak kain macam ni sampai tak tau nak pilih dah. Sume pun cantik-cantik

Nampak tu sayur-mayur yang segar-bugar belaka. Bestnyalah kalau dapat beli bawak balik

Ulat sagu yang besar and goey. Pegang ok tapi kalau nak suruh makan tu memang very the sorry la. Tapi jambu memang meletup la. Yummey!

The nenek millionaire and the house behind. Lupa nak snap rumah diorang but it's look quite the same la.

Mak dan bestfriendnya; Aunty Catherine. Thanks ye sebab bawak jalan-jalan. Nanti kitorang datang lagi ye
Mari belajar buat Kek Lapis Sarawak. Begini caranya ye puan-puan.....

See you in next trip pulak. Daaaa....

Kuching Trip - Day 4

Today ingat nak pegi tengok pasu lagi tapi fulus dah fully depleted so tak jadilah. Instead belajar buat kek lapis Sarawak. I buat satu and Mak buat 2. Senang aje nak buat kek ni sebenarnya. Lecehnya sebab nak kena buat selapis demi selapis je. We had so much fun. Macam pro aje ok. Settled with the cake making, went to kemaskan barang yang banyak tu. Nasib baik bawak bag spare so balik tu jadi 3 bag la. Harap-harap tak la overweight sebab mesti kena bayar mahal nanti.

Flight malam tapi we left around 6pm sebab tak boleh nak buat web check-in. Lagipun takut jam jalan tu nanti. Lepas check-in, solat and terus masuk. Oh masa I tengah beratur nak check-in tu, Mak sempatlah jumpa Cik Dayang, her bestfriend yang tak sempat jumpa before. Dapat sekotak ikan terubuk masin. Masa kat sana I sempat la makan telur ikan terubuk masin. I ni bukanlah jenis yang makan telur ikan tapi telur ikan terubuk masin memang sedap. No wonder harga sampai beratus-ratus. Pergh macam orang kaya-kaya pulak makan benda beratus-ratus ni. Padahal telur ikan aje pun.

Anyway kami touchdown kat LCCT agak lewat coz fligt delay lagi. Hampir sejam ok. This time Eman tunggu. That night kemas-kemas apa yang patut sebab esok tu nak balik Kuantan, I sambung cuti sampai Friday sebab nak celebrate birthday Abah and Dik Bila sekali.

Itulah saje cerita saya berjalan-jalan di Kuching. Banyak pengajaran yang I dapat. One of it, kenalah kawal perasaan tu. Jangan asyik nak melenting aje. Walaupun melenting berpasal tapi kesian lah kat Mak tu. Dah gitu stylenya kena lah sabar. Dulu masa kecik melalak-meraung kencing berak sana sini dia boleh sabar kenapa kita tak bolehkan. Masa kat sana memang angin je siap tak mo dah melancong dengan Mak tapi lepas tu menyesal. Nah I didn’t told her lah I tak mo melancong sama dah but I have that in mind. Siap call Abah mengadu lagi. Abah can understand my grumbles sebab Abah lagilah kena mengadap hari-hari. Hahaha…. Anyway it’s a good experience. At least Mak know my capabilities and I know Mak weakness.

Actually ada banyak benda lain lagi nak cerita pasal trip ni tapi yang tu lenkali bila ada masa ok. Kepada yang tak pernah melancong ke Kuching tu, silalah pergi coz ada banyak benda best. Didi, bila nak jumpa hubby kat Kuching tu bagilah tau ye. Mana tau boleh kirim apa-apa ke. Hehehe….

Kuching Trip - Day 3

Wake up early sebab nak ke Pasar Satok yang famous tu. Aunty Catherine janji nak bawak jalan lagi tapi kena tunggu until she came back from church. Diorang ni memang jenis churchgoer yang begitu tekun ke church every Sunday. So I thought kena keluar sendiri la kan coz Pasar Satok tu buka until afternoon aje. Again I was pissed off sebab Mak didn’t pay attention when Aunty Catherine told us that the pasar buka until afternoon aje. Sudahnya we waited for her until 4 or 5 pm gitu. Semalam tu kan jalan jauh so after balik from church she took some rest dulu sebab pening. So kami tidak berjaya ke Pasar Satok itu. I said to Mak; “Ada ke orang yang pegi Kuching tapi tak pegi Pasar Satok?” Argh geram betul tapi nak buat camna. Tak de kaedah lain lagi. Cik Ramlah and Cik Yaakob tak dapat la nak melayan kitorang sebab diorang busy memasak untuk restoran yang baru buka tu. Pasrah ajelah.

That evening when Aunty Catherine picked us up I’m on the verge of losing my patient already. I ni kalau bab-bab timing ni memang cepat aje nak naik darah. Sangatlah bad habit ok. Like father like daughter juga. Ingat nak merajuk dah (in my family I memang terkenal dengan perangai hodoh kuat merajuk ni) tapi kesian pulak kan orang dah datang takkan tak nak keluar so ikutlah juga. First stop ke kedai pasu. Pasu Sarawak dah tak secantik dulu la. Bosan betul. Semuanya corak etnik aje. I nak corak bunga yang tampal-tampal tu. Tapi dah singgah tu belilah jugak sikit tapi yang kecik-kecik aje buat souvenir. Aunty Catherine hadiahkan sorang satu pasu.

Lepas kedai pasu ke waterfront pulak. Kat sini kitorang rembat baaaaanyak t-shirt. Beratus habis beli t-shirt untuk setiap orang. Inilah akibatnya kalau ada big family. Souvenir can cost a lot sebab ada nearly 20 people in my family alone ok. Tak pelah, bukan selalu kan. Semua dapat t-shirt, Bang Long sorang je I belikan Pua Kumbu sebab dia suka bab-bab deco ni. Cantik ok. Nyesal beli satu aje. From there we went to mana ntah untuk dinner. The other side of that river rasanya. I had mee kolok, Mak had laksa Sarawak whilst Siti had beehon sup. I teringin sangat nak makan mee kolok tu tapi tak sedap lah. Pelik je rasa dia. Laksa Sarawak jugak yang sedap. Tapi dah order so habiskan jugaklah pastu pow laksa mak pulak.

Lepas dinner time to go home. Sedih pulak nak berpisah dengan Aunty Catherine coz tak taulah bila lagi boleh jumpa. Aunty Catherine kata next time datang kena tido umah dia pulak. Mesti. Tapi ntah bila lah tu kan. To Aunty Catherine, thanks sebab bawak jalan-jalan and belanja makan. Nanti datang KL Eny bawak jalan-jalan pulak, ok. That night before sleep I tolong Cik Ramlah bancuhkan aduan untuk buat kek lapis Sarawak. She put everything. I tukang pegang mixer aje. So sila jangan tanya resepi ok. Tanya kat Mak bolehlah.

Kuching Trip - Day 2

Ok day 2 start quite early sebab jauh nak berjalan ni. We went to Serikin. Guys if you all nak ke Kuching, please please go there. Sangat best. You don’t have to go to Indonesia to buy all the stuff yang sulam semua tu. Kat sana pun dah sangat murah. Serikin ni border dengan Indonesia that’s why la semuanya murah-murah belaka. Imagine tikar Sarawak yang mahal sampai beratus-ratus tu cuma beberapa puluh aje. Tu pun belum tawar lagi tu. Naik gila tengok macam nak beli semua aje tapi harus diingat, nak bawak balik macam manakan.

Anyway, we went there dengan Aunty Catherine and her mother. Aunty Catherine is one of Mak’s best friends so she was so happy to met us and offer to bawak jalan-jalan. Her mother already 70 plus tapi sangat gagah perkasa ok. I saw her carry the basket full with so many things so I offered nak tolong carrykan. Mula-mula she refused tapi I mintak jugak so dia pun bagi. Sekali amik nak berat gila ok. Tengok dia bawak steady aje macam bawak handbag style datin-datin gitu. Memang sangat salute lah this nenek. Tapi there’s more about her ok. Yang tu later on cerita.

So apakah yang best sangat kat Serikin ni hingga begitu ramai orang datang. Hmmm ada tikar Sarawak, kain sulam, kain lace, telekung, barangan rotan dan seribu satu barang lain lagi termasuklah sayur-mayur yang sangat fresh dan murah tu. Jalan-jalan sampai tengahari, bought few things and gerak. I didn’t bought any kain sulam nor lace sebab kain sulam tu cantik kalau buat kebaya and with my weight sekarang ni, kebaya is a big no-no and lace pulak sesuai kalau nak kawin or tunang in which both tak de dalam my to do list. Kalau nak pakai ke kenduri macam over lah sangat kang ada yang tersilap ingat I pengantin kang. Tak ke haru. I beli telekung and few souvenirs untuk kengkawan.

Right after leaving Serikin, singgah jap kat mini pasar di tepi jalan ni. Oh my goodness sangat teruja dengan all the sayur-mayur there ok. Rasa macam nak beli semua tapi itu adalah sangat ridiculous memandangkan ada 2 more days kat situ and how lah to angkut everything naik flight nanti. Ada yang terover weight nanti ni. Imagine seikat serai yang sebesar ibu jari kaki setiap satu tu berharga RM1 aje. Setiap ikat ada more than 10pc ok. Pastu ada bunga kantan. Rasa nak gila tengok bunga kantan yang cantik-mantik segar-bugar tu. Seikat yang ada 7pc bunga kantan yang super segar tu cuma RM1 je. Sliced guava pun RM 1 je sebungkus. Dah la banyak gila, jenuh nak habiskan sebungkus tu. Serbuk asam boi pun pure, tak de campur garam and all. Dulu masa we lived there pun itu lah suasananya. Makan sayur-mayur segar and murah aje. Memula balik Semenanjung terperanjat dengan harga sayur kat sini. Oh sempatlah jugak I main dengan ulat sagu on display. Memula sentuh memang sangat geli-geleman sebab lembik the tekstur tapi lepas tu ok je. Tapi memang rasa sedikit jijik ok sebab macam goey aje.

We had our lunch at one kedai mamak in what used to be Batu 7. Sekarang dah tukar to Kota Sentosa or something. Batu 7 tu dah jadi sensitive sket sebab ada hospital gila kat situ so orang tak mau dikaitkan dengan Batu 7 lagi. Like Tanjung Rambutan and Tampoi la tu. Besides my normal mee goreng mamak, I ordered lime juice. Mak aih sedap ok. Lain dari yang lain. One more thing I like in Kuching ialah kat sana ada banyak pokok lemon. Bersepah-sepah. So kalau nak lemon juice memang dapat lemon juice la instead of the normal lime. Teh o ais limau pun letak lemon ok. Tapi lepas terminum lemon juice yang super sedap itu memang tak order yang lain dah. Lemon juice aje. Instead of sweet, it tasted a bit salty sikit so rasa macam air asam boi pun ada. Ish terliur rasanya bila ingatkan balik.

After lunch we went to my old living place yang ada berjuta memori itu; Penrissen Kompleks. Normal la kalau nak masuk kem kena tahan ngan MP kan. So masa kena tahan tu, we told them that we used to live there and nak berjejak kasih sikit. Terus MP tu suruh masuk aje, no need to register bagi IC bagai. Sebelum masuk lagi dah nampak macam-macam benda berubah. Dulu depan gate tu ada padang luas aje sekarang dah ada sekolah kat situ. Sekolah pun dah usang nampaknya. And ada masjid yang besar jugak. Bila masuk, rasa sedih sangat sebab the camp look so bad. Macam dah haunted aje. Almost all block dah half empty. Blok G ada 4 level and only level 1 and 2 aje yang ada orang tinggal. Tu pun tak penuh. Block F and block E pun sama. Budak-budak pun tak ramai yang bermain kat luar or padang, not like we used to. Agaknya budak pun dah tak ramai and most of them prefers to stay at home main games kot. No more kemeriahan hiruk-pikuk budak-budak bermain sambil dipantau mak masing-masing yang sibuk bergossip kat tangga and beranda tu. I really missed the good old times. It used to be the best place to live.

Toko or sundry shop dah makin panjang but only few doors aje yang ada peniaga. Pernama pun dah berubah. Siap ada gerai makan, kedai jahit and all kat tepi tu. Dalam Pernama pun dah berubah. I rasa dulu Pernama ni macam mewah aje sekarang dah macam kedai runcit biasa aje. Lepak sambil makan ice cream kat Pernama then buat satu pusingan dalam kem tu. Sempat la singgah kat blok yang I pernah duduk dulu; F3 and E8. Both our house dah left vacant and sangat usang rupanya. Sedih pulak. Teringat masa we all duduk kat situ dulu. And one thing yang I perasan, nampak semuanya macam kecik aje. Dulu rasa macam luas tapi sekarang eh kecik aje kem ni rupanya. Like what Aunty Catherine said la, dulu nampak luas because I still kecik and sekarang dah besar so semua pun nampak kecik aje. So true la kan.

I rasa masa I tinggal kat sana from 86 to 91 adalah the best time in my life sebab ramai kawan, ramai jiran and sangat lively. Penrissen Kem was at its highest peak masa tu with penduduk yang ramai, semua blok penuh, with kanak-kanak yang begitu ramai, all kind of games for us to play petang-petang tu and the kem was the cleanest place to live in. Askar-askar ni kena bergotong-royong every Rabu if I’m not mistaken. Tak de tempat lain sebest itu dah after that. I heard they’re going to demolished the camp soon coz they’ve built new different based camp for army, navy and air force. Patutnya tempat tu diisytiharkan sebagai warisan. Very nostalgic to me ok.

Anyway after satu pusingan, we left the camp dengan perasaan yang agak sedih (I ajelah kot coz Mak and Siti cool aje) and went to Aunty Catherine house.Ok we’re going to learn something about the nenek soon. After pusing sana sini finally sampailah ke rumah Aunty Catherine. It was a big semi-d and I dengan selambanya tanya harga the rumah. It was more than RM500k, I rasa nearly RM1mil kot sebab the house at the back tu memang RM1mil each. Wow kayanya Aunty Catherine ni. Tapi oklah sebab dia kan bujang, gaji banyak pulak tu. Sebelah rumah tu adik dia yang duduk and the nenek stay with her youngest daughter. Kami pun tourlah the house. Sangat besar dan cantik ok. Kagum-kagum. I tengok rumah sebelah tu kosong so I pun tanyalah and Aunty Catherine bagitau tuannya ada kat Australia. Kakak dia. And the house next to the empty house tu adalah rumah kakak sulung dia. Ringan aje mulut I tanya memang rancang beli sekali ke. Sekali she told us yang all the house belongs to her mother (the nenek) and she gave each to her daughters. Wow ini nenek jutawan rupanya. 4 semi-d’s worth more than RM2mil, duit lagi dalam bank and tanah-tanih yang luas. And yet the way she dress up doesn’t show that she’s that filthy rich. Sangat like kekampungan gitu. Bagus-bagus saya sangat respek lah kat nenek. Cayalah nenek jutawan. Not like those OKB yang terkena sawan duitan kat felda-felda tu, she stays true to herself and her way of life. Sangat bersederhana.

We left around magrib. Malam tak buat apa pun, lepak-lepak aje. Esoknya plan nak ke Pasar Satok. Berjayakah kami? Silalah tunggu.

Kuching Trip - Day 1

It’s already two month since my trip to Kuching but I just don’t have time to update about it before. So here it goes the way too basi story. Hahaha.... I booked the ticket last June and imagine, return ticket to Kuching plus meals for 3 only cost us RM310 only. And to make it more worth it, Mak yang belanja with no lodging cost at all. Hehehe….

Mak and Siti came by bus on Thursday and our flight to Kuching was on early Friday morning. I drove to LCCT and Bang Long drove the car back. Boleh tak flight delay coz one of the aircrew met with an accident. Macam-macam hal. Anyway, please do not order chicken ham sandwich on board coz it was way too salty. Or maybe it was just me kot. For her friend in Kuching, Mak brought sebeban keropok ok. Nasib baik ringan aje keropok tu. Kalau tak tak pasal kena bayar.

Touchdown around 10am something and we have to wait for quite some time before being picked up. One thing about my mom is that she didn’t have plan A, plan B or plan C. She would make one plan and just wait until the very last minute where she realized nah that can’t do. Ok now think about plan B pulak. I was so pissed off tapi kang lelebih jadi anak derhaka kan. But I think I memang banyak menderhaka pun masa kat sana. Keji kan I ni. All because Mak’s too laid back personality where else I ni jenis terlalu detail. Semua nak kena plan and confirm and all. So memang banyak kena bersabar banyak la. Camnalah nak pegi haji sekali kalau camni. Asyik nak naik angin je ni.

Last-last Along yang amik. Along ni anak Cik Ramlah, our first domestic helper masa kat Kuching dulu. We used to play together back then. Sekarang masing-masing dah besar in fact dia dah kawin and anak sorang pun. He was busy with his new restaurant but still got time to pick us up. Mucho gusto gracias. From airport we went straight to Cik Ramlah’s house at Petrajaya.

Along the way tu I was ooohhh and aaaahhh and wow and all coz the Kuching town I used to know and the Kuching town I see now was very different. Dah ada fly over and banyak bangunan tinggi. Nampak traffic light pun I dah macam jakun coz dulu tak de pun traffic light ni, roundabout aje yang banyak. I really wish Abah can follow us too tapi apakan daya, nanti sapa nak jaga rumah tu kan.

That evening, I was forced to drive a Proton Wira around Kuching town. Although it was an auto car, it was big and I manalah tau selok-belok jalan kat Kuching town tu kan. So Along drove us to LHDN building and I just follow him. Langsung tak tengok kiri kanan coz gabra dengan kereta yang besar itu. Sampai sana, kami disambut bak celebrity ok. Meriah sangat. I and Siti malu-malu kucing ok sebab terjerit-jerit diorang tengok Mak datang. Macam tak percaya kan. Tak de angin tak de ribut tetiba terpacak aje Kak Bedah diorang ni kat depan mata. Oh diorang tak panggil Kak Bedot tapi Kak Bed. Wah glam sangat. Banyak tingkat yang kitorang singgah. Ada satu tingkat tu siap dah tunggu depan lif. Buka je pintu lif terus aaaahhhh Kak Bedah…. Kak Bedah…. Pergh memang feeling celebrity sangat. Tingkat terakhir ialah tingkat atas sekali. Jumpa pengarah negeri ok. He was Mak’s ex-boss masa kat Kuantan dulu so sajelah nak jumpa kan.

Masa berborak with that Mr. Pengarah Negeri, we told him that we don’t know how to drive back. Lawak gila ok. So he asked his PA to help us. Alhamdulillah his PA, Kak Liza stay nearby Petrajaya so mudah keje kami. Balik tu I follow her car aje. One thing we learnt about Kak Liza ni ialah she had part time job as tourist guide. Every weekend memang she’s busy driving tourist here and there. So sape-sape nak ke Kuching and don’t know where to go, silalah bagitau and I’ll be happy to give her number. And don’t worry; she’s very very friendly ok.

That night again I kind of pissed off because Mak can’t make out her mind on the plan for tomorrow. I kept bombarded her with question aje. Sure she bengang gila dengan anak sorang ni kan. Tertekan jiwa dan raga. Hehehe…. Finally I took charge. Amik her phone and smsed with her friend. Alhamdulillah before sleep that night, dah settle plan for tomorrow tu. Bukan apa, ada beberapa offer so kenalah pilih nak join yang mana and kenalah maklum jugak kat orang yang kita decline tu so that diorang tak tertunggu-tunggu, tak gitu? Tak naklah tunggu esok baru nak buat keputusan coz by that time takut nanti yang dikejar yang tak dapat, yang dikendong berciciran pulak. Oh that night tak boleh tido coz berubah tempat and kena serangan nyamuk tanpa henti. I hate you nyamuk!

Thursday, April 01, 2010

Geraaaaaaaam aje hari ni

I just came to office and haven’t started any work yet but there are already 2 big issues that pissed me off today. This morning I attend one AGM in KL. The AGM was for some ladies group; P*******A. Pushed off from Putrajaya around 7.30++, reached there around 8++ and yet have to wait till 10.30am before it can be officiated. Eh cop, not officiated at 10.30am but arrival of the veeveeaipee at 10.30am. It was officiated around 11.30pm. This is not the first time it happened ok. Every time this veeveeaipee was invited, you have to prepare yourself to wait and wait and wait. Come on la, have some respect for others ok. After all, it’s not your status that people will remember but your attitude.

People who are not punctual are not worthy to be respected because you kept people waiting meaning you don’t respect nor appreciate others so it’s not worth it to respect people like you. Geram betul. What if one day, because you are so damn late, people just walk off from you? Hah baru padan muka. Nak lagi best, when you are in dire need of help; sakit ke apa ke and people just ignore you. They take their own sweet time, just like you and due to that it cost you your loves one or even you; body part ke apa ke. Imagine you were involved in an accident and were pinned down under the vehicle. Actually boleh je diselamatkan but because people don’t act fast on you, amputation on some of your body part tidak dapat dielakkan. Baru nak menyesal masa tu? Ok memang I sounded sangat kejam but you lagi kejam treated us like this for so many time. I am so very the hate it when people don’t treat punctuality as important as breathing. Wah breathing lah sangat kan…. Haish menyirap je rasa bila diingat-ingat balik.

Ok next issue pulak. Few months ago the ICT department ada invited interested staff to buy Microsoft Office for home use. For sure la yang original kan. So after much delays, today the company, Pestariang barulah nak bagi the CD’s. Since I tak de this morning, so I didn’t get to received it from them. Tengok-tengok atas meja ada white envelopes. Imagine my frustration bila tengok kat dalam tu ada CD yang letak dalam plastic aje; just like the pirated copy punya CD tu. Pastu kat CD tu siap tulis “Duplicate Copy”. What duplicate copy? Shouldn’t we received original one and not duplicated ones ke. My brother bought a new PC and the original CD that come with the PC can be installed at 2 other PC’s. Meaning one CD for 3 PC. Baik I used that one rather than spending RM50 for this duplicate copy of a CD’s. Dah la tak de ciri-ciri keselamatan langsung. I guess they just burnt the CD like pirated ones la. And to make things worst, the instruction given was on some photocopied paper. Blurred pulak tu. Ape kes ni Pestariang? Baik tutup je company kalau macam ni. Tak berkualiti langsung. What’s the different between these so called original RM50 ones and the RM5 pirated ones? Bengang betuuuuuul!

Anyway, I telah mendapatkan penjelasan from the ICT department. Microsoft is going green so there won’t be anymore CD’s. Everything has to be downloaded from the internet aje. But since we’ve ordered before they started going green, so they have to burn the CD for us. Ok lah sebab alasannya nak go green. But I still rasa macam tak puas hati aje. Biasalah sebab bila beli original mesti lah packaging pun standards sket kan. Ini macam hampeh aje. Tak pelah at least like the ICT people said, it can be used numerous time. So ok lah kan.

Haish macam-macam. Tak boleh la nak tenang-tenang sket. Ada je rasa nak membara tu. Sabar Eny. Sabar. Semua ni small matter aje. Tekanan darah kalau dah naik lagi big matter compared to this ok. Kena banyak beristighfar ni. Hehehe…