Thursday, November 12, 2009

Something to think about

During the journey passing thru Felda Aring tu, something came into my mind. About the people who lived there. So far away from everything and that to me would spell danger. And true to what I’ve suspected, peoples of Aring mempunyai kadar STD tertinggi. Tau tak apa STD ni? Sexually Transmitted Disease macam herpes, syphilis, gonorrhoea dan paling extreme, HIV yang membawa kepada AIDS. Ini diakui sendiri oleh orang dari JHOEA. They got their own medical team and bila masuk buat rawatan, itulah penyakit yang paling banyak. Dah tu, ada banyak Indonesian kat dalam tu so paham-paham ajelah kan. Ini bukan tuduhan liar ok tapi bersandar or lebih tepat berdasarkan fakta dari yang terlibat menjaga diorang tu.

I pernah ada conversation dengan seorang pemandu ambulan yang menjaga klinik kesihatan (or something equivalents) di sebuah penempatan felda yang sangat hulu; kalau tak silap Lepar Hulu. Kira end of the road dah tu. Tak de yang lebih hulu dari diorang. And to my surprise, banyak kes sumbang mahram kat dalam tu. Maksiat berleluasa; kalau pasal dadah tu toksah cakap lah. I was so shocked masa dengar tu sebab macam mustahil je orang dok terpencil ni boleh buat benda-benda macam tu sebab orang kan selalunya kaitkan orang bandar dengan benda-benda maksiat ni. Tapi itulah realitinya. Paling menyedihkan, semua tu Melayu dan Islam.

Ingatkan kita yang hidup di bandar dan terdedah dengan pelbagai unsur hedonisme ni je yang terpaksa berjuang dengan penuh cabaran takut terjebak. Rupanya cabaran lebih sengit bagi yang duduk di kawasan terpencil kerana sorry to say, pendidikan yang kurang menyebabkan pertimbangan diorang dalam hal-hal macam ni pun kurang. Jadi pengaruh negatif mudah meresap masuk. Dan mereka ni bukanlah penduduk asal sesuatu penempatan tapi peneroka yang membuka kawasan. Peneroka baru ni datang dari pelbagai pelosok dan latar belakang. Mana tau dalam ramai-ramai peneroka baru yang terpilih tu, tak de sorang pun yang ada pegangan agama yang kuat. So masa depan anak-anak pun akan terumbang-ambing sebab takde didikan agama. Kalau ada pendakwah yang ditempatkan bersama tu takpelah jugak, kalau tak de? Hah tak ke haru.

Masa AKOK kat Pantai Remis last year pun I saw something yang in a way menyumbangkan kepada berlakunya kes-kes sumbang mahram kat Malaysia ni. Rumah yang diberi untuk I duduk tu bilik tidurnya tak de pintu. Cuma kain tirai aje. And the worst part was the bathroom itself. Tak de pintu jugak so you can see orang tengah mandi. Boleh imagine keseksian seorang wanita yang sedang berkemban dengan kain yang basah melekat kat badan tu? Apa yang akan berlaku kalau orang lelaki tengok? Agak-agak ape reaksi setan masa tu? Got my point? I just don’t understand why we failed to give attention to this kind of thing. Beli TV besar boleh, buat pintu bilik air tak boleh.

Atas kelalaian kita sendiri dalam melihat benda-benda kecil tapi besar impaknya nilah yang menyebabkan porak-perandanya masyarakat kita hari ni. Patutnya pihak-pihak berkaitan kena bagi lebih attention pada orang-orang di kawasan macam ni untuk menjaga kemaslahatan umum terutama sekali isu-isu agama. Kalau di bandar banyak tempat maksiat tapi di bandar juga banyak tempat nak belajar agama. Masjid, kelas agama dan guru-guru agama bersepah. Nak atau tak nak aje. In fact ceramah agama pun sentiasa ada. Tu belum cakap dalam TV and radio lagi tu. Tapi kalau kat tempat terpencil tu, kat mana nak cari benda-benda tu? Ustaz kalo ada pun sorang je kot. Kelas agama? Ustaz tu jugaklah kot. Jadinya peluang untuk mendekatkan diri dengan perkara-perkara ibadah ni sangat lah kurang. Hampir mustahil pun ada. Nak-nak kalau dah tempat macam Aring tu. Nak keluar dari kawasan tu serupa macam nak keluar mengembara ke dunia baru aje. Nak keluar cari ilmu agama maknanya kena duduk kat sekolah pondok la sebab takat nak ulang-alik pegi kelas agama memang sukar nak dibuat.

Semoga akan ada pihak yang dapat mengambil iktibar dari perkara-perkara ni. Dan semoga dibukakan juga pintu hati orang-orang yang duduk di kawasan terpencil tu untuk menjaga diri, keluarga dan masyarakat setempat dari perkara sumbang yang mungkin akan mengakibatkan bala tuhan diturunkan ke atas mereka.

Hmmmm….. Mungkin melapetaka yang berlaku dengan banyaknya sekarang ni sebab adanya tempat-tempat macam ni yang gagal untuk mengamalkan agama Islam dengan baik. Fardhu kifayah pun ntah ada ntah tak de yang buat. Masya Allah…. Takut bila memikirkan nasib kita akan datang. Nak-nak dengan usia dunia yang makin tua ni. Apalah nasib kita, anak-anak kita dan keturunan kita akan datang. Haish takut lah bila difikirkan.

Ya Allah, lindungilah kami semua dari mara bahaya, malapetaka dan bala bencana yang diakibatkan dari diri kami sendiri atau dari orang lain. Hanya pada Mu-lah tempat untuk kami memohon perlindungan, ya Allah. Amin.

No comments: