Monday, November 30, 2009

Isnin yang mandom

Tuan punya blog ini telah kembali semula bertugas. Bila dah lama beriang-ria cuti sesuka hati makanya mood nak kerja pun hampeh. Kan best kalau tak yah keje sampai bila-bila. Hahaha… Anyway seminggu (8 days and 7 nights) yang sangat busy dan memenatkan tetapi sangatlah best tidak terperi. Berat badan juga telah bertambah dengan jayanya.

Tapi kegembiraan itu belum dapat menutup kekecewaan hati ini dengan apa yang telah berlaku sebelum cuti aritu sehingga rasa nak update pun tak berapa nak ada. Kecewa sangat tau. Kecewa dengan diri sendiri yang buta IT tapi masih mengada-ngada nak godam itu ini macam hebat sangat. Kesudahannya penat lelah selama ini habis begitu saje. Hampes betul.

Oklah nak sambung keje dulu. Later ada masa I’ll update ok.

No comments: