Wednesday, June 20, 2012

Team Malaysia Fan Run

The night before I went out dengan geng runners. Diorang ajak makan steamboat kat Al-Sinni. Maybe sebab  I dah pernah makan yang lebih sedap lagi kot so I rasa tempat tu biasa-biasa je. Tak de la bila makan je terasa macam teringin nak makan lagi. Yang tak best tu, ada anjing la pulak kat area tu. Ish menakutkan orang nak makan je. Dari malam tu lagi I dah rasa tak sedap badan. Rasa nak demam. Tapi makan ice-cream lupa daratan. Hehehe....

Since I tak de transport, diorang cadangkan I tidur kat rumah one of them. Actually I ni kan jenis susah nak tidur kalau bertukar tempat tapi sebab nanti susah pulak nak kena pusing 2-3 kali amik I so I okkan aje. Confirm la malam tu memang tak boleh tidur. Tambah parah I demam la pulak. Maybe sebab kaki I tu terasa bisa-bisa semacam so melarat jadi demam. Mula-mula sejuk sampai menggigil-gigil. Pastu panas sampai berpeluh-peluh. Dah la tak tidur langsung. Malam tu I dah nekad yang pagi esok I memang tak nak join the run tapi bila bangun pagi dah tak seteruk malam tu so redah je lah.

When we arrived, 7km runners dah masuk kandang so just tunggu masa untuk kitorang punya turn la pulak. I join the 3km one. Masuk kandang, tunggu flag off and teruslah berlari. I didn't bring my camera tapi syukurlah tak bawak if not tak tau la apa yang akan terjadi kat camera tu. So semua gambar bawah ni amik guna phone aje. 

7km runners dah masuk kandang
Halfway through I macam malas nak lari so I brisk walk laju-laju. Sampai je kat Padang Merbuk terdengar bunyi kilat yang kuat. Pastu hujan terus turun mencurah-curah. I daripada malas and tak berapa semangat nak berlari terus memecut ok. Tapi lari laju pun still basah lencun. Bukan dekat weh Padang Merbuk ke Dataran Merdeka tu. Dah la tak de tempat nak berlindung so redah jelah. There's no part of me yang tak basah. Syukurlah pakai tudung gelap and yang ada awning tu kalau tak entah apa la rupanya. Hehehe... Lari dengan kasut penuh air sungguh la tak best. Squishyyy... Tapi macam best pun ada sebab sejuk-sejuk so semangat sikit nak lari. Cumanya vision agak blur sebab hujan terlalu lebat.    

Kebasahan dan kesejukan yang amat
Sampai je finishing line terus dapat sijil and medal. Although sijil letak dalam plastik tapi tetap basah jugak sikit. Sayang je. Tak cantik sijil I nanti. Dalam plastik sijil ada coupon untuk goodies bag. Ramai yang tak perasan so bila bawak sijil tu tercicr the coupon. Syukurlah ada volunteer yang bagitau kat I pasal coupon tu so I pegang la plastic sijil tu elok-elok. Jumpa Alizah dekat khemah not far from finishing line. Ramai gila berlindung kat sana so I tumpang sipi-sipi je. Jadilah asalkan tak terus kena hujan lebat. 

Bila hujan dah reda sikit terus gerak ke padang untuk claim goodies bag. After 2 cups of 100plus I terus lepak bawah payung 100plus yang ada 2-3 kerusi kat situ. Dari mula sampai habis memang kat situ la I lepak. Edwin, Leen and Alizah lepak kat tengah padang. Sejuk and serious makin terasa macam nak demam balik. i ingat nak balik je tapi sebab tumpang orang so kenalah tunggu sampai habis.  

Ada performance by guest artist
My wet shoes. Penuh air dalam tu. Squish...squish....

I'm coldddd....
Sampai kecut jari-jemari ni

Setia menanti cabutan bertuah
Performance by guest artist tak best langsung. Artis tak terkenal sangat pun. Bosan je nak tunggu habis. In between tu ada lucky draw. I kan memang tak pernah la nak bertuahnya dalam lucky draw ni. Tapi bila tau ada Ipad and TV LED 42inch with DVD player bla..bla.. teringin la jugak. Tapi teringin tinggal teringin je lah sebab memang confirm tak dapatnya. Settle semua barulah dapat bergerak ke kereta. Adoi nak melangkah tu rasa cramp kaki-kaki ni sebab lama sangat duduk and pakai kasut basah pulak tu.

Masih mampu tersenyum walaupun dah tak larat  menahan kesejukan
My 4th medal
Ini kaki ke apa ni? Kembang sebab terendam dalam kasut basah
Masuk kereta lega dapat bukak kasut. Horror je rupa kaki. Sejuk gila la pulak aircond kereta walaupun paling low. Tu pun dah tak sebasah masa mula-mula. If not lagi la beku duduk dalam tu dengan aircond bagai. From Dataran Merdeka kami berpusing-pusing jugak mencari jalan ke Jalan TAR. Nak singgah cari kain nak buat bendera. Leen and Alizah yang pegi membeli. I and Edwin stay dalam kereta je. Later ke Bangi pulak. Tempah bendera and lunch terus. Masa nak keluar berjalan ke kedai tu, terasa ketat aje sendi-sendi kaki ni nak bergerak. Sejuk sangat kot. 

Around 2.30pm barulah sampai rumah. Sampai je terus mandi, solat Zohor and masuk dalam selimut. Sejukkkk..... I tak boleh tidur pun sebab later ada orang nak datang rumah hantar barang. Penatnya lah ai. Nak berjalan dalam rumah pun terasa siksa. And with that hari Isnin I amik EL. Tak larat nak berjalan. Syukurlah demam tak teruk and tak melibatkan sampai sakit tekak, selsema ke apa. If not lagi la melarat-larat. 

This year memang teruklah. Lepas lari je sakit-sakit. Next ialah NTV7 feel Good Run on 8th July. Hopefully things would be better then. Insya Allah. 

No comments: