Wednesday, December 14, 2011

My green hand

Oh lama tak update pasal tumbuh-tumbuhan kat rumah tu. Dah membesar bagai johan. I rasa I mewarisi green hand Abah la. Although tak la sehebat Abah tapi so far apa-apa yang I tanam tumbuh la jugak. Dulu I penah tanam halia. Halia tu membiak-biak punyalah banyak sampai Abah kata I boleh jadi pengusaha halia. Ye ke Bah? Resign and jadi petani moden je lah kalau macam tu. Hehehe....

Oleh sebab dah terlalu banyak and I tak pernah guna so I cabut la pokok halia tu and bagi Mak suruh bawak balik Kuantan. Halia tu sepasu ok. Tarik je terus keluar halia berbentuk pasu. Lupa nak amik gambar masa tu tapi memang puas hati la tengok hasilnya. Nanti kalau ada pasu lagi I ingat nak tanam halia lagi lah.

Pemandangan di hadapan pintu masuk

Anak pokok cili. Ada 2 pokok. Sape nak?

So far I ada 5 pokok cili. 2 yang kat atas ni adalah yang terkecil. Yang lain semua dah besar. Satu tu share pasu dengan pokok limau purut. Mula-mula dulu I nak pindahkan ke pasu lain tapi asyik la bertangguh-tangguh last-last pokok tu dah besar gila. Was thinking on giving it away. (Cik Ana bila nak mai amik pokok ni???) Bila share pasu, pokok cili telah conquer the zat-zat and menyebabkan pokoklimau purut tidak lagi sehebat dulu.

Dulu daun limau purut I besar-besar. Pastu kadar pertumbuhan pucuk baru adalah sangat kerap so selalu kena trim. Sekarang tidak lagi. Daun dah tak besar macam dulu and jarang-jarang tumbuh pucuk baru. Kesian pokok limau purut ni. So I kena cepat-cepat pindahkan pokok cili tu. Tapi orang kata kalau dah besar baru nak pindahkan agak risky. Takut effect akar and pokok boleh mati. Hopefully tidak la. Although pokok cili tu mengganggu pertumbuhan pokok limau purut and I nak bagi kat orang lain tapi I sayang jugak tau. I tanam sendiri ok so mestilah sayang kan. Kena la kasi kat orang yang pandai jaga jugak la. Eh macam sayang haiwan pulak. Hehehe.....

Pokok kunyit

Daun dia mak datuk besar macam kertas A4

Pokok kunyit I pun membesar bagai johan. Daun dia punyalah besar. I tak tau la kenapa. Semua yang I tanam besar-besar daunnya. Even pokok cili pun. Percaya tak daun pokok cili I dulu semuanya besar 2 tapak tangan ok. Orang tak percaya bila I bagitau tu pokok cili sebab besar-besar daunnya. Abah pun heran. Agaknya I ni pandai tanam daun je kot sebab buahnya tak keluar-keluar pun. Harapkan daun aje. Hehehe.....

Pokok cili yang I tanam sendiri jugak. Membesar dengan cantik tapi tak berbuah lagi

Pokok cili yang Abah tanam hujung sekali and yang I tanam kat tengah

Pokok limau purut yang terselit di tengah-tengah kerimbunan pokok cili

Nampak tak benda tersembunyi?

Setelah sekian lama tak berbunga akhirnya pokok cili yang Abah tanam kembali berbunga. Alhamdulillah.....

Dah nak sama tinggi dengan tuannya. Jenuh nak menyiram bila pokok tinggi sangat ni

I selalu siram pokok 2 kali sehari. Sebelum pegi keje and lepas balik keje. Kalau weekend kadang-kadang sekali and kadang-kadang tak siram langsung. Hahaha.... Boleh gitu? I ni kalau duduk terperap kat rumah tu, nak bukak pintu depan pun malas tau. So tu pasal ada time-timenya yang pokok tu ketandusan kasih-sayang. Tapi kalau datang angin rajin I memang dibelai-belai pokok-pokok tu tau.

Baja yang I guna ada dua jenis. Satu baja tahi kambing and satu baja buah. Both Abah yang beli. Abah kata kena alternate setiap minggu. Tapi dasar pemalas macam I ni kadang-kadang lama tak berbaja. Mana la pokok tu nak berbuah kan. Lately ni rajin letak baja so nampak dah bunga-bunga mula keluar. Kadang-kadang tu dah siap wangi-wangi nak pergi kerja sekali bergelumang dengan tahi kambing kejap. Nasib la kan. Bila angin rajin datang elok la diturutkan. Nanti dah malas pokok tu jugak yang jadi mangsa kekurangan kasih-sayang kan.

Selain dari siram and letak baja, I selalu bercakap dengan pokok-pokok tu. Mak kata dulu masa dia sekolah-sekolah pun dia selalu cakap dengan pokok. Bila dia siram pokok dia mesti mintak pokok tu doakan dia lulus periksa. I tak la mintak macam tu tapi I selalu pesan supaya pokok tu jaga diri baik-baik. Hahaha..... Boleh gitu? Bukan apa I ni kan selalu tak de kat rumah sampai berhari-hari. So kesian kat pokok tu sampai layu-layu. Kalau I nak tinggalkan pokok tu lama mesti I doa supaya hujan turun and pokok tu tak mati. Tapi kita hanya mampu berdoa kan. Selalu jugak I balik pkok lah layu gila. Kesian pulak I tengok.

Macam last weekend. Kan lama tak de kat rumah kan. Bila balik and sampai rumah pukul 2 pagi tengok pokok I dah kering and layu. Terus capai penyiram, tadah air and siram banyak-banyak. Alhamdulillah pagi esoknya dah segar kembali. Kadang-kadang kalau pokok layu I mesti say sorry kat pokok tu. Dah amcam psiko la pulak eh. Hahaha..... Ni tiap-tiap minggu nak balik Kuantan ni macam mana la dengan pokok-pokok I. Should I invest on penyiram yang auto tu? Macam over la pulak kan. Pokok setakat 2-3 pasu nak beli benda alah tu. Ingat ada ladang ke apa? Hahaha......

Anyway, I tanam pokok-pokok tu just untuk suka-suka. I kan jarang memasak. Even kalau masak pun benda simple-simple aje and tak memerlukan hasil tanaman I tu pun. Rasa macam membazir pulak. So kepada sesiapa yang nak daun kunyit atau daun limau purut tu jangan la segan-segan ye. Mintak aje. Nanti I bawakkan. Free of charge gitu. As for pokok cili yang I nak giveaway tu, ada beberapa orang yang dah menyatakan minat sebelum ni. For real ke? Kalau for real then I reservedkan lah. If not I nak open for others pulak. Tanam pokok cili banyak-banyak pun buat apa kan. Bukan nak meniaga kat pasar tani pun.

Lepas ni nak tanam apa pulak eh? Sayur-sayuran perhaps? Hmmmm.......

2 comments:

sayalah.. said...

Eny. Masaklah paprik dan tomyam.
Terpaling senang.
Daun kunyit masak kobis lemak putih. Boh daun kunyit. Lemak labu pun boleh. Tapi labu susah nak buang kulit.. keras.
Semua aku sebut ni senang sangat ok masaknya.. tolonglah utilize.
Dulu masa ada ulam raja, meatballs pun aku masukkan ulam tu tau.

Eny Yusof said...

Sayalah, (hehehe.....)

Nak masak mmg la boleh tp nak makan sorg macam malas sbb penat2 masak pastu makan sorang. Banyak mana sangat boleh makan compared to masa dan tenaga yang diguna utk memasak tu. So sbb tu dah malas nk masak skrg.

Tp nnt nak try bakar ikan sumbat dgn daun kunyit. Wangi and sedap. Tu terpaling senang la kot. Hehehe.....