Thursday, May 24, 2012

Afternoon ramblings

Ok jawapan untuk telur gula hangit tu ialah CARAMEL. Boleh? Ye-ye la I ingatkan basi ke apa rupanya nak kata susu tu sedap. Sudahnya banyak kali la dia mintak nak minum lagi susu tu. By the way, it's a Dutch Lady Low Fat Milk. Ye ke rasa macam caramel? 

As for box tu, selalu sangat dengar pakcik-pakcik dia sebut boxer when looking for their underwear (which is a boxer la kan) so tu yang dia ingat box tu spender tu. Tool box = peralatan spender. Hahaha.......

On a different note, tomorrow will be Thalha's aka The Grand Chef last day of practical training at LHDN Cyberjaya. He plans to go back to Kuantan on weekend. Later balik ke UUM kejap untuk settle the paperwork before graduating probably in October. Terasa macam sedih pulak. Walaupun selalu je marah-marah dia (sebab dia pemalas tapi bab masak dia memang rajin) tapi bila nak balik for good, macam terasa kehilangan la pulak kan. 

For the past few months, dengan Thalha la I selalu keluar. Pegi wedding, pegi pasar, pegi beli groceries, pegi shopping kasut, baju etc. In fact ramai je kot yang selalu terserempak dengan kitorang. Sebelum mereka berprasangka yang Thalha ni boyfriend I, baiklah awal-awal lagi terus bagitau yang dia ni adik I kan. Yelah walaupun beza 10 tahun tapi kalau tengok memang nampak macam sebaya je kot. Eh nak kata diri sendiri tu awet muda la tu. Hehehe...... 

Kalau lapar and malas masak, boleh la suruh Thalha masakkan. Walaupun I ada la jugak masak sekali-sekala tapi dia masak sedap and macam-macam. Kalau I masak asyik-asyik lauk yang sama je. Nak buat camne, itu je pun yang reti. Dah la rasa ntah pape. Nasib le kan. Bukan takat masak je yang boleh disuruh. Kadang-kadang I suruh tolong isi minyak kereta la, pegi beli barang kat kedai la. Suruh mengemas je tak pernah. Dengan Mamat I jarang keluar berdua. Lagipun dia kan sibuk nak bersukan. Manalah suka nak keluar dengan kakak dia ni. Ntah-ntah takut saham jatuh le tu. 

Hai sedih pulak Thalha nak balik dah. Nak suh tinggal sini pun rasa macam selfish pulak. Better la dia stay kat Kuantan aje. Boleh jugak tolong Mak Abah apa yang patut. Awek dia pun kat sana. Kalau ada rezeki kerja kat sini, I suka je kalau dia tinggal sini. Tapi sementara nak dapat keje tu, better la dok teman Mak Abah. Esok dah kerja, dok pulak jauh macam I ni hah, barulah terasa rindu nak balik la apa la kan. So sementara ada peluang dok sama ni, silalah gunakan peluang itu sebaiknya. Tak gitu?  

Thalha pernah tanya, masa dia tak de, selalunya I buat apa. My answer ialah dok rumah mengemas (tapi tak kemas-kemas jugak rumah tu punnnn), buat projek baking ke apa, keluar dengan kawan makan-makan, join event berlari (last year banyak la tapi this year tak start pun lagi) or keluar shopping. Kadang-kadang sorang kadang-kadang berdua. Jarang kelaur ramai-ramai ni. Tak pun balik Kuantan. Dia cakap bosannya. Bosan ke? Tak la rasa bosan sangat cuma kadang-kadang tu terasa jugak nak buat aktiviti lain cuma malas or tak de geng aje. Boleh? 

Lepas ni berdua dengan Mamat je lah. Tapi tu lebih kurang macam duduk sorang je sebab atlit tak jadi tu kan sibuk bersukan.... Sigh.....

No comments: