Tuesday, December 13, 2011

Busy weekend

Penatnya hari ni...... Pagi tadi pukul 2am baru sampai rumah. Gedebak gedebuk belum sempat nak lena alarm dah berbunyi. Seriously I didn't feel like going to work today tapi seret jugak kaki ni masuk bilik air bersiap. By 7.30am dah keluar rumah nak ke ofis.

Anyway, last weekend I balik Kuantan. In fact until next year, I akan balik Kuantan every week due to different reason. Tapi semuanya family matters so tak pe lah kalau kena berpenat sikit. This week balik sebab Ayum kena attend pemilihan kat MRSM Kota Putra, Besut. Hari tu kan I ada bagitau yang Abah nak Ayum masuk MRSM tahfiz. MRSM yang ada program tahfiz ni disebut MRSM Ulul Albab. Ada 3 kat Malaysia ni. Satu kat Gemencheh, Negeri Sembilan, satu kat Kepala Batas, Pulau Pinang and satu lagi kat Besut, Terengganu.

Hari tu Abah accident lagi. Kesian Abah. Abah nak jemput Mak balik dari ofis. Naik motor aje and entah macam mana ada kereta terlanggar motor Abah. Nothing serious cuma kaki Abah la luka sikit. Kaki Abah kan dari hari tu lagi tak baik-baik. Tambah pulak ada diabetes ni so kalau luka-luka memang kena be very careful. Since Besut tu adalah sangat jauh from Kuantan so confirm la Abah tak boleh nak drive ke sana kan. Kalau ikut Abah dia akan kata ok je tapi I tau dia sakit tu. So plannya adalah I and Eman balik naik bas. Then from Kuantan Eman akan drive kereta Abah ke Besut. Kalau balik naik kereta nanti dari Kuantan nak balik KL sape pulak nak drive. I tak boleh drive lewat malam sebab mengantuk. Eman pulak mesti penat drive ulang-alik Kuantan-Besut kan. So begitulah plan perjalanan for last weekend.

Anyway, hari Sabtu tu I keluar dengan Akak. Saje la nak jalan-jalan buat pelaburan sikit kat East Coast Mall tu. Later we were joined by Mak, Dik Man, Eman and Ayum.

Me and Akak. Sempat lagi tu. Hehehe.....

Macam-macam pose lain dia buat

Next week Dik Man punya turn pulak untuk go some where. So kena la start beli barang-barang untuk dia. Bila tengok dia pakai formal, nampak dah besar dah Dik Man ni. Citarasa pun bukan main. Baju yang dia berkenan semuanya ratus-ratus. Yang below than hundred semua dia kata tak cantik la apa la. Amboi....amboi.... Selalu dia ni jenis tak kisah sampai geram aje kalau nak beli kan dia baju. Sekarang bukan main cerewet la pulak eh. Memang dah besar dah adik kesayangan I ni.

Dah besar dah Dik Man ni

Bukan main lagi dia. Siap mintak beli tie lagi


The busybody sisters. Hahaha.....

Kan dah kata. Ada je gaya dia ni tau

He looks so suave in that shirt

Dik Man berkenan sangat dengan baju ni tapi harga dia mak datuk.....

We only managed to buy 2 pairs of pant. Baju kena cari lain sebab Mak kata jangan beli mahal-mahal sangat. Baru nak pegi belajar je kan. Entah-entah nanti tak guna sangat pun. So next week nampak gaya memang kena ada another session la for Dik Man ni. Baju, kasut dan banyak lagi lah. All this while dia memang pakai jeans and t-shirt aje so jenuh la nak beli baju kat dia.

Sunday morning we left for Besut. Pergi berlima aje; Mak, Abah, Ayum, Eman and me. Hujan lebat tambah pulak dengan jalan yang teruk memang bercinta la nak sampai. We left around 11am and reached Besut around 5.30pm. Tu pun berhenti sekejap aje untuk lunch and toilet break. Zakiah my sister in law orang Besut so kitorang sleepover at her house. Adah, Nabila and Manan pun tengah balik bercuti kat kampung tu dengan Ummi diorang so sepanjang perjalanan tu asyik la call tanya bila nak sampai. Rindu dengan Cik Ngah ke????? Hehehe.....

Since sampai pun dah lewat petang so tak dapat la nak berjimba rama kat Besut tu. Plannya nak mandi air panas. And kalau sempat nak ke Wakaf Che Yeh. Tapi memang tak sempat la. Dah penat lagi pun. Next time aje lah ye. Next day pulak lepas breakfast terus bertolak ke MRSM Kota Putra. Ayum kena sesi pagi. Hujan lebat pulak tu. By the time kitorang sampai dah penuh sesak kat sekolah tu.

Mak filling up the form

Abah giving his amanat. Buat elok-elok eh Ayum

Registering

He looks so small there


Since hujan adalah begitu lebat so the students were transported to academic building in groups using this van

Sampai aje terus register and queue in line untuk naik van. The time was 9 something and they told us the earliest group akan selesai around 11am. Taklimat with pengetua juga akan dibuat at 11am. Sementara tu boleh la menunggu kat dalam dewan sambil menonton tayangan aktiviti pelajar kat sana. I duduk kat luar aje. Sampai sengal la bon-bon ni duduk. Hahaha....

Agak tough jugak nak masuk MRSM sekarang ni. Dulu masa Eman tak de pulak apa-apa exam. Ayum ni ada ujian bertulis untuk math, science and sikap. Then ada hafazan Al-Quran and interview. Since MRSM Kota Putra juga menawarkan program IGCSE in which the students akan ambil program oversea so interview tu dalam English and BM. Baru nak masuk form 1 je pun. Dah macam nak masuk PTD pulak. Hehehe.....

Ibu bapa yang sabar menanti

A few gerai jualan

Dewan Ulul Albab

All kind of uniform ada


Another group

Finally keluar jugak budak kecik ni

He look so grown up in this photo

Macam mana Ayum? Ok ke?

We waited anxiously for Ayum to come out. Dalam offer letter kata exam until 1pm tapi pukul 2 lebih baru selesai. I dah risau takut tak sempat nak sampai Kuantan sebab I already bought ticket to Putrajaya at 9.30pm. Bila selesai je terus shoot ke Kuantan. Tak sempat dah nak balik ke rumah my sister in law. Alhamdulillah Ayum said he can do the exam. Ada la sikit-sikit yang sangkut but overall ok la kot. Insya Allah kalau ada rezeki adalah tu. Kami semua doakan untuk Ayum.

Insya Allah kalau ada rezeki kat sinilah Ayum bakal belajar. Tolong doakan Ayum ye....

Proud parents

We only stop for solat and toilet break. Tak makan pun. Lapar gila. Sampai Kuantan around 7.45pm. Cepat-cepat makan, solat and then terus ke terminal bus. By the time naik bas tu penatnya la sebab rushing. Tapi nak tidur tak boleh la pulak. Aiyoooo...... Sejuk pun ye. Next time naik bas nak bawak selimut boleh tak? Hehehe...... Alhamdulillah perancangan berjalan dengan lancar. Jumaat ni kena balik lagi. And again akan naik bas sebab I sorang aje. Anyway, here's antara yang sempat diambil masa dalam perjalanan.

Ombak besar sepanjang pantai

Masjid Kristal

Kalau berjaya Ayum akan register bulan Januari. So confirm la kena travel ke sana lagi. Kalau fikirkan jalan tu rasa macam tak sanggup aje. Hehehe.... No offence ye orang Terengganu. Bilalah LPT nak siap ni. Kalau siap mesti sekejap aje Kuantan-Besut. And kalau Ayum berjaya, memang confirm la Mak Abah akan kerap ke sana. Anak kesayangan kannnnn..... Mudah-mudahan adalah rezeki Ayum nak belajar kat sana. Tolong doakan my baby brother ye. Thanks in advance.

No comments: