Sunday, September 11, 2011

Malam bersama pak polisi

Last night sungguh sesuatu tau. I was staying at home alone as usual. Since I'm going to a friend's place today, I plan to bake a cheese cake for her so I was in the kitchen until 10.30pm. While waiting for the cake to bake, I nak solat Isya' dulu. When I entered the bathroom, I noticed something; the ceilings has moved from it place. My bathroom ceiling adalah jenis petak-petak kecil yang removable tu. Ada 2 yang teralih. Satu tu teralih sikit aje and satu tu memang nampak ruang dalam kat atas tu. Masa tengok-tengok tu I sikit pun tak terasa berdebar-debar ke apa. Tenang aje. Kenapa pulak boleh teralih ni. Sambil berfikir sambil buat apa patut.

Sebelum solat I call Abah dulu la nak tanya pendapat. Abah risau betul terus suruh call polis. Kena call polis ke. Tapi betul jugak kan. Mana tau ada intruder ke apa ke kan. Fine I call 999. Lepas bagitau apa patut diorang sambungkan ke IPD Putrajaya. Polis yang entertain my report tu kata mungkin angin kuat in which maybe jugak sebab memang angin kuat pun malam tadi. Tapi angin kuat is not something new and sebelum ni kuat mana pun angin tak pernah la sampai teralih ceiling tu. So polis tu kata dia hantar officer to check. Boleh tak dengan begitu sengalnya I pegi tanya polis tu; "Encik, kalau saya nak solat dulu boleh tak?" Apa la punya sengalnya I ni sampai itu pun nak tanya. He said tak payah la. Tunggu je kat luar rumah dulu. Lagipun waktu Isya' kan panjang. Eny....Eny.....

Sambil tunggu polis sampai, Mak and Bang Long silih berganti call. Ish I ni menyusahkan hati orang je eh. Mak suruh I tunggu kat luar tapi kalau keluar pun I nak ke mana. Dah la hujan kat luar tu. Rumah I ni kalau hujan memang basah kat luar so kat mana la I boleh pegi pun. I just buka pintu luas-luas sambil tunggu polis sampai. Tak lama pastu 2 orang polis pun sampai. Siap bawak stunt gun bagai. Antara soalan awal diorang ialah berapa orang tinggal kat rumah I ni and macam tak percaya aje when I said I tinggal sorang. Kenapa tinggal sorang? Bujang ke apa? Hehehe.....

Lama jugak diorang check ceiling tu. Since I tak de tangga, kena la guna kerusi and bangku. They check for everything and kata maybe angin kot sebab macam susah jugak nak masuk ke area bathroom tu. Lagipun dah area hujung sekali. Ok lah kalau diorang cakap macam tu. Nothing to worry about la. Tapi diorang bagi jugak no telefon IPD Putrajaya and mobile phone one of them. Sambil I bersoal-jawab dengan diorang masa tu, IPD Putrajaya ada call untuk tanya progress. Baguslah diorang ni. Follow up and follow through.

Sebelum balik, polis tu sempat lagi nasihat. Kata tak elok tinggal sorang ni. Cari la kawan. Kenapa nak tinggal sorang. I told him I memang choose to stay alone sebab senang kalau family nak datang. Polis tu pun agreed with my reason tapi katanya kenalah make sure ada no kecemasan semua. Baiklah I akan simpan no telefon polis, bomba etc. And he said kena letak chain kat front grill sebab ada kes pecah grill sekarang ni. Lagipun grill kuarters ni tak de kualiti. Baiklah tuan. Saya akan jaga keselamatan dengan lebih baik lagi lepas ni.

Yang menariknya, I tenang aje sepanjang masa. Sikit pun tak panik, cuak nor berdebar-debar. Alhamdulillah. Tapi I rasa I telah menyebabkan the whole family tak tenang. Hehehe..... As precaution, Abah suruh letak pisau bawah bantal. If anything happen, Abah kata at least we fight for it. Baiklah Abah. So malam tadi I tidur dengan sebilah pisau. Alhamdulillah tak de apa berlaku malam tadi. Tapi I pun tidur tak la lena sangat.

Since I duduk sorang ni, I dah deal with bomba and polis dah. Kes dengan bomba tu kat sini. Syukurlah nothing serious. I selalu berdoa supaya dilindungi dari segala bahaya dan sebagainya. Terima kasih Allah atas perlindungan yang diberi. Duduk sorang ni memang bergantung penuh pada perlindungan Allah selain dari langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya. Mudah-mudahan tidak berlakulah sebarang kejadian yang tak diingini. Insya Allah.

Let me share with you guys no telefon IPD Putrajaya. Simpan nombor ni ye. Senang nak contact if anything. Anyway, terima kasih kepada Sjn Wira and pangkat-tak-tau Zohari/Zohani atas pertolongan semalam.

IPD PUTRAJAYA : 03 - 8889 1203 / 03 - 8886 2145

3 comments:

1na said...

I masa duduk asrama until now mesti ada wisel bawah bantal. Apa2 hal arwah abah suruh tiup. Kt rmh lagi la, pencuri bateri kereta curi kat rmh i siap bg salam lagi ko.

Eny Yusof said...

Kak Ina,

Wisel? Menarik jugak idea tu. Boleh diamalkan.

Ce citer detail pasal bagi salam kat pencuri tu. Menarik bunyinya...

fyruz said...

kak eny...try carik pepper spray (legal) atau stun gun / tazer gun (agak illegal la). bahaya gak duk sorang2. isk isk..