Tuesday, September 27, 2011

Syawal 1432H Day 5

Masih banyak lagi rumah yang belum kami singgah so on Saturday tu sambung beraya. Oh lupak pulak, dari 3 kereta tinggal 2 kereta aje sebab Apis dah balik ke Kedah on Friday tu. Dia sempat ikut sampai rumah Aunty Suraya aje pastu terus balik ke rumah mertua kat Sik. Ini kan kali pertama diorang beraya as husband and wife so kena lah balik both side. So kena la bersempit-sempit sikit. I was planning (planning as in angan-angan aje lah kan) in changing my car. With this bersempit-sempit situation, Abah kata I might have to consider on buying a 7 seater car. Boleh...boleh.... Tapi kena la sponsor sikit. Hehehe.......

Anyway, rumah pertama yang kami terjah ialah rumah Nek Uda kat Kajang. Dah berapa banyak kali kitorang pegi sana in fact masa hantar card untuk wedding Apis tu pun dah pegi tapi masih la tersesat barat each time ke sana. Sangat confusing the road. Nek Uda ada tetamu lain so we can't stay much longer there. Next ialah rumah Tok Lang kat Serendah. Kajang to Serendah. Pergh memang jauh ok. Dengan jem bagai. Kenapa la tak de highway nak ke area sana tu kan. Jalan sempit, kereta banyak. Macam manalah orang yang hari ulang-alik kat sana.

Let's eat this "stone". The most delicious "stone" I ever tasted. Eh macam la pernah makan batu sebelum ni. It's a chocolate actually

Eh eh eh ada orang makan ice-cream. Kiri kanan pulak tu. Ish ish ish...

From Serendah kita ke Greenwood. Rumah alahai tak ingat pulak nama tuan rumah. Kalau ikut dia dah lebih kurang macam Abah je tapi pangkat anak sedara pada Abah. Tapi takkan nak panggil Bang something-something or nama kan. Macam tak sesuai aje. Rumah dia tengah buat open house untuk kawan-kawan anak dia yang study kat Russia. Mak ai punyalah meriah. Makanan pun sedap-sedap. Hai susah betul nak mengawal selera kali ni.

Next ialah rumah Pak Su Pian, sedara belah Abah jugak. Yang sebelum ni semuanya sedara belah Mak kecuali tuan rumah yang tak ingat nama tu. Pak Su Pian ni ada bela kambing. Kitorang ni kan peghak sikit kalau bab-bab haiwan ni. Excited semacam. So sebelum pegi rumah, kitorang singgah kandang dulu. Or rather istana to those kambing kot sebab besar, 2 tingkat pulak tu and cantik. Kalau ikut standard kambing la kan.

Terima kasih la datang menjenguk kami. Terharu tau... Embekk....embekkk.....

Syok main buai ni. Sambil mengadap kambing. Hehehe....

Akak, kambing tu panggil Akak la. Akak kan geng dengan diorang

Asyik muka diorang aje, kali ni let me take over the camera

Sorang berisi sorang kurus kering. Well that's my family. Sangat variety ok

Apalah agaknya yang disembangkan tu eh. Mesti pasal kambing niiii....

Time raya pun korang cerita pasal aku ye.... Embekkk....embekkk....

Mak dengan Abah pun kusyuk dengar pasal kambing jugak

Best jugak kalau ada buaian ni kat rumah baru kan. Petang boleh lepak-lepak

Dah puas beraya dengan kambing and sebelum kitorang pun sama naik bau dengan kambing tu baik le kita gerak ke rumah pulak kan. Kat rumah pun ada tarikan haiwan jugak. Kali ni lagi best. Musang. To be honest I tak pernah lagi tengok musang real live. Comel jugak musang ni rupa-rupanya. Selalu I tengok musang kartun aje. Memang sangat berbeza ok. Pak Su Pian kata kalau nak musang tu amik la bela. Tapi Abah tak kasi. Against the law. Boleh kena tangkap. Alahai baru je nak nak berjinak-jinak dengan musang.

Eman la paling excited sekali dengan musang ni

Comel je kan

From Gombak, kitorang ke AU2 pulak. Rumah Nek Ngah. Kesian Nek Ngah tinggal sorang. Dah la tak sihat. So apa lagi, self-service la ye. Ala macam tak biasa kan. Dalam pada tak sihat tu Nek Ngah puasa jugak tu. Kuat semangat Nek Ngah ni.

I patut tag this photo at her FB kan. Hehehe.....

That's Nek Ngah. Very frail but strong spirited

Selamat hari raya nek

Next ialah rumah best friend Abah. Also kat AU2. Masa Abah mula-mula sampai KL (masa Abah umur 20 atau 21), kawan ni lah yang tunggu Abah kat stesen keretapi.Dia jemput Abah, bawak pegi rumah dia mandi tukar baju semua then baru bawak lapor diri. They've become good buddy ever since.

Pak Cik Bahrin yang sentiasa ceria and loyar buruk. Patut la boleh geng dengan Abah

Sakan semua mendengar celoteh Pak Cik Bahrin

Although sangat seronok mendengar celoteh Pak Cik Bahrin tapi kitorang tak boleh lama. Dah janji nak dinner kat rumah Mak Lang and the time dah 9 lebih dah pun. Kesian pulak Mak Lang tunggu lama. Rumah Mak Lang kat AU5. Tak sampai seratus meter aje dari rumah Mamatam. Kira buat satu cycle yang besar la kitorang ni. Start from there and ended our raya sakan there too. Kitorang makan sakan kat rumah Mak Lang. Sedap-sedap masakan Mak Lang ni. Ish teringat ni raya teringin lagi.

By the time sampai balik kat Putrajaya dah lewat sangat. Letih betul beraya sakan 2 hari berturut-turut ni. Letih yang menyeronokkan. I wish we can do this always. Esoknya we all plan nak berjalan lagi. Tapi kali ni bukan nak beraya. Jalan-jalan bersuka ria. Syoknya raya.. Hehehe......

Syawal 1432H Day 4

So let the journey of beraya sakan begin...... Hari Jumaat tu awal pagi I dah bangun. Prepare breakfast and then terus bersiap. My family ni kan ramai so kalau nak ke mana-mana, makan masa berjam-jam jugak la nak bersiap. Pastu kena ada drill officer. If not semua liat aje nak mandi and bersiap especially the boys. Cepat-cepat... ni bilik air kosong ni. Sape pulak nak masuk ni. Cepat dah pukul berapa dah ni. Dik Maaaaan.... Pegi mandi sekarang! Ayum tunggu apa lagiiii???? Agak-agak sape la yang selalu cakap macam tu kan.... Hehehe.....

Lepas breakfast kitorang bergerak ke rumah pertama; rumah Tok Busu kat Klang. Dari Klang ke rumah Aunty Suraya kat Shah Alam pulak. Since masa kami sampai tu dah tengah hari, so kena la tunggu yang lelaki ke masjid dulu. Puas la melepak. Bila dah lama melepak tu, apa lagi aktivitinya kannn.....

Oh Kak Ngahku yang maniiissss..... Hehehe....

Meera pun nak posed macam Cik Siti eh. Asyik la dengan jari telunjuk kat mulut tu. Tak paham, tak paham......

Telunjuk kat mulut pastu suka beliakkan mata. Memang trade mark si Siti ni la

Dah puas makan, berborak dan bergambar, kitorang ke rumah Mak Long Nor kat Seksyen 23 pulak. Ni la first time kitorang ke sana. Kat rumah Tok Busu kitorang dijamu dengan mee goreng. Kat rumah Aunty Suraya makan nasi beriani gam and kuey teow goreng yang sangatlah sedapnya. Kat rumah Mak Long Nor pulak makan mee and bihun goreng. Wah mee, bihun and kuey teow ni dah jadi macam juadah wajib la pulak eh. And percaya tak kalau I cakap I makan semua tu????? Ye I pun tak percaya yang I akan makan semua. Selalu I makan kuih raya aje. No wonder la berat naik membuak-buak.

Next rumah Nek Chik pulak kat Kg. Melayu Subang. Makan lagi. Then rumah Nek Long Maya yang cuma seratus meter away je tu. Tak tahan la kalau pergi rumah Nek Long ni. Sedih tengok Tok Long yang dah tak boleh ke mana. Bergantung sepenuhnya kat mesin pernafasan so dia duduk dalam bilik aje. Nek Long pulak hari tu jatuh sampai patah tulang. Macam-macam dugaan diorang ni. Mudah-mudahan Nek Long and Tok Long redha menghadapinya.

Puas lepak kat dalam, lepak kat luar pulak. Rumah Nek Chik ni very crafty tapi I tak amik pulak ceiling yang cantik tu

Eeeepppp Meera duduk macam mana tu???? Orang perempuan kena duduk sopan-sopan ok

Hah camni kan comel

Makan time. Oh no not again... Tapi mulut laju je mengunyah. Nyum...nyummm...

Meera cuba duduk diam sikit. Mak Njang nak betulkan tudung Meera ni

I have a few of pictures of them sambil memeluk tiang ok

Meera, jom teman Cik Ngah kejap

Lama tak berlari ni. Gian pulak

Tinggalkan Meera. Cik Ngah nak lari dulu

Wah boleh tahan laju Meera lari ni

Banyak lagi tenaga nak bergambar ye

Budget comel la tuuuu. Memang comel pun kannnn

Ni pun tak semua ada ok. Ramai kan

Nek Chik and Mak

Dari rumah Nek Chik ke rumah Nek Teh kat Seputeh pulak. Jumpa balik dengan Tok Busu and family. Sakan betul beraya. Kat rumah Nek Teh makan macam-macam. And yes I makan jugak lagi. Perut memang super kenyang ok. Kalau la perut boleh bercakap, memang menangis dia mintak rehat. Hehehe.....


Tak habis-habis dengan main da-da-da-si-da dia ni

3 gadis pingitan yang tak habis-habis bergambar. Tak pe lah, kasi can. Bukan selalu kan

I'm tired already. I was the first one yang bangun ok. Ni dah pukul berapa dah ni

Dari rumah Nek Teh terus balik ke Putrajaya. Penat Ya Rabbi. Sampai 6 buah rumah sehari ok. Makan banyak. Cakap pun banyak. Tapi seronok. Bukan every year dapat beraya sakan macam ni.

Last year I was very determined to loose weight. Raya ke tak raya ke memang I watch what I ate. But this year semua benda I bedal. Hoh teruk la lepas ni nak kena exercise. Tak pe, bukan selalu kan. Alasan sangat. Hehehe.....

Friday, September 23, 2011

Level 16, 4G8 (again)

Conversation overheard between cleaners inside the elevator.

Female : Kena angkut sampah kat aras 17, 18 dengan 19 je lah ye.
Male : Aah.
Female : Yang aras 16 tu saya belum jumpa button lif lagi.

Dan saya tersenyum seorang diri. Thank God right after uttering those words diorang keluar. Hehehe..... Tak jumpa button ye.... Memang takkan jumpa la Cik Kak oi....

p/s: Sape yang tak tau tu, refer cerita sini ye.

Wednesday, September 21, 2011

What a day!!!

Phewwww.... What a dead tiring day today. Penat jiwa dan raga. Fizikal and mental. Penat fizikal ok lagi sebab in the end kita akan puas hati dengan hasil penat lelah tapi penat mental yang tak larat nak layan ni. Di saat orang lain kesibukan dengan persiapan untuk event besar esok, I ni tak habis-habis lagi dengan kisah aset I ni. Sape kata jaga aset ni tak de kerja? Meh try buat keje I nak tak?

I went to the old office today untuk selaraskan perpindahan sebahagian kecil of it. Ye baru sebahagian kecil ye. Itu pun dah huru-hara seharian. Kalau sebahagian besar lagi tu I tak tau la. Mau kena perintah darurat tu nanti. Hahaha...... Dah la pakai baju kurung. Kalau I tau I nak kena punggah-memunggah ni memang dah lama I pakai seluar. Lagipun I tak sangka la nak kena stay sampai ke petang. Ayu sangat la pulak eh. Hehehe.....

Kalau ikutkan I ni penyelaras aje. Just tengok-tengok, cek-cek and sign la apa patut. Tapi I memang tak boleh nak tengok saje ni. Mula-mula boleh la tengok. Lama-lama macam tak sampai hati la pulak. Lagipun I ni tak reti sangat nak mengarah orang ni. Mula-mula memang la I suruh aje tapi I lagi suka buat sendiri atau buat sama-sama. So tadi dengan berbaju kurung bagai I pun join sama dok menolak kerusi meja. Buat keje tak sedar diri. Belum pape dah sakit belakang. Padan muka sendiri. Hehehe....

At the loading bay

Sebahagian dari kerusi yang I tolong tolak

Boss tengah arrange la tu

Angkat jangan tak angkat

Masa dok angkat-angkat ni ok lagi. Syukurlah I ikut sampai ke loading bay sebab I berjaya menyelamatkan beberapa aset I dari kena kidnap lagi. Dah banyak yang kena kidnap sebelum ni tau. Biasa la bila pindah-pindah ni kalau boleh semua diorang nak angkut. Tak fikir apa dah. Lepas tu la macam ada drama sikit. That fella macam tak puas hati la kot I tak kasi dia amik perabot yang dia nak. So dia telah bagitau my boss and my boss forward the sms. Dah la eja nama I salah. Cettt.....

I did nothing wrong so I explain je la balik kat my boss. Tapi macam tak habis kat situ lagi tu. Lori yang penerima bawak tu tak cukup besar nak angkut semua sekali so sebahagian dari kerusi tu kena angkut ke atas semula. Masa kitorang dok tengah bincang-bincang tu dia datang and nak cakap pasal kerusi-kerusi tu. Dia nak la sebab penerima kata tak nak dah. I was in the middle of discussing about the chairs ok. Ada adap tak ni. Panas betul hati I masa tu tapi I ok lagi. I just kata boleh tunggu kejap tak?

So dia diam and duduk. Tapi dalam pada tu dia dok call my boss and dok paksa-paksa I jawab the call. Helloooooo.... I tengah bercakap dengan pengarah negeri ni ok. Apa punya orang la ni. So I jawab la jugak the call tapi hati I lagi panas. Ingat dengan mengadu pada my boss will effect me ke? Rasa macam nak hempuk aje dia dengan phone dia tu. Kot ye pun sabar la dulu. I tengah bercakap ni kan. By the time I finish the call, those yang menerima tu dah entah ke mana. I tak habis cakap lagi ok. Sabar je lah.

Geram punya pasal I dengan niat nak perli kat orang sebelah tu cerita kat another staff pasal masalah aset-aset yang dipindahkan from 2 office sebelum ni sejak zaman tok kaduk dulu and until now tak selesai-selesai lagi. Masa nak pindah semua nak angkut. Esok bila nak lupus semua nak suruh unit pengurusan aset yang selesaikan. Ni pindah kali ni pun sama je. Sampai bila-bila la takkan selesai masalah ni.

When I'm pissed off, I kind of malas nak cakap dengan orang so lantak kau la. Amik la berapa banyak kau nak. I don't care anymore. Dah la perut lapar. Dah almost 3pm pun masa tu and I haven't had my lunch yet tau. A hungry man is an angry man. Memang pun. Nak pulak kena deal dengan manusia macam tu. Rasa macam nak jadi naga aje. That fella macam bising-bising kenapa I tak kasi perabot kat dia. Unbeknownst to that fella, I'm in the middle of transferring some furniture to that fella department. I malas nak bagitau. Lantak kau la.

After learning of it, dia dok kecoh bila nak hantar that furniture pulak. Pulak dahhhhh. Dia ni memang saje je kan. Masa dia kecoh-kecoh nak kerusi tu I malas nak layan and just let them decide. Tak kuasa nak layan orang macam ni. Last-last tak jadi pun amik. Tamak sangat. Nyampahhh..... I'm not the only one having problem dealing with that fella. I dah lama dengar cerita pasal dia ni tapi kali ni I punya turn pulak yang terkena.

Had my lunch around 3 plus. Lapar gila ok. Stress dengan that fella tak hilang lagi tambah lagi satu. I was informed yang esok I kena jadi LO untuk seorang VIP yang menguruskan hal ehwal wanita ni. I plan nak ke office lama ni lagi untuk selesaikan sebahagian besar lagi perabot yang nak dipindahkan tu. Tapi nanti kalau tak pergi bertugas kena cop tak bagi kerjasama pulak. Tak bagi kerjasama la sangat. Keje orang I nak kena tolong tapi keje I sape nak tolong??? Hish susah nak cakap. Tak pelah. Dah nasib badan. After majlis la kot I datang office lama ni.

I called a friend from that ministry to ask around and selain dari beberapa perkara yang diberitahu on that VIP personality, that friend keep reminding me to wear make-up. Can't remember his exact words tapi memang dia pesan betul-betul suruh I mekap. Make-up beria pulak tu. Me? Make-up? Fineeeee.....

I'm having toes cramp now and I've to iron two pair of clothes for tomorrow. What a day!!!!! Hopefully tomorrow will be better than today. No more drama.

Thursday, September 15, 2011

Syawal 1432H Day 3

Ok sambung balik cerita raya yang tak habis-habis ni. Banyak sangat interruption tak tau bila boleh habis. Hehehe..... Anyway, my Mak kan city girl so mana lagi kampungnya kalau bukan kat KL ni hah. Kalau beraya kat Kuantan I memang jarang berjalan. Tapi kalau kat KL, dari pagi santak ke malam kitorang akan berjalan beraya.

Mak Lang and Ira left earlier. Kitorang pulak konvoi 3 kereta ke KL. First stop of course jumpa Nenek kat rumah Mamatam dulu. Lepak makan kuih raya, sembang-sembang and then proceed ke rumah Mak Ngah yang cuma a few streets away.

Steady je Meera duduk sorang-sorang

Kebetulan Aunty Suraya and family pun ada kat sana

Since travel jauh semua pakai kasual aje

Cuba lah yang ni. Sedaaapppp....

Ina, Jannah (yang terselit di belakang), Akak and Siti

Tak habis-habis dia ni tau

Bukannya nak bersembang diorang ni, asyik la nak bergambar

Kelassss la tudung Meera ni

As usual kalau datang KL port untuk lodging mestilah my place. Meriah rumah I yang selalu kesepian tu. I think I need a bigger place la sebab kalau my family datang, memang penuh setiap ruang. Kesian pulak masing-masing tidur bersepah. Kan best kalau duduk teres double storey. Hehehe......

By the time we reached Putrajaya dah lewat malam. Sepi ajePutrajaya sebab majority rakyatnya masih kat kampung halaman masing-masing. Masing-masing pun dah kepenatan so terus tidur. Kena rehat kasi cukup sebab jauh nak berjalan esok tu.