Tuesday, December 27, 2011

New kind of hospital

I was checking on my dad's tonne of plants outside with Meera. Then I saw the turmeric plant and mumbled to myself loudly.....

Me : Tak beranak-ranak pokok nenek ni....
Meera : Dia kalau nak beranak kena pegi hospital kan. Hospital pokok.
Me : Hmmmm (sambil tersenyum tahan gelak)

How la eh kat hospital pokok ni...... Tarik nafas... ok teran...teran.... Hahahaha.......

Sunday, December 25, 2011

Another epic story of Dik Man

This week I balik Kuantan naik kereta with Bang Long and Siti. Sampai rumah around 12am. Borak-borak, makan, layan cerita Hindustan and by the time I masuk tidur dah lebih pukul 2am pun. Those who know me long enough knows that I don't sleep late. Tapi pasal cerita lawak punya pasal sanggup tu tahan mata.

Anyway, it's not the main story here. I nak cerita pasal Dik Man lagi ni. Kalau last week dia buat havoc pasal registration ke poli dia tu, this week pun ada lagi kisah sengal tak sudah dia ni. Saturday morning I ingat nak bangun lewat sikit la sebab tidur lewat kan. Tapi Abah suruh bangun hantar Dik Man. He got to go somewhere for his poli activity. Dia nak pegi sendiri tapi I tak kasi sebab dia pun tak sure tempat tu kat mana. Lagipun hari asyik hujan je lately. Nanti kalau hujan basah la pulak kan. Together with Akak, I pun hantar la Dik Man.

Agak berpusing-pusing jugak nak mencari tempat tu tapi tak jumpa so finally we waited somewhere. The time was around 8.15am. I suruh dia call organizer tu tapi dia tak nak call sebab dia kata diorang tak sampai lagi kot. Fine. Kitorang tunggu for more than half an hour lagi before I paksa-paksa dia suruh call the organizer again. Bila call the organizer kata diorang dah sampai. I dah cakap banyak kali dah tapi dia tak nak dengar. Kan ke nanti orang kata dia tak punctual ke apa. So kitorang pun gerak ke sana.

We still couldn't find the place so Dik Man called the organizer again and they came to pick us. I follow them and bila sampai ke tempat aktiviti I nampak budak-budak poli tu tengah warming up. Semua orang pakai track suits yang diorang dapat masa registration hari tu. Dik Man pulak pakai baju lain. Dah la lambat, pakai baju lain pulak tu. Sudahnya dia tak nak keluar dari kereta. Boleh macam tu???? I paksa-paksa dia suruh pegi jugak sebab dah alang-alang kan tapi dia tak nak. So kitorang pun balik je lah.

Rugi masa, tenaga, minyak and we almost meet with accident on the way balik tu for nothing. Balik tu macam kecoh-kecoh so semua pun tertanya-tanya la kenapa. Dik Man macam biasa la dok tersengih-sengih macam kerang busuk dia tu. Tak tau la nak cakap macam mana lagi dengan dia ni. Padahal dia ada call the organizer before we left home so patutnya dia boleh je tanya kena pakai baju apa masa tu kan. Satu-satu nak kena bagitau kat dia ni tau.

Dik Man.... Dik Man..... Sabar je lah tau..... Mujurlah aktiviti tu bukan aktiviti wajib. Kawan-kawan non-resident dia tak join pun tapi dia semangat nak join. Baguslah bila ada semangat nak join aktiviti-aktiviti ni tapi semangat aje tak cukup ye. Kena la alert sikit dengan benda-benda macam ni. Lesson learnt for him again. Hopefully next time he'll be more prepared for stuff like this. I just want him to be someone yang ada inisiatif untuk mengambil tau. Bukan la mengambil tau as in menjaga tepi kain orang tapi mengambil tau benda-benda macam ni la.

Abah kata nak suruh dia masuk asrama sebab apparently ada je kawan dia yang rumah lebih dekat tapi dapat asrama. It's true that living in hostel akan menyebabkan dia lebih berdikari tapi I rasa he better stay at home aje. Lagipun kat rumah bukan ada sape sangat dah pun. With him senang sikit nak mintak tolong buat keje-keje rumah ni. Dik Man buang sampah. Dik Man sapu longkang. Dik Man masak nasi. Dik Man basuh pinggan. Dik Man pegi kedai. Dik Man itu, Dik Man ini. Hehehe......

We'll see how la after this. Hopefully dia akan become a better person. Orang tak kan berubah sekalip mata kan. So he deserve some chance. But he better changed. If not I don't know how he will survive in his adult life after this.

Next week I akan balik Kuantan lagi. Tengok apa pulak kisah next week. Hehehe.....

Friday, December 23, 2011

Sabar je lah.....

Abah, kenapa semua pokok yang Eny tanam daun dia besar-besar? Tapi hasilnya tak de.

Sama macam kau la. Keje pangkat besar tapi tak kawin, tak de anak.

Abah sape la ni eh??????

Thursday, December 22, 2011

The most horrifying registration ever

I was on leave till last Tuesday. Balik Kuantan lagi untuk menguruskan Dik Man pulak. Alhamdulillah Dik Man ni walaupun sangatlah pemalas belajar tapi agaknya sebab selalu tolong picit-picit Abah so agak murah rezekinya. Dapat 2 offer; Diploma Sains Komputer kat UiTM Jengka and Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) kat Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Although I memang nak sangat dia masuk UiTM tapi abang-abangnya nak dia amik course kat poli tu aje so ke sana lah dia.

Dik Man as I selalu cerita kat sini adalah orang paling tak kisah dalam dunia ni. Semua benda dia tak kisah. The only thing yang dia kisah ialah PC games. Kalau nak shopping untuk dia pun susah. Tak tau apa yang dia nak. Mostly dia memang tak nak apa-apa. Tapi kalau dia nak tu maknanya dia nak la. 2 weeks ago masa balik I dah bawak dia beli seluar. Last week bawak beli baju and kasut pulak.

Kasut ke kelas. Another pair ialah kasut formal. Mujurlah dia tak berapa cerewet bab kasut ni

Selain kasut and baju, dia beli belt, socks and boxer. I ni kalau nak kena ke area men's underwear ni dah macam tak de perasaan dah. Hahaha..... Not that ada perasaan sebelum ni tapi tak de la tetibe segan nak pegi ke apa. Maklumlah, selalu sangat kena ke area tu untuk membeli for lelaki-lelaki kat rumah tu so dah lali dah. Lepas puas bershopping, kita isi perut pulak.

Dik Man, Meera and Akak

Me, Ayum and Jannah

Shopping tak ingat dunia. Keluar tengahari, malam baru balik. Hehehe..... Anyway, since few weeks ago I asyik la mintak documents related to the registration tapi Dik Man buat tak peduli aje. I siap pegi beli clear folder and susun semua sijil dia dalam tu tapi banyak jugak yang tak jumpa. Tuan punya badan boleh buat dek aje. Geram betul I dengan Dik Man ni tau. Dia memang buat tak peduli aje.

I saw the offer letter kata kena register on 19th December. Tapi bila I tanya dia kata 20th sebab ada surat lain lepas register online. Fine. On Monday morning, around 8am, I was in the kitchen doing the dishes when Dik Man asked to borrow my phone. Nak call kawan dia nak tanya register hari apa. Boleh?????? I pun apa lagi. Macam kena rasukan ablasa la kan. Hahaha....Teruk bebenor bunyinya. Panjang la bebelan I kan. Ok bukan bebel lagi dah. Marah ok. Everyday I tanya and mintak nak tengok borang berkaitan sekali pagi tu baru dia nak tanya.

Lepas siap cuci pinggan I tengok Dik Man tengah online. I bebel lagi tapi dia kata dia tengah tengok website poli tu. Pastu dia keluar. I baca kat website tu rupanya ada few forms yang kena downloaded and isi. Oh my. Tak tau nak describe how I feels then. Paling utama mestilah marah kan. Apa nak jadi la budak sorang ni. Tapi dalam pada mengamuk membebel tu, I pulun jugak la nak print the form tapi printer problem la pulak. Abah call Dik Man and apparently he went to cybercafe untuk print the form. I suruh Akak tolong iron baju Dik Man.

Bila Dik Man bawak balik borang tu I cepat-cepat isi. Sambil mulut membebel sambil tangan menulis. Syukurlah I ada bawak balik my official cop so tak payah la susah-susah nak buat pengesahan ke apa. Abah pun cepat-cepat kena bersiap. Followed by Dik Man. Abah marah-marah pun asyik la gelak sebab I memang mengamuk kat Dik Man. Semua orang memang tau yang Dik Man tu kan kesayangan I so amik nak kena marah dengan I kaw-kaw punya. I rasa ni la paling teruk I marah kat dia. Lepas-lepas tu macam kesian tapi masa tu memang I marah betul.

Kelam-kabut bersiap and by 10.30am dah keluar rumah. Bila sampai kat sana we were directed here and there and finally ke HEP. Sekali orang HEP tu kata kena register on 20th sebab Dik Man tak dapat asrama. Yang register on Monday tu ialah those yang dapat asrama. Hai selepas drama pagi yang hangat sekali balik macam tu aje. So petang tu I suruh Dik Man pegi gunting rambut and cuci gambar passport semua. Since pagi tu kelam-kabut isi borang, tulisan I pun dah macam apa so print balik the form and isi semula cantik-cantik. Ingatkan dah selesai kat situ rupanya tak ok.

Tuesday morning masa I check balik all the form baru I perasan yang Dik Man tak buat lagi medical check-up. So there goes another round of membebel tapi tak la seteruk semalamnya tu. Kali ni Abah pulak yang take over marah-marah. Kesian Dik Man. Asyik la kena marah tapi kali ni memang kena marah. If not until bila-bila dia takkan sedar. Ni pun tak tau la sedar ke tak sedar lagi.

One thing good about Dik Man ni ialah dia kalau kena marah dia diam aje. Tak de la melawan ke apa. Salah tak salah dia diam aje. Pastu dia tak de la nak merajuk ke apa. Lepas kena marah suruh buat apa-apa pun dia buat aje. Kalau I sorry la. Merajuk dulu sehari dua kot. Hahaha.... So sebab tu la I macam lembut hati sikit dengan Dik Man ni. Cuma bab kesengalan dia tu memang tak boleh nak tolong la. So kena la bebel-bebel sikit kan.

Kaunter pendaftaran kat HEP. Tak meriah langsung

Here he comes

Alhamdulillah dah selesai

Ada Abah aje. Masa orang lain bukan main ramai yang menghantar








Gambar atas tu sebahagian dari kawasan poli tu. Lepas register kat HEP, kena pegi ke dewan untuk ambil pakaian. Sekali Dik Man tak boleh keluar la pulak dari dewan tu. So kitorang balik dulu. Leave my phone with Dik Man in case of anything. Tu la orang beli phone mahal-mahal tak reti jaga last-last phone I jugak yang jadi mangsa.

My bus to Putrajaya pukul 4pm so by 1pm tu we went to poli sebab nak amik my phone. Sekali Dik Man nak ikut balik sebab dia bosan kat sana. Mentang-mentang la tak duduk asrama ikut suka dia aje eh. Balik, lunch and bersiap nak balik. Before ke bandar sempat la drop Dik Man kat klinik untuk buat medical check up. I was in a hurry so tak dapat la nak teman. Kesian pulak dia kena buat sendiri. Tapi tak pelah. Biar dia berdikari sikit.

Syukurlah poli tu dekat. Tak sampai half and hour pun dari my house. So apa-apa hal senang. Bayangkan kalau kena belajar jauh-jauh and semua borang tu tak de. Memang tak pegi la jawabnya kan. Dik Man....Dik Man. He's 18 and yet masih la tak tau nak uruskan diri sendiri. Hopefully bebelan I tu tak banyak sikit masuk la dalam hati dia tu. Sekarang ni kitorang ada boleh la nak lepas tangan buat tak peduli kan. Nanti kalau kitorang dah tak de macam mana la kan.

Mujur jugak abang-abang dia yang lain tak de. If not mau lagi teruk dia kena. Kesian pulak kena marah eh. Nasib le Dik Man. Lenkali nak kena marah lagi buat le perangai macam tu lagi ye. Anyway, belajar lah rajin-rajin ye Dik Man. Kami doakan Dik Man akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Hopefully tertiary education ni akan mematangkan Dik Man ni. Mudah-mudahan dia akan menjadi lebih berdisplin dan bertanggungjawab. Insya Allah.....

Wednesday, December 21, 2011

Nur Zahra Aleesya

Such an epic failure as an aunty. After more than a week barulah I nak cerita kat sini. Sorry ye Zahra Aleesya. Bukan Cik Ngah tak sayang tau. Cik Ngah ni kalut dengan macam-macam sekarang ni. Anyway, introducing my 4th niece; Nur Zahra Aleesya (daughter to my brother Apis) who was born on 9th December 2011. Now I got 5 anak saudara and Dik Manan masih mengungguli carta sebagai satu-satunya cucu lelaki so far. 

Zahra Aleesya at 2 days

The whole Friday tu keep receiving updates from Apis about his wife, Ina. Kena induce tapi agak lambat jugak pergerakan as in pembukaan jalan dan sebagainya itu. Finally setelah seharian kesakitan, demam pulak tu, my sister in law dengan bantuan vacuum berjaya jugak melahirkan baby Zahra at 10.31pm. Dah lahir baby tak menangis la pulak. So kena la masuk NICU. Doctor suspected baby ada lung infection so kena la tahan for a week dalam NICU. After few days baru dapat tengok gambar sebab parents pun bukan boleh jumpa selalu dengan baby. Gambar tu pun diambil secara curi-curi. 

Orang yang paling risau ialah .... cuba teka sapa? Hehehe... Bukan my mom tau tapi my dad. Nampak sangat kerisauan tu. Mak pulak nampak cool aje. Ok maybe Mak control cool la kot. Tapi Abah asyik la sebut-sebut pasal cucu baru dia tu. Kejap-kejap telefon. Kejap-kejap telefon. Siap baca Yassin semualah mintak doa supaya semuanya ok. Kitorang pun suspense la jugak kan. Kalau dekat boleh jugak pegi tengok bagi sokongan. Tapi jauh di hujung Malaysia tu. Kebetulan banyak pulak perkara yang nak diuruskan kat Kuantan so tak dapat la nak pegi tengok.

Tabik Atok Usop! Saya dah sihat..... 

After 7 days in NICU, Alhamdulillah baby Aleesya akhirnya dibenarkan keluar. Lega rasanya. So hari-hari dapat le updates from the proud new Abah. Macam-macam gambar dengan macam-macam caption. Aleesya looks like her mother. Mata sepet. Kening pun tak nampak. I rasa hidung pun la kot. Kalau belah my family, ada sharp features especially tang hidung and kening. Chinese look ikut mak dia le tu. 

Nampak baik aje

Yang ni nampak a bit cheeky

Nampak penumbuk saya ni? Hehehe....

So serene bila tidur kan

Hai bilalah dapat nak tengok Aleesya ni. Semua orang dok sebut-sebut. So far Thalha ajelah yang dah tengok real live sebab dia still kat UUM. Maybe bulan Januari la kot baru dapat tengok. Settlekan all those yang nak disettlekan kat Kuantan tu baru le Abah and Mak dapat ke Perlis dengan tenang. Nak pegi tu pun satu hal jugak. Dengan keadaan Abah tu, I will not allow him to drive long distance. Nak naik flight or bus macam tak economic pulak considering yang nak peginya ramai. So most probably tunggu Thalha balik bercuti dulu lah kot.

Till then sabaq nooo Aleesya. Duduk le dengan tenang sementara kitorang tak de ni. Nanti karang kalau kami datang confirm hidup Aleesya tak berapa nak tenang dah. Hehehe....

Thursday, December 15, 2011

Kenapa nak segan pulak????

Semalam ada ceramah agama sempena Maal Hijrah kat surau bawah rumah I. Panel jemputan memang hebat. Sorang tu ustazah yang jadi pengetua Ustazah Pilihan ke apa ntah tu. Sorang lagi ustaz yang tengah famous sangat sekarang ni. Cuba teka sape? Ala yang comel-comel and kelakar-kelakar tu le.... Haaa betullll... Ustaz Don. Tajuk ceramah semalam "Hijrahkah Kita?" Menarikkan.

I memang nak pegi. Partly of course la sebab nak dengar Ustaz Don live in action kan. Nampak sangat tak ikhlas eh. Surau tu memang selalu je ada buat program ceramah ni and jemputan memang selalu yang hebat-hebat tapi tak penah la pulak I amik pusing kan. Bila Ustaz Don terus tergedik-gedik nak pegi. Hahaha..... Tapi tak pe lah, niat nak ke surau dengar ceramah agama tu dah ada. Niat pun dah dapat pahala kannn....

Tapi I tak pegi pun. Syaitonnirojim telah berjaya dalam misinya untuk menggagalkan niat suci umat Muhammad ni. Nak tau kenapa I tak pegi? Bukan sebab malas ke, letih ke apa. Tapi sebab I segan nak pegi sorang. Boleh gitu? Terasa macam nak sekeh je diri sendiri kan. I yang tak kisah ke mana-mana sorang boleh tetibe segan nak pegi surau sorang-sorang. Apa kes kan..... All this while dah merata I pegi sorang. Nak kata tak pernah ke surau sorang-sorang tak jugak sebab masa bulan puasa memang I selamba je ke surau/masjid sorang-sorang. Memang no hal punyalah. Tapi tetibe semalam boleh pulak datang segan tu. Emmm segan nak jumpa Ustaz Don kah? Hahaha.... Pang sekaliiii.....

Ok ok kena serius sikit ni. Manusia ni macam ni la kan. Bila nak buat benda baik je segan la malu la. Tapi kalau nak buat benda-benda yang Allah larang kemain laju lagi. Hilang malu segala. Oh terasa insaf jugak semalam sebab asyik la tak pasti nak pegi ke tak. I keep asking myself kenapa nak segan. Kenapa? Kalau nak ikutkan mana je I tak pegi sorang. Nampaknya I masih belum kuat untuk menahan my inner demon. Just like buat dosa-dosa yang lain tu la macam tak jaga aurat, solat lewat-lewat or tak jaga hati Mak Abah. Tau salah, berdosa tapi buat jugak. Apa lah nak jadi ni?? Bila la nak insaf entah. Sighhhhhh.....

Bila kita selalu menghadiri majlis-majlis agama ni hati kita akan lebih tenang dan terdorong nak buat kebaikan. Tapi nak melangkah membawa diri ke sana punya lah susah. I think I should put that in the list of things to do. Asyik dengan aktiviti duniawi aje. Kena la selari dunia dengan akhirat ni kan. Hai kalau duduk dengan Kak Sobir mesti selalu pegi usrah kan. Dulu I selalu jugak lepak dengan geng yang warak-warak ni so selalu jugak la ikut diorang ke usrah or program berbentuk keagamaan lain. Tu pentingnya kita dalam memilih kawan ni. Silap pilih nanti kita pun sama binasa. Dapat kawan yang baik Insya Allah tak banyak sikit mesti kita akan dapat tempias baik tu kan.

Insya Allah lepas ni I akan cuba kuatkan azam dan tekad untuk pegi ke program berbentuk keagamaan. Kena buang jauh-jauh rasa segan or malu tu sebab itu sebenarnya hasutan syaitonnirojim aje. Mudah-mudahan tahun hijrah ni akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Kebaikan takkan datang bergolek kat kita kan. Kena lah usaha sikit.

Sape nak jadi geng surau saya? Jom laaa.......

Wednesday, December 14, 2011

My green hand

Oh lama tak update pasal tumbuh-tumbuhan kat rumah tu. Dah membesar bagai johan. I rasa I mewarisi green hand Abah la. Although tak la sehebat Abah tapi so far apa-apa yang I tanam tumbuh la jugak. Dulu I penah tanam halia. Halia tu membiak-biak punyalah banyak sampai Abah kata I boleh jadi pengusaha halia. Ye ke Bah? Resign and jadi petani moden je lah kalau macam tu. Hehehe....

Oleh sebab dah terlalu banyak and I tak pernah guna so I cabut la pokok halia tu and bagi Mak suruh bawak balik Kuantan. Halia tu sepasu ok. Tarik je terus keluar halia berbentuk pasu. Lupa nak amik gambar masa tu tapi memang puas hati la tengok hasilnya. Nanti kalau ada pasu lagi I ingat nak tanam halia lagi lah.

Pemandangan di hadapan pintu masuk

Anak pokok cili. Ada 2 pokok. Sape nak?

So far I ada 5 pokok cili. 2 yang kat atas ni adalah yang terkecil. Yang lain semua dah besar. Satu tu share pasu dengan pokok limau purut. Mula-mula dulu I nak pindahkan ke pasu lain tapi asyik la bertangguh-tangguh last-last pokok tu dah besar gila. Was thinking on giving it away. (Cik Ana bila nak mai amik pokok ni???) Bila share pasu, pokok cili telah conquer the zat-zat and menyebabkan pokoklimau purut tidak lagi sehebat dulu.

Dulu daun limau purut I besar-besar. Pastu kadar pertumbuhan pucuk baru adalah sangat kerap so selalu kena trim. Sekarang tidak lagi. Daun dah tak besar macam dulu and jarang-jarang tumbuh pucuk baru. Kesian pokok limau purut ni. So I kena cepat-cepat pindahkan pokok cili tu. Tapi orang kata kalau dah besar baru nak pindahkan agak risky. Takut effect akar and pokok boleh mati. Hopefully tidak la. Although pokok cili tu mengganggu pertumbuhan pokok limau purut and I nak bagi kat orang lain tapi I sayang jugak tau. I tanam sendiri ok so mestilah sayang kan. Kena la kasi kat orang yang pandai jaga jugak la. Eh macam sayang haiwan pulak. Hehehe.....

Pokok kunyit

Daun dia mak datuk besar macam kertas A4

Pokok kunyit I pun membesar bagai johan. Daun dia punyalah besar. I tak tau la kenapa. Semua yang I tanam besar-besar daunnya. Even pokok cili pun. Percaya tak daun pokok cili I dulu semuanya besar 2 tapak tangan ok. Orang tak percaya bila I bagitau tu pokok cili sebab besar-besar daunnya. Abah pun heran. Agaknya I ni pandai tanam daun je kot sebab buahnya tak keluar-keluar pun. Harapkan daun aje. Hehehe.....

Pokok cili yang I tanam sendiri jugak. Membesar dengan cantik tapi tak berbuah lagi

Pokok cili yang Abah tanam hujung sekali and yang I tanam kat tengah

Pokok limau purut yang terselit di tengah-tengah kerimbunan pokok cili

Nampak tak benda tersembunyi?

Setelah sekian lama tak berbunga akhirnya pokok cili yang Abah tanam kembali berbunga. Alhamdulillah.....

Dah nak sama tinggi dengan tuannya. Jenuh nak menyiram bila pokok tinggi sangat ni

I selalu siram pokok 2 kali sehari. Sebelum pegi keje and lepas balik keje. Kalau weekend kadang-kadang sekali and kadang-kadang tak siram langsung. Hahaha.... Boleh gitu? I ni kalau duduk terperap kat rumah tu, nak bukak pintu depan pun malas tau. So tu pasal ada time-timenya yang pokok tu ketandusan kasih-sayang. Tapi kalau datang angin rajin I memang dibelai-belai pokok-pokok tu tau.

Baja yang I guna ada dua jenis. Satu baja tahi kambing and satu baja buah. Both Abah yang beli. Abah kata kena alternate setiap minggu. Tapi dasar pemalas macam I ni kadang-kadang lama tak berbaja. Mana la pokok tu nak berbuah kan. Lately ni rajin letak baja so nampak dah bunga-bunga mula keluar. Kadang-kadang tu dah siap wangi-wangi nak pergi kerja sekali bergelumang dengan tahi kambing kejap. Nasib la kan. Bila angin rajin datang elok la diturutkan. Nanti dah malas pokok tu jugak yang jadi mangsa kekurangan kasih-sayang kan.

Selain dari siram and letak baja, I selalu bercakap dengan pokok-pokok tu. Mak kata dulu masa dia sekolah-sekolah pun dia selalu cakap dengan pokok. Bila dia siram pokok dia mesti mintak pokok tu doakan dia lulus periksa. I tak la mintak macam tu tapi I selalu pesan supaya pokok tu jaga diri baik-baik. Hahaha..... Boleh gitu? Bukan apa I ni kan selalu tak de kat rumah sampai berhari-hari. So kesian kat pokok tu sampai layu-layu. Kalau I nak tinggalkan pokok tu lama mesti I doa supaya hujan turun and pokok tu tak mati. Tapi kita hanya mampu berdoa kan. Selalu jugak I balik pkok lah layu gila. Kesian pulak I tengok.

Macam last weekend. Kan lama tak de kat rumah kan. Bila balik and sampai rumah pukul 2 pagi tengok pokok I dah kering and layu. Terus capai penyiram, tadah air and siram banyak-banyak. Alhamdulillah pagi esoknya dah segar kembali. Kadang-kadang kalau pokok layu I mesti say sorry kat pokok tu. Dah amcam psiko la pulak eh. Hahaha..... Ni tiap-tiap minggu nak balik Kuantan ni macam mana la dengan pokok-pokok I. Should I invest on penyiram yang auto tu? Macam over la pulak kan. Pokok setakat 2-3 pasu nak beli benda alah tu. Ingat ada ladang ke apa? Hahaha......

Anyway, I tanam pokok-pokok tu just untuk suka-suka. I kan jarang memasak. Even kalau masak pun benda simple-simple aje and tak memerlukan hasil tanaman I tu pun. Rasa macam membazir pulak. So kepada sesiapa yang nak daun kunyit atau daun limau purut tu jangan la segan-segan ye. Mintak aje. Nanti I bawakkan. Free of charge gitu. As for pokok cili yang I nak giveaway tu, ada beberapa orang yang dah menyatakan minat sebelum ni. For real ke? Kalau for real then I reservedkan lah. If not I nak open for others pulak. Tanam pokok cili banyak-banyak pun buat apa kan. Bukan nak meniaga kat pasar tani pun.

Lepas ni nak tanam apa pulak eh? Sayur-sayuran perhaps? Hmmmm.......

Tuesday, December 13, 2011

Busy weekend

Penatnya hari ni...... Pagi tadi pukul 2am baru sampai rumah. Gedebak gedebuk belum sempat nak lena alarm dah berbunyi. Seriously I didn't feel like going to work today tapi seret jugak kaki ni masuk bilik air bersiap. By 7.30am dah keluar rumah nak ke ofis.

Anyway, last weekend I balik Kuantan. In fact until next year, I akan balik Kuantan every week due to different reason. Tapi semuanya family matters so tak pe lah kalau kena berpenat sikit. This week balik sebab Ayum kena attend pemilihan kat MRSM Kota Putra, Besut. Hari tu kan I ada bagitau yang Abah nak Ayum masuk MRSM tahfiz. MRSM yang ada program tahfiz ni disebut MRSM Ulul Albab. Ada 3 kat Malaysia ni. Satu kat Gemencheh, Negeri Sembilan, satu kat Kepala Batas, Pulau Pinang and satu lagi kat Besut, Terengganu.

Hari tu Abah accident lagi. Kesian Abah. Abah nak jemput Mak balik dari ofis. Naik motor aje and entah macam mana ada kereta terlanggar motor Abah. Nothing serious cuma kaki Abah la luka sikit. Kaki Abah kan dari hari tu lagi tak baik-baik. Tambah pulak ada diabetes ni so kalau luka-luka memang kena be very careful. Since Besut tu adalah sangat jauh from Kuantan so confirm la Abah tak boleh nak drive ke sana kan. Kalau ikut Abah dia akan kata ok je tapi I tau dia sakit tu. So plannya adalah I and Eman balik naik bas. Then from Kuantan Eman akan drive kereta Abah ke Besut. Kalau balik naik kereta nanti dari Kuantan nak balik KL sape pulak nak drive. I tak boleh drive lewat malam sebab mengantuk. Eman pulak mesti penat drive ulang-alik Kuantan-Besut kan. So begitulah plan perjalanan for last weekend.

Anyway, hari Sabtu tu I keluar dengan Akak. Saje la nak jalan-jalan buat pelaburan sikit kat East Coast Mall tu. Later we were joined by Mak, Dik Man, Eman and Ayum.

Me and Akak. Sempat lagi tu. Hehehe.....

Macam-macam pose lain dia buat

Next week Dik Man punya turn pulak untuk go some where. So kena la start beli barang-barang untuk dia. Bila tengok dia pakai formal, nampak dah besar dah Dik Man ni. Citarasa pun bukan main. Baju yang dia berkenan semuanya ratus-ratus. Yang below than hundred semua dia kata tak cantik la apa la. Amboi....amboi.... Selalu dia ni jenis tak kisah sampai geram aje kalau nak beli kan dia baju. Sekarang bukan main cerewet la pulak eh. Memang dah besar dah adik kesayangan I ni.

Dah besar dah Dik Man ni

Bukan main lagi dia. Siap mintak beli tie lagi


The busybody sisters. Hahaha.....

Kan dah kata. Ada je gaya dia ni tau

He looks so suave in that shirt

Dik Man berkenan sangat dengan baju ni tapi harga dia mak datuk.....

We only managed to buy 2 pairs of pant. Baju kena cari lain sebab Mak kata jangan beli mahal-mahal sangat. Baru nak pegi belajar je kan. Entah-entah nanti tak guna sangat pun. So next week nampak gaya memang kena ada another session la for Dik Man ni. Baju, kasut dan banyak lagi lah. All this while dia memang pakai jeans and t-shirt aje so jenuh la nak beli baju kat dia.

Sunday morning we left for Besut. Pergi berlima aje; Mak, Abah, Ayum, Eman and me. Hujan lebat tambah pulak dengan jalan yang teruk memang bercinta la nak sampai. We left around 11am and reached Besut around 5.30pm. Tu pun berhenti sekejap aje untuk lunch and toilet break. Zakiah my sister in law orang Besut so kitorang sleepover at her house. Adah, Nabila and Manan pun tengah balik bercuti kat kampung tu dengan Ummi diorang so sepanjang perjalanan tu asyik la call tanya bila nak sampai. Rindu dengan Cik Ngah ke????? Hehehe.....

Since sampai pun dah lewat petang so tak dapat la nak berjimba rama kat Besut tu. Plannya nak mandi air panas. And kalau sempat nak ke Wakaf Che Yeh. Tapi memang tak sempat la. Dah penat lagi pun. Next time aje lah ye. Next day pulak lepas breakfast terus bertolak ke MRSM Kota Putra. Ayum kena sesi pagi. Hujan lebat pulak tu. By the time kitorang sampai dah penuh sesak kat sekolah tu.

Mak filling up the form

Abah giving his amanat. Buat elok-elok eh Ayum

Registering

He looks so small there


Since hujan adalah begitu lebat so the students were transported to academic building in groups using this van

Sampai aje terus register and queue in line untuk naik van. The time was 9 something and they told us the earliest group akan selesai around 11am. Taklimat with pengetua juga akan dibuat at 11am. Sementara tu boleh la menunggu kat dalam dewan sambil menonton tayangan aktiviti pelajar kat sana. I duduk kat luar aje. Sampai sengal la bon-bon ni duduk. Hahaha....

Agak tough jugak nak masuk MRSM sekarang ni. Dulu masa Eman tak de pulak apa-apa exam. Ayum ni ada ujian bertulis untuk math, science and sikap. Then ada hafazan Al-Quran and interview. Since MRSM Kota Putra juga menawarkan program IGCSE in which the students akan ambil program oversea so interview tu dalam English and BM. Baru nak masuk form 1 je pun. Dah macam nak masuk PTD pulak. Hehehe.....

Ibu bapa yang sabar menanti

A few gerai jualan

Dewan Ulul Albab

All kind of uniform ada


Another group

Finally keluar jugak budak kecik ni

He look so grown up in this photo

Macam mana Ayum? Ok ke?

We waited anxiously for Ayum to come out. Dalam offer letter kata exam until 1pm tapi pukul 2 lebih baru selesai. I dah risau takut tak sempat nak sampai Kuantan sebab I already bought ticket to Putrajaya at 9.30pm. Bila selesai je terus shoot ke Kuantan. Tak sempat dah nak balik ke rumah my sister in law. Alhamdulillah Ayum said he can do the exam. Ada la sikit-sikit yang sangkut but overall ok la kot. Insya Allah kalau ada rezeki adalah tu. Kami semua doakan untuk Ayum.

Insya Allah kalau ada rezeki kat sinilah Ayum bakal belajar. Tolong doakan Ayum ye....

Proud parents

We only stop for solat and toilet break. Tak makan pun. Lapar gila. Sampai Kuantan around 7.45pm. Cepat-cepat makan, solat and then terus ke terminal bus. By the time naik bas tu penatnya la sebab rushing. Tapi nak tidur tak boleh la pulak. Aiyoooo...... Sejuk pun ye. Next time naik bas nak bawak selimut boleh tak? Hehehe...... Alhamdulillah perancangan berjalan dengan lancar. Jumaat ni kena balik lagi. And again akan naik bas sebab I sorang aje. Anyway, here's antara yang sempat diambil masa dalam perjalanan.

Ombak besar sepanjang pantai

Masjid Kristal

Kalau berjaya Ayum akan register bulan Januari. So confirm la kena travel ke sana lagi. Kalau fikirkan jalan tu rasa macam tak sanggup aje. Hehehe.... No offence ye orang Terengganu. Bilalah LPT nak siap ni. Kalau siap mesti sekejap aje Kuantan-Besut. And kalau Ayum berjaya, memang confirm la Mak Abah akan kerap ke sana. Anak kesayangan kannnnn..... Mudah-mudahan adalah rezeki Ayum nak belajar kat sana. Tolong doakan my baby brother ye. Thanks in advance.