Thursday, December 17, 2009

Sudah 3 tahun

On 18th December last year, I was at Dataran Merdeka for the Karnival Usahawan Desa. This year I’ll be attending another event; Maal Hijrah at PICC. Tahun depan event apa pulak ye?

Pejam celik pejam celik and it’s been 3 years already. Kalau dah kawin, insya Allah dah beranak. Ntah-ntah dah nak masuk yang kedua pun. Hehehe…. Kalau beranak pulak, dah besar anak tu. Dah boleh berlari dan bercakap. Tapi kalau tengok pada keje pulak, masih junior sebab senior officers yang lain tu ada yang dah 30 tahun dalam service. 3 tahun dengan 30 tahun, besar jurangnya tu. Apa pun, Alhamdulillah dah sah dalam perkhidmatan dan jawatan pun. Cuma nak tunggu pengesahan taraf berpencen aje lagi. Oh PTK pun tak pegi lagi. Insya Allah ada rezeki tahun depan la pegi.
Kalau keje swasta, having 3 years working experience akan membolehkan kita untuk demand gaji sebab dah experience kan. Tapi kalau dalam government ni, 3 tahun tu nothing. Masih banyak benda yang perlu dipelajari. 3 tahun ni not even a tip of the iceberg yet.

Some friends are jack of all trade but master of none. Some pulak master of one thing and that’s about, like me (not implying that I terror in asset management ok). Tapi dua-dua pun ada kelebihan masing-masing. 2 things that I rasa macam nak belajar dengan lebih lanjut would be HR and finance. These 2 things, kalau pandai, campaklah kat mana pun, mesti boleh survive. Not to say admin tak boleh survive. Boleh juga.

In these 3 years of service, I got to experience many things unimaginable. Tak mungkin I akan dapat pegi ke beberapa tempat yang I dah pegi if not because of my work. Tak mungkin I akan dapat jumpa beberapa orang yang hebat if not because of this work. Tak mungkin I akan jadi orang yang I jadi sekarang ni of not because of my work. Dan banyaklah yang tak mungkin lagi tu.

Walaupun sekarang I macam bosan dengan segala rutin harian yang tak berubah-ubah ni, I harap rasa bosan itu akan cepat hilang. Selaras dengan datangnya tahun baru yang penuh dengan perancangan yang bermacam, harap-harap tahun depan akan lebih bermakna dalam perjalanan career ni dan juga harap-harap akan akan menjadi pekerja yang lebih tekun, berdedikasi and rajin dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

To all my 2/2006 batchmate, selamat menjalankan tugas masing-masing. Kita yang cari kerja ni so buatlah kerja sehabis baik. Yang penting, mesti jujur ok. Besar harapan kita masa mintak kerja ni, besar juga harapan keluarga dan rakyat jelata di luar sana kepada kita. Jangan musnahkan harapan tersebut dengan membuat benda-benda yang boleh mendatangkan kerugian kelak. Ingat tu! This would serve as a reminder to myself too. Buang cepat rasa bosan itu Eny!

No comments: