Monday, December 14, 2009

Balik Kampung Day 7 (updated with photos)

Ahhhh it’s been a while since my last update. Been busy with all sort of things; personal and work related. Without further a due, let me continue with my never ending balik kampung story. Kalau bosan, you know what to do right. This story is for me to reflex back in years to come anyway.

On day 7, wake up quite early for it’s the big day; Pak Lang and Pak Chik with their family akan balik, nak sembelih lembu and kenduri at night. Masa bangun tu, terdengar announcement dari surau; ada kematian berlaku. Rumah Opah I ni bersebelahan kubur aje so kalau ada kematian memang boleh nampaklah.

Whilst berkemas pagi tu, Pak Chik and family sampai and terus ke surau untuk solat raya. Lepas solat, breakfast and bersedia untuk bekerja. Sebelum operasi penyembelihan dimulakan, kaum adam kena potong kayu api dulu. Not all lah; Apis, Mamat and Pak Su aje pun. Kami kaum hawa pulak macam biasalah kat dapur tu kan, kupas bawang, potong itu ini dan yang sama waktu dengannya.

Not so long later, tukang sembelih pun datang. Kaum adam pun sibuklah dengan operasi penyembelihan. Ikat lembu, adjust posisi dan sebagainya. My 1st and 2nd time tengok lembu kena sembelih memang sangat horror lah. Kesian tengok lembu tu tercungap-cungap menyedut nafas terakhirnya. Tapi for this time which is my 3rd, dah ok dah. Orang kata kalau tengok haiwan yang kena sembelih tu, kita tak boleh kata kesian, kalau tak tak boleh makan. Masa 1st time memang dok tersebut jugak, 2nd time tak sebut tapi terasa dalam hati. I guess over time kita akan terbiasa kot.

Pak Lang and family sampai lepas orang siap melapah in which sangat cepat sebab nak kejar solat Jumaat lepas tu. Jadiknya Pak Lang and sons tolong memotong daging. Alah kalau suruh Apis, Mamat and Dik Man memang diorang tak reti pun. Sangat surprised jugaklah tengok anak-anak Pak Lang yang reti dan rajin nak tolong potong daging tu. To be honest, I pun bukannya pandai sangat nak potong daging ni. Hihihi…
Lepas solat Jumaat, kami angkut barang-barang ke surau sebab nak masak kat sana. Team masak memang tak ramai coz most of them prefer dok kat rumah sambil berborak-borak. Iyelah lama tak jumpa kan, mesti banyak benda nak cerita. Team masak diketuai oleh Mak sebagai ketua chef, Abah assistant chef dan a few of us yang berminat nak tolong.

Penat weh masak untuk kenduri ni. Biasanya kalau buat kenduri kat rumah Kuantan, I tak de nya nak tolong-tolong masak ni. Ramai makcik pakcik yang memang terror bab tu akan buat. So this time I tolong dengan bersungguh-sungguh ok. Lagipun kesian tengok Mak Abah bertungkus-lumus. Untuk kenduri malam tu, kami masak Nasi Briyani, Kurma Daging (guna daging korban), Sambal Tumis Sotong (sotong diimport dari Kuantan ok) dan Acar Jelatah.

Hampir Mahgrib baru selesai masak. Sambil tolong masak, I tolong cuci kawasan surau tu sekali. Wah rajin betul orang tu ye. Ehem….. Dah la pakai baju kurung. Pergh memang macam gadis kampung mithali punyalah. Hihihi..

I didn’t wait till the end pun sebab nak balik solat Asar. Dah lewat sangat masa tu. So alang-alang dah berpeluh bagai tu, mandi sekali lah. Ingat nak kena ke surau lepas tu tapi tengok tak de sorang pun yang join pergi surau untuk kenduri tu kecuali kaum adam. Kaum hawa dok kat rumah aje so I pun join sekalilah. Kebetulan hujan lebatlah pulak malam tu. Haish kalau kat kampung hujan, memang perit lah sebab nak kena redah lecak-lecak tu. Jenuh jugak diorang dok berangkut makanan untuk kami yang kat rumah ni lepas kenduri tu.

Sambil nak tunggu makan tu, anak-anak aruah Mak Long sampai; 3 orang aje tapi campur family diorang sekali memang ramai lah. Wah meriah betul kali ni. 1st time ever semua dapat berkumpul sekali. Unfortunately Opah kind of tak berapa ingat dah. Sedih pulak rasanya. Kali pertama semua ada tapi she can’t seem to enjoy it. Tapi tak pelah kan. Dapat jugak kami generasi muda-muda ni berkenal-kenal dan merapatkan kembali hubungan tu. Maklum bila lama tak jumpa memang tak berapa nak mesra lah kan tapi that day memang bestlah. Semua pun mesra.

Since hujan lebat, jalan memang teruklah kan. Memandangkan kawasan rumah Opah kecik dan masing-masing balik bawak kereta besar memang ada lagilah kes kereta tersangkut. Kali ni lagi teruk, termasuk ke dalam paya. Nasib baik semua belum balik jadi beramai-ramailah kaum adam keluar menolong. Januh jugaklah. Dan nasib baik ada Pak Su; our Jack of all trade tu. Akhirnya berjaya jugak keluar kereta tu.
That night jugak semua orang balik meninggalkan kami yang akan balik esoknya. Sian lagi kat Opah. Kejap riuh-rendah rumahnya, esok sunyi baliklah bila semua dah tak de. Malam tu memang tidur lenalah sebab keletihan. Tangan ni pun naik kembang dok membasuh pinggan memanjang.

Alahai esok nak balik dah semula ke bandar dan meninggalkan keseronokan di kampung……


Lelaki-lelaki menunjukkan kehebatan memotong kayu. Tapi kapak kecik aje so tak de la macam cerita koboi omputeh tu, sekali hentak terus terbelah dua. Kena hentak banyak kali. Siap lekat lagi kapaknya. Macam biasa, what ever kerja mesti ada Jack of all trade: Pak Su yang hebat

Apis, Mamat and Dik Man kena tarik lembu tu masa diorang nak ikat. Tengok la muka masing-masing tu. Gigih...

Ni masa nak sembelih. Ada satu anak muda ni (wah anak muda you!) memang terrorlah. Kira dia ni geng pelapislah. Dia yang banyak handle masa nak ikat and adjust lembu tu. Tapi tukang sembelih tetap warga veteranlah.

Orang yang datang lambat kenalah potong daging. Again boleh nampak Pak Su yang hebat turut sama memotong daging.

Cucu Pak Lang. Comelkan. Tapi mulut kakaknya pergh tak boleh blah. You know what she said to me? "Hmmm cantik gigi kau" after tengok my braces. Later she ask me, " Apa nama kau?" and after I told her, she said, " Hmm sedap nama kau" Haish budak ini....

Geng memasak yang diketuai oleh Mak. Sedap weh masakan Mak. Mendapat pujian ramai. Tapi malangnya tak menurun kat I. I ni nama je dah tolong Mak masak nasi briyani berpuluh-puluh kali. Cuba suh I buat sendiri, hancus.

Amacam? Ada rupa gadis Melayu terakhir tak? Dah la pandai masak, ayu berbaju kurung lagi tu.... Hehehe...

Masa yang ada dipenuhkan dengan aktiviti berborak. Ntah bila lagi boleh kumpul ramai-ramai macam ni. Tengoklah Lisa yang cute tu. Tak habis-habis mengandam Akak. Sikat dan ikat rambut tak sudah-sudah.


No comments: