I don’t know why but I think I’ve lost focus already. Bosan with everything. Semuanya membosankan. Basically dengan daily life routinelah. Nasib baik ada Dik Man kat rumah menemankan for the last 3 weeks so tak la balik rumah pun bosan. Tapi kenapa huh? Baru 3 tahun keje dah bosan. Bosan tahap gaban ok.
But seriously I memang tak boleh stay dengan sesuatu for too long sebab I ni memang cepat bosan. Maybe sebab membesar dengan suasana baru sentiasa kot. Jap meh kita tengok dulu my growing up time.
Lahir kat KL.
Dok kat Jalan Ipoh dari lahir (kot) sampai umur 4 tahun.
Pastu pindah kat Lembah Keramat sampai umur 8 tahun.
Darjah 1 dan 2 kat SKLK. Depan rumah aje pun.
Umur 8 tahun pindah pulak ke Kem Penrissen kat Kuching and stay sana sampai umur 13 tahun.
Dalam 5 tahun tu, pindah rumah 2 kali ok.
Kat F3 dari umur 8 tahun sampai 12 tahun.
Umur 13 tahun pindah E8 pulak.
Sekolah pun tukar 2 kali. Darjah 2 sampai 6 kat SRBMJDI.
Form 1 kat SMKAM 2. Bording school so duduk lah kat asrama.
Umur 14 pindah balik Semenanjung.
Kali ni ke Kuantan pulak. Duduk kat Kem Batu 10.
Stay kat kem tu sampai umur 18 tahun.
Sempat la merasa 3 sekolah sepanjang kat kem tu.
Form 2 and 3 kat SMKATAHAP, Jerantut. Yang ni pun asrama jugak.
Form 4 and 5 kat SMSM. Sekolah depan kem aje.
Lower 6 kat SABS. Walaupun jauh kat bandar nun tapi berulang jugak.
Half way thru kena pindah rumah lagi sebab Abah pencen.
So umur 18 tahun pindah la kat rumah Sungai Isap tu.
Sampai sekarang tinggal kat sana lagi.
Habis Lower 6 dapat masuk UiTM Shah Alam. Buat diploma.
Dapat duduk asrama. Kolej Delima.
Oleh sebab aktif (sikit-sikit la) so dapat duduk kolej sampai part 6.
Tapi tiap-tiap sem tukar bilik, tukar level and tukar roommate. Blok aje sama.
Grad dip sambung degree pulak.
This time kena duduk rumah sewa.
Pun pindah-pindah jugak.
Part 1 duduk Seksyen 4. Hujung sem kena pindah sebab owner amik balik rumah tu.
Part 2 duduk Seksyen 8. Hujung sem pun kena pindah sebab owner jual rumah tu.
Part 3 and 4 duduk Seksyen 6. Rumah and housemates yang sama.
Housemates pun berubah-ubah jugak bila pindah rumah ni.
Lepas grad menganggur dulu so balik Kuantan and stay there dalam 6 bulan kot.
19 tahun sampai 23 tahun belajar dan berpindah.
Umur 24 pegi KL balik cari keje.
Tinggal kat Genting Kelang. Keje kat Sentul.
Halfway thru pindah ke Gombak pulak. Tapi keje tetap tempat sama.
Keje 6 bulan aje pastu resign and balik Kuantan.
25 tahun dapat keje lain kat Kuantan. Tahan lah untuk 8 bulan then resign.
Resign sebab dapat join Guardian so pindah KL balik.
Keje kat Ampang Park so duduk balik kat Gombak.
Tapi housemates ramai dah pindah sebab kawin.
6 bulan kat Ampang Park, pindah balik Kuantan. This time Giant Kuantan pulak.
6 bulan kat sana pastu transfer ke Kuantan Parade pulak.
Kat Kuantan Parade for 2 and a half year under 2 different managers and staff turnover rate pun agak tinggi. Sentiasa ada orang baru.
Umur 29 dapat join PTD. Pindah Putrajaya pulak.
Baru nak menapak so duduk kat Flat Hijau aje.
6 bulan pertama kerja and 6 bulan berkursus. Masa kursus pun sentiasa berpindah.
Tukar asrama berapa kali ntah. INTENGAH dan Bukit Kiara.
Bukit Kiara pun asyik kena berpindah sebab renovation.
Modul luar lagi. Semua tempat baru.
Lepas kursus balik keje Kementerian sama, bahagaian sama, portfolio pun sama.
Duduk rumah yang sama tapi housemates berbeza.
Tapi tak lama sebab mintak kuarters.
Duduk kuarters kat Precint 18 ni dah setahun. Setahun 5 bulan to be exact.
Tapi buat kerja yang sama jugak.
Dah 2 setengah tahun (tolak kursus 6 bulan) buat benda yang sama.
Cuma tukar boss aje.
Boss kecik dan boss besar.
If you all noticed, I hardly do the same things for too long. 2 setengah tahun ni kira too long lah sebab masa keje Guardian dulu walaupun 3 tahun setengah tapi outlet berbeza, management berbeza and suasana pun berbeza.
Macam nana nak pencen 58 tahun ni kalau baru 3 tahun dah muak. Haish… Keje sekarang bukan tak best cuma terlalu rutin sangat. Buat mesyuarat, tulis minit, buat paper, buat surat dan memo dan buatlah beberapa benda yang lain. Kadang-kadang adalah event. Nak kata dah pandai sangat buat keje tak jugak. Biasa-biasa aje tapi ntah la. Bosan lah.
Maybe bukan bosan kat keje sangat tapi bosan dengan diri sendiri kot. Bosan kerana diri sendiri yang sangat membosankan. I suka duduk terperap aje kat rumah kalau tak de apa-apa yang memerlukan I mengeluarkan diri dari rumah. Keje tu of courselah kan tapi keluar berjimbarama memang agak kuranglah. Kalau kat rumah my parents tak lah bosan sangat kot. Jangan sebut tak de TV boleh membosankan kerana TV tiada kena-mengena dengan ini cerita ok.
Adakah saya telah bosan berseorangan? Ntah la. Tak pasti sebab sorang-sorang pun best jugak apa. Maybe kena ubah cara hidup bagi lebih busy kot. Macam bersenam ke. Join apa-apa aktiviti yang best ke. Tapi sekarang pun tak le lapang sangat kan. Busy lah jugak dengan kerja dan ada je aktiviti-aktiviti outdoors ni.
So apa sebenarnya yang bosan ni ye? Maybe sebab tak de cabaran baru kot so lifeline tu lurus aje. Takde turun naik. Turun tu tak naklah sebab maknanya sedih. Nak la naik sekali sekala. Macam excited aje. Apa ye nak buat bagi lifeline tu naik dan menimbulkan rasa teruja yang teramat sangat ye. Kena bersukan lah. Definitely. Kehidupan yang aktif akan menimbulkan keceriaan kan. Badan pun rasa segar, tak lah mandom aje. Nak sukan apa ye?
Apa-apa pun, minggu depan akan lebih membosankan sebab esok nak hantar Dik Man balik Kuantan semula. Sigh…..