Friday, July 20, 2012

Mak Teh

Mak Teh, my most favorite aunt passed away early morning last Friday. Dah seminggu dah tapi entry ni masih tak siap-siap. Kalau ingat, I pernah tulis about her here. I was awaken by a phone call around 4am. It was from my cousin Along. Since call tak berjawab, dia sms. "Mama dah xde". I macam tak tau nak response macam mana. So I berbalas sms dengan Along.  Sambil tu call Mak. Later Mak Ndak called tanya nak gerak macam mana. Later bagitau Mamat and Apis. Apis baru sampai that night from Perlis to attend a meeting. Dari pukul 4 tu sampai la ke siang I tak tido-tido. Kejap-kejap called Abah to discuss. I kan tak de kenderaan so tak tau macam mana nak pergi. Kena tumpang sapa-sape la. 

Lepas dah kemas beg pun still unsure nak gerak macam mana. Finally it was decided that Mamat and me akan tumpang Apis. Abah, Mak, Siti and Thalha gerak from Kuantan, pick up Mak Ngah and Pak Ngah yang nak tumpang sama and terus je jumpa kat kampung. Apis pulak still kena attend the meeting so we waited for more than 2 hours in car for the meeting to finish. Around 11 something barulah dapat bertolak ke Kedah. By then Mak Abah dah sampai Tapah dah pun. Along kata jenazah akan dikebumikan sebelum solat Jumaat so memang tak sempat la nak sampai sebelum tu. Agak ralat jugak hati ni sebab lambat tapi nak buat macam mana. 

Stop kat Sg. Buloh untuk tapau lunch and later kat Sg. Petani untuk tapau foods for those kat kampung. Semua kelaparan sebab tak sempat nak masak. Masa I ordered 20 bungkus of mee goreng and kueh teow, macam tak percaya je the waiter. Penuh sekereta dengan makanan. Mak Teh ni ada 2 rumah. Satu rumah taman kat tengah bandar Alor Star tu. Satu rumah kampung kat Pendang. Jenazah dikebumikan kat kampung so ke Pendang lah kami. We reached Pendang around 6pm. Semua keletihan dan kelaparan so makanan kami memang dinanti-nanti.

Except for sorang, semua adik-beradik Mak ada. The spouse and anak-anak ramai yang tak de. I guess this is the first time semua adik-beradik Mak berkumpul selepas arwah Datuk meninggal. Few things happened so semua macam drifted apart. Mak pergi je rumah semua adik-beradik dia tapi among them ada lah kot yang dah tak ngam. Orang ni tak pergi rumah orang tu, orang tu tak pergi rumah orang ni. Macam-macam. It took someone's life for them to finally put the differences away. If not forever pun at least for that particular day where Pak Teh needs the support of his siblings. Sedih pulak. Maybe ini doa Mak Teh supaya adik-beradik Pak Teh dapat berbaik-baik semula and yet she's not around to witness it. 


Petang tu sambil makan sambil masak untuk tahlil kat surau malam tu. Lepas siap masak, Mak Lang and her son; Ijam and Ekay pun gerak balik. Dah banyak tahun jugak tak jumpa dengan Ijam ni. Dulu masa kecik-kecik suka je nak tidur kat riba I. Dah la berat. Pastu bila I tidur dalam bilik sibuk je nak tidur dalam bilik dengan I. Nak larang, tu rumah dia. Tak tahan bila tidur dengan dia ni bukan sebab apa. Suka bukak aircond full blast pastu selamba je tak pakai baju. I ni dah siap berselimut dengan comforter bagai pun still beku. Sekarang dah 24 tahun dah dia. Dah besar panjang. 


Malam pulak Mama Tam, her daughter Tyka, Mak Ndak and Mak Su gerak balik ke KL. Tyka ada final paper esok so kenalah jugak balik. Yang tinggal cumalah kitorang sekeluarga, Mak Ngah, Pak Ngah and anak-anak Pak Teh. Apis pun kena balik jugak malam tu sebab anak dia demam. Kesian dia. Jauh kena drive. That night lepas tahlil kat masjid, Abah buat tahlil kat rumah pulak. Settle semua barulah tidur.


Next day bakal mertua Angah datang from Johor. Kesian Angah. Actually last 2 weeks, Mak Teh and family ke Johor untuk pertunangan Angah. Hujung minggu yang penuh kegembiraan dan hujung minggu berikutnya yang penuh kedukaan. Kita hanya mampu merancang.... So on Saturday kami hanya duduk di rumah dan membuat persiapan untuk masak for tahlil that night. Dah la air tak de. Dugaan sungguh. Tetamu pun datang silih berganti. Mostly sedara-mara and kawan-kawan Pak Teh and arwah Mak Teh la. 


That night after tahlil kami pun bergerak meninggalkan Pak Teh dan anak-anak. Dah alang-alang ke utara, tak syok pulak kalau tak singgah rumah Apis. Dah la rumah dia tu hujung dunia kat Perlis tu. Bukan senang nak ke sana kan. Lagipun dah lama tak jumpa Zahra. Sedih pulak masa nak balik tu. Bersalam-salaman dan meninggalkan pesanan. Paling kesian kat Pak Teh and Firdaus la. Selalunya diorang bertiga. Sekarang berdua aje. At least anak-anak yang lain dah besar dan ada kehidupan sendiri. Firdaus baru form 3. Dah la perangai macam budak-budak lagi. Mudah-mudahan Pak Teh and Firdaus akan tabah dan tenang mengharungi hari-hari yang mendatang.          


Semoga Allah ampunkan semua dosa Mak Teh, lapangkan kuburnya, permudahkan segala urusannya dan tempatkan rohnya dikalangan orang yang bertakwa. Amin. Orang yang baik memang mudah aje dijemput.  Mudah-mudahan kita semua pun dipemudahkan juga bila tiba masanya nanti. Balik Kedah will never be the same again. Tak de lagi orang yang nak melayan kami makan dan menyembang, belikan itu ini buat bekalan dan bagi macam-macam hadiah lain. Suara Mak Teh pasti akan dirindui. "Betui ka? Dok ehhh. Pasai pa?" Satu-satunya mak cik yang bercakap loghat utara. Ish bila taip ni terngiang-ngiang pulak suara Mak Teh. 


Buat Pak Teh, Along dan Ila, Angah, Nina and Adik, sabarlah dalam menghadapi dugaan ini. Doakan lah yang terbaik untuk Mak Teh. Mudah-mudahan dia tenang di sana. Amin.         

2 comments:

Anis Rafie said...

Meninggal sakit apa?

Eny Yusof said...

Anis,

Breast cancer. Asalnya sebab tercucuk akar masa jatuh. Pastu makin melarat lepas kena patuk ular. Kesian dia...