Tuesday, April 24, 2012

Opah (3.7.1924-18.4.2012)

Esok genap 7 hari Opah pergi mengadap Ilahi. Cepatnya masa berlalu. Terasa seperti baru semalam tengok Opah buat kali terakhir. Kadang-kadang macam tak percaya je yang Opah dah tak de. No more Opah after this. Yang tinggal cuma Nenek. Datuk Kedah dan Tok Lenggong both dah lama pergi. Tok Lenggong tahun 1981 and Datuk Kedah tahun 1994. Masa Tok Lenggong meninggal I was too small to remember anything about it tapi masa Datuk Kedah meninggal, I dah besar. Dah terasa kesedihan tu tapi this time lagi terasa sebab lagi besar dan sempat spend time banyak dengan Opah berbanding dengan Datuk Kedah.

I was away last weekend attending bengkel on annual report thingy kat Cherating. Monday night baru sampai rumah and keletihan. Later that night Abah called kata Opah sakit. Abah kata Abah akan balik kampung dulu and akan maklumkan keadaan Opah. On Tuesday I was mentally and physically exhausted. Dah la penat bekerja hujung minggu tak hilang lagi. Tambah dengan kerja lain lagi and the whole day I keep calling Abah, Bang Long, Jannah, Apis and Mak. Rasa maca nak buat video conference aje sebab susah nak berbincang. Kena call orang ni then sampaikan apa-apa yang diperbincangkan dekat orang tu then call balik orang ni nak cakap apa orang tu cakap.     

Abah kan tak boleh nak drive jauh. Kuantan-Lenggong tu bukan la dekat-dekat kan. So dok arrange macam mana Abah nak balik kampung. Macam-macam solution. Naik flight la, naik bas la. Last-last Jannah agreed tu ambil cuti and drivekan Abah ke kampung. This would be her first long distance trip so mesti la semua risau kan. Later that night baru dapat bertolak sebab tunggu Jannah and Mak balik kerja dulu. On the way tu macam biasa I asyik la kol tanya itu-ini kan. Sekali terlintas idea nak suruh Abah datang sini dulu and let Thalha drive the car. Why Thalha and not me? Because I can't drive manual car. Tapi Thalha kata kena tunggu esok sebab dia nak kena mintak cuti kat boss dia dulu. I pun cadang nak balik sekali la dengan Abah. Abah macam keberatan sebab delay lagi tapi dah semua nak balik sekali then dia ok kan aje. 

Wednesday morning I pegi keje macam biasa. Ada few urgent thing nak kena settlekan. Apis keep informing about Opah condition. Apis and family dah balik on Tuesday lagi. Apparently Opah makin tenat and finally dia cakap kaki Opah dah sejuk so cepat-cepat la balik. Kelam-kabut I siapkan apa yang patut and by 11am I balik rumah. 11.30am kami semua bertolak ke kampung. Bawak kereta memang laju tak hengatlah. On the way tu asyik la sms Apis. Abah tanya whether kami tau buat solat jenazah ke tidak. Since I tak tau, so Abah ajar la. I offer nak tolong bacakan buku Abah kuat-kuat. Buku tu tulisan jawi so ada la beberapa insiden kelakar yang terjadi. Sambil menghafal doa tu sambil sms Apis. Ada one time tu Abah call and Abah tanya; "Cakap la betul-betul. Opah ada lagi ke tak de dah?" Tenang betul Abah. Opah makin tenat masa tu. 

Around 1.15-20pm Abah received another call and terdengar Abah cakap; "Innalillhah......" Sunyi sepi dalam kereta. I terus baca Yaasin sambil air mata berjuraian. Selain sedih tak sempat jumpa Opah, I terasa bersalah kat Abah sebab menyebabkan Abah tak sempat jumpa Opah buat kali terakhir. Kalau Abah balik terus hari Selasa tu mesti Abah sempat jumpa. I asyik cakap kalau-kalau tapi diorang (Jannah and Cu) tak bagi cakap kalau sebab benda dah jadi. Kalau...kalau..... sampai bila-bila tak jadi apa-apa. Memanglah tapi tetap rasa bersalah kat Abah. Kesian Abah. Dah la sentiasa berjauhan dengan Opah. Akhir hayat Opah pun tak sempat nak jumpa Abah. 

Around 2.30pm kami sampai Lenggong. Bang Long, Eman, Mamat and Siti gerak dari KL dalam pukul 1 lebih and Epoi and family pulak dari Kuantan. Sampai rumah tengok jenazah Opah bertutup. Masa bertutup tu ok lagi tapi masa buka tengok muka Opah, air mata ni laju je tak boleh nak stop. Cu marah menangis sebab buat Cu lagi sedih. Nak buat macam mana air mata ni tak boleh kawal. Dah puas tahan tapi laju je mengalir. Lama jugak ambil masa nak bertenang and then we (Jannah, Akak and me) decided to help uruskan jenazah Opah. 

Sepanjang hayat I yang dah 34 tahun ni, tak pernah lagi tolong uruskan jenazah. Pergi kursus pengurusan jenazah pun tak pernah. Tak pe demi Opah semua pun boleh. Ada makcik-makcik kat kampung tu handle urusan jenazah ni so kami tolong apa yang patut. Opah sangat kurus. Dan baru perasan yang Opah ni putih melepak orangnya. Masa gosok kaki Opah tu terasa gelapnya tangan ni kalau nak banding dengan Opah. Orang yang uruskan jenazah Opah asyik la cakap yang jenazah Opah ni bersih aje. Alhamdulillah. Memang bersih dan senang urusannya. 

Lepas mandi kena kapan pulak. Last step diorang letak bedak sejuk kat muka Opah. Teringat pulak Opah suka buat bedak sejuk guna daun pisang. Sedihnya la hati ni. Lepas selesai urusan kapan, sapa-sapa yang nak cium Opah boleh la cium. Masa ni I dah start menangis balik. Jenuh nak tahan air mata ni. Orang kata jangan bagi air mata kena jenazah. Siksa dia nanti. Wanginya bau Opah. Wangi sangat. Dalam ramai-ramai, I paling tak tahan masa tengok Abah cium Opah. Abah ada cakap sesuatu sebelum tu.... "Ya Allah Mak aku...." Abah sorang je yang tak sempat jumpa Opah sebab Abah duduk paling jauh sekali. Pak Lang tinggal kat Ipoh. Pak Chik kat Teluk Intan and Cu memang tinggal sekali dengan Opah. 

Rumah Opah ni sebelah aje dengan kubur so mula-mula bawak ke surau dulu untuk solat jenazah and tunggu kubur siap di gali. Dalam 6 lebih tu jenazah di bawa ke kubur. By that time I tak henti-henti call Bang Long and Epoi yang tak sampai-sampai lagi. Diorang dah dekat sangat dah. Buat kali terakhir kain kapan dibuka untuk bagi kesempatan pada yang nak cium atau tengok. Masa tu Bang Long and Epoi dah sampai kat kampung dah tapi belum sampai area kubur. Ada sorang insan ni beria-ia nak suruh kebumi cepat. Geram pun ada masa tu. Kalau jauh lagi memang la kitorang consider tapi dah beberapa meter je nak sampai pun. Dari jauh kami datang ni. Yang tambah geram, insan tu keluarga terdekat pulak tu. Sabar je lah. Kesian Abah. Tak tenang hati dia anak-anak dia tak sampai lagi. Epoi, Mamat, Eman Siti and finally Bang Long berlari ke kubur and sempat la cium Opah. 

Pukul 6.45pm semua selesai and talkin dibacakan. Alhamdulillah urusan Opah dipermudahkan. Ada juga cucu-cucu Opah yang tak sempat nak tengok Opah buat kali terakhir. Sampai-sampai aje talkin dah dibacakan. Ada yang sampai malam. Walaupun tak sempat jumpa semasa akhir hayatnya, syukurlah dapat jugak tolong uruskan jenazah Opah. Kali terakhir I balik and jumpa Opah Oktober tahun lepas masa konvo Mamat. Lama dah tu. Lepas ni balik Opah dah tak de. Dan pastinya lepas ni susah nak kumpul ramai-ramai macam masa Opah ada. 

Bila dah berlaku kematian dalam keluarga terdekat macam ni, barulah terasa betapa ruginya kerana tak pandai nak menguruskan jenazah. Urusan jenazah ni benda sensitif. Dan kena berlembut. Lebih baik kalau ahlli keluarga sendiri yang uruskan. Betul tak. So Insya Allah I nak attend kursus pengurusan jenazah. Kalau sape-sape ada info pasal kursus ni maklumkan kat I ok. 

Mudah-mudahan Allah cucuri rahmat ke atas roh Opah dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Mudah-mudah Allah ampunkan segala doasa-dosa Opah dan terima segala amal ibadatnya. Mudah-mudahkan Allah jauhkan Opah dari siksa kubur dan mudah-mudahan Allah tempakan Opah di Jannah-Nya. Amin....

Friday, April 13, 2012

Another year older lah today


I'm officially 34 today. Aiyak macam tak percaya aje the number. How come it feels like 24 aje eh. Hihihi..... Anyway, Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberi peluang untuk mengecapi usia ini. It's been quite a handful journey. Macam-macam dah rasa dan lalui. Manis masam pahit payau. Semualah. Kadang-kadang terasa macam nak erase aje semua yang pahit dan tak best tu tapi without that experience, I won't be who I am today kan. So bersyukurlah dengan segalanya. Life without obstacles akan menjadi mandom la pulak kan so mudah-mudahan diberikan kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup ini.

Alhamdulillah I'm happy the way I am now. Quite content with what I have. Boleh kata semua benda yang I nak I dah ada or dapat. Kalau ada pun yang I nak ubah cumalah nak berubah to become a better person. And some weight to shed. Hehehe...... Plus some bad habit macam boros tu lah kan. Mudah-mudahan saya akan menjadi seorang muslimah yang baik di dunia dan akhirat. 

Terima kasih kepada both my parents kerana telah membawa saya ke dunia ini dan terima kasih atas didikan dan kasih sayang yang dicurahkan. Terima kasih kepada semua adik-beradik atas semua kenangan terindah antara kita sepanjang masa kita bersama ni. Yang tak indah tu nasiblah kan. Hehehe..... Terima kasih kepada kawan-kawan kerana sudi berkawan dengan saya yang complicated ni. Terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam hidup saya baik sekejap, lama, secara langsung atau tidak langsung. I am who I am today, thanks to you guys. 

Mudah-mudahan saya akan dikurniakan dengan kesihatan tubuh badan yang baik bagi meneruskan kehidupan ini. Dan dipermudahkan dalam segala urusan. Amin. Terima kasih atas doa dan ucapan kawan-kawan semua. I feel loved and blessed. Jazakallah khairan.....

Thursday, April 05, 2012

And finally his turn to leave the nest

It took me more than 2 months to finally came out with this entry. Malas nak bercerita bila tak de gambar tapi nak mengupload gambar tak de masa so asyik la bertangguh. Mind you ada more than 100 photos in this entry alone so you can skip reading if you want to. Tuan putera punya pasal so semua kena gambar kena kasi letak sini. Kalau ikutkan ada banyak lagi tapi 100 lebih ni pun dah agak melampau la jugak kan so tak payah la nak letak semua.

Like I said before, Ayum the baby of the family is leaving the nest and semua adalah kesedihan sebab tempat yang dia nak pegi tu amatlah jauh so no way Mak Abah boleh datang selalu. Dengan condition kesihatan Abah sekarang ni lagi la susah nak travel-travel ni kan. Alhamdulillah Ayum berjaya mendapat tempat kat MRSM Kota Putra. The only school he apply for. Bayangkan Abah punya la confident yang Ayum akan dapat sekolah tu, selamba je dia tak start sekolah lagi walaupun kawan-kawan semua dah start form 1. Masa primary kan Ayum belajar kat private school so dia tak automatic dapat tempat form 1 kat public school. Kat sekolah private dia tu ada la. Nak ke SBPA pun tak boleh sebab dia private school and Abah nak dia ke sekolah tahfiz so Alhamdulillah dapat.

We left Kuantan in 2 cars so memang ramai la yang menghantarnya. Kebetulan Akak dapat balik kejap from PLKN sebab cuti CNY so dapat la dia hantar Ayum. Kalau semua nak hantar I rasa 3 kereta pun tak cukup ni. Since I was away, tak dapat la nak foresee persiapan barang-barang dia. Agak-agak kalau I yang take over, mau satu kereta penuh barang dia aje kot. Hahaha..... Anyway, MRSM Kota Putra ni terletak kat Besut, Terengganu. Just a few kilometers away from Zakiah place. So kat sana la kami transit untuk bermalam.

Wednesday morning lepas breakfast kami pun bertolak ke sana. Ayah Zakiah pun follow sama sebab anak kedua bongsu dia dulu pun belajar kat sana jugak so dia tau la selok-belok lebih kurang.

Bersedia untuk ke sekolah baru
Adah bersama Ucu tersayang. Lepas ni tak boleh le asyik nak berkepit macam selalu....
Masa ni boleh la nak suruh Mak pakaikan lagi.  Lepas ni sila la buat sendiri ye
Sebahagian dari yang menghantar. Abah dah jauh ke depan so tak dapat nak bergambar sama
Bagus betul MRSM kota Putra ni. New student registration semua student yang handle. When we arrived, dah ramai pelajar senior yang tunggu dekat main gate untuk sambut dan alu-alukan. Kat kaunter pendaftaran pun student jugak yang jaga. Even the announcement pun student yang buat. Dalam dwi-bahasa pulak tu. Mujur le diorang tak cakap Arab sekali. Hehehe.... 

Ketibaan pelajar junior begitu diraikan oleh pelajar senior
Mengumumkan ketibaan Ayum dengan diiringi oleh Mak dan anak-anak sedara tersayang
Pendaftaran pun diuruskan oleh pelajar senior
Tekun Ayum mendengar penerangan
Selalu I yang kena isi borang tapi this time Mak yang buat. Anak bongsu punya la katakan.....
Hoih banyak betul borang dan buku nak kena isi. Sementara Mak isi borang, yang budak-budak tu sakan le bermain. Nak-nak Dik Manan tu. Happy kemain. For registration, I took over. Pegi setiap kaunter and settlekan. Mak tukang bayar yuran aje. Few hundreds jugak la melayang. Since Ayum tak beli uniform lagi so tempah terus la kat ko-op MRSM tu. Kalau ikutkan hati I memang tak nak beli kat ko-op tu tapi kalau cakap kat Abah nanti Abah kata apa pulak. Ye la dah jual kat sekolah buat apa nak susah-susah cari sendiri kan. Masalahnya Ayum tu kan saiz istimewa sikit so kesian la kat dia.Turn out memang pun. Semua baju besar-besar belaka. Mesti comot aje kan pakai baju gedobos-gedobos. Sian dia....

Dik Manan yang kegembiraan dapat berlarian sepuas hati
Jenuh la Umi nak kejar
Banyak betul borang nak kena isi
Now it's my turn to handle the registration. Kasi Mak Abah berehat dulu
Kaunter semakan borang
Buku keluar masuk. Cantik tak tulisan Mak?
Fail peribadi pelajar
Buku rekod kokurikulum
Banyak lagi kaunter nak pegi ni
Apa la yang dibincangkan anak-beranak tu
Abah sempat membuat kenalan baru nampak
Show me the money...money...
Dah dapat tag pelajar. Not that neat tapi boleh laaa....
Angah pun beratur sama
Abah was in so much pain so kena la duduk dengan kaki berlunjur. Kesian Abah.....
Dah selesai register so kena tunggu taklimat Pengetua pulak
Time ni ceria la lagi kannnnnn.....
Abah dah hypo so kena makan gula-gula
Kak Njang dan Adiknya (Jannah sorang je yang panggil Ayum Adik)
Kasi can la kan nak bergambar sakan
Amboi-amboi Kak Njang...... Kantoi nampak kat  bakal awek nanti
Sekarang ceria la kannnnnn.....
Abang Uda yang tolong ikatkan tie
Macam ni caranya Ayum
Sekolah lama Ayum tak pakai tie so dia tak tau camne nak ikat tie. Kena la belajar ye Ayum. Ingat lagi masa sekolah dulu. Bang Long selalu suruh I ikatkan tie dia. Padahal dia dah form 6 dah masa tu. Demi nak ikatkan tie dia tu I belajar la ikat tie. Masa tu terer la. Kalau suruh ikat sekarang I pun macam dah lupa. Maklumlah I pun tak pernah la kena pakai tie ni. Settle registration, kena tunggu taklimat Pengetua. Lama jugak la kami tunggu.  


Mak senyum tapi dalam hati sapelah yang tau
Tak sudah-sudah lagi mengadjust tienya. Orang tak cukup inci la katakan. Hehehe.......
Dik Manan kena duduk dalam dewan memang serba tak kena la sebab tak bebas
Pengetua sedang memperkenalkan barisan guru dan warden
Agak berat jugak subjek yang Ayum nak belajar ni
Selain PMR/SPM, Ayum kena hafaz Al-Quran dan  amik Cambridge exam (O-Level)
Sedih je muka Bah....





Qailullah ni kena nap dalam 40 minit lepas Zuhur. Semua wajib tidur time tu
Tahriri ialah menulis Al-Quran yang dihafal so by the time diorang  dah hafal Al-Quran, diorang akan ada senaskah Al-Quran tulisan tangan sendiri
Sesi dengan homeroom teacher
I tak tau la kenapa I ni cepat sangat nak rasa sedih hiba tak tentu pasal ni. Emosi betul. Masa dengar taklimat Pengetua tu, asyik sebak aje. Hai kalau la I ni ditakdirkan ada anak nanti, tak tau la camne kan. Drama of the century la kot. Hehehe..... Even masa sesi dengan cikgu Homeroom pun I sampai bergenang-genang airmata. Padahal cikgu tu just cakap kat sekolah tak boleh la nak expect makanan sedap macam kat rumah. Lagipun nak berjaya kena la bersusah sikit. Pergh terus bergenang-genang air mata I masa tu. Padahal mak ayah yang lain tu cool aje I tengok. Over punya kakak. Hehehe..... Settle semua kat dewan, kami terus gerak ke hostel.

Panas ye Dik Manan
Bilik Ayum
Welcome to your new room....
Kawasan depan bilik Ayum. Cantik tapi biliknya amatlah azab 
Again kami disambut dengan begitu meriah oleh abang-abang senior. Most probably semuanya student Form 2 kot. Berebut-rebut nak tolong angkatkan barang-barang bawak ke bilik. Alhamdulillah. Mudah-mudahan selama-lamanya la macam ni ye. Bukan depan mak ayah je. Sampai aje kat bilik Ayum, Masya Allah. buruknya la ai. Almari macam nak roboh pun ye. Dah senget. Katil pun dah usang. Siap ada kesan pateri lagi. Katil lagi satu tu lagi la, dah patah and kena letak elok-elok tilam supaya tak senget sebelah. Kesian kat roommate Ayum tu. 

The room needs some repair badly and sangat la kotor so kami keluar untuk membeli few things macam penyapu, mop, kayu untuk pasang kat almari, penyangkut, plastik sampah and macam-macam lagi la. Mula-mula I, Thalha and Ayum keluar. Epoi bawak anak-anak dia cari makanan sebab semua dah kelaparan. Kami ni bukan local so agak kehilangan arah mencari kedai. Ada kedai jual mop aje tapi tak de penyapu. Ada yang jual plastik sampah tapi yang lain tak de. Macam Amazing Race la pulak kami ni. Dalam pada mencari benda-benda basic tu, sempat la beli handphone baru untuk Ayum sebab kat situ boleh bawak basic phone aje. Tak boleh bawak yang ada camera bagai. Last-last jumpa balik ngan Epoi and diorang bawak ke supermarket besar. Barulah semua benda ada kat situ tapi banyak yang kami dah beli runcit-runcit tadi.     

Mujur ada tukang. Hehehe......
Abah memang tak larat sangat dah tapi semangat kental sebab nak teman anak bongsu yang tak pernah berpisah tu
Ini panglima jaga pintu ke apa ni.....
Sementara kami mengemas bilik, yang lain-lain amik angin kat luar
Makan roti je ye. Sian dia......
Ada bibik tukang mop lantai
Ada tukang repair almari
Siap beli mata gergaji lagi tu....
Ada bibik pasang cadar

Dan ada bibik tukang kemas kain baju
Bibik ni over betul. Conquer satu bilik

Abah jadi supervisor je ye
Bilik sekangkang kera je tapi punyalah ramai pegawai pengiring
Hasil keje bibik si tukang kemas kain baju. Kayu penyangkut tu beli dan pasang sendiri ok
Notis kepada pencuri. Siap ada reminder tu.  Mesti penah ada kes kecurian ni....
Usang dan kecik aje almarinya
Baru gantung sikit ni. Kalau gantung uniform nanti mesti tak muat
Hai tak habis lagi isi borang???
Tukang balut meja pun ada
Eh pakcik ni pun tolong ikatkan tie anak dia
Abang ok ke ni????
Tengok la kaki kiri Abah tu. Kalau datang sakitnya macam tu la rupa kaki Abah. Bengkak dan merah
Sini la rak buku, sini jugak rak letak makanan
Siap pasang double padlock lagi
Tempat gantung kat kepala katil
Finally semua dah settle
The only place yang boleh letak penyapu
Ayum and teman barunya, Fifi. Manja dan penakut. Sesuai la dengan Ayum yang independent and berani tu
Gedebak-gedebuk buat semua tu, almost pukul 5pm baru la siap. Since semua dah kelaparan, keluar la kejap untuk bawak Ayum makan. Dia kena ada semula kat hostel by 6pm. So sambil makan sambil sembang macam-macam. Ayum senyap aje dengar kitorang bersembang. Apa la ada dalam hati dia tu kan. Bakal ditinggalkan tak lama lagi. 

Semua pun dah kelaparan
Tengok gambar ni rindu pulak kat Ayum
Kalau dengan Mak serius aje
Dengan Abah kemain lagi tersenyum
Cium la puas-puas ye
Cium Mak pulak
He was so hungry that bila makanan sampai aje terus makan tak toleh kiri-kanan dah
Time to send Ayum back to his new school
Di depan bilik Ayum
Muka Abah nampak sangat sedihnya
Anak kesayangan ni so mesti berat hati Mak Abah nak lepas
Dengan anak-anak sedara yang lepas ni tak boleh la nak Ucu itu, Ucu ini dah
Kami yang menghantar (Abah and Thalha tukang amik gambar)

Dengan Abang Uda
Semua orang gelak tengok gambar ni sebab nampak sangat  "ketinggian" I. Tak lama lagi mesti Ayum  akan  potong I
Jaga diri baik-baik anak Mak...... Sedih je tengok muka Mak
Jaga diri ye Yum.... Belajar rajin-rajin....
Sangat touching ok gambar ni. Abah nangis lepas tu. Tengok balik ni pun dah terasa sebak
Ramai pulak penonton drama air mata kitorang kat atas tu
Belajar rajin-rajin ye Ayum
Tetibe Ayum peluk Abah lagi. Dia pun berat hati le tu nak berpisah dengan Abah
Abang Uda meninggalkan amanat dan nasihat
Peluk Mak pulak
Selamat tinggal Ayum. Pandai-pandai la menjaga diri ye
Akak menangis
Kak Njang apatah lagi......
I pun sama. Sobs...sobs..... Mak dan Abah pun sama jugak.....
Sape la tak sedih nak tinggalkan anak/adik kan. Semua pun sedih. Jauh pulak tu. 5 jam travel kalau dari Kuantan. Memang tak dapat la nak visit every week kan. Dulu masa form 1, I masuk hostel tak jauh sangat so selalu la Mak Abah datang. Cuma bila form 2-3 je tak pernah datang melawat sebab sekolah baru I tu 3 jam jauhnya from rumah. Masa Eman dulu lagi jauh, kat MRSM Terendak, Melaka so memang tak pernah la melawat kan. Tapi dulu lain. Masa tu susah and adik semua kecik-kecik lagi. Sekarang ni dah ok sikit cuma kesihatan Abah ajelah yang tak membenarkan untuk travel jauh-jauh ni. At least I balik semula ke Putrajaya tak rasa apa sangat dah. Mak Abah yang asyik berkepit aje dengan Ayum tu mesti terasa kehilangan kan. 

Masuk je rumah terus posing camni
Ni apsal pulak ni????
Sedih la tuuuuu..... Sian dia......
Mudah-mudahan Ayum akan cepat menyesuaikan diri kat tempat baru. Kami tahu dia boleh sebab dia memang independent tapi biasalah kami yang lebih-lebih manjakan dia. Mudah-mudahan dia sentiasa dalam lindungan Allah dari sebarang perkara yang tak elok dan mudah-mudahan diterangkan hatinya untuk menghafal Al-Quran dengan cepat dan lancar. Insya Allah.