Wednesday, November 30, 2011

Penatnyaaaa.......

Apa kena la dengan title my entry lately ni eh. Semua ada nyaaaa. Penekanan sungguh. Hehehe..... Anyway, hari ni memang sangat memenatkan. Separuh kepenatan yang mengembirakan and separuh lagi kepenatan yang menyakitkan hati. Yang bab menyakitkan hati tu confirm la lanjutan dari cerita semalam kan. Just like yesterday, hari ni sampai rumah terus mandi and solat Maghrib. Masuk je bilik air barulah rasa penat tu datang. Sakit betul kaki ni. Rasa sakit kaki dan penat tu sama macam baru lepas lari 7km aje.

Hari ni asyik la ulang-alik antara aras 13 dan aras 10. Sampai berlari-lari la. Patutla terasa sakit aje kaki ni. Lari pakai wedges. Memang cari pasal la kan. Like I said yesterday, hari ni until Friday I kena handle bengkel. Tapi asyik la keluar sebab nak buat keje yang satu lagi tu. I am so thankful to have a friend from ICT department yang sangat understanding. Dia la yang banyak cover. Tapi I cannot let her alone sebab esok-esok I jugak yang nak kena handle the system. Macam mana nak handle kalau I sendiri tak mahir nak guna kan. So tu yang turun naik turun naik tu.

Walaupun penat tapi I rasa seronok bila ada kat bengkel tu sebab it's my project. Kalau berjaya, Alhamdulillah. Tak sia-sia la usaha selama bertahun-tahun ni. Kalau tak asyik la pending statusnya. Tak sabar nak bagi sistem tu berjalan dengan lancar. Masih jauh perjalanannya tapi tak pe, slow and steady we will win the race. Esok akan guna real data and tak de back up support from MoF so kena la I pandai-pandai handle. Hopefully semuanya dipermudahkan. Insya Allah.

As for the other job tu, I'm 100% sure my hasil kerja akan mendapat kritikan pedas lepas ni. Sigh.... Nak buat macam mana. I did it all alone. Tak de sape I nak rujuk. Frust betul. Tapi I ada la call beberapa department lain untuk dapatkan pengesahan. Dalam ramai-ramai tu, ada sorang yang sangat-sangat membantu. Yang lain pun membantu jugak tapi yang sorang ni terangkan dengan detail pasal isu tu. Dah la I dengan rendah dirinya berterus-terang yang I memang tak faham pasal isu yang dibincangkan and memang nak kena tanya in detail. Seriously lepas letak phone terasa macam nak menangis sebab sangat terharu. Entah apa-apa je perasaan ni kadang-kadang kan. Itu pun nak menangis. Tapi terasa macam nak je la kan. Tak la sampai menangis betul-betul pulak. Cuma sebak aje. Hahaha......

Tak pe lah. Biarlah apa pun orang nak kata. Just let it be. Tak payah la nak fikir-fikir sangat Eny oi. Fokus on your job aje. Kalau buat baik pun orang mengata, buat tak berapa nak baik apatah lagi kan. So chill. Ada banyak lagi keje yang urgent menanti tu and they deserve more attention from me. Baiklahhh..... Fokus....fokus......

Adoi penatnyaaaaa....... Hopefully esok tak perlu berlari-lari lagi.

Tuesday, November 29, 2011

Stressnyaaaa.....

Hari ni saya sangat stress sampai rasa nak menangis. Hahaha..... Over je tau. Benda kecik pun nak nangis. Tapi betul la. Hari yang penuh menyetresskan. Stress sebab sakit hati, marah, buntu, sibuk, eh macam-macam la. Semua tu terkumpul dan menyebabkan saya tak tau nak rasa macam mana dah. Tu pasal rasa macam nak nangis aje.

Don't worry. Saya bukan putus cinta ke apa. Ni semua keje punya pasal aje. So memang macam kecik je la kot pada orang lain. Maybe saya je kot yang emosi tak tentu pasal. Tapi tak kisah la apa pun yang pasti saya sangat tak suka dengan apa yang saya terpaksa buat ni.

Honestly, saya tak kisah kalau sampai tak tido malam demi nak menyiapkan keje saya tapi kalau terpaksa menyusahkan diri pasal keje orang lain memang saya tak suka. Saya ada banyak keja yang saya nak kena buat. Nak-nak hujung tahun ni kan. Semua benda nak kena settlekan before 31st December. Tup tup nak kena cover keje orang lain. Memang la saya panas hati. Tak cukup lagi ke dengan beban keje saya ni?????? Keje orang saya nak kena cover keje saya ada orang penah cover???? Cuti ke apa ke saya jugak yang buat ok.

Lantak la kalau orang nak kata apa pun yang pasti saya memang tak suka nak cover-cover keje orang kalau bukan sebab yang solid. Nak-nak orang yang kita cover tu boleh buat tak pot je. Lagi la panas hati ni kan. So saya memang respek la dengan orang lain yang pernah cover keje tu tapi sikit pun tak kisah. Saya respek je la tapi saya rasa saya tak boleh jadi macam tu. Saya ni emosional. Extremist plak tu. So nasib la kan.

Ye saya tau ramai la yang mengata. Eleh baru buat sekali dah kecoh. Orang lain buat banyak kali sikit pun tak komen. Sukati la kalau saya nak kecoh pun kan. Sebab tak kira la sekali ke sejuta kali ke tapi tu bukan keje saya. So mesti la saya tak puas hati kalau tetibe je nak kena buat kan. Bukan pasal saya nak berkira keje ke apa tapi keje saya sendiri dah sedia banyak ok. Kalau saya cover keje orang pastu ada orang cover keje saya tu satu hal la jugak.

Esok sampai Jumaat saya kena handle bengkel. Selain dari bengkel tu ada beberapa isu lain yang penting dan memerlukan follow up dan sebagainya. Dalam masa yang sama saya kena siapkan keje ni. Masalahnya keje yang saya buat ni kena fokus mengadap yang tu aje. Tak sempat la nak side track buat benda lain. Tambah stress ialah saya tak faham benda yang saya nak tulis ni. Entah apa isu yang dikupas pun saya tak tahu. Saya tak nak la buat keje ni sekadar melepaskan batuk di tangga aje walaupun itu bukan keje saya. Maybe hasilnya tetap la tak sebaik atau sesempurna orang lain tapi sekurang-kurangnya saya cuba buat yang terbaik. Kalau ada yang mengutuk jugak tu tak tau la nak kata apa.

Selalunya saya tak kisah entertain call walaupun tak berkaitan directly dengan saya. "No wrong door policy" gitu. Tapi hari ni saya cuma entertain call yang betul-betul saya je yang boleh jawab. Kalau boleh pass kat orang lain memang saya passkan. Maaflah kepada yang menelefon sebab directly suruh call orang lain. Hari ni saya bertukar policy; "No door here, just a wall". Hahaha...... Ada ke policy gitu? Sama jugak lah kalau bab-bab kena cop-cop and sign-sign ni. Selalunya lambakkan je lah banyak mana pun. Saya signkan aje. Tapi hari ni malasnya nak sign apa-apa. Mujurlah tak banyak.

Sejak dari hari Jumaat lagi saya dah berdoa supaya ditabahkan hati dan diberi ketenangan. Dipermudahkan dalam melaksanakan tugas yang diberi. Dan paling penting biar positif je minda dan hati ni. Eh sebenarnya tiap-tiap hari doa macam tu tapi kalau ada keje yang penting atau besar memang saya doa fokus pada keje yang itu. Boleh gitu???? Hehehe..... Tapi ada ketika-ketikanya hati ni terasa geram, marah dan sebagainya. Nak-nak bila terasa buntu sebab tak de idea nak meneruskan penulisan. Mulalah hati tu macam-macam kan. Last-last nak nangis. Hahaha...... Over je perempuan ni tau.

Adoi keje ni tak siap lagi. Esok ada bengkel. Boss pun tak de sebab ada keje lain. So kena la saya ke bengkel tu. Kalau dah ke bengkel bila masa saya nak mengadap keje ni. Malam ni kena la cuba siapkan. Tapi macam tak siap je. Confirm kena aim dengan big boss sebab lembab. Tulis minit pun lembab. Ye lah.... ye lah.... saya memang lembab pun. Tapi sekurang-kurangnya keje saya, saya buat sendiri. Kannnn.......

Tak pasal-pasal hari ni kena balik lambat. Sampai rumah terus mandi dan solat Maghrib. Alhamdulillah lepas solat tu terasa la tenang sikit. Tak la mendongkol aje hati ni. Mudah-mudahan tenang la sampai sudah dan dapatla tido dengan lenanya malam ni. Insya Allah.

Oh actually dalam pada stress sampai nak menangis tu ada satu berita gembira hari ni. Tapi tak boleh nak gembira sangat selagi keje yang satu ni tak selesai. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah di atas rezeki yang diberi. Tak kisah la cepat ke lambat ke akhirnya ianya sesuatu yang pasti juga. Adakah kepastian ini akan mengubah status saya di tempat sekarang? Macam tak je. Tapi tak pelah. At least ianya adalah sesuatu yang pasti buat saya. Di mata yang lain, kepastian itu yang penting. Kannnn....

Oklah nak sambung buat keje orang lain ni. Tarik nafas........ hembus slow slow. Kasi tenang sikit hati dan minda ni. Think positive Eny...... Think positive.....

Friday, November 18, 2011

Someone graduated

Last October, despite having all sort of urgent stuff to deal with, I still managed to go on leave for a week. Terima kasih la kepada boss yang baik hati kerana meluluskan cuti itu. Nama je macam cuti tapi kerja tetap jalan ok. Anyway, like Abah said, nothing makes a parents happier then spending times together with their kids. Same things la with the kids kan. Abah ni kalau nak berjalan suka la nak bawak anak-anak dia sama.

One thing I like being single ni ialah bila-bila pun I boleh je tag along untuk bercuti bersama keluarga. No string attached. Tak payah susah-susah nak fikir nanti laki nak makan apa, anak-anak macam mana dan sebagainya. Hehehe.... I'm not saying yang married people ni dah tak spend time with their family tapi kena pertimbangkan banyak pihak dan perkara. Kalau yang single ni, kalau nak pertimbangkan pun selalunya bab kerja je la kot. Kalau boss kasi green light cuti apa lagi. Cha alif bott la kan.

Ok tujuan sebenar nak bercuti ialah sebab nak attend konvokesyen mamat kat bawah ni yang memang dipanggil Mamat oleh the whole family. Dah alang-alang ke arah utara tu, Abah nak la balik kampung sekali kan. So bercuti panjang la kami anak-beranak.

Alhamdulillah setelah penat belajar dan menunggu majlisnya selama setahun akhirnya berjaya jugak

Macam biasa port untuk berehat ialah Putrajaya sebelum perjalanan yang jauh diteruskan. I berjaya memujuk Eman untuk bercuti jugak. Ayat manis nak pujuk senang aje; kenalah gembirakan Mak Abah bla...bla...bla.... I pun kalau orang guna Mak Abah ni memang cepat cair sikit. Dik Man, Ayum and Meera pun ikut juga. Next port untuk dituju ialah Perlis. Nak tidur rumah Apis kat Beseri sebab dari Perlis nak ke UUM tu dekat la jugak. Lagipun Mak Abah tak pernah sampai rumah Apis lagi. So Sabtu gerak ke sana. Ahad pulak siangnya ke Padang Besar and malam ke rumah Pak Teh kat Alor Star. Wah memang berjalan sakan kitorang ok. The guys sakan memborong jersey.

Since Thalha masih kat UUM so malam sebelum majlis tu Mamat squatting bilik dia. Pagi tu agak lewat dan kelam-kabut la sikit kami dari Beseri. Biasa la bila dah ramai-ramai tu. Mujur la Mamat dah ada kat sana. Kalau tak dia pun lambat la jawabnya. Dah la lambat,boleh pulak tersesat-sesat kat dalam kampus tu. Sabor je la. By the time kami sampai Mamat dah masuk dalam dewan tempat berkumpul dan pergerakan telah bermula. Phewww.... just in time.

Outside dewan tempat berkumpul

Berbaris menuju dewan utama

Sila lihat lelaki yang tertinggi sekali itu. Dia mewarisi gene tinggi and I'm not

Rasa one kind aje melihat perbarisan siswazah ni

Look at how she hold the bottle. Dah macam dukung baby

Mak Abah je yang masuk dewan. Since I tidak memakai pakaian yang proper so tak dapat la nak masuk sama. Sambil menunggu tu sempat la melepak makan kat gerai luar tu. Siap pegi mana ntah dalam kampus tu. So melepas la nak tengok Mamat terima scroll kat TV luar dewan. Abah kata masa turn Mamat, Abah rasa sebak semacam. Kalau I ada kat dalam I pun sama kot. Masa Apis kawin pun I menangis-nangis mengalahkan Mak. I ni bukan boleh bab-bab macam ni. Mula la nak sebak sedih tak tentu pasal. Anyway, agak lama jugak lah kitorang menunggu kat luar dewan tu sebelum majlis selesai.

Ok diorang dah keluar

Ramainyaaaa umat

Our new graduates

Bunga yang comel dari Thalha

Mak Abah semangat nak tengok tapi kosong aje tu

Proud parents. Alhamdulillah.....

Kami yang datang meraikan; Meera, Ayum, Apis, Mak, Mamat, Abah, Dik Man, Eman and Thalha

Geram betul I dengan diorang ni. Bila turn I je tengok la muka masing-masing. Tetibe tak nak pandang camera

Ewah ada siswazah muda la

Insya Allah satu hari nanti ye Meera

Ada sesuatu yang menarik perhatian

There was something fascinating happened back then. Ada hero tamil graduated kot. Hahaha.... No offense ye. Tapi lebih kurang la kot. Ada a group of Indian man waiting outside the dewan with a bouquet of flower each. Bila hero diorang keluar aje, tetibe semua bersorak siap guna yang macam mercun tapi keluar kertas tu. Abenda ntah lupa pulak nama dia. Pastu siap ada ritual lagi.

Presenting the flower to their hero

They removed the mortar board and replace it with kain oren tu

Lilit-lilit and jadi la macam pengantin India selalu pakai tu

Pusing-pusing kelapa berapi

Pecahkan kelapa tu

Lambungkan hero diorang beberapa kali

And finally arak hero tu

Mak tekun dok membaca buku konvo tu

Meera suka la tu Pak Tam punya tu....

Dik Man dah buat muka bosan

Ayum pulak yang tekun membacanya

Ok jom la kita balik. Tapi sebelum tu....

Kita bergambar dulu. Hehehe......

Bukan main lagi masing-masing. Ada macam-macam gaya tapi letak semua nanti banyak la pulak

Si kurus dan si tinggi

Teringin nak pakai jubah konvo lagi. Look how short I am compared to Mak Abah

And how tall Mamat is compared to Mak Abah. So kalau gandingkan kami, dah ala-ala macam Kardashian tu la pulak kan. Hahaha....

Lepas hantar barang-barang and say goodbye to Thalha, kitorang pun gerak la balik. Jauh lagi perjalanan sebab nak balik semula ke Perlis, rehat-rehat, pack barang and balik ke kampung Abah kat Lenggong, Perak pulak. Tapi sebelum tu, kenalah pi makan dulu kan. Apis bawak makan kat somewhere in Perlis.

Sebelum makan kena baca doa duluuuu....

And makan la apa lagi......

Cerita kampung next entry ok. Tungguuuu......

Thursday, November 17, 2011

Bangganyaaaaaa.....

Such a long and tiring day today. Had meeting from 8.30am till 5pm. Otak sampai tepu, bon-bon pun kebas duduk lama sangat. Hahaha...... But something big happened today so despite semua keletihan tahap super itu, I wanted to share jugak kat sini.

During meeting, Abah called and told me something yang menyebabkan I tersengih-sengih macam orang gila. Then Bang Long pulak called. Also to share about the same news. And I asyik la tersenyum dan tersengih-sengih. Apalah agaknya yang orang dalam meeting tadi ingat kan. Pompuan ni dah gila sebab meeting lama sangat kot. Hahaha......

Anyway, the good news is regarding my darling baby brother the lelaki sejati. Ni lelaki sejati kat bawah ni.


No...no... dia bukan genius yang masuk U at such an early age and graduated at 12. Instead, dia baru je dapat result UPSR dia. And since he went to islamic private school, there's another exam macam UPSR; Skim Pentaksiran Pelajar Ikram-Musleh or SPPIM. Seperti yang telah dijangka, he got such an extremely great result. Alhamdullilah. Syukur kepada Allah di atas kurniaan-Nya. For UPSR, Ayum got 5 A's. For SPPIM pulak he got 6 A's and 3 B's.

Mamat tu senyum sampai ke kepala la tu. Bukan sampai telinga lagi dah. Masa nak exam hari tu Mak macam risau sebab dia tak study sangat. Ayum kata dah dekat exam mana boleh study nanti stress. Ewah...ewah pandai pulak dia guna perkataan stress tu ye. I masa UPSR dulu pun tak pernah dengar lagi perkataan stress ni. Budak-budak sekarang bukan main lagi ye. Fine, suit yourself.

To be honest, selama dia sekolah ni I tak pernah nampak pun dia study. Main je lebih. Ponteng sekolah pun selalu especially kalau kitorang balik bercuti. I pernah cerita tak pasal ni sebelum ni? Ok kalau nak tau, kalau kitorang balik Kuantan, memang confirm Ayum akan ponteng sekolah. Ada je alasan dia. Paling selalu sakit perut and cirit-birit la. Sampai Abah pun tak percaya dah dia sakit perut semua tu. Hehehe..... Dia tak mau melepaskan peluang walau sedetik pun dengan kitorang. Cewah over la pulak statement tu kan tapi betul la. Especially bila kitorang suka je guna statement, "Rugi Ayum tak de tadi. Kitorang bla...bla...bla...." Mesti la membara je hati mamat tu kan. Actually bukan buat apa sangat pun tapi dia kan suka je nak duduk melese-lese sebelah idola dia tu (Eman).

Pastu kalau Mak Abah pegi KL pun mesti dia ponteng sebab nak ikut. Don't get me wrong ye. My parents tidak menggalakkan atau menyokong perbuatan ponteng sekolah ni but sometimes when it involves the baby tua tu, ada lah exception sikit. Tapi kalau ponteng masa kitorang balik memang Abah marah la sebab tak de alasan yang solid untuk ponteng like tak de orang nak jaga ke apa kan. Tapi Alhandulillah walaupun ala-ala kaki ponteng la jugak tapi tiap tahun dapat anugerah pelajar harapan. Alhamdulillah.

One thing yang bagus pasal Ayum ni ialah dia ni macam orang tua up to certain time macam annoying pun ada. Hahaha..... Confident level dia sangat tinggi. Tak macam kitorang yang pemalu masa kecik-kecik. Dia selamba je dengan pakcik makcik semua ni. Maybe sebab masa dia lahir kitorang semua dah besar and dia spend all the time dengan Abah. So gaya dia memang macam orang tua. With kids dia tak layan. The only kids yang dia layan dengan baik (terover baik la pulak) ialah anak-anak sedara dia tu. They all look up for him. Sikit-sikit Ucu. Sikit-sikit Ucu. Kadang-kadang tengah mandi boleh terjerit-jeri panggil Ucu dia suruh amik shampoo la apa la.

Anyway, the result he got today adalah the best ever achieved in the whole family so far. At least untuk sekolah rendah la. Although I pun dulu straight A's masa UPSR tapi I tak de la yang exam lagi satu tu. So kurang la benda yang nak kena studynya. Eh macam la I ni study pun kan. Hahaha.... Considering dia ada 14 subjek, hands down la dia menang.

The whole family adalah sangat berbangga with him. Hopefully dia akan maintain macam ni sampai bila-bila. Insya Allah. Abah nak suruh dia masuk MRSM tahfiz. Boleh ke dia masuk asrama nanti. And kalau dia masuk asrama nanti mesti tak best kan. Entah-entah bukan dia yang homesick ke apa, Mak Abah yang tak tahan kerinduan nanti tu. Maklumla anak kesayangan yang dok tido sekali lagi kan.

Tahniah Ayum. Kitorang semua berbangga dengan Ayum. Memang sayur bayam yang terbaik lah. What ever names we called you with, we never really meant it pun. Yang pasti, Ayum lah terhebat. He keep asking tak bangga ke? Tak bangga ke? Sape la yang tak bangga kan. Told him that all my clothes telah tetibe menjadi ketat kerana I bangga sangat sampai mengembang-ngembang badan ni hah. Puas hati? Hehehe...... No words can describe how proud everyone is with you Ayum.

Keep up the good work! Amal ibadat jangan lupa ye. Tu semua rezeki dari Allah. So kena banyak bersyukur ok. Mudah-mudahan Ayum akan menjadi anak yang soleh dan insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

Thursday, November 03, 2011

Cerianyaaaaa.........

Today I kind of happy sangat. Padahal tak de la special mana pun. Just the normal working day but I have so much fun doing the thing I did today. It was a short notice plan but Alhamdulillah everything went smoothly. I organized a worksyop on preparing the main data for the new asset management system and rasa seronok pulak berdiri kat depan, cakap-cakap and tulis kat white board. Hahaha.... I know.... Sangat entah pape to be happy sangat kan. Cikgu-cikgi tu dah dah jemu dah mengajar anak murid kan.

Lepas cakap-cakap and tulis-tulis pegi round the class pulak. Entertained all sort of questions. Sana panggil, sini panggil. Macam-macam panggilan pulak tu. Cik la, Puan la, Kak la. Whatever la. I tak kisah pun. I'm happy to share the little knowledge I have.

When we do something wholeheartedly, mesti kita akan rasa seronok dan puas hati no matter how tiring the whole process were kan. Kind of penat jugaklah kena berdiri tadi. Ada la jugak duduk sekejap-sekejap tapi mostly dok round the class.

Terasa kembali keseronokan bekerja yang dah agak lama tak rasa. Hehehe....... Bila hati ceria, terasa nak tersenyum aje. Semua benda pun nampak menarik aje. Thus hati ni terasa willing je nak buat apa pun.

Just before I wrapped up the session, Rehan smsed me asking for help. Nak suruh jemput dia kat Putrajaya Sentral. Unfortunately I tak de kereta. Pasal kereta tu nanti lah I cerita. Tapi macam kesian pulak kat dia kan. The other day masa hujan lebat and I was stuck at the same place, Rehan la tempat I mintak tolong. So although tak de kereta, I went there naik bas. Dalam bas lagu pun ceria-ceria aje. Kelakar la pulak pegi jemput member naik bas. More like temankan la kot instead of jemput. Kan. From Sentral we took a cab (my first after almost 5 years living in Putrajaya) to her place and then naik her car to head off for dinner. The whole time asyik la cerita yang lawak-lawak aje. Siap menari-nari lagi (sort of la) dalam kereta. Hahaha... Gila... I know....

If only every day is like this kan best. Baru lah terasa bersemangat sikit bila bangun pagi kan. Ni tak, bila bangun pagi je mesti rasa "Alahai dah pagi ke.... Malasnyaaaaa nak pegi kerja...." Tapi tetap bangun capai towel and mandi. So belum la parah sangat lagi kan. Rasa je malas tapi pegi jugak. Dulu I selalu macam tak sabar nak pegi kerja. Macam seronok sangat padahal tak de la apa yang best sangat pun. Lately macam dah bosan and constantly think that I needed a break. Tapi break la berapa lama pun still mandom jugak akhirnya. Hehehe......

Wah masih terasa-rasa perasaan ceria itu. Taip ni pun sambil tersenyum-senyum. Hehehe...... Mengalahkan orang jatuh cinta la pulak. Hahaha...... Hopefully keceriaan ini akan berpanjangan. But I doubt it will. Hahaha.......

Tuesday, November 01, 2011

Peningnyaaaaaa......

Hari ni I pening sangat. Pening sampai rasa nak termuntah. Bluwek! Pening kali ni bukanlah disebabkan oleh stress atau angin or anything yang berkaitan dengan kesihatan. Tapi pening sebab wangi sangat. Hehehe.... Serious ok. I wangi sangat hari ni sampai pening tahap nak termuntah. Ye, ye silalah gelak tapi I serious ni. I pening sebab wangi sangat. Hahaha.... And no...no.... I'm not wearing any perfume. Tapi sort of perfume lah jugak kan.

This is the culprit that made me nauseous

With perfume micro capsules so kira macam pakai perfume la jugak kan

Jannah recommended me to buy this softener and last time when she did my laundry she used this and baunya adalah sangat wangi. Contohnya my telekung. Bila nak solat tu sedapnya la bau my telekung itu. Even after banyak kali pakai pun still wangi lagi. Tapi disebabkan kemalasan I, I jarang la guna softener kalau buat laundry.

Entah macam mana last week punya laundry I terlebih rajin. Semua I letak softener. Banyak pulak tu. I ni memang suka letak benda banyak-banyak. Kononnya kalau banyak tu performance akan lebih baik la. Kalau bau pulak akan lebih wangi la. Like detergent. Kalau membasuh tu I suka letak sabun banyak-banyak. Nanti kan bau dia wangi je. So last week punya laundry (ada la 3-4 load) semuanya telah dicurahkan dengan softener. Curah ye. Bukan letak satu penutup ke apa. Kalau dah curah tu faham-faham je lah banyak mana kan.

So hari ni amik ubat. Pening tak hengat sebab wangi sangat. Hahaha...... I rasa kalau kat baju mungkin tak la ketara sangat. Yang membuatkan I pening sangat tadi sebab tudung tu. Kuat betul bau wangi dia sampai I rasa nak bernafas pun susah. Tak sabar-sabar I nak tunggu balik tadi. Tak tahan nak bukak tudung. Hehehe.....

Moral of the story, silalah guna softener ikut sukatan. Kalau tak silalah tahan dengan bau yang terlebih wangi itu. Aduhai how la to wear all clothes yang super wangi tu? Mau kepeningan aje I selepas ni. Bluweeekkkk....