Tuesday, September 14, 2010

Hari pertama Syawal

Syawal kali ni tak terasa langsung kemeriahannya. Mostly sebab Abah sakit. So suasana adalah sangat mandom aje. Dah la tu, ada drama pulak di pagi raya. Drama yang mendebar dan menyakitkan hati. Pagi raya dah nak carik pasal. Hish geram betul. Ok I think yang tu buat separate entry la eh. Tak mo spoiled mood raya yang dah a bit spoiled dah pun tu.

Selalunya at my home, lelaki akan pegi solat sunat aidilfitri kat masjid whilst the ladies akan duduk dirumah membuat semua persiapan. Lepas solat baru lah bersalam raya and makan-makan dan membuat aktiviti seterusnya. This year Abah tak dapat nak join diorang ke masjid. Abah dok umah je dengan the ladies. Kesian Abah. Anyway the guys lepas solat pegi dok makan nasi dagang lah pulak so lambat betul diorang balik. Kebetulan right after diorang sampai rumah aje, berduyun-duyun jiran tetangga datang. Selalu tak de la awal macam ni. Maybe sebab semua nak kejar beraya sebelum solat Jumaat kot.  

Abah makan dulu sebab dah lapar sangat

By the time semua tetamu beredar, Abah was so much in pain that salam raya terpaksa dibuat dengan begitu express sekali and memang tak de la sesi nak bergambar sekeluarga this year. Lepas salam-salam Abah terus masuk bilik and kitorang makan sesama kitorang ajelah. Bergambar pun sendiri-sendiri aje. Tak de dah nak bergambar ramai-ramai like last year. As usual, camera Bang Long yang super best itu mejadi rebutan. Semua pun nak jadi photographer. Termasuklah I sekali. Hahaha... Tapi tak dan nak transfer all the photos dalam laptop ni. Busy betul.

Sesi bersalam raya kali ni, banyak betul peristiwa air mata. Selalu perempuan aje. Kali ni yang lelaki-lelaki sekali. Ntah kenapa tahun ni keinsafan tu mendalam sikit rasa dia. Hahaha... diorang la kan. I tiap-tiap tahun pun insaf terlebih. Tapi masa bersalam tu ajelah. Pastu sama je buat balik perangai. Hehehe.... Lepas salam-salam and makan-makan and click-click camera, yang lelaki ke masjid sekali lagi untuk solat Jumaat pulak. Us ladies dok umah je lah.



Dah start dah. Ni anak yang paling nakal sekali ni. Baru balik dari keluar 40 hari so kesedaran dah ada la. Alhamdulillah....

Cuba tengok yang belakang sana tu.... tengah dok kesat air mata gak tu...

Terus cover ngan spec hitam dia tu

Sisters

This year ladies semua sedondon hijau. Guys punya tak sempat nak cari matching baju melayu. Actually this one untuk wedding my brother nanti. Since dah siap sajelah pakai on hari raya.

This year tak ke mana-mana pun. Selalunya I akan ikut my parents beraya kat rumah jiran-jiran. Since this year Abah tak ke mana-mana, maka kami anak-anak pun tak ke mana-manalah. Teruk kan. Hehehe....  Tu yang lagi tak terasa macam raya tu. Sebab dok dalam rumah aje. Adik-adik I ada la jugak yang keluar ke rumah kawan-kawan tapi I tak ke mana pun. Kawan kat Kuantan ni tak la ramai mana. Ingat nak pegi on raya ke-2 atau ke-3 nanti.

Petang membawa ke malam nothing much pun. I amik kontrak kat dapur membasuh pinggan-mangkuk yang tak surut-surut tu. Tensi betul. Tangan ni sampai naik kering and cramp dah. Thank God I telah membeli lotion tangan Vaseline sebelum balik raya so kejap-kejap masuk bilik letak lotion. Kejap-kejap masuk bilik letak lotion. Abah sampai kata dah lebih 40 kali dah hari ni dok sapu lotion kat tangan tu. Hehehe..... Ntah la tetiba semangat nak pakai lotion eh. Tapi tangan kalau dah kasar tu, letak lotion 10 kilo pun takkan lembutnya kan. Hahaha....

Dah kepenatan

No comments: