Thursday, September 09, 2010

Hari keduapuluh sembilan Ramadhan

I was so sleepy and tired this morning so bangun sahur cuma mampu minum air seteguk dua je. Hehehe tak puasa pun semangat bangun sahur ok. Lepas tu sambung tidur balik and bangun around 7.30am. Bersiap-siap and by 9am Rehan dah sampai. Actually ticket bas I pukul 10.30am tapi sajelah gerak awal takut jammed ke apa. Setelah mengemaskan semua barang yang difikirkan perlu, I bawak 2 beg aje; a backpack and a duffel bag. 3 kalau campur beg kuih raya. Hehehe.... Tapi 2 beg tu penuh dan berat la. Dah la kena jalan jauh. Rasa macam masa student dulu pulak.  

Ramai betul orang.....

Me

and my bags

Ramai betul orang kat Bukit Jalil. Platform je sampai 12. Pastu kat Platform 12 tu, petak parking bas je sampai 10++. Segala jenis manusia pun ada. Mula-mula I berdiri je tapi tengok je ada kerusi free terus duduk. Lama betul kena menuggu. Patutkan bas I pukul 10.30am. Pukul 11am baru sampai ok. Nak tau, I ni ye-ye la naik bas katBukit Jalil. Rupa-rupanya bas yang I naik tu adalah from Putrajaya. Cesss buang masa betul. Tapi tak pe la, lenkali boleh je balik Kuantan dengan begitu mudahnya. Putrajaya-Kuantan-Putrajaya. Jimat duit.

Leganya bila dah dapat naik bas. Kalau tak risau aje....

Dapat duduk seat ketiga dari depan. Senang la nak turun nanti

Uish canggih bas sekarang ni. Siap ada TV LCD lagi. Tapi saiznya alahai cinonet betul. Orang depan ajelah yang boleh nampak pun

Seatnya adalah begitu selesa. Boleh la nak tido kan walaupun sekadar tido-tido ayam aje. 

Perjalanan adalah lancar saje hingga ke Kuantan. Sampai rumah dalam pukul 2.30pm macam tu. I sampai just in time budak-budak kecik tu nak balik Terengganu so sempat la melayan diorang jap. Bosan betul balik budak-budak tak de ni. Tak de orang nak buat main. Hehehe. Pastu terus sibuk menyelesaikan kerja-kerja rumah. As usual kalau balik rumah, kerja pertama yang akan dibuat ialah melibat kain. Well Eny and her folding skill memang number one lah kalau kat rumah. Hehehe....

Nak tau, tahun ni terover sangat bab-bab baju raya ni. I main beli je kain and tempahkan. So tak ingat la berapa baju yang tak siap tu. Lagipun tak budget baju tu semua nak siap sebelum raya. Mesti makcik tu busykan. Kat Putrajaya ada la dalam 2 pasang yang belum pakai tapi malas nak bawak balik. Ingat nak pakai baju lama je sekali Mak bagitau semua baju tu dah siap. So amik nak kat Kuantan je ada 4 pasang baju baru. Wah beraya sakan la tahun ni. Hehehe....

Cuma yang sedihnya, Abah tak berapa nak sihat la. Dah berapa hari Abah demam, tak lalu makan and sakit-sakit badan. Doktor kata ada jangkitan kuman dalam darah. Sian Abah. Selalu nak raya-raya ni Abah la yang paling sibuk. Mesti dia tak senang duduk tengok persiapan yang tak selesai-selesai lagi ni. Yang agak tidak memuaskan hati tu, doktor tak bagitau pulak macam mana boleh kena and macam mana nak pevent bagi tak kena lagi. Yelah kot-kot terkena melalui makanan ke atau kot-kot sebab pergi ke tempat-tempat macam hutan atau kebun ke. Apalah doktor ni. Orang sakit perlu diberi pendedahan mengenai penyakit dia tu. Bukan sekadar periksa and bagi ubat aje. Tolong doakan mudah-mudahan Abah cepat sembuh ye. Amin....

Ok mata pun dah ngantuk gila ni. Dah lewat malam pun. Esok banyak kerja yang menanti. Selamat membuat persiapan akhir la ye kawan-kawan. Jumaat dah confirm raya kan so kena la bertungkus-lumus esok nak buat ketupat rendang semua. Sama-samalah kita menyibukkan diri esok ye. Hehehe..... 


No comments: