Sedar tak sedar tinggal tak sampai seminggu je lagi nak raya kan. Macam baru semalam start puasa dah nak raya. Persiapan raya korang camne? Mine biasa-biasa je. I don't have any specific baju raya sebab ada banyak je baju baru yang belum berpakai. Belum siap pun banyak. Sejak dah keje government ni, I dah tak kisah sangat pasal baju raya sebab all year long I buat baju kurung baru. Dulu tunggu raya je baru buat baju kurung ni. For kuih raya pulak, biasalah kan buat kuih tunjuk-tunjuk aje. As in beli la tu. Hehehe.... Tapi this year beli pun ala kadar je. Not like previous year where I bought all kind of biscuits and kerepeks and whatnots. Pebelanjaan berhemah gitu. Macam tak percaya je I cuma beli 4 jenis biscuits aje. Bagus Eny! Dah pandai dah mengawal perbelanjaan. Kalau tak every year Mak mesti pening tengok banyak sangat kuih sampai tak cukup bekas.
Semalam early morning I dah gerak ke FELCRA untuk majlis tadarus and khatam Al-Quran. Again majlisnya adalah tidak semeriah last year. Tak ramai yang datang. Entah kenapa dua-dua majlis khatam tahun ni terasa kurang kemeriahannya. Wakil from Kementerian pun tak seramai mana so dalam my group ada 3 orang je; Kak Mah, CC Yam and me. We were given Juzuk 29 to read. Selesai bertadarus terus sambung dengan majlis khatam pulak. Entah macam mana I kena duduk kat tengah-tengah and baca surah-surah lazim tu. Ish malu la pulak sebab kena baca satu surah sorang-sorang and yang lain sambung bila dah ayat terakhir. Dah la yang lain-lain tu stok ustazah-ustazah tak pun makcik-makcik yang baca kemain sedap dengan lagu bagai. Hentam je lah labu.
Semua tengah kusyuk membaca
Kak Mah ni mengaji sedap sangat tau. Sedih pulak tengok gambar ni sebab entah-entah this would be the last time I dapat bertadarus dengan Kak Mah. Dia tengah tunggu posting tu. Ke mana la agaknya nanti tu.
CC Yam and I
Kat bulatan depan tu la I kena duduk. Tengah syok-syok amik gambar ni sekali kena ke sana la pulak...
Lepas selesai je majlis khatam, ada solat sunat tasbih pulak. Last time buat solat ni adalah masa qiamulail kat DPA dulu. And that was in 2007. Lama dah tu. Bulan Ramadhan pulak tu. Ingat lagi, imamnya adalah Ust. Fairuz. Siap nangis-nangis lagi dia masa berdoa. Anyway, I tak ingat la how long was the solat sebab masa tu buat qiamulail and mata pun ala-ala ngantuk and fikiran pun dah entah ke mana. Ikut aje imam buat apa. So masa ustazah yang jadi imam semalam bagi penerangan and she said it would take roughly 1 hour to finish I macam terkejut la jugak. Lamanya. Boleh ke buat ni. Maklumlah I ni bukan stok yang warak-warak ni. Solat ni wajib-wajib je yang buat. Sunat tu memang jarang-jarang sangat. Kalau ada pun solat hajat aje. Tapi I ikut jugak lah semalam and ok je. Boleh la nak buat lagi lain kali. Betul apa ustazah tu kata. Memang sejam baru selesai solatnya.
Ok nak share info sikit. This is what the ustazah said semalam la ni. Dipetik dari hadith Nabi. Katanya solat sunat tasbih ni seelok-eloknya dibuat sekali sehari. Kalau tak mampu boleh la dibuat seminggu sekali. Kalau tak mampu jugak boleh la buat sebulan sekali. Kalau tak mampu jugak lagi boleh la buat setahun sekali. And kalau itu pun tak mampu jugak, memadailah kalau buat sekali seumur hidup. Ok untuk portion sekali seumur hidup tu kira I dah lepas la kan. Lepas ni kita try la at least sebulan sekali ke kan. Insya Allah. Mudah-mudahan hati ni akan terus bersemangat macam ni la. Jangan semangat sebab bulan puasa je. Which is more likely la tu. Hehehe..... Anyway solat sunat tasbih ni lebih afdhal kalau dibuat malam hari. Tapi kalau buat siang pun boleh jugak. Kalau buat malam 4 rakaat dengan 2 salam tapi kalau buat siang 4 rakaat dengan satu salam aje lah. Keseluruhannya kita akan bertasbih sebanyak 300 kali (75 kali untuk setiap rakaat) so that explain why it took one hour to finish. Cubalah buat ye kawan-kawan. At least sekali seumur hidup.
Dalam perjalanan balik, macam biasa la berbual-bual dengan CC Yam. Sekali dapat tau CC Yam ni kenal my mom. Aduhai keciknya dunia.... Last time CC Timah. Kali ni CC Yam pulak. CC Timah kenal my mom masa keje kat Jalan Duta dulu and CC Yam pulak masa my mom kat Wisma Persekutuan Kuantan. Thank God I ni tak la termasuk dalam kategori liar ke apa ke. Kalau tak mesti Mak malu kan. Yelah kawan-kawan dia satu keje dengan anak dia and boleh tengok perangai anak dia macam mana kan. Jangan bimbang Mak. Eny tau jaga diri. Hehehe...
Petang as usual ke Masjid Putra untuk berbuka. Masa I sampai je kat pintu masjid, ternampak ada van jenazah. MAS punya. Ingat nak tanya tapi malu la pulak. Pastu right after I masuk je nampak jenazah diusung keluar. Ramai jugak la yang mengiringnya and ramai jugak yang pakai baju MAS. I paused and tunggu jenazah tu lalu. Mula-mula tak rasa apa tapi lepas tu rasa sedih semacam. Tak tau kenapa. Tapi untung la siapa juga yang meninggal tu. Meninggal pada hari Jumaat. Dalam bulan Ramadhan pulak tu.
Amik dari jauh aje. Nak amik dekat-dekat malu la pulak
I pun harap-harap when the time has come for me to go, it would be on Friday on the holy month of Ramadhan too. Amin....
No comments:
Post a Comment