Setelah 4 hari di rumah, malas betul nak balik ke Putrajaya. Rasa sekejap sangat la balik. Tak puas. Tapi tak pe, 8 hari aje pastu balik semula ke Kuantan. Cuti raya I start 8 Sept nanti. Kerja 3 hari for this week and 2 hari for next week pastu balik Kuantan semula and cuti for 11 days. Weehooo seronoknya. Rasa dah tak semangat nak kerja. Menghitung hari je sebelum boleh bercuti semula. Hehehe.... teruk betul la dia ni.
Pagi-pagi lagi I dah bangun and buat brownies. Hari tu ada beli ready mixed ingredients so just add on water, eggs and vegetable oils aje. Pastu walla jadi. Adah and Nabila pun bangun temankan Cik Ngah dia buat brownies. Yang kelakar tu, semua orang terbangun sebab bau dia sedap sangat. Hehehe... Tapi hasilnya tak la banyak sangat. Next time kalau nak buat lagi kena beli 2-3 packs la. Maklumlah I ni kan from big family. Dah la semua kat rumah ni hantu kek. Tapi kalau start from scratch pun macam best jugak kan. Cuma takut tak jadi ajelah. Tak pe cuti raya nanti kan lama. Banyak masa nak buat experiment. Kat Kuantan best sikit kalau nak baking-membaking ni sebab peralatan semua ada. Mixer pun jenis mantap punya. Oven lagi lah. Oh ganbar tak de ye. Tak dan nak amik. Mana nak buat keje lagi, mana nak melayan budak-budak kecik tu lagi.
Settle bab brownies, I siapkan budak-budak tu before I pulak yang bersiap. Mazli ada kirim puding raja so I nak pegi collect puding raja from one aunty ni kat Alor Akar. Mula-mula I asked Mak to tempahkan from her friend. Mak called our ex-neighbour and that ex-neighbour tolong tempahkan for me. I just pegi collect aje. Turn out orang itu adalah Pengetua ILK KEMAS Kuantan. We know each other sebab I've helped her to settle some asset matter and pernah la bermeeting sekali. Oh kecilnya dunia. Tapi bagus la kan, next time sape nak puding raja lagi I know where to find.
Cik Ngah nak balik so budak kecik dua orang ni dok menempel aje. Adah siap pujuk suruh balik esok. "Tak boleh la Adah. Esok Cik Ngah keje la"
Tengok la tu. So cheeky. Mana tak geram.
Excited nak ikut gi amik puding raja
Antara lain yang turut dibawa balik ke Putrajaya adalah 10kg terung panjang. Nak join Abah dalam jual-menjual ni. Nak try jual kat office. Murah aje. Sekilo RM3.50. Kalau kat pasar sekilo dalam RM5-RM6. So sape nak beli datang tempat I ok.
Left home around 2.30pm. Tengah panas terik tu. Hari tu kan masa balik hujan lebat sampai tak nampak jalan kan. So as safety precaution, I tukar wiper baru and siap letak rain repellant lagi kat windscreen tu. Mudah-mudahan kalau hujan pun masih ok la the view. Takut seh kalau jadi macam hari tu. Selalu I drive dalam 120-130kmph je tapi yesterday terover pulak. Dalam 140-150kmph. Tapi kat LPT ajelah. Masuk Karak terus slow sikit sebab jalan sana bahaya sket. Kan best kalau had laju highway kat Malaysia ni around 180-200kmph. Tak de lah I rasa bersalah sangat drive around 130-150kmph tu. Denagn kelajuan itu, within 2 hour I dah sampai Gombak. Patutlah Meera kata I drive macam lelaki. Ada betulnya tu. Kat highway ajelah tapinya. Kat bandar especially kat tengah-tengah KL I ngeri sket.
Sampai KL first stop hantar makanan kat Siti dulu. Pastu hantar puding raja kat Mazli pulak. Around 6pm baru sampai rumah. Tuka baju lebih kurang terus ke Masjid Putra untuk berbuka. Semalam memang hari yang memalukan betullah. I kan sampai lewat so main rembat aje baju yang ada nak dipakai. Kebetulan baju tu sangat la berkedut. Eny and baju berkedut does not go very well tapi I belasah aje sebab dah lambat. Sekali sampai kat Masjid Putra tengok penuh gila kenderaan. ada majlis berbuka dengan PM rupanya. Bayangkan dengan baju yang berkedut sejuta itu I have to walk through in front of beribu pasang mata yang memerhati. And all that adalah lelaki ok. My God kalau depan pompuan pun I dah malu inikan pulak depan lelaki. Kalau baju ok pun malu inikan pulak dengan baju kedut sejuta itu. Rasa nak lari aje. Kalau boleh nampak kulit muka ni tebal, dah jadi rupa apa lah I semalam agaknya ye. Aaaaaah tidak. Malu beb, malu.
Nampak tak kedut kat baju tu? Malu...malu...
Semalam punya menu punyalah banyak sampai tak terabis. Selalunya kena beratur and diorang sendukkan lauk but yesterday semua dah terhidang. Lauk pun pelbagai. Membazir sangat sebab terlalu banyak and jemaah pulak tak seramai biasa. Agaknya sebab tersangkut kat luar tu so terus diorang ke Masjid Besi. Agaknya la kan. I prefer the normal way la sebab walaupun lauknya ala kadar and sangat la saving bila dia letak kat pinggan tu at least tak la membazir kan. Licin je pinggan tu I bedal. Semalam satu hidang ada la 3-4 orang je yang makan padahal boleh dalam 5-6 orang tu.
Menu semalam. Ada ayam, ikan dan daging. Siap ada sambal tempoyak ok.
Orang tak ramai sangat so banyak tempat kosong
Oh again dapat solat dekat dengan isteri PM. Tapi this time I tak de lah nak bergambar ke apa. Kan dah ada hari tu. Bagi chance kat orang lain pulak. I cuma duduk dari jauh and tengok aje. Telekung dia siap ada orang tolong lipatkan ok. Ish ish ish....
No comments:
Post a Comment