Setelah 4 hari dok melepak kat rumah, mood untuk bekerja adalah sangat mandom sekali. Asyik teringat nak balik aje. Hehehe.... Cepat la minggu depan. Tak sabar dah ni.....
Anyway, semalam kan I ada cakap pasal 10kg terung yang I bawak from Kuantan. Semuanya telah habis dijual menjelang petang. Mula-mula macam malu la pulak nak jual-jual ni tapi bila dah habis terasa la syoknya. Malu bukan apa, orang dok sibuk jual kuih raya sekarang ni, I pulak dok jual terung. Apa kes la... hehehe.... Ada customer yang tanya kot ada sayur lain. I dah checked dengan Abah. Selain terung ada timun, cili dan bendi. So pasni kalau balik Kuantan lagi boleh la I bawak sikit untuk jual. Saje la suka-suka kan. Gambar terung semalam tak de la pulak tapi ramai puji terung tu cantik dan segar-segar. Maklumlah ditanam dengan penuh kasih-sayang oleh my dad. Kalau harapkan anak dia ni nak bercucuk-tanam, mau lalang and rumput aje yang tumbuh kot. Ntah-ntah rumput pun boleh mati. Hahaha....
Semalam dah habiskan portion surah untuk tadarus. This year tak terasa sangat bertadarus sebab ramai orang so portion nak kena baca dapat la sorang sikit. Tak puas rasanya. Not like last year. Dah la personally baca pun hampeh this year. Teruk betul. And kejap lagi nak pegi majlis khamtam Al-Quran pulak. esok pun ada satu, tadarus dan khatam sekali tapi kat FELCRA sana la. Since tak banyak baca sendiri, kena la join majlis-majlis macam ni kan.
Oh lupa nak bagitau. Ada perubahan besar kat my office sekarang ni. Sepanjang bulan puasa ni, banyak pergerakan yang berlaku cuma belum terasa effect dia lagi. Tunggu la lepas raya esok mesti terasa sebab geng-geng makan sama dah tak de. Mula-mula Edwin; bertukar ke other department kat level 7. Pastu EO pulak bertukar to other department tapi lagi jauh la, kat MINES sana. Sian dia. EO ni dah macam bapa-bapa dah so sedih jugak la bila dia keluar. Pastu ada kemasukan baru dua orang EO lagi. Kira kalau tambah pengganti EO lama ada 3 orang EO baru la. And the biggest would be the big boss. SUB I bertukar ke other department juga di MINES. Penggantinya adalah SUB from MINES sana. Haven't got time to talk to the new boss lagi.
Setiap perubahan kakitangan akan ada perubahan dari cara kerja juga. Harap-harap perubahan tu nanti akan ke arah yang lebih baik la. Tak lama lagi Kak Mah pulak bakal menyusul. Dia dah dapat naik pangkat jadi CC so tengah tunggu posting aje lagi. Semua yang lama nak meninggalkan I ni. Bila pulak my chance nak bertukar. Tapi biarlah pertukaran tu sebab naik pangkat ataupun for job rotation. Tak mo lah bertukar sebab non-performance. Tak best la kan. Bukan apa, sekarang ni asal bertukar aje orang cop sebab non-performance. Padahal entah-entah orang tu saje mintak nak tukar ke ataupun sebab job rotation ke. Susah jugak macam ni kan. Stigma orang terhadap yang bertukar.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni marilah kita sama-sama berdoa semoga dimurahken rezeki dan dijauhkan dari fitnah atau buruk sangka orang pada kita. Maklumlah, antara tanda-tanda akhir zaman ialah berleluasanya fitnah. Dan memang banyak pun fitnah yang berlaku disekeliling kita. Kita cuma mampu berdoa semoga diri kita, keluarga kita dan kawan-kawan kita dipelihara dari fitnah dan yang seangkatan dengannya. Amin....
No comments:
Post a Comment