Semalam kan public holiday so waktu melawat adalah dari 1-8pm. I cooked spaghetti yesterday so lepas masak semua terus ke hospital around 2 something. Lagipun nak reliefkan Dik Man. Dari kelmarin lagi dia tunggu Abah kat sana. Selalunya kitorang buat 2 shift; siang and malam tapi kelmarin Dik Man jaga from siang and malam pulak Thalha datang teman sekali. Since pagi lagi Thalha dah balik, Dik Man tinggal sorang la tu. Mesti sangap dia kat sana. Bukannya boleh buat apa sangat pun kat hospital tu.
Kaki Abah walaupun dah kurang bengkaknya tapi Abah dah tak boleh jalan la pulak sebab the muscle tak boleh nak guna langsung. Gerak sikit aje pun bukan main lagi Abah kena tahan sakit. So semua pun buat kat atas katil ajelah. Nak buang air kecil ok lagi sebab boleh bawak tong kecil tu tapi nak buang air besar memang agak payah la. Nak letak atas wheel chair pun tak boleh sebab nanti kena pulak kat tempat yang sakit tu. So far Abah dok tahan je diri dari membuang air besar. Aduhai kesian betul. Abah pun dah sangap dok atas katil tu. Nak gerak-gerak nanti sakit so baring ajelah.
I've tried to upgrade Abah ke Kelas 1 tapi hampeh belum dapat. Kalau guna kelayakan Abah boleh dapat Kelas 1 jugak tapi katil 4 so I used mine sebab boleh katil 2. Dari hari tu I request sampai la sekarang tak dengar cerita pun. Malas nak bising-bising sebab to my understanding, semua orang tau la nak buat keje masing-masing kan tapi nampaknya kejap lagi nak kena tanya gak ni. Tak kan la lama sangat nak booking kan. Nak kata penuh I tengok senarai pesakit kat wad Kelas 1 tu ada berapa kerat aje.
Nak tau, wad yang Abah I duduk tu adalah wad untuk sakit tulang tapi majoriti pesakitnya adalah kes potong kaki punya. Kat area Abah tu ada 9 katil, 8 ada pesakit and 1 kosong. Dari 8 tu, 2 sebab accident; sorang kaki sorang tangan. Penuh dengan segala dawai and besi. Ngeri betul bila tengok. 6 lagi komplikasi akibat diabetic; Abah bengkak kaki, sorang tu operate betis sebab ada bisul, sorang berlubang kat tapak kaki, 2 orang potong kaki paras betis dan sorang yang baru masuk semalam, potong 3 jari kaki. Tu belum kat sebelah-sebelah sana tu. Semua kes potong-potong aje. Seems that kencing manis ni adalah penyakit yang sangat serius ni, kita je yang tak berapa nak perasan. So kawan-kawan, sila kurangkan manis-manis ye. Serius takut weh bila tengok kes potong-potong ni.
Since Abah sekarang kena duduk kat katil aje, sape yang jaga Abah kena la tolong amikkan wudhu untuk Abah. Semalam Dik Man yang buat. Sebak betul bila tengok.
Mula-mula cuci muka dulu
Pastu tangan pulak
And finally kaki. Masa kat rambut tu I tak amik
Bagus. Pandai Dik Man jaga Abah. Abah nak buang air pun Dik Man juga yang handle. Bukan Dik Man sorang la. Semua yang jaga Abah buat benda yang sama juga. Insya Allah kalau Dik Man ikhlas, balasan yang baik menanti Dik Man dan yang lain-lain tu. Besar pahalanya jaga ibu bapa yang tengah sakit ni. I sekadar tolong lap-lapkan badan Abah and tolong kupas buah aje lah. Buang air kecil mesti lah Abah malu kat kitorang yang perempuan ni kan. Orang keliling tu pun ada family yang jaga. Kesian kat orang sakit dan kesian jugak kat orang yang menjaga. Macam diorang ni....
Yang tido atas lantai tu ayah dia accident kena langgar dengan orang Singapore yang tengah berlumba kereta and yang tido atas kerusi tu ayah dia kena potong kaki kiri paras betis. Malam meracau-racau so tak tido malam dia melayan ayah dia. Bagus semua ni... anak soleh ni...
Lepas Abah siap solat Dik Man sambung picit pulak
Akak pulak kejenya maaaakan aje. Sape yang sakit sebenarnya ni...
Hah camni baru betul... tolong lap-lapkan badan Abah. Abah masa sihat mandi like 5-6 times daily. Setiap kali nak solat mesti mandi. Pastu panas sikit ke, balik kebun ke mesti mandi jugak. Ni dah masuk hospital, masa boleh gerak ada la mandi jugak tapi lepas tu lap-lap aje. Sian Abah mesti rasa rimas
That uncle behind me, dia pun kena potong kaki jugak. Kaki kiri kena potong paras betis. Mula-mula bisul kecik aje tapi sebab dibiarkan terus melarat. Yang sebelah sana tu pulak mangsa accident tu. Hancur tangan kiri dia.
Budak tak cukup umur. Under 12 tak boleh masuk wad actually tapi bila tak de security jaga, cepat-cepat bawak dia ni masuk
Ya Allah ya tuhanku, berilah kekuatan kepada semua hamba-Mu ini untuk pulih dari penyakit yang mereka hidapi. Kasihanilah mereka Ya Allah. Pulihkanlah penyakit mereka dan kembalikanlah kesihatan mereka seperti sediakala Ya Allah. Amin....
No comments:
Post a Comment