Terlalu beremosi sampai terlupa nak cerita pasal sisi kehidupan yang lain. 10 orang tak suka kita tapi ada 1000 yang lain yang menyayangi dan menerima kita seadanya. Jadi kenapa la nak kecoh-kecoh pasal yang 10 tu kan. Betul jugak tu tapi biasalah I ni kan sentiasa beremosi.
Anyway, although telah sedikit terluka with what happened during the elevator incident, I still went to the Majlis Malam Gemilang KKLW 2010 yang telah diadakan di Hotel Palace of The Golden Horses. My first time there. And my first time wearing baju kurung moden yang begitu mengikut bentuk badan. Malu ok tapi belasah je lah. All this while kan I setia dengan baju kurung aje so saje la nak pakai kurung moden pulak. Later I buat kebaya pulak eh. Hehehe....
Since we all sampai agak awal, nothing much to do. Cuma tolong-tolong sikit kat kaunter pendaftaran and tengok tagging meja. I guess the arrangement of decorations, lighting and stuff during Malam Jasamu Dikenang at Double Tree by Hilton adalah lebih cantik, mewah and very exclusive. Dekat Palace of the Golden Horses ni macam biasa-biasa je. Padahal hotel ni kind of mewah la jugak kan. Tak kisah la tu yang penting majlis berjalan dengan lancar kan.
Masa pendaftaran ada dapat nombor untuk cabutan bertuah. Since I tolong jaga kejap, boleh lah nak pilih-pilih nombor kan. I was looking for number 134 (my birth date) tapi tak jumpa. Puas cari. Last-last I jumpa 478 (month and year) so I took that. Boleh la tu. Yang kelakarnya, puas la I cari nombor 134 tu kan, tak jumpa-jumpa tapi one of the staff amik and terus dapat the number. But like I said before me and lucky draw ni memang tak berjodoh. Tak pernah la dapat pun. The nearest number with mine yang naik ialah 468. Ish satu nombor je beza. Tak pe lah bukan rezeki I kot nak menang benda-benda easily. Kena earn it the hard way gitu. Hehehe....
I got many compliments regarding my attire that night. Thank you guys for noticing. Hahaha.... And at least ada sesuatu yang mengembirakan kan, tak la hati tu terbawa-bawa dengan emosi di siang hari tu. Ramai yang tegur sebab tak pernah nampak I pakai macam tu and mostly said I look sweet. Hahaha... Tak tipu eh. So pujian perlu diberikan kepada tailor yang telah menyiapkannya dalam masa yang singkat. Although ada la sikit yang tak kena (a bit ketat at one area) tapi I suka je baju tu. Keketatan itu akan dijadikan modal untuk lebih gigih loosing weight and toning down a few parts. Hehehe.....
This time around I duduk semeja dengan staff from others department; Klynn, Anis, Rohanis, Taufik and Rizmi from KR, Aizat from PCN N9 & Melaka, En. Ap from NKRA, Iyadh from PSM and of course Cik Yanti from admin. Good friends, decent foods and non-stop talking and laughing will always resulted in one thing; kemelecetan mulut yang sangat kronik. Like seriously ok. Sangat tersiksa menghadapinya. Dah la I can't find the wax to cover the protruding wire. So terpaksa tahan ajelah.
The foods was ok. I did't taste everything tapi overall ok lah. I paling suka the sago melaka sebab sedap and portion dia banyak; comes with fresh strawberries and kiwi lagi. And a scoop of vanilla ice-cream. Memang best. Makan banyak-banyak so puas jugaklah nak cover the perut. Hahaha..... I guess it's not really the food yang menyebabkan I makan banyak but the companions. Gelak-gelak and tak sedar makanan dalam pinggan dah licin.
As for the guest artist plak, I really enjoyed performance by Nash. Mula-mula ada young artist ni; I didn't know her nama just something Gambus. So keep calling her Gambus-Gambus. Each time I said that, Cik Yanti akan gigih memberitahu yang nama dia ialah Fauziah Gambus. Hahaha.... And Mariam Ahmad in which I tak tau pun sape. Seriously I tak pernah dengar nama dia pun. Pastu ada Zur Eda. She was someone yang agak popular jugaklah masa I kecik-kecik dulu. Although I tak la minat dia or tau lagu-lagu dia but surprisingly I can sing her famous song ok. Klynn said she like her song and she went "na na na na....." and I continued with "Hai apa khabar....apa khabar sayangku, lama tak jumpa.... terasa sungguh rindu". Hahaha.... tergelak sakan ok. I pun macam tak percaya je I can sing that song. Same goes with Nash. I tak hafal pun lagu dia but I can sing along the song. Sangat nostalgic ok. Teringat masa kecik-kecik.
From our table, Aizat menang hamper and En. Ap menang coffee maker kalau tak silap. Yang lain-lain nada. Paling frust ialah Anis sebab her number was 003 and it was 004 yang menang. Dapat Nokia C3 plak tu. Rugi...rugi..... Tapi takpe lah. Yang penting kita enjoy the night.
It was way past my bedtime so mata adalah sangat mengantuk masa drive balik tu. Thank God ada teman; CC and Siti Zaiton. Send CC first at office and barulah balik. Siti stay at the same apartment as I am so mudah la kalau ada event malam-malam macam tu. Ada teman nak balik.
Despite everything behind the scene yang berlaku; of last minute cancelling possibility la; of drama yang tak pasal-pasal I and my friend menjadi mangsa fitnah la, of tak cukup tempat thus ada urus setia yang tak de tempat duduk la dan macam-macam lagi tu, secara keseluruhannya majlis adalah well organized. Makan ok, performance ok and the best is of course la hadiah lucky draw yang sangat best. Although I tak menang apa-apa but still tengok ada hadiah best terasa la macam semangat sikit kan. Congratulations kepada semua yang terlibat. Bila kita buat kerja, kenalah ketepikan hal-hal peribadi and fokus kepada tanggungjawab utama iaitu laksanakan tugas sehabis baik, tak gitu?
Unfortunately, I tak de gambar la nak tunjuk. Camera tak de. Hehehe..... Alah kalau ada camera pun, macam la boleh nak upload kat sini kan. Hehehe....
2 comments:
tepek ler gambar kamo..nk tgk baju yg cantik itu..he2..
Aza,
Tak de gambar baju tu la. Ada gambar muka je. Hehe...
Post a Comment