Malam tadi masuk tidur pukul 11pm. Tengah syok-syok tidur terdengar bunyi mercun. Dalam hati I masa tu, "Eh eh dah 2011 dah eh". Pastu sambung tidur balik. Tak de maknanya nak countdown bagai. Udah le tersepit di hujung tilam. Budak kecik..budak kecik...
One whole day hari ni tak buat apa sangat sebab hati adalah kerisauan yang amat sangat. Nak tau kenapa? Sebab tak jumpa spec. Hahaha..... Tu la letak barang merata pastu mulalah menggelabah mencari. I ni jenis tak pakai spec kalau kat rumah. Pakai pun kalau nak tengok TV atau keluar aje. So spec tu selalunya akan diletakkan di beberapa tempat biasa la that is di dalam bilik Mak (sebab I kan tidur kat situ kalau balik), kat almari buku (ni port paling selalu la), dekat kabinet TV atau atas coffee table depan TV tu. And I ni bukan jenis letak barang merata-rata. I boleh ingat setiap satu benda yang I simpan. Unless kalau tetibe terletak dekat tempat yang tak biasa letak. Memang meraban la mencari.
Abis Ayum and Akak kena kerah cari my spec. Dik Man pun tolong cari jugak. Siti pun. Eh boleh kata semua la tolong cari. Paling tak tahan, Abah pun tolong cari sama. Abah siap pakai torch light suluh bawah katil and celah-celah almari dalam bilik diorang. Spec punya pasal kecoh satu keluarga ok. Semua dok tanya kat mana I letak tapi memang tak ingat. I ingat tempat yang selalu tu je lah. Ish serious tak ingat langsung ok. I cuba recall balik apa yang I buat sebelum tidur tu tapi memang tak ingat langsung. Alamak dah nyanyuk ke I ni? Tak sanggup weh....
Risau betul bila tak jumpa jumpa spec tu. Satu hari tu memang kecoh dengan isu spec I je lah. I ni boleh jadi minah over kan. Ada je benda nak kecoh-kecoh. Hahaha.....Bukan apa, I risau sangat sebab esok tu nak balik Putrajaya dah. Kalau tak jumpa spec camne nak drive kan. Lagipun ada orang bawak balik kereta baru, Viva. So nak la test drive kan. Tapi tu lah, tanpa spec itu, how la to drive. Nak tengok TV pun tak berapa clear.
Dalam pada tak nampak and kerisauan tu, sempat la jugak tengok TV. Eh citer CSI mana boleh lepas. Biarpun kena duduk betul-betul depan TV tu sampai naik pedih la mata ni tapi tengok tetap tengok. Tengah syok-syok tengok CSI, Abah datang and hulur satu buku. "Nah baca ni" Abah kata. Bila I tengok rupa-rupanya ayat untuk dibaca apabila barang hilang. My Abah is soooooo sweet kan. Dah la dok tersuluh-suluh bawah katil, ni siap cari doa lagi ok. Terharu betul. So sambil tengok CSI sambil baca. Actually baca time iklan aje. Hahaha..... Tapi baca sungguh-sungguh la time tu. Doa betul-betul mintak bagi jumpa la balik the spec.
Lepas habis tengok CSI, I went to my sisters room. Behind the door ada cabinet so I angkat-angat barang yang ada kat situ sambil mencari pastu tengok atas lantai. And there it was, my precious purple Bonia spec (Eh perlu ke nak mention tang Bonia tu? Hahaha.....) I swear I have search that place before ok. Sebab semalam tu, balik dari ECM I changed my clothes there. So dah agak dah mesti I letak the spec at the cabinet tapi tu lah cari banyak kali pun tak jumpa jugak. Alhamdulillah. Terus berlari kat Abah and tayang the spec. Betul la macam budak-budak eh. Tak sedar diri yang tahun 2011 ni umur tu dah doublethree.
Bagus betul doa yang Abah bagi tu. Baca and mintak sungguh-sungguh and terus dapat. Padahal bukan takat I aje, semua pun dah mecari kat tempat yang sama. Syukurlah jumpa balik. So tak payah la nak buat spec baru kan. So there goes my 1st January 2011. Sehari suntuk mencari spec. Oh tengahari tadi Hanim and parents dia ada datang melawat Abah and memperkenalkan minuman herba yang ayah Hanim buat sendiri. Sekarang ni Abah tengah makan some ginseng capsule with Intra and susu Hi Goat. So kena tunggu habis ubat ginseng tu dulu before starting on this new herbal tonic. Karang terlalu banyak sangat campuran ubat pun tak bagus juga. Ramai betul yang care pasal my Abah. Bagus la. Terharu I ok.
Oleh kerana I tak de spec maka I tak la ikut Mak keluar. Mak, Apis, Ayum and Akak keluar shopping barang sekolah. Since Mak tak de, tadi I terpaksa la took over tugas membuat chicken chop. Mak dah perapkan bahan-bahan so I tinggal nak goreng and buat sos dia aje. Sos tu masa masak tadi rasa pelik aje. I know something is not right tapi can't figure what. Ye itu adalah masalah utama mengapa I tak pandai memasak ni.
My tongue ni kurang training so I selalu rasa sesuatu adalah kurang tetapi tak tau apa and how to correct it. Ada rasa pelik. Itu je yang I tau. Tapi surprisingly masa makan tadi rasa sedap pulak. Ehem..ehem... terasa bangga kejap. Hehehe...... Actually lepas rasa pelik tak dapat dikesan tu, I keep on adding salt tapi rasanya masih sama so I masak lama-lama pastu tak rasa dah. Tak sangka pulak nak jadi sedap lepas tu. Tapi selalunya benda-benda macam ni sekali ajelah yang menjadi. Cuba suruh buat lagi confirm tak jadi punya dah.
Anyway dah 2 malam straight to bed after heavy dinner. Bangun bagi sarapan, pastu lunch and dinner. In between makan biskut la, ice cream la dan macam-macam lagi la. Konon nak makan cara sihat tapi hampeh je. Tak pe bila balik kita lupakan sekejap bab-bab jaga makan ni. Balik rumah kena enjoy saje. Tapi jangan sampai terover sudah. Air kosong kena kasi minum juga la.
So thats about it for my 1st day on the new year. Tak de beza apa pun. Sama aje macam hari-hari biasa. Oh tidaaaaakkkkkk!!!!!!! In few months time I akan officially jadi doublethree. Bukan Double Tree by Hilton tempat buat dinner itu hari ye but double three. Nehi...nehi... babuji nehi..... I don't feel as old as that figure. I'm still young at heart gitu. Boleh? Hehehe..... Aduhai...... tak sanggup nak tulis that doublethree figure. Tsk!
No comments:
Post a Comment