Thursday, January 27, 2011

Gila

I rasa semua orang dah gila la sekarang ni. Ok bukan semua tapi ramai gila orang gila. Eh tak, I rasa semua gila lah. Kalau tak gila yang betul-betul gila boleh jadi gila lain pulak. Macam gila bola, gila karaoke, gila golf, gila shopping dan semua jenis kegilaan lagilah. Termasuklah I jugak. I pun ada macam-macam jenis kegilaan. Ok itu bukan tujuan sebenar entry ini. I sebenarnya nak memperkatakan betapa ramainya orang gila sekarang ni. Gila tahap gila babun lah.

Semalam I tengok berita. Ada sorang perempuan Myanmar ni (kalau tak silap) dia tikam anak dia (which is baby lagi) bertubi-tubi sebab suami dia tinggalkan dia. Like what the...... Suami tinggalkan dia pastu tikam baby pulak. I tak paham la. Apa salah baby tu? Kalau tak nak sila lah kasi kat orang lain. Yang pegi tikam baby tu apasal. Bertubi-tubi pulak tu. Kesiannya baby tu. Tak pasal-pasal kena tikam dengan kejam and of course la meninggal dunia kan. Oh my God kejam gila perempuan ni. Kalau ye pun marah kat suami tu, carilah dia sampai dapat and silalah lepaskan kemarahan anda pada orang yang sepatutnya. Ok I bukan suruh dia pegi tikam suami dia tapi buat lah apa yang patut dengan orang yang sepatutnya instead of buat macam tu kat baby yang sudah tentu tak bersalah langsung tu. Errr... apa kata kita tikam dia bertubi-tubi pulak baru dia tau sakit ke tidak baby tu kena buat macam tu. Eh tapi nanti kita pulak yang dituduh gila. Tak mau...tak mau... I ni waras lagi walaupun ada masanya gila. Hahaha.... Tapi itulah..... paling teruk pun minah ni dok merengkok dalam penjara aje. Bukan tersiksa sangat pun.  Tak pun lepas sebab sabit gila. Lagi lah kan....

Pastu kes gila kedua ialah sorang cucu umur 17 tahun yang tikam datuk dia sampai mati. Actually dia mencuri kalau tak silap and datuk dia terserempak dia mencuri barang-barang datuk dia so maybe lah datuk dia marah ke apa ke kan. Memang padan lah pun kalau datuk dia nak mengamuk atau nak belasah dia (which I doubt sebab datuk tu dah around 70 something). Patutnya lari sudahlah sebab sooner or later hal-hal macam ni boleh dibawa berbincang although memang sah-sah la budak ni salah sebab mencuri kan. Instead dia pegi tikam datuk dia. Dia and kawan dia. Oh my... Apalah nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang ni. Takut ok. Normally datuk nenek la tempat kita nak bermanja kan... Apalah ada dalam kepada budak ni...

Pastu hari tu ada kes budak lelaki umur 16 (kalau tak silap) yang bunuh  budak perempuan umur 14 (kalau tak silap jugak). Mula-mula budak lelaki ni pegi buat police report kata kawan dia bunuh girl ni tapi last-last kantoi dia yang buat. Again bunuh dengan cara menikam. Tak sure apa kesudahan cerita ni tapi memang dah kena tangkap la budak ni.

And then kes budak kat Sarawak kena bunuh and tanam tu. Pasal yang ni ada 2 version; ada kata geng jahat ajak dia join geng tapi dia tak mau so diorang bunuh dia. Another version kata dia nampak geng jahat ni curi motor so bunuh dia supaya tak bocor rahsia. Kesian budak ni. Jadi baik pun kena bunuh. I tau sorang dah kena tangkap tapi mastermind dia I tak tau dah kena ke belum.

Itu kes oleh orang-orang biasa. Yang orang-orang luar biasa macam kes jutawan kosmetik and friends yang kena bunuh and bakar tu. Itu lagi gila. Bunuh and bakar macam nak bakar sampah aje eh. Ngeri kan.

Orang gila dengan cara orang gila (mostly schizo la) and orang yang tak de schizo pun sama je. Tak boleh nak differentiate their cause of action. So rasanya semua orang gila lah kot kan. Sebab kalau tengok macam tak gila tapi buat benda-benda gila. So sape yang gila and sape yang tak ni. Semua ada potensi gila lah kot. Nauzubillah......

I rasa the only way untuk elak diri jadi serious sampai macam ni ialah dengan cara mendekatkan diri dengan Allah. Bila ada masalah, kepada-Nya lah tempat kita mengadu. Kat keluarga and kawan-kawan pun boleh jugak jadi tempat mengadu tapi diorang boleh takat dengar and bantu mana yang termampu. At least kalau mintak bantuan Allah boleh jugak mintak agar diberi ketenangan ke, kesabaran ke kan. Something yang tak dapat nak diberi oleh manusia lain. So sama-samalah kita berdoa agar diri kita dan keluarga kita serta kawan-kawan kita tidak akan diuji sedemikian rupa. Takut ok. Takut tak mampu menghadapi. Mudah-mudahan kita akan sentiasa dilindungi. Amin....

No comments: