Tuesday, January 25, 2011

Jalan-jalan Thaipusam

Ini cerita basi minggu lepas tapi sajelah nak cerita jugak kat sini kan. Last Thursday kan public holiday. So as promised, I tag along with Bang Long semasa nak menyerahkan kunci kepada new owner. Left home around 8.15am dalam keadaan mengantuk dan pening-pening lalat sebab tak boleh tidur malam tu. Kat area rumah Bang Long tu ada satu kedai mamak yang ada roti canai sedap. So I telah belasah 2 keping roti canai sebagai sarapan.

I thought janji dengan new owner tu pukul 10am tapi Bang Long kata orang tu terlupa and janji pukul 11am pulak. So merasa la kami menunggu sejam lebih kat rumah tu. Tapi tidak la duduk melahu saje ye. I cari batu. Yup kat rumah tu ada batu-batu cantik yang guna buat landskap tu. So I keliling satu rumah and cari di setiap celahan pokok. Tengok I tertonggeng-tonggeng tu Bang Long pun hairan. "Kau buat apa tu?". "Cari batu. Cantik batu-batu ni...". Hahaha... nampak sangat tak de keje eh. I pun tak tau nak buat apa dengan batu-batu tu lagi sebab bab-bab deco ni memang la fail.

Tepat jam 11am the new owner tu arrived. We were inside the house masa tu. Tetibe ternampak the wife. Agak terkejut la jugak ok. Dia pakai purdah. Nampak mata je. Yang datang suami, isteri, anak lelaki besar, anak perempuan kecil dan emak kepada tak tau la suami atau isteri itu. Bang Long dah jumpa dengan wifey tu banyak kali tapi tak pernah pulak cerita yang diorang ni pakai purdah ke apa. Don't get me wrong ye. Walaupun I bengang dengan tenant sebelum ni yang pakai tudung labuh tapi perangai macam hampeh tapi itu tidak la menyebabkan I nak stereotype kan semua orang kan. Cuma terkejut aje sebab tak pernah la deal directly dengan orang berpurdah.

I entertain the wife and Bang Long entertain the husband. Ok la orangnya. Sangat peramah. She really love the house (although rumah lama) mostly because of the land area; rumah corner lot yang ada tanah yang luas dan landskap yang boleh tahan la cantik. Ada pokok palma etc. The husband tu arkitek dekat Hijaz Kasturi rupa-rupanya. I did asked whether dia nak buat balik the whole house or what. They said nope, cuma akan repair mana-mana yang rosak aje. Baguslah diorang ni, sangat bersederhana although kaya sebenarnya. They bought the house in cash ok. Macam tak percaya je kan. So I guess diorang memang suka benda lama-lama ni kot; they have old Mercedes station wagon and now buying house with 80s design.

Settled that kami terus ke IKEA. Mak ada kirim something. Since I kind of half awake and dizzy, Bang Long ajak minum dulu. Caffeine tidak memberikan sebarang kesan ye. Makin pening and menyebabkan I rasa nauseous aje. So jalan-jalan dalam keadaan separuh sedar adalah tak best. Beli apa yang patut aje pastu pegi Harvey Norman dekat IKANO pulak. Me and Bang Long adalah sangat gadget freak so macam-macam benda kitorang tengok. Dalam pening-pening tu I sempat la terbekenan dekat satu camera ni. I ingat nak beli lah nanti. Camera lagi.... hahaha.....

Berjam-jam lepak kat Harvey Norman pastu ke Midvalley pulak around 4pm. Again pegi semua kedai gadget; Harvey Norman, Sony Center dan entah apa-apa kedai lagi. Bila dah bosan, lepak baca newspaper. Kalau ikutkan I pening tahap dewa dah dan mengantuk tapi macam tak sampai hati la pulak nak balik sebab Bang Long ajak makan dengan Kak JC (his sweetheart). So tunggu lah jugak and she finished her work around 7.30pm.
We had dinner at Chilis. Unfortunately I didn't really enjoyed the food; feeling nauseous and all. Kesian Bang Long; belanja makan mahal-mahal tapi I macam tak berapa nak makan. Rasa guilty aje tapi nak buat macam mana kan. Paksa-paksa kang mau termuntah kat situ. Bang Long nak hantar I balik tapi I kata I can drive myself. Malas lah nak menyusahkan dia although cuak jugak I nak drive dalam keadaan macam tu. Cuak tapi bila drive laju semacam jugak. Hahaha.... Alhamdulillah reached home safely around 9.15pm.

Seharian kat luar. Penat gila. Ingatkan dah penat dan mengantuk tu boleh la tidur tapi hampeh. Kan best kalau ada button tidur. Tekan sleep aje terus sleep. Mesti tak de masalah insomniac dah. Hehehe..... 

2 comments:

Anonymous said...

my dear. caffein only works before the sleepiness kicks in.. after that, takde kemananya...

kau lupa sebut, pergi IKEA belikan singoalla untuk K-lynn.

Eny Yusof said...

Klynn,

Oh iye lah kan. Singoalla yang menyebabkan Nazif hyper. Haha....