Bila time-time critical ni, matahari pun tak nampak. Hehehe.... Semalam keluar rumah gelap lagi dan balik rumah semula pun gelap juga. Sometimes I do wonder.... is this it? Macam ni aje ke my life would be? Routine yang sama although sometimes ada la buat sesuatu yang luar kebiasaan but still benda yang luar kebiasaan tu pun adalah benda yang almost the same juga like jogging or hang out with friends lepas office. Nothing unusual kan. How I wish my life would be spectacular... cewah.... Tak de la... Cuma kan best kalau sentiasa ada benda baru. Again that explain why I love my six month course so much. Sebab setiap hari adalah a brand new day with brand new stuff to venture. Sekarang ni brand new day but same routine at almost every second. Macam robot pulak kan.
No one to blame but myself. I lead my own life kan. Maybe this year I've to plan something so that there's always stuff to do everyday. Maybe boleh set hari yang akan pegi jogging. Pastu ada hari pegi swimming (I know... I know... dah berjuta kali cakap nak pegi swimming tapi tak pegi-pegi jugak... tapi this year Insya Allah akan buat juga). Hanim sekarang belajar taekwando tapi I tak nak lah pegi belajar taekwando. I nak belajar benda lain. Yanti suggested I belajar menjahit since I am very particular about how tailor sew my clothes kan. Cadangan yang menarik tu. Boleh dipertimbangkan. So nanti boleh la jahit baju sendiri.
Oh keduniaan sangat benda-benda tu kan. Dulu every Tuesday I ada kelas mengaji dengan Hanim dekat Masjid Putra. Tapi lama-lama dah tak pegi sebab selalu ada hal hari Selasa. Sometimes pasal kerja and yang tetapnya bila menstrual kan. Pastu kalau I free, Hanim tak free and vice versa. I know itu semua alasan aje tu... Berjaya jugak syaitonnirrojim ni hasut I kan. So lepas-lepas tu ada la plan nak belajar mengaji dengan ustazah yang boleh datang rumah atau cari kelas yang ada few times a week tapi terlalu lagho dengan urusan keduniaan lansung niat suci murni itu dilupakan.
So this year kena masukkan that dalam perancangan. Eman suruh join taalim masturat (some sort of kelas agama) tapi tu lah belum terbuka hati ni nak pergi. Bagus jugak pegi kelas agama ni so banyak benda boleh belajar. Tapi itulah.... I ni kalau bab-bab dunia ni memang cepat aje; bila nak jogging terus beli peralatan selengkapnya, bila nak baking terus beli gadget selengkapnya, bila nak gardening terus beli peralatan selengkapnya jugak. Tapi bila sebut bab-bab agama ni dok la tangguh-tangguh. Nanti lah, sibuk lah, tak de masa lah. Betul Eman cakap; I ni cintakan dunia sangat. So tahun ni kena lebihkan perancangan keagamaan sikit. Tolong lah doa-doakan I ye. Hasutan syaitonnirrojim ni kuat sangat. Eh ke I ni yang dah macam geng dengan diorang . Hehehe.... Nauzubillah....
Paling penting ialah attitute sebenarnya. Attitude yang suka dok tangguh-tangguh ni mesti diubah. Pastu perancangan masa kena buat dengan betul and kenalah follow. Ini buat benda ikut suka atau ikut dan aje. esok lah... nanti lah...lenkali lah... dan segala lah lah lagi tu. Kena manfaatkan setiap saat yang telah Allah beri ni. Jangan sampai besok tergolong dalam golongan kufur nikmat pulak. Allah dah bagi nikmat kehidupan tapi tak hargai dan asyiklah buang masa. Masya Allah.... Insaf dengan kejahilan dan kealpaan diri sendiri.
So marilah sama-sama kita berdoa agar diberikan taufik dan hidayah oleh Allah supaya mata hati dan akal fikiran kita tidak ditutupi dengan kecintaan kita kepada dunia. Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang bersyukur dan taat kepada suruhannya. Insya Allah....
So kena jadikan tahun ini sebagai tahun yang seimbang dunia dan akhirat. Kena start plan sekarang lah ni. I'll share with you guys once I dah berjaya execute everything eh. Kalau plan aje tak tentu buat kan. Bila dah jadi amalan esok bolehlah dikongsi bersama. Kepada sesiapa yang nak bagi suggestion atau nak share anything regarding this sila-silakan lah. Like ada kelas mengaji kat mana-mana ke, kelas menjahit ke or anything lah. Thanks in advance.
2 comments:
jom pegi waterfall abseilling.
ye, ye keduniaan. tapi jomlah.
Klynn,
Wow menarik. Details please.
Post a Comment