Tuesday, January 11, 2011

Feeling-feeling arkitek atau engineer gitu

Just came back from lawatan tapak ke bangunan baru kementerian ini yang terletak di Lot 4G8. We were instructed to wear pants and flat shoes so hari ni merasa la pegi kerja pakai seluar. Lawatan tapak ni diadakan untuk melihat progress pembinaan and if la ada apa-apa yang nak clarification ke atau adjustment ke and sebagai persiapan untuk perpindahan nanti.  

Mula-mula sampai ada short briefing dulu regarding the building and work-in-progress. Senibina bangunan baru for our ministry adalah berkonsepkan bunga kantan. Ada 4 new buildings there; 4G8 for KKLW, 4G9 for KPKT, 4G10 for KPKK and 4G11 for KPWKM. We are the shortest ones with only 32 storeys. Tallest adalah KPWKM with 40 something storeys. Based on the pelan rekabentuk dan susunatur bangunan-bangunan itu, I bet there would be massive traffic jam once all building are occupied. If not all pun, still akan berlaku massive traffic jam jugak sebab there's only one one-way road for entrance for all the building. I wonder why they designed it that way. Ok bukan I sorang la but all yang pegi tadi. Memang mengundang kontoversi je nanti ni. Dah la parking very limited. Hai memang kena jalan kaki from home la kalau macam ni. Hehehe.....

So lepas briefing kami di bawa untuk tour the building. Before that kena la pakai safety helmet and safety boot dulu. I only took the safety helmet and not the boot so merasa la kasut kotor pijak lecak. Tak de size lagi pun. Semuanya besar gabak. Ada orang tu kan, tak mau pakai the helmet sebab takut rambut dia rosak. Boleh ke macam tu? Nak rambut selamat ke nak nyawa selamat? Hai orang macam ni pun ada. So merasa la kena tegur oleh orang kat situ kan. Dah kena suruh barulah pakai. Tu pun kejap-kejap buka, kejap-kejap buka. Annoying betul  tapi lantak dia la. If anything happened, sila la tanggung sendiri coz you asked for it. Kan..kan... 

The building belum la siap lagi pun. Still under construction. 70% aje baru siap so wire berselirat sana-sini, ada yang belum pasang tiles and the wall pun baru base coat aje. Masa kat lobi tu, bau hancing adalah begitu strong. Aiyo diorang ni main kenc aje sana sini ke? From lobi naik ke level 1 and 2 and then to level 28,29 and 30. Kalau tak biasa, boleh gayat tengok dari atas tu. dah la belum siap sepenuhnya lagi. 

Basically the floor plate are much smaller form what we have here in Parcel D so memang nampak sempit la. Alley or laluan pun agak sempit. Nanti kalau dah ada perabot sure akan nampak lagi sempit. Tapi semunya baru la kan. Mesti semangat pun baru. But then tak tau la I sempat ke tidak merasa bangunan baru tu. Yelah mana tau kan. Anything can happen nowadays. Mana la tau kot kena tukar ke tempat lain ke. 

From up there, the view adalah begitu cantik menarik tertarik kau memang da bomb! Hahaha.... Boleh nampak my house ok. Macam peghak je tengok my house. Ye lah selalunya I tengok the building from my house aje. And the view from the building adalah much nicer than my place. Rugi tak boleh nak share gambar here. Nanti kalau ada teropong, memang boleh teropong my house la. Eeee bahaya la pulak. 

Kalau masa naik kami guna lif biasa, masa turun kami guna hoist elevator. Alah the caged like yang kat luar tu and were used by the workers. Mula-mula rasa macam seriau jugak tapi bila naik tak rasa apa pun. Ok je. Selalu kalau lif bercermin kat shopping complexes tu, akan terasa jugak something kat perut ni walaupun cuma turun setingkat aje. Ni turun 30 tingkat tapi ok aje. Maybe sebab dok berborak and tak nampak sangat suasana kat luar tu kot.

Overall its a good experience la. Merasa la macam arkitek atau engineer kejap. Rugi I tak belajar pandai-pandai dulu. If not boleh jadi arkitek or engineer kan. Seronok jugak kerja macam tu sebab kita boleh nampak hasil kerja kita. Kalau buat management ni, apa sangatlah yang nak dibanggakan. Ok sila bersyukur dengan kerja sekarang Eny. Kalau tak de kerja macam mana? Iye..iye...baiklah kerja sekarang pun best.

Next tour would be in April. Mesti akan ada banyak perubahan by that time. Hopefully semuanya akan berjalan dengan lacanar aje lah. And that reminded me of many many many things yang perlu dilaksanakan before, during and after moving to that new building. In fact my SKT for this year selain yang wajib-wajib itu adalah memastian kelancaran perpindahan especially in terms of asset matter. Aiyooo.... manyak kija wooo....       

3 comments:

didi said...

Eny,

Jadi, boss baru duk tingkat berapa pulak?
Since bos lama mau tingkat 5
:p

Eny Yusof said...

Didi,

Kau akan duduk tingkat 30. View cantik ok. Nanti aku nak selalu melawat tempat kau lah. But u n ur boss won't be within shouting distance lagi. Begitu juga dgn staff2 yg lain. Kesunyian lah kau....

didi said...

Hehe, takpe. Boss baru ni walaupun kalau panggil je pun boleh dengar, dia akan call extension aku jugak. Tapi mengah jugak la kalau jauh sgt. Penat aku sehari 20 kali ulang alik. Huhu