My brother is getting married next month. Since Abah is not well, Bang Long and me telah diamanahkan untuk menjemput saudara-mara ke majlis menyambut menantu yang akan diadakan pada 26th March nanti. I was a bit reluctant to go at first because there's no invitation card. That very good brother of mine yang nak kawin itu adalah begitu selamba badak lepas tangan dalam semua persiapan di sebelah lelaki sampai kad kawin pun tak buat ok. Geram betul and I macam biasa telah membebel-bebel and finally Mamat and Thalha telah berusaha membuat sendiri kad jemputan. Bang Long pulak tukang cari kertas, sampul and of course buat keje-keje printing. Hai tak sia-sia membebelkan.
Kalau ikut Abah memang tak payah kad-kadnya. Tapi macam tak kena je bila pegi menjemput tapi tak kasi kad kan. I tak kisah la kad murahan macam mana sekalipun asalkan ada kad. End result adalah tidak menghampakan. Not bad considering everything is own-made. Kad and sampul kemain cantik. Settle masalah kad, masalah lain pulak; tak tau jalan. Hehehe.... Itu salah sendiri sebab selama ni jadi penumpang aje and tak pernah la kisah nak amik tau pasal jalan. Tak pe lah cari yang senang dulu and then pandai-pandai la kan. Bukan I yang nak drive pun. Hehehe.....
My mom was raised by her grandparents so she has a very close relationship with all her aunties, uncles and cousins; lagipun she's the first grandchild from a firstborn. So far senarai jemputan utama yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:- (wah terbawa-bawa pulak dengan penulisan report ni)
- Nenek - Taman Permata
- Nek Ngah - Keramat
- Tok Lang - Sg. Choh, Rawang
- Nek Teh - Kg. Pasir, Jln. Kelang Lama
- Nek Chik & Nek Long - Kg. Melayu Subang
- Nek Uda - Kajang
- Tok Busu - Klang
- Mom's closed cousins - Shah Alam, BB Salak Tinggi dan mana-mana yang sempat lagi lah
So hari ni we plan to meet Nek Teh, Nek Chik & Nek Long and Nek Uda. Since rumah Nek Teh tak jauh dari rumah Bang Long, we went there first. Can't remember when was the last time we met tapi ada la dalam 2 tahun kot. Lama tak jumpa tapi layanan tetap mesra; untung jadi anak kepada anak sedara kesayangan ni. Being antara cucu sedara terawal ni boleh kata semua nenek and tok sedara memang kenal la Bang Long and I. Sian pulak tengok Nek Teh; mata dah tak berapa nampak and kaki pun selalu kebas-kebas. Ingatan pun dah tak berapa; keep on asking the same question again and again tapi I jawab jelah. Takkan nak cakap, "Eh kan dah bagitau tadi..." Memang kureng la tu kan. Hehehe.....
Uncle Ramli (menantu Nek Teh) baru lepas buat bypass so terus decide nak pegi rumah Auntie Suraya kat Shah Alam. Sebelum balik Nek Teh pesan, "salam peluk cium untuk mak nanti eh".... Serius sebak ok. One thing yang I tak tahan kalau pegi rumah Nek Teh ni ialah dia akan tunggu kat luar and lambai-lambai bila kita balik tu. Agak menyentuh perasaan ok. I ni bukan boleh benda-benda macam ni. Mulalah nak tersebak tak tentu pasal.
From there ke rumah Nek Chik pulak. Ada la sedikit tersesat sebelum jumpa rumahnya. Nek Chik nampak ceria and energetic macam biasa tapi rupa-rupanya tak lah sihat sangat; sakit sendi and darah tinggi sampai 200. Tok Chik pun tak berapa sihat tapi still ramah bercerita. Cik Anet pun ada. Lepas lunch borak bukan main lagi pastu barulah ke rumah Nek Long yang jaraknya dalam beberapa puluh meter saja.
Alamak ni paling sedih; Tok Long dah tak boleh jalan and bergantung pada mesin untuk bernafas. Nek Long nampak sihat aje. Allah maha adil dan penyayang pada hamba-hamba-Nya. Nek Long had a big C and terpaksa underwent chemo after removing her first B's. After removing her second B's, she didn't want to underwent chemo treatment anymore and Alhamdulillah she's getting better and healthier. Kalau ikutkan masa she underwent chemo treatment haritu macam dah tak de peluang dah. Teruk sangat her condition. Sekarang dah sihat boleh la dia jaga Tok Long pulak. Sedih betul ok. Macam-macam cerita Nek Long. Sebak sampai nak menangis tapi tahan aje. Actually dalam ramai-ramai senarai kat atas tu, Nek Long ni cumalah cousin kepada my nenek tapi a closed ones la to my family.
When I was 16 or 17, Nek Long and Tok Long selalu datang rumah. Diorang datang melawat anak diorang yang duduk kat kem jugak so alang-alang tu datang jumpa my mom. I tak kenal pun diorang ni but one day she came and gave me 2 pairs of silks. Cantik sangat. A small gesture and I'll remember that forever. Even my own nenek pun tak pernah kasi I any kain. She said she just had a talk with Tok Long and Tok Long said dalam banyak-banyak anak sedara, my mom and anak-anak Nek Chik lah yang selalu ingat kat diorang. Statement yang hampir mengalirkan air mata I ialah bila Nek Long kata she was so proud when my mom came with us to visit her. We lived so far away and yet would come and visit her bila turun KL. Pergh sebak ok. Bang Long pun tak terkata apa-apa sebab tersentuh.
From there ke Shah Alam untuk melawat Uncle Ramli. Pernah cerita pasal family ni here. He looks a bit weak. Suara pun macam tak berapa nak keluar. Both his arm ada kesan parut panjang; they took out the vein and put it inside the heart. Barulah I tau sikit-sikit pasal bypass ni. Selalu dengar aje. Berborak panjang dengan Auntie Su, Siddiq and Shafiq. Diorang kata dah tau dah yang I nak datang (mesti Nek Teh bagitau ni) and ingatkan I nak jemput untuk my own wedding. Hehehe.... Entah bila lah tu eh. Since hari dah lewat, plan nak ke rumah Nek Uda terpaksa la ditangguhkan. Yelah bila singgah setiap rumah bukan kejap-kejap. Bukan selalu pun datang kan.
Perjalanan yang sangat menyentuh hati. Terasa diri ini sangat tak baik kerana jarang pegi melawat all the nenek sedara yang telah sama-sama membesarkan my mom. Sedih and insaf bila tengok semua yang makin dimamah usia and ada macam-macam sakit and yet still talk about all the nice memories raising up my mom. Baiklah lepas ni akan cuba untuk meluangkan masa melawat semua sedara-mara especially all those tok and nenek sedara. Mudah-mudahan rasa sedih dan insaf ni tak lah stop setakat 2-3 hari ni je. Lepas ni kalau pegi rumah Tok Lang and Nek Uda pun mesti akan sedih jugak. Tok Lang and aruah Tok Uda dah macam ayah kepada my mom. Banyak menarik pasal diorang ni.
Rasa menyesal pulak sebab haritu macam berat hati nak pegi. After this I tak kisah dah kalau Abah nak suruh I pegi selalu pun; menjemput ke apa ke kan. Diorang memang selalu suruh datang tapi biasalah I ni selalu ada alasan sibuk and tak de masa. Sibuk apalah sangat kan. Kena lah menghargai saudara-mara especially yang dah tua-tua ni sebelum kehilangan. Nanti bila dah tak de menyesal pun tak guna. Reminder kepada diri sendiri ni. Mudah-mudahan mereka akan dikurniakan kesihatan tubuh badan yang baik dan dipermudahkan dalam segala urusan. Amin....
No comments:
Post a Comment