Friday, February 25, 2011

Wonderful mother

Today I bawak bekal for breakfast; bread pudding. I buat last night. Pastu pagi ni reheat balik. Best betul kalau boleh prepare bekal everyday. Although I bangun 5.30am everyday nowadays tapi macam tak sempat je nak buat apa-apa selain dari normal routine of minum air kosong beberapa teguk - termenung panjang in between - siram pokok - and bersiap ke office. I always set target that by 6.30am I dah keluar rumah. Kadang-kadang terlajak jugak between 5-10 minutes. 

Actually kalau I tak rushing to office because of that parking problem, bukan takat sempat nak prepare breakfast, nak makan terus kat rumah pun boleh kan. Provided I bangun awal jugak lah kan. Bila merenung akan kemalasan diri ni, teringat akan kegigihan my mom. My mom pergi kerja sendiri jugak; naik teksi masa kat KL and naik bas masa kat Sarawak. Tapi dia boleh siap masak every morning ok. Assistant dia ni lah yang tengah menaip ni. Hehehe..... 

Since I am the oldest daughter, it is naturally la for me to pikul all the responsibility to be my mom right hand kan. Dah la drill officer tu garang gila. Takut ok. So sangat la berdisplin masa tu. I woke up almost as the same time as my mom. Made the bed and terus masuk dapur whilst my mom did her prayer. I rasa I start helping her in the kitchen every morning since I was 10. Adik-adik I umur 10 tu dok bersukaria je lagi. First thing would be to masak air. Then kupas bawang. Then siapkan ikan. Kalau daging and ayam I tak reti. Ikan je I terer. Mana taknya, every Sunday I kena siang berkilo-kilo ikan ok. Settle semua barulah mandi nak pegi sekolah. Oh kadang-kadang tu siap kena basuh kain pagi-pagi ok. Tension betul I masa tu. Padahal ada maid.  

My mom was raised that way. So she raised me up that way too. Dulu tension gila ok. Tapi if not because of that experience, I won't be someone I am today kan. Bezanya I tak seaktif my mom sebab I bangun and siapkan diri I sendiri aje sekarang. Mana ada buat apa sangat kan. My mom tak. Now that dia dah tak masak pagi-pagi (since Abah pencen), she would sapu longkang, siram pokok and cuci toilet. Boleh? Every freaking day ok. Gigih betul la. No wonder my mom tu sentiasa aktif, kekal muda dan body pun slim. Itu rahsianya. Tak payah nak pegi lari-lari or ke gym ni kan. Total body workout gitu. Hehehe..... 

I tak tau la kalau I dah kawin esok. Kalau kawin la kan. Mampukah I jadi sehebat my mom? Managing everything single-handedly. Patut la dia garang mengalahkan my dad yang askar tu. Dia stress. Kita budak-budak masa tu mana tau istilah stress ni kan. Selalu la tertanya-tanya dan mengeluh; "Apasal la mak kita ni garang sangat?" Tapi sekarang dah tak garang dah la. Bila dah makin tua, tolerance tu dah makin tiggi. Dah banyak benda dia dah tak kisah sangat dah. Lagipun sekarang dah ada orang yang take over bab-bab membebel ni. Orang tu tak lain dan tak bukan ialah.... Hehehe....  

Mak got her own set of do's and don'ts. Thank God she didn't attend any protocol class. If not, dah macam English lady zaman dulu-dulu lah I ni kan. Even ni dah umur nak masuk doublethree ni pun masih kena tegur ok. Basuh pinggan jangan berbunyi, makan jangan berbunyi (berborak tak pe tapi jangan mengunyah sampai berbunyi), tutup pintu jangan berbunyi, duduk kena sopan, batuk and bersin jangan depan orang, nak mengibas benda pun jangan depan orang and thousands more. All that ajaran yang telah diterapkan memang lekat until today. So don't blame me for being what I am. Cerewet and banyak sangat peraturan. Nak buat macam mana... Dah terbiasa kan.

Anyway, my parents ada kat rumah tu. Diorang sampai malam tadi. Datang bertiga je with Dik Man. Abah nak repair kereta. Kesian Abah kena drive sendiri. Nak buat macam mana, Hayat tak boleh cuti. Since esok nak buat cousin's gathering, sebeban benda diorang bawak ok. Segala mak nenek sos dan rempah ratus and termasuklah beras sekali ok. That's my mom. Sentiasa ingat kat anak-anak dia. Hehehe......

Entah apa la my mom buat kat rumah tu. Siap bawak vacuum sekali I tengok. Mau berkilau rumah tu. Nak harapkan anak dia yang sorang ni, memang berabuk aje lah. Hehehe..... 

6 comments:

didi said...

Hehe
Sama la aku, sangat kagum dengan mama saya.

Mak saya cikgu. Tapi kami 5 beradik tak pernah merasa makan luar. Semua masakan rumah. Jam 5 pagi dia bangun masak breakfast dan lauk lunch. Goreng ayam, tumis sambal, tapi x pernah kejut aku minta tolong. 6.30 shoot pegi sekolah. Setiap hari.

Kagum kan?
:)

Tapi bila dia mengaum, haaaaa, sila lari lintang pukang secepat mungkin. Aku dapat gene cubit dan pukul orang dari mama saya lah.
Hahaha

Eny Yusof said...

Didi,

Eh kau pun tak makan kat luar jugak? Sama lah. Aku makan kat kedai pun masa dah dekat U ok. Even ni kalau balik Kuantan pun stil makan kat rumah. Sbb tu jgn tanya mana tmpt makan best kalau kat sana.

Mak aku kata, she got nothing untuk menambat hati anak; in term of material things la. Cuma pandai masak je. Terharu ok....

mamamya said...

hehe..emak masing2 mmg hebat kan?

mak aku pulak single mother, sanggup x beli brg utk diri sendiri semata2 nk puaskan hajat anak2, aku ni dulu dah la notty okehh...huhu...mesti mak aku pening kan? skang baru nyesal apesal la aku ni dulu nakal sgt, nasib baik jadi org jugak haha =)

memandangkan dia single dan skang duduk berdua je dgn my bro, diorg makan tapau je la..duldu2 masa anak2 sume belajar tinggal sorg lg kesian, bila tanya dinner makan apa dia ckp apa2 yg beli kt tepi jalan masa balik dr sekolah,laksa ke pisang goreng ke..aduhh...

dia selalu ckp skang dah nak pencen baru la merasa nk gi facial mahal2 and shopping bj sendiri, tu pun berkira lagi..haih.

Eny Yusof said...

Lin,

Betulkan. Mak-mak ni selalu dulukan keluarga. Rasa menyesal sangat sebab dulu selalu berkrisis dengan dia. Maklum lah jiwa rebellious remaja.

Ye bila dah tua-tua ni baru lah dia melaram sikit. Sampai my dad kata my mom dah macam mak datin. Haha...

fyruz said...

hehehehehe...kelakau la baca. along risau makteh tu angah kata tgh sakit. susah hati la

Eny Yusof said...

Along,

Doalah banyak-banyak. Insya Allah dapat la tukar nanti tu.