Hahaha tergelak besar I tadi bila tengok keywords yang orang guna sampai boleh termasuk blog I ni. Selalu memang ada yang kelakar and pelik tapi hari ni memang lawak tahan gaban lah. Nak tau keywords apa?
"kena bunuh oh tidak"
Hahaha.... Apekebendalah cari keywords tu. Dah tak de keje ke apa diorang ni. Selalunya orang akan cari guna keywords yang berkaitan dengan I like eny@30, enyyusof, zainiah aini, eny blog dan yang lebih kurang macam tu lah.
Ada jugak yang cari benda lain macam myspata,majlis-majlis berkaitan kklw, nak beli running shoes, sakit tekak ada pisau (hah yang ni pun macam lawak jugak), nama-nama larian yang I selalu join tu dan macam-macam lagi lah. Lenkali kalau ada jumpa keywords lawak lagi boleh la I update kat sini. Maybe boleh buat page khas. Lawak betul diorang ni. Gigih mencari. Tapi serius memang kadang-kadang tak sangka ada orang cari benda-benda pelik tapi tersampai kat sini. Selalunya benda pelik yang lawak-lawak lah. Bukan benda pelik yang melucah ke apa ye.
Well lalat-lalat semua tu pun sama gigih jugak lah mencari kan. Semangat kental betul nak baca blog I yang banyak merapu ni kan. Hehehe.....
No comments:
Post a Comment