Rasa macam dah pernah cerita pasal nama sebelum ni. Tapi tak pelah nak cerita jugak lagi. Kalau bosan tak payah baca. Tiada paksaan dalam membaca blog. Eh macam biasa dengar aje ayat tu eh. Hehe..... As you all know, nama penuh tuan punya blog ni ialah Zainiah Aini. Maksudnya perhiasan mataku. Sesuai sangat la tu sebab mata I kan cantik. Ooopppsss statement tak boleh blah betul. Eh tapi betul la. Ramai yang puji. Cantik tapi rabun. Hahaha....... Eh tak baik puji diri sendiri. Nanti riak pulak. Tapi kalau korang nak puji I terima je. Hehehe.....
Nama Eny tu pulak my pet name given by my parents. Bukan nama glamer ye. Kalau pun diglamerkan cuma lah pada ejaannya. Mom would spell my name as Eni. The only person beside my mom who spell my name like that ialah En. Afnan. Direct sangat ejaan tu. Kalau tukar jadi Eny barulah kebaratan sikit, Ewah..ewah kebaratan la sangat kan. Nak speaking pun fail ada hati nak jadi kebaratan. Tapi ada jugak yang eja as Annie. Wow itu memang confirm barat la kan. Hehe..Tak la I spell it as Eny bukan sebab nak sounded kebaratan but it's cool like that.
Dulu I would always introduce myself this way; Nama saya Zainiah Aini..... Boleh panggil saya Eny. Well until la I masuk keje gomen ni. Although there are still people who would call me Eny but mostly it would be Aini la. Dulu memang I takkan guna that nama. Nak tau kalau orang panggil I Aini dulu, I selalu imagine gadis kampung berbaju kurung berkain batik and duduk bersimpuh. Every time ok. Entah apa-apa je kan.
Tapi sejak masuk keja gomen, I memang guna la nama Aini tu. Nama Eny tu suddenly sounded a bit kebaratan and macam tak formal la pulak. Hish orang psiko memang macam ni. Suka je fikir merepek-repek. So tu yang I always introduce myself as Aini nowadays. Dalam pada dah pendek tu pun ada lagi yang nak pendekkan sampai jadi Ani. Hish tak tahan betul. But itu masih la acceptable. Yang not acceptable ialah bila orang salah pronounce my first name; Zainiah.
Zainiah is spelled with double "I". I cukup pantang kalau orang salah sebut this first name. Missing one "I" and maksudnya akan lari jauh. Elok-elok nama I perhiasan terus jadi penzinaan. Tu yang I pantang orang salah sebut tu. And that is the main reason I memang tak suka orang called me by Zainiah only. Sebab almost 99% akan salah sebut. Susah nak cari orang yang akan sebut Zainiah tu betul-betul. Mesti akan jadi Zaniah atau Zainah. Hish... Geram betul. Kalau nak jugak panggil I by that name, it would be better kalau dapat sebut penuh terus. Ini which memang ramai jugak yang buat sampai I pulak yang terasa pelik. Zainiah Aini... Zainiah Aini... Kalau sebut banyak kali secara berterusan mau terbelit-belit lidah.
Although I dah selalu bagitau suruh panggil I Aini aje tapi masih ramai yang panggil I Zainiah. Selalunya kalau first timer, memang akan panggil I Zainiah tapi I akan terus suruh panggil Aini aje. Ada yang ikut tapi ada jugak yang still panggil Zainiah. Kalau betul sebutan tu tak pe jugak. Ini salah-salah. Kalau tak de maksud salah tak pe. Tapi sebab maksud dia yang lari jauh tu memang la menyebabkan I allergic sikit. Lagipun dulu masa sekolah-sekolah, selalu orang tersalah faham maksud nama I. Sampai mengalir jugak la air mata ni. Since then la I tak suka nama pertama ni. Tapi bila dah besar I tak la tak suka nama ni cuma tak suka bila salah sebutannya tu.
Jadinya kepada yang still insist on calling me by my first name tu, please make sure you pronounce it correctly ye. Panggilan itu kan satu doa. Elok-elok doakan kecantikan mata I ni, bila tersalah terus doa I jadi pembuat maksiat tau. Ish jangan la korang. I tak mau tu. Dosa besar ok. Hehehe...... Lagipun I don't have that kekampungan feeling anymore being called Aini. So silalah panggil je I Aini. Tapi kalau panggil Eny lagi I suka. Hehehe....
5 comments:
Hihi. Nak tau formal tak formal, bayangkan dalam mesyuarat pengurusan SUB refer aku sebagai 'Puan Didi'. hahaahah. Mau tersedak aku dalam meeting!!
Hahaha.
Bos aku orang2 lama. Panggil aku Yana. Maka agak confuse bila SUB refer aku sebagai Didi.
:)
Didi/Yana
Pergh Yana tu. Tebayang gadis-gadis ayu tersenyum simpul. Memang tak sesuai dengan character kau. Tapi tak pelah. Pasni aku panggil kau Yana jugak. Hahaha....
Eny.. menarik arr blog pasal nama.. aku pun nak blog pasal nama lah.. kekekeke..
Didi.. Yana is so not you.. sgt girly-girly and lembek.. Didi is much better.. and Puan Didi is so cool.. hehe..
Anis,
Thanks! Apa lagi, buat la entry pasal nama jugak.
Betul kan, Yana is so not Didi. Gadis ayu sangat ok.
Kan?
Kali pertama aku di 'Yana' kan, time modul tentera. Suka hati badak diorang je jahit nama Yana kat baju aku.
Tak sesuwaaaaiiiii
*btw, no offense to any Yana out there. its just not ME
Post a Comment