Wah busy betul last weekend sampai langsung tak sempat nak update blog. Since I nak buat makan-makan sikit with the cousins on Saturday so sangatlah gigih membuat persiapan. Syukurlah ada Mak, Abah and Dik Man datang membantu. If not mau pengsan sorang-sorang.
On Friday tu I left office early sebab ada braces review. Lama betul tak buat review. The last session was on September. Ish time nak makan besar ni lah nak buat review. Merasa la sakit dan melecet lepas tu kan. Review kali ni tak berapa bagus sebab dah lama tak pegi so alignment sudah banyak yang lari. If not dah boleh bukak dah. Aduhai....
Anyway I bawak Dik Man sekali masa jumpa dentist sebab lepas tu nak terus ke pasar tani. Punyalah gigih I menyediakan senarai things to buy sekali tertinggal kat rumah ok. Syukurlah I ingat semua benda sebab-hari-hari tengok list tu. From pasar tani balik rumah dulu for Asar prayer. Oh ada cerita kelakar. I bought burung puyuh goreng kat pasar tani. Then masa nak makan tu both of us kata itu anak ayam goreng.
Me : "Mak, Abah, meh la makan anak ayam goreng ni"
Mak : "Eeeee anak ayam? Gelinya nak makan"
Me : "Eh sedap apa. Meh la makan"
Mak : "Eeee tak nak lah"
Me : "Hahaha..... Bukan anak ayam la. Burung puyuh. Hahaha.."
She didn't see the burung puyuh masa tu. Percaya je orang kata anak ayam. Ish I pun tak lalu nak makan kalau anak ayam ok. Tapi bila dah makan, amik nak, my mom makan 3 ekor ok. Last-last kena sound, "Ni sape yang kata geli ni tadi?" Hahaha.....
Lepas selesai kerjakan burung puyuh tu, I dok kelentang-kelentung kat dapur pastu lepas Maghrib ke Alamanda with Dik Man. Ada benda lagi yang nak kena beli. Padahal benda-benda yang beli kat dapur tadi pun dah penuh satu fridge tu. Ada-ada je I ni kalau nak membeli tu.
Balik rumah and terus buat potato salad. Pastu prep veges for coleslaw tapi yang tu nak buat pagi esoknya. Kemas itu ini pastu buat brownies pulak. By the time I finished everything, dah pukul 1.15am pun. Hoh tak terasa masa berlalu bila banyak keje ni. Mak dah selamat sampai ke mimpi la kan. Hehehe.....
Bila nak tidur baru terasa sakit pinggang and belakang semua. Penat betul. Ok nanti sambung.
No comments:
Post a Comment